|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
oleh:muhammad fakhrul razi


pengenalan

alhikmah diari telah diwujudkan pada ogos tahun 2004 dengan tujuan merakam sejarah perjuangan mengejar cita-cita penulis yang akan dimanfaatkan sebagai ruang untuk bermuhasabah diri. Dan kemudian penulis bercadang pula mengumpul posting atau pendapat penulis yang tersiar di laman-laman web yang lain buat menjadi sebuah koleksi di sini. namun semua itu akhirnya tidak berjalan dengan lancar berikutan faktor masa dan kekangan tanggungjawab menuntut ilmu yang saban hari memperlihatkan kesibukan yang amat sangat. tetapi penulis tetap berharap dapat membina sebuah idealisme yang teguh berteraskan ajaran Islam yang suci buat memandu diri ini dalam meletakkan diri sebaris dengan pejuang-pejuang Islam lain yang berjuang dan berjihad dengan pena. mungkin jihad pena ini dapat menemukan penulis dengan sebuah method dakwah yang hikmah yang telah lama menjadi dambaan diri ini. dengan itu alhikmah diari kembali dijenamakan semula dan akan dijadikan ruang pendapat dan percikan idea malah sama-sama berkongsi pemikiran dari segenap pelosok isu-isu dari pelbagai perspektif.

sekadar sebuah permulaan

sebagai posting pertama dalam blog ini yang telah dijenamakan semula, penulis ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca yang tersinggah atau terjenguk blog ini dengan mengajak kita semua termasuk diri penulis sendiri merenung dan bermuhasabah diri kita,hidup kita,dan ke manakah halatuju kita seterusnya..

kita sebagai seorang manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini tidak lain tidak bukan tujuannya untuk beribadat kepadaNya. ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah adz dzariyat ayat ke 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

atas sebab Allah menciptakan kita dan jin dengan tujuan itu maka sekiranya kita hidup di dunia ini tidak mengabdikan diri kepadaNya atau dengan kata lain tidak mengikut perintahNya sebagai seorang hamba yang taat maka wajarlah kita ini dimurkai Allah.

dan ketahuilah yang golongan hamba yang dimurkai Allah ini telah Allah sediakan azab buat mereka iaitu neraka sebagaimana Allah s.w.t berfirman di dalam surah al a'raf ayat 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."


oleh itu untuk memastikan kita tidak menjadi orang yang lalai seterusnya membuatkan kita melanggar perintah Allah dan dimurkai Allah, amar makruf nahi mungkar atau menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan yang dipanggil sebagai dakwah ini perlulah menjadi tunjang dalam kehidupan kita dan masyarakat kita amnya.

dan inilah yang kita harapkan supaya kita menjadi umat yang terbaik yang disebut di dalam surah Ali Imran ayat 110 di mana Allah s.w.t berfirman

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"

harapan

semoga Allah akan memberi kekuatan kepada penulis buat menulis dan menerbitkan lebih banyak tulisan yang bermanfaat untuk diletakkan di ruang blog alhikmah ini untuk kita sama-sama berkongsi maklumat dan pandangan supaya kita dapat mencari "hikmah dalam berdakwah, redha Allah dalam berjuang". wassalam.

warkah berharga dari guruku

Assalamualaikum,

Saudara mungkin terkejut dan mungkin juga tidak percaya tapi takdir Allah pada pagi 21 Ramadhan Tahun 2004 ini Allah telah menemukan kita pula di alam siber setelah Allah temukan kita dulunya di alam nyata.

Berpeganglah pada prinsip dan perjuangan saudara. Tiada yang mustahil bagi manusia yang punya kemahuan dan sentiasa berpaling pada Allah atas segalanya. Saya yakin, satu hari nanti saudara akan lahir sebagai sebutir permata yang memperjuangkan sinar Islam dibumi Allah ini.

Doa ku mengiringi mu wahai anak didik ku.


Salam Perjuangan,

Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D
Perunding Motivasi
MOTIVASI ALIHAN PELAJAR
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.