|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Musuh kita

Apabila berbicara mengenai musuh, maka janganlah kita berfikir bermacam-macam jenis golongan lain sebelum kita fikir dan yakin dengan iktikad yang kuat bahawa musuh nombor satu kita ialah "syaitan yang direjam", itulah kaedah pemikiran dan asuhan yang saya terima dan dididik pada diri saya yang saya suburkan dan akarkukuhkan dalam jiwa sanubari saya.

kemudiannya proksi-proksi syaitan yang lain akan mudah kita nampak sambil kita menilai musuh yang berstatus proksi ini dengan bijak.Nafsu, harta, perempuan dan dunia antara alat-alat yang sering dimanipulasi oleh syaitan untuk diubah menjadi musuh bergelar proksi syaitan. Dan kemudian golongan kafir seperti yahudi dan nasrani yang memusuhi islam dan munafik di kalangan umat islam.

Beza antara proksi syaitan dengan diri syaitan itu sendiri ialah proksi boleh ditangani sehingga berubah dari sifat proksi syaitan menjadi sifat pihak yang berjuang kebenaran,manakala syaitan itu tidak mungkin akan berubah sehingga kiamat tiba kelak atas kehendak Allah dan laknat Allah yang telah dicampak atas kaum syaitan yang dijanjikan neraka secara muktamad.

Nafsu, harta, perempuan atau dunia yang telah dijajah serta takluk oleh syaitan bukanlah musuh yang kekal musuh, kerana jika ditangani dengan iman, ilmu, dakwah dan strategi yang cukup hikmah, nafsu, harta, perempuan dan dunia mampu menjadi senjata buat memusnahkan segala pengaruh syaitan. Nafsu yang ada pada manusia yang telah diadun dengan iman, ilmu, dakwah, dan strategi hikmah akan bertukar menjadi semangat dan pendorong pada jiwa jihad. Harta mampu menjadi bekal akhirat yang berpanjangan bila bertukar menjadi sedekah, derma, wakaf atau zakat.Perempuan pula mampu mencapai tahap tertinggi manusia dengan membenihkan taqwa seperti lahirnya perempuan-perempuan yang suci dan terpuji seperti hawa, mariam, masyitah, sumayyah, siti khadijah dan sebagainya seterusnya menjadi pemangkin dan pengasuh lahirnya generasi pejuang.Dan dunia juga mampu bertukar menjadi kebun-kebun buat tapak membekalkan pahala pada hari hisab kelak.

Begitu juga dengan golongan kafir yang enggan mengakui keEsaan Allah, atau munafik yang berpura-pura beriman, mereka semuanya masih belum menjadi ahli neraka secara mutlak selagi hayat dikandung badan, petunjuk dan kebesaran Allah mampu mengurniakan mereka hidayah buat menukar taraf mereka dari kafir atau munafik menjadi islam yang beriman lagi bertaqwa.

Sikap terhadap musuh

Begitu juga apabila saya khabarkan pada anda akan wujudnya di kalangan manusia khususnya ahli masyarakat kita yang saya gelarkan golongan politikusarap ini sebagai musuh yang saya kenalpasti bukanlah merujuk kepada diri manusia-manusia itu tetapi terhadap sifat-sifat dan pekerjaan mereka yang dimusuhi untuk saya dan anda menghindarkan dari sifat dan pekerjaan seumpama golongan ini supaya nanti kita terselamat dari tertipu oleh musuh utama kita syaitan yang direjam.

begitu juga apabila saya khabarkan pada anda perihal yahudi dan nasrani yang tidak akan redha dengan umat islam sehingga umat islam meninggalkan ajaran islam atau mengikut jejak langkah mereka, bukanlah secara mutlak semua yahudi dan nasrani sudah bertukar menjadi musuh yang wajib diperangi kerana musuh yang wajib diperangi adalah hanya musuh yang memerangi kita.

apatah lagi jika saya khabarkan pada anda perihal syiah dan wahhabi bukanlah diri mereka secara keseluruhan itu musuh sehingga menghalalkan darah mereka sebagaimana sebahagian mereka menghalalkan darah ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah atau darah-darah saudara-saudara islam saya.

dan begitujugalah andai anda memahami perihal golongan sekularisme artis yang saya pernah khabarkan tidak lama dulu, bahawa yang saya pinta dan mohon agar diperendahkan sifat dan pekerjaan mereka yang membahagi-bahagikan amalan agama dan dunia akan tetapi diri mereka wajar didakwah dan bukan dihapus hingga terjadinya kebinasaan.Saya merendahkan sifat dan pekerjaan mereka itu sebagai tindakbalas segera terhadap gerakan mereka yang mengangkat dan memuliakan sifat dan pekerjaan membahagi-bahagikan amalan agama dengan hidup mereka sebagai artis . Dan saya mengemukakan cadangan agar kita mengangkat dan memuliakan artis kita yang menyeru pada redha Allah,pada kesucian ajaran islam dan pada modal insan teragung manusia iaitu iman sebagai kaedah menjatuhkan gerakan mereka.

Dan begitulah adanya harapan dan doa saya apabila saya menulis akan hal golongan politikusarap ini.

Siapa golongan politikusarap

Golongan politikusarap (politik-tikus-sarap) adalah rata-rata golongan yang menjadikan agenda politik atau tujuan politik dalam hidup dan perjuangan mereka berlawanan dengan hasrat redha Allah centric yang saya kisahkan dengan banyaknya dalam blog ini.

Saya tidak mengkelompokkan semua ahli politik adalah politikusarap walaupun kebanyakan mereka adalah politikus, dan atas kesedaran saya bahawa golongan politikusarap jua wujud di kalangan mereka yang tidak terjun dalam dunia politik secara jelas lagi terang dan boleh saja wujud di mana-mana dalam bentuk penyamaran apa jua dan pada bila-bila atau apa-apa situasi sekalipun.

Antara perilaku politikusarap

Saya tidak memaksa sesiapa atau menghasut sesiapa agar memusuhi golongan-golongan yang saya bakal sebutkan ini, kerana ada juga kriteria yang saya gariskan itu berdasarkan pemahaman dan pengalaman saya semata-mata yang mungkin saja berbeza dengan anda atau pendirian anda atau kepercayaan anda atau cara hidup anda atau pegangan, gerak kerja dan strategi anda.

Antara perilaku politikusarap yang amat ketara hingga membuahkan sifat benci pada diri saya terhadap sifat dan pekerjaan mereka adalah perilaku 'double standard' dalam menilai isu yang secara jelas didasarkan secara politik dan bukan mencari redha Allah.

Kita sering mendengar bagaimana golongan politikusarap yang banyak ditonjolkan oleh para penyokong parti politik atau pemimpin mereka sendiri yang memanipulasi suatu isu yang menimpa untuk serampang dua mata mereka iaitu pertama, meningkatkan rasa benci pada golongan musuh politik mereka,dan kedua menonjolkan diri mereka satu-satunya golongan yang wajib disokong jika mahu tertegaknya kebenaran.

Contohnya jika ada surau yang sudah tidak dipakai atau surau yang berdiri atas tanah yang bukan haknya merujuk kepada binaan yang dibuat oleh manusia atas tanah milik manusia lain cuba dirobohkan, boleh dipertahankan sehingga berbondong-bondong manusia mempertahankannya dengan alasan mempertahankan rumah Allah namun nun jauh di beberapa sudut di kawasan sekitarnya yang berdiri dan tertegaknya rumah Allah berupa masjid-masjid yang sah, langsung tidak ada yang mempertahankannya untuk diimarahkan.Jauh sekali untuk diadakan protes atau demonstrasi menuntut agar umat islam mengimarahkan rumah Allah dan menjaga solat dan jangan ditumbangkan solat yang merupakan tiang agama.Kerana mengadakan protes dan demonstrasi bantahan kepada golongan yang merobohkan agama (meninggalkan solat) adalah tidak untung daripada berdemonstrasi membantah golongan merobohkan surau yang tidak sah.

Atau kita perhatikan protes kenaikan tol atau harga barangan lain yang mampu mengumpul ratusan malah kadang kala ribuan manusia yang mendakwa mereka golongan yang berkesedaran namun sedikit sekali mereka menjalankan protes atau demonstrasi menuntut agar umat islam bekerja kuat menunaikan fardu kifayah dalam ekonomi yang sebenarnya menjadi isu teras mengapa umat islam sering diperkotak-katik oleh golongan kapitalis. Apabila rakyat marah gula atau minyak naik, mana dia pejuang-pejuang gula dan minyak kita yang boleh menjalankan ekonomi pejuang dengan menjual gula atau minyak dengan harga murah dan percuma (sedekah)? Tidak ada. Malah golongan yang pergi meramaikan kenaikan tol dan harga barang itupun rata-rata hanya sedar untuk membantah tapi jarang sedar untuk berjuang.

Apa maksud sedar untuk berjuang? sedar untuk berjuang adalah kita yang membantah itu yang pertama bertindak menjadi golongan yang mengamalkan cadangan kita. Apatah lagi soal-soal bantahan ekonomi yang ditujukan pada puak kapitalis boleh diselesaikan dengan kita sendiri menjadi pejuang ekonomi pejuang.Dan lebih sedih, politikusarap adalah golongan yang hanya mengemukakan cadangan buat orang lain mengerjakan cadangan mereka iaitu golongan kapitalis padahal umum sedia maklum kapitalis hanya mahu mengejar untung dan bukan redha Allah.Dan di mana pula cadangan untuk diri mereka sendiri atau para penyokong mereka? Ya, memang ada. Dan cadangan itu tidak lain dan tidak bukan adalah..."UNDILAH PARTI SIPOLAN". Jarang sekali kita mendengar golongan politikusarap memberikan cadangan pada ahli penyokongnya, jika isu ekonomi muncul mereka mencadangkan "bangkitlah bangunkan ekonomi kita sendiri dengan menjadi peniaga-peniaga yang berniaga secara islam", atau jika isu kereta muncul mereka mencadangkan " marilah kita keluarkan kereta kita sendiri dalam masa setahun yang hanya berharga RM1 tetapi berkualiti dan boleh terbang", atau jika isu murtad atau isu gejala sosial muncul mereka berkata, "marilah kita pergi bertemu muka dengan semua mereka yang murtad dan terlibat dengan gejala sosial untuk didakwahkan pada jalan islam kembali".

Malah kadang kala sifat double standard ini jelas terpancar dan terlalu terang dengan kelemahan menganalisis fakta seperti yang sering digunakan oleh politikusarap dalam menganalisis isu semasa dunia.

Saya ambil contoh, isu saddam hussein yang dulunya ketika memerintah secara diktator dan membisukan ramai pengikutnya atau rakyat jelata atas tindakan-tindakan agresifnya dalam mentadbir negara termasuk membunuh orang awam secara berleluasa akan disamakan oleh politikusarap dengan mahathir mohamad di malaysia yang mereka benci yang dikatakan memerintah malaysia secara diktator juga. Kemudian, apabila saddam hussein diguling oleh amerika dan beliau berjuang menegakkan haknya yang dicabul di mahkamah sehingga akhirnya dijatuhi hukuman gantung telah diangkat sebagai perwira yang menegakkan kebenaran dan disamakan sifatnya itu seperti anwar ibrahim yang dikatakan dianiaya dan dicabul haknya dalam mendapatkan keadilan persis keadaan saddam. Pertentangan analisis di atas diabaikan terus oleh politikusarap kerana seperti yang saya nyatakan di awal tadi bahawa teras sifat politikusarap adalah agenda politiknya dengan kata lain centricnya politikusarap terhadap politik dan bukan redha Allah.

double standard juga jelas kelihatan apabila politikusarap memilih kawan dan lawan berdasarkan agenda politik, sehingga kadang kala menjerat mereka sehingga memaksa mereka menjadi putar alam yang profesional. Terasnya cukup mudah, siapa yang bersama mereka melawan musuh politik adalah kawan, siapa yang bersama musuh politik mereka adalah lawan. Itulah prinsip politikusarap sehingga kadang kala mereka mengabaikan terus perjuangan umat dan cita-cita agama.

Hal ini terjadi dengan terang dalam dua kes yang sifatnya membuktikan kebenaran dakwaan saya akan wujudnya golongan politikusarap ini. Kes pertama ialah individu bernama astora jabat pernah diangkat oleh golongan politikusarap sebagai kawan atas kerana astora jabat menentang musuh politik golongan politikusarap itu, dan disebabkan astora adalah kawan maka mereka tidak peduli jika golongan ulama dicaci dengan mudah dan agama islam dikelirukan oleh astora. Walaupun astora akhirnya disingkir oleh barisan pemain politik, namun golongan politikusarap pasti mencari-cari siapa saja untuk diangkat jika dapat menumpas atau menumbangkan musuh politik mereka. Maka lahirlah kes kedua, iaitu individu bernama Dr asri yang telah pun menjadi mufti perlis, telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh politikusarap untuk dijadikan kawan kerana beberapa kenyataan dr asri menjatuhkan wibawa musuh politik mereka.

Dan golongan politikusarap di pihak yang lain pula tentunya membenci Dr Asri atas kerana Dr Asri tidak bersama mereka, maka jika dirujuk kembali teras prinsip politikusarap iaitu siapa yang bersama mereka adalah kawan, siapa yang bersama musuh politik mereka adalah lawan, maka Dr Asri dikecam hebat sehingga kalimah 'barua' tidak segan silu dicampakkan pada seorang mufti atas sebab Dr Asri telah pun menjadi lawan secara muktamad oleh politikusarap.

Begitu juga dengan kes Anwar Ibrahim selepas masuk UMNO dan ditendang keluar oleh UMNO, atau kes Mahathir Mohamad semasa menjadi PM dan selepas tidak menjadi PM, golongan politikusarap jelas kelihatan memanfaat dan menonjolkan dirinya dengan merayap-rayap di keliling mereka menjulang isu-isu yang membantu melicinkan agenda politik mereka.

Secara ringkas, politikusarap berperilaku sebagai mengutamakan habuan dan faedah terhadap agenda politik mereka walaupun perilaku dan keutamaan yang mereka beri itu tidak mengundang redha Allah malah kadang kala murka Allah yang mereka dapat termasuklah ketika mereka meraikan perilaku kemungkaran dibalas kemungkaran seperti meraikan fenomena perpecahan dengan girang dan ceria.

Bagaimana menghadapi politikusarap

Golongan politikusarap ini tarafnya sama sahaja seperti sekularisme artis iaitu satu golongan yang tidak mempunyai kekuatan menyeluruh dan boleh tumbang dengan munculnya golongan kebenaran yang hakiki.

Jika golongan sekularisme artis hanya boleh dihapuskan dengan menyisihkan mereka dalam arus perdana dan diangkatkan serta dimuliakan golongan artis redha Allah centric dan modal insan iman, maka golongan politikusarap juga perlu disisihkan dari arus perdana dan boleh dihadapi dengan memunculkan golongan politik redha Allah centric dan politik dakwah ukhuwah yang hikmah.

Tugas menyisihkan suatu golongan dari arus perdana berada di tangan masyarakat. Masyarakat sahaja boleh menentukan mana satu golongan arus perdana dan mana satu golongan terpencil yang hidup umpama nyamuk dan lalat yang mengganggu keharmonian. Apabila suatu zaman memperlihatkan golongan yang mulia adalah sekularisme artis dan politikusarap maka itu adalah cermin bahawa masyarakat adalah pengikut hedonisme, kapilatisme, politik-centric, dunia-centric, sekularisme dan pelbagai macam fahaman manusia durjana yang rosak.

Apabila masyarakat telah rosak, jalan penyelesaian dan strategi paling berkesan adalah bangkitnya generasi muda membetulkan keadaan. Dan jika dalam generasi muda itu tidak ada seorang pun yang memperjuangkan strategi membetulkan masyarakat, maka golongan sekularisme artis akan terus dijulang dan dipuja, begitu juga politikusarap akan terus diangkat dan dimulia. Jika suatu zaman itu ada sekelompok kecil generasi muda yang sedar, itu sudah cukup untuk memulakan langkah dan strategi berkesan kerana generasi muda yang lalai, terpesong atau rosak, walaupun mereka ramai tapi ramai mereka adalah amat lemah dan boleh dibaiki. Generasi muda yang membaiki generasi muda lain adalah satu tindakan wajib dilakukan jika suasana masyarakat yang sudah hilang daya untuk berubah. Jika ditanya bagaimana dengan generasi tua yang rosak, jawapannya ajal mereka sangat hampir dengan mereka, maka jika mereka tidak mahu berubah pun mereka adalah generasi yang bakal lenyap di muka bumi ini dan dunia mengikut sunnatullahnya hanya diwariskan kepada generasi seterusnya iaitu generasi muda.(nota amaran: ajal ditentukan oleh Allah, orang muda juga ada yang ajalnya hampir).

Apabila telah ada generasi muda yang sedar, maka persiapan untuk menghadapi politikusarap adalah penguasaan bidang secara pengkhususan dengan masing-masing perlu menyedari kekuatan senjata sulit peribadi masing-masing atau dipanggil bakat diri. Dengan kenal bakat diri, generasi muda yang mengkhususkan diri menjadi pakar dalam bidang mereka akhirnya perlu mengangkat dasar politik penyatuan dan perpaduan atau pergabungan. Apa itu dasar politik penyatuan dan perpaduan? itu adalah suatu dasar dan strategi yang menetapkan agar setiap individu yang berjuang itu bekerjasama, bahu membahu dan berkongsi kepakaran dalam konsep lengkap melengkapi. Ini adalah konsep yang sangat bertentangan dengan konsep yang diperjuangkan oleh politikusarap iaitu dasar persaingan jatuh menjatuh, tikam menikam, meraikan perpecahan dan bermusuhan zaman berzaman secara tradisi. Pertentangan dasar ini timbul pastinya kerana politikusarap itu adalah politik-centric manakala dasar pejuang penyatuan dan perpaduan adalah redha Allah centric.

Seperti yang sering dibahaskan saya dalam blog ini, bahawa redha Allah centric itu mengutamakan perilaku pengamalnya untuk menilai sifat dan pekerjaan mereka dengan neraca redha Allah. Sebagai contoh, jika mereka berdemonstrasi mereka akan menimbang jalan mana yang lebih Allah redha, sama ada mereka membantah, protes dan menjerit terlolong dan kemudian mencadangkan satu cadangan yang sering diucapkan oleh politikusarap iaitu "undilah kami" ataupun mereka bekerja keras membantu semua kebajikan yang ingin dikerjakan tidak kira oleh parti politik manapun asal saja manfaat dan hasilnya itu akan diredha Allah.

Dua tindakan yang boleh menyisihkan politikusarap ialah dengan berbondong-bondong menawarkan diri untuk bekerja atau memandu pekerjaan yang diseru oleh mana-mana pihak dan juga berbondong-bondong menonjolkan dan mengangkatkan idea serta cadangan yang menjurus kepada strategi ke arah mencapai redha Allah dalam segenap bidang sehingga peluang politkusarap memunculkan diri menjadi sempit.

Politikusarap sangat bergantung pada populariti dan publisiti. Oleh sebab itu mereka sering memanfaatkan suatu yang popular dan yang boleh mendapat publisiti dan mereka itu amatlah lemah dari segi idea dan cadangan. Dalam perjuangan politikusarap, mereka lebih suka menumpukan kepada pendedahan kesilapan musuh politik mereka kerana itu akan selari dengan hasrat mereka yang serampang dua mata iaitu seruan "bencilah musuh" dan "sokonglah kami".Walaupun mereka itu mempunyai idea yang bernas dan pelan strategi yang lengkap, politikusarap tidak akan mendedahkan pelan dan idea mereka sesuka hati kerana mereka takut idea itu dicuri oleh musuh politik mereka sehingga musuh politik mereka yang mendapat nama. Ini berbeza dengan jalan perjuangan kelompok generasi muda yang memperjuangkan politik penyatuan dan perpaduan, politik dakwah ukhuwah yang hikmah juga redha Allah centric yang tidak mempedulikan nama dan pangkat malah mengalu-alukan idea dan pelan strategi mereka dicuri, digunapakai dan diterapkan oleh sesiapa jua atas kerana niat mereka berjuang adalah untuk menyebarkan kebenaran, dan meramaikan serta merancakkan gelombang perubahan ke arah kebaikan (hijrah) atas kerana yang mereka perlukan satu sahaja ganjaran yang agung iaitu redha Allah.

Politikusarap juga amat takut kehilangan kuasa yang telah mereka berjaya pegang, atas kerana perjuangan mereka adalah menaikan diri serta kelompok mereka sebagai pemimpin, dan ini bertentangan dengan pejuang politik redha Allah centric yang berjuang menaikkkan orang yang layak dan berkebolehan yang diredhai Allah tidak kira orang itu dari kelompok mereka atau bukan, kawan mereka atau orang yang tidak mahu berkawan dengan mereka asal sahaja yang diangkat menjadi pemimpin itu adalah orang yang layak dan menepati kriteria yang diredhai Allah maka mereka akan mengangkatnya.

Pendirian ini diambil dari teladan memilih imam untuk solat berjemaah. Walaupun ada imam yang sudah lama beribadah di masjid itu, digelar tok guru dan sering mengadakan kuliah agama, namun jika hadir ahli kariah masjid yang lebih baik bacaan solatnya, lebih berkefahaman akan ibadah solat dengan menghafal lebih banyak hadis dan dalam ilmu qurannya, maka ahli kariah itu akan diangkat menjadi imam walaupun usianya lebih muda. Di sinilah teras pemilihan pemimpin bagi para pejuang redha Allah centric iaitu memilih orang yang layak di tempat yang selayaknya.

Dalam kes dunia politik malaysia, jawatan paling tinggi boleh dicapai oleh politikus adalah jawatan perdana menteri. Bagi politikusarap, jawatan itu wajib diberikan pada kelompok mereka, berpemikiran seperti mereka, atau diri mereka sendiri walaupun mereka sedar bahawa kelompok mereka tidak layak memimpin dengan idea dan teras perjuangan yang kontang, strategi yang tak terurus, tidak ada pelan strategik, apatah lagi jika mereka berkokok-kokok meminta orang mengangkat mereka hingga ke jawatan itu (menjelaskan diri mereka adalah jenis manusia politikusarap) padahal ramai yang sedar bahawa ada orang lain yang lebih dalam ilmunya, lebih bernas idea dan pelan strategiknya, lebih taqwa dan tawadhuk sifatnya dengan kata lain, pemimpin itu perlu diberikan pada yang layak memimpin. Jawatan pemimpin perlu diberi dan bukan diminta. Syarat untuk memberi perlu diadakan cadangan dan perbincangan (musyawarah) mempertimbangkan cadangan dengan hati-hati mengikut dasar-dasar tertentu. Dan apa yang pasti adalah yang mencadangkan tidak akan mencadangkan nama mereka sendiri atas sebab bukan sifat orang yang mencari redha Allah yang melihat diri mereka adalah yang lebih baik daripada orang lain, maka kebiasaannya cadangan mengangkat individu selain dari yang mencadangkan itu. Namun, politikusarap tidak akan berbuat demikian, kerana politikusarap mementingkan agenda politik, maka jika terpaksa mencadangkan diri mereka sebagai pemimpin yang paling layak pun mereka sanggup berbuat demikian.

Penutup

Politikusarap memang golongan 'badut-badut' yang amat kelakar yang kelakarnya diri mereka itu tidak membuahkan tawa tetapi duka pada diri kita semua. Mereka boleh ditemui di rangkaian blog-blog atau laman-laman politik jika anda rajin mencari dan lihatlah cadangan serta kesimpulan mudah mereka dalam melihat isu-isu semasa umat sebagai penyelesaian iaitu "undilah sipolan".

Untuk mengelakkan diri saya sendiri terjebak dengan virus golongan politikusarap yang amat mudah menghinggapi sesiapa saja yang tersalah teruja, adalah dengan memastikan saya berjuang bukan untuk hidup di dunia tetapi untuk menuju maut dan ajal yang cemerlang, gemilang, dan terbilang iaitu tidak lain tidak bukan sebagai syahid yang diredhai Allah. Garis penamat hidup manusia adalah maut, maka persiapan maut adalah agenda kita selayaknya.

Bagi meraih redha Allah di waktu ajal nanti, maka saya berusaha menjadikan diri saya pejuang yang menggunakan segala kekuatan yang Allah beri yang telah saya kenalpasti sebaik mungkin, dan mencari-cari lagi senjata dan bakat yang masih tersembunyi dan belum disingkap secepat mungkin supaya tidak melepaskan sebarang peluang untuk mati sebagai syahid nanti.

Juga saya akan sukacita untuk menukilkan sebanyak mungkin idea dan pelan strategi bagi membangunkan masyarakat dan sangat sudi agar pihak kerajaan malaysia mencuri idea dan pelan saya jika dirasakan layak untuk dibawa ke parlimen atau dijadikan dasar kerajaan atau pun pihak pembangkang sendiri untuk diamal dan dikerjakan supaya akan makmur dan harmonilah hidup kita semua.

secara ringkas dalam bidang pendidikan saya terus menumpukan pada dua agenda besar iaitu agenda menghapuskan pendidikan berorientasikan peperiksaan dan mengangkat pendidikan pejuang yang mencintai ilmu, menghargai bakat, dan lengkap melengkapi antara senjata diri serta agenda misi rahsia bahasa melayu. Dalam bidang ekonomi, saya masih mencari rentak dalam mempopularkan ekonomi "semuanya percuma, tak untung tak apa, asal semua dapat bahagia" dan setakat ini akan hanya menumpukan pada agenda memperbanyakkan bersedekah. Dalam bidang teknologi dan persenjataan, saya akan cuba mempopularkan teknologi anti pemusnah atau teknologi pembaiki dan akan sedaya upaya menyenaraikan cadangan dan idea-idea teknologi yang dapat dimanfaatkan bagi melawan semua jenis teknologi pemusnah samada pemusnah dalam peperangan atau pemusnah alam sekitar.

saya amat berharap generasi muda tidak berlatih untuk menyambung sifat politikusarap yang ada pada masa sekarang, cukuplah generasi tua sahaja yang mengamalkannya dan harap hilanglah nanti tradisi itu apabila mereka hilang dari dunia ini kelak, maka hiduplah generasi muda dengan teras dan dasar politik yang membina iaitu penyatuan dan perpaduan.

kerjasama-bahu membahu- kuat menguat-kukuh mengukuh-kongsi kepakaran-lengkap melengkapi.
Renassaince dalam bahasa Perancis bererti 'kelahiran semula' merujuk kepada gelombang perubahan yang berlaku di Eropah sekitar abad ke 14 dan 16 tahun Masihi yang membawa perubahan besar kepada gaya hidup sosio-ekonomi orang Eropah yang disalurkan dari punca-punca bidang kesenian, sastera, keintelektualan, sains dan teknologi, ekonomi mahupun politik.

Saya mengarang tulisan ini bukan untuk mendewakan gelombang renassaince yang berlaku pada wilayah eropah pada zaman silam itu, tetapi hanya meminjam istilahnya untuk membawa penjenguk blog ini kepada suatu rancangan dan impian yang telah membesar dalam diri saya selama ini yang banyak mempengaruhi fikiran,jiwa dan perancangan serta cita-cita hidup saya.

Istilah renassaince itu tiada apa yang istimewa kerana adanya istilah yang sudah biasa didengari oleh para pejuang gerakan islam pada abad ini iaitu istilah kebangkitan islam. Namun ramai para pejuang merencanakan 'kebangkitan' itu dengan jalan-jalan mereka yang tersendiri yang mereka fahami sebagai satu gelombang yang mesti dicetus yang merujuk kepada lahirnya daulah islam sama ada daulah itu berbentuk tempatan atau global.

Beberapa gaya kebangkitan

Golongan yang berjuang untuk kebangkitan islam menggunakan kekuatan persenjataan saya panggil sebagai 'pejuang kebangkitan senjata'. Pejuang kebangkitan senjata mampu mendapat kejayaan besar dalam perjuangan mereka, kerana peluang untuk terkorban di medan pertempuran sehingga meraih syahid sangat besar. Syahid di medan peperangan merupakan antara cita-cita teragung yang banyak menjadi impian para sahabat Rasulullah sehingga ada yang menangis kecewa jika tidak dapat turut serta dalam peperangan dengan rasulullah kerana akan terlepas peluang syahid.Pejuang kebangkitan senjata yang tidak bercita-cita mahu syahid dalam perjuangan mereka, saya panggil sebagai 'teroris'.

Pastinya orang-orang kufar yang berjuang dengan senjata atas nama keadilan atau perjuangan suci apa pun tidak akan beroleh syahid.Apatah lagi jika kumpulan bersenjata kufar itu berjuang demi melakukan kerosakan di atas muka bumi dan memusuhi umat islam akan mendapat gelaran 'teroris yang nyata' daripada saya.Maka antara kriteria asasi bagi pejuang kebangkitan senjata yang berada dalam jalan kebangkitan islam mestilah orang islam yang beriman dan bercita-cita untuk syahid.

Di dalam peperangan yang disertai oleh para sahabat bersama-sama rasulullah tidak semua para pejuang islam yang terkorban menemui syahid.Malah ada dikisahkan bahawa ada para pejuang islam yang terkorban menemui jalan ke neraka walaupun mereka mati dibunuh oleh puak kuffar yang memusuhi islam dan mati sebagai pejuang yang berjuang di barisan muslimun. Tentunya cita-cita syahid tidak bisa diraih sekadar berjuang menonong dalam barisan pejuang kebangkitan senjata, tetapi mestilah seiring dengan jalan-jalan teratur dan tersusun atas keredhaan Allah s.w.t yang banyak sekali contohnya pada diri Rasulullah s.a.w sendiri.

Para pejuang kebangkitan senjata juga adalah satu-satunya golongan yang sering dan mudah untuk dimanipulasi oleh pihak musuh mahupun golongan jahat yang berselindung. Maka tentunya berjuang di arena pejuang kebangkitan senjata memerlukan kefahaman akan aturan berperang dalam islam supaya kebangkitan islam yang ditegakkan melalui jalan perjuangan bersenjata akan meraih syahid seterusnya keredhaan Allah sebagaimana impian seluruh umat Islam di dunia ini.

Antara manipulasi yang dijalankan ke atas pejuang kebangkitan senjata adalah menjadikan barisan pejuang ini sebagai pejuang yang tidak akan mendapat syahid walaupun berjuang hingga terkorban iaitu dengan berperang sesama islam, melampaui batasan seperti membunuh orang awam yang lemah,kanak-kanak, perempuan, orang tua, merosakkan tempat ibadah sama ada masjid atau tempat ibadah agama lain dan sebagainya. Golongan yang memanipulasi pejuang kebangkitan senjata ke arah jalan songsang perjuangan ini ialah golongan yang sering berselindung dan mereka tidak bercita-cita mahu mendapat syahid, dan golongan berselindung ini setaraf sifat mereka dngan teroris kuffar maka mereka juga wajar digelar teroris.

Golongan yang berjuang di medan politik dalam kebangkitan islam saya gelarkan sebagai 'pejuang kebangkitan amanah'. Golongan ini juga dekat dengan peluang mendapat syahid kerana sejarah membuktikan arena politik juga ada melibatkan pembunuhan.Cuma peluang terkorban sebagai syahid amat tipis jika perjuangannya dijalankan di negara yang bunuh-bunuhan sesama ahli politik bukan suatu yang biasa.Namun yang membezakan pejuang kebangkitan amanah dengan pejuang kebangkitan senjata semestinya pejuang kebangkitan amanah tidak berjuang dengan apa-apa senjata fizikal cuma dengan menggunakan idea,seruan, dan dakwah.

Pejuang kebangkitan amanah juga boleh dimanipulasi hingga gagal meraih syahid atau keredhaan Allah,jika para pejuang ini telah hanyut dalam penyakit keduniaan atau terlalai dan hilang fokus dalam menumpukan semangat berjuang untuk meraih redha Allah.

Maka cabaran terbesar bagi pejuang kebangkitan amanah, adalah 'amanah' itu sendiri. Sama ada mereka berjaya memikul amanah yang mereka tanggung itu terus terusan hingga menemui ajal atau terlepas amanah itu sehingga lalai hingga terbuai dengan arus pemikiran musuh atau dimainkan hingga menjadi boneka musuh.

Musuh dalam arena perjuangan politik dianggap paling sukar untuk dihadapi, kerana musuh di arena ini sifatnya tidak sama dengan musuh yang dihadapi oleh pejuang kebangkitan senjata. Musuh di arena politik boleh jadi berada di bahagian lawan,dan boleh juga hadir di bahagian kawan. Berjuang di arena politik memerlukan kekuatan strategi fikiran dan keupayaan untuk mengenalpasti strategi lawan dan kawan supaya amanah para pejuang tidak terlepas masuk ke dalam jerat para musuh.

Golongan yang berjuang dalam arena ekonomi pula saya panggil sebagai 'pejuang kebangkitan modal'. Arena ini menguji para pejuang untuk menggunakan kekuatan ikhlas dan ihsan dengan sedaya mungkin.Peluang untuk mendapat syahid amat tipis kerana berjuang di arena ini memerlukan para pejuang menghadapi musuh yang bersenjatakan riba, penipuan timbangan, golongan berharta mewah dan kadang kala melibatkan jua musuh di arena politik.

Arena ini sangat mencabar dan merupakan antara arena teras bagi musuh, kerana kegiatan musuh banyak bertumpu kepada pengaruh ekonomi kerana sifat dunia yang menjadi tujuan musuh tidak lain dan tidak bukan adalah untuk hidup berkuasa dan berharta yang merupakan puncak kelazatan bagi musuh. Namun sekiranya para pejuang kebangkitan modal berjaya menundukkan musuh di arena ini, kejayaan untuk melemahkan musuh di arena politik dan persenjataan adalah besar.

Arena seterusnya merupakan arena khusus yang melibatkan bakat-bakat tertentu manusia yang saya panggil sebagai senjata semulajadi yang melibatkan arena seni, sastera, sains dan teknologi, alam sekitar, kesihatan, dan sebagainya yang setiap satunya merupakan bidang-bidang yang turut punya pejuang kebangkitan. Setiap pejuang kebangkitan dalam pelbagai arena bakat atau senjata semulajadi ini memainkan peranan besar untuk melahirkan pejuang kebangkitan senjata, amanah atau modal.

Dan tentu sekali dalam semua perjuangan ini tidak terlepas perjuangan mereka semuanya dengan perjuangan para ulama yang menjadi satu payung yang menaungi semua perjuangan dan menghubungkan antara satu sama lain, yang akhirnya diberikan gelaran semua ini sebagai 'kebangkitan islam'.

Strategi kebangkitan secara renassaince hikmah

Setiap satu arena dan bidang yang berbilang jumlahnya itu perlu diselarikan perjuangannya. Ini dipanggil sebagai proses menyusun barisan supaya setiap rancangan, strategi, tindakan mahupun kekuatan para pejuang kebangkitannya berada dalam keadaan teguh meneguh, kuat menguat, sokong menyokong dan seterusnya memberikan kejayaan padu dalam cita-cita umat.

Proses menyusun dan menghubung para pejuang ini dan menjalankannya secara selari dalam satu perjuangan dan satu cita-cita dipanggil oleh saya sebagai renassaince hikmah.

Teras untuk menghubungkan semua para pejuang kebangkitan dalam pelbagai bidang ini tentu sekali menetapkan dasar tujuan perjuangan yang sama. Perkara ini hampir dilihat mustahil oleh para pejuang yang berjuang dengan pelbagai gaya di zaman ini dan kadang kala kita dapat lihat bagaimana para pejuang kebangkitan yang berjuang dengan niat yang sama boleh bertelagah dan berpecah.

Sebagai contoh yang amat jelas ialah yang berlaku di Palestin yang merupakan satu wilayah yang menjadi tumpuan segala macam perilaku musuh dan para pejuang di zaman ini, malah hampir menjadi syarat penting dalam agenda kejayaan musuh dan agenda kejayaan para pejuang kebangkitan sendiri.

Fatah dan Hamas merupakan dua kumpulan pejuang Palestin yang merupakan rakyat palestin, orang Islam sunni dan sama-sama berjuang untuk lahirkan wilayah Palestin yang merdeka,berdaulat dan aman.Namun, perbezaan kaedah dan perselisihan fahaman dalam menghadapi musuh mengakibatkan kedua-duanya tidak saling sokong menyokong, kuat menguat, dan kukuh mengukuh.

Fenomena ini bukanlah atas kehendak dan tindakan umat islam palestin semata-mata, namun lebih merupakan petunjuk-petunjuk Allah s.w.t agar kita para pejuang kebangkitan yang mahu berjuang dalam keadaan tersusun dan kemas merenung dan berfikir. Dan atas renungan dan fikiran yang saya adakan, termasuk mengutip butir bicara idea para ulama, pejuang terdahulu, para cendikiawan, maka dengan pemahaman itu saya merasakan dasar yang dapat menyatukan segala macam perjuangan para pejuang tidak lain dan tidak bukan adalah redha Allah.

Setiap para pejuang kebangkitan dalam kebangkitan islam yang berjuang untuk mendapatkan daulah islam atau sekadar menyeru masyarakat kembali pada islam dan jalan Allah tidak lain hanya mengharapkan keredhaan Allah. Golongan pejuang yang ingin dapat daulah atau mengajak kepada jalan Allah tetapi tidak pernah terlintas mahu meraih redha Allah dalam perjuangan mereka adalah bukan pejuang kebangkitan. Sepakat semua golongan pejuang akan hal ini, maka saya meletakkan dasar tujuan perjuangan kebangkitan adalah menumpukan kekuatan kita bagi meraih redha Allah atau disebut sebagai redha Allah centric.

Dari redha Allah centric inilah nanti akan membuatkan para pejuang kebangkitan senjata tidak menonong menggunakan senjata hingga timbul kerosakan di muka bumi Allah dan bertindak melampau dalam berperang kerana sudah pasti hal itu tidak diredhai Allah. Para pejuang kebangkitan amanah juga akan lebih berhati-hati bertindak berjuang dalam politik kerana orang yang tidak melaksanakan amanah di jalan yang diredhai Allah pasti akan dimurka Allah. Begitu juga dengan para pejuang kebangkitan modal dan pelbagai pejuang kebangkitan di arena khusus bakat yang lain.

Selepas mempunyai dasar tujuan perjuangan yang bersama pastinya proses atau fasa kedua iaitu penyatuan dan pergabungan yang akan menyusun setiap pejuang di pelbagai arena dengan strategi bersama dapat dilakukan. Pentingnya strategi bersama diwujudkan pastinya bagi merealisasikan barisan pejuang yang kukuh mengukuhkan, sokong menyokong, dan kuat menguat dan teladan dari kisah fatah dan hamas yang wajar dielak.

Bagi proses ini, tentunya golongan yang dapat menjadi penghubung adalah barisan ulama. Barisan ulama adalah golongan yang mendalami ilmu islam yang merupakan ajaran dan cara hidup para pejuang kebangkitan, maka tentulah golongan yang faham dan mendalam ilmu ini boleh menghubung seterusnya membimbing para pejuang menuju kesatuan dan perpaduan. Dan perlunya barisan ulama ini adalah barisan yang berkisanambungan pula dengan barisan ulama yang lepas sehingga menemukan kepada ilmu Rasulullah s.a.w yang merupakan imam bagi umat akhir zaman iaitu para pejuang kebangkitan sekalian.

Maka, barisan ulama yang perlu diangkat dan dimartabatkan sebagai penghubung segala perjuangan ini tentunya barisan ulama ahlus sunnah wal jamaah yang merupakan kesatuan umat majoriti yang di dalamnya ada kesepakatan serta musyawarah yang berukhuwah dan berdakwah,juga kesatuan yang sambung sambungan ilmunya hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w secara yang diakui oleh majoriti umat islam.

Selepas adanya dasar tujuan bersama iaitu redha Allah centric dan penyatuan dalam kesatuan ulama ahlus sunnah wal jamaah, maka proses renassaince hikmah boleh diadakan dengan jayanya.

Konsep strategi renassaince hikmah ini tentunya adalah perjuangan setiap barisan pejuang adalah berhubungan dan saling mengukuh, gerakan dan tindakan adalah selari dan bersifat kejayaan kebersamaan umat islam dengan setiap para pejuang tidak mengejar keduniaan tetapi ingin meraih redha Allah semata-mata.

Sejarah membuktikan bahawa banyak perjuangan gagal atas sebab perpecahan. Dan banyak perpecahan terjadi atas sebab perebutan. Maka konsep berebut mahupun bersaing sesama sendiri secara bermusuh dan berseteru bukanlah konsep renassaince hikmah malah adalah konsep durjana yang mampu merosakkan keseluruhan perjuangan kebangkitan islam ini.

Sebab itu para pejuang perlu menghayati dasar tujuan bersama redha Allah centric itu betul-betul dan bersungguh-sungguh. Jika benar setiap seorang yang berjuang mahu meraih redha Allah maka bagaimana sikap berebut-berebut sesuatu timbul? Perkara berebut-rebut juga adalah berlawanan dengan konsep barisan ulama ahlus sunnah wal jamaah yang menyatukan para pejuang sekalian iaitu konsep musyawarah yang menghimpunkan semua cadangan dan pandangan dan kemudian dikeluarkan satu keputusan yang terbaik dari setiap cadangan dan pandangan itu dengan penuh rasa ukhuwah dan semangat dakwah,taqwa dan tawakkal.

Fasa peralihan zaman kecelaruan kepada zaman renassaince hikmah

Telah disebutkan di awal bab bahawa istilah renassaince itu tiada istimewanya kerana istilah kebangkitan itu sahaja sudah boleh memberikan gambaran kepada perjuangan ini. Namun saya tetap meminjam istilah renassaince ini kerana ada kaitan dan kesamaan antara fasa peralihan zaman kini kepada zaman kebangkitan islam yang tersusun lagi kemas iaitu sifat bermulanya renassaince itu adalah di bidang seni, sastera dan keintelektualan.

Fasa peralihan zaman ini perlu digerakkan secara hikmah di bidang-bidang ini dengan menekankan dua faktor utama yang menjadi teras untuk menyusun para pejuang iaitu wujudkan dasar tujuan bersama redha Allah centric dan menyatukan para pejuang dalam satu kesatuan yang dipimpin oleh kesatuan ulama ahlus sunnah wal jamaah.

Dua idea ini iaitu redha Allah centric dan martabat ulama ahlus sunnah wal jamaah mesti diangkat-angkatkan oleh para pejuang kebangkitan khusus bakat yang berada di bidang seni, sastera dan keintelektualan bagi membolehkan fasa peralihan berlaku.

Selepas berlakunya fasa peralihan maka akan berlakunya kebersamaan tujuan dan penyatuan kesatuan seterusnya akan wujudlah gelombang kebangkitan islam yang tersusun dan kemas lagi teratur.

Musuh yang menghalang fasa ini berlaku adalah hedonisme dan sekularisme artis.

Mungkin ramai tidak menyedari mengapa musuh di bidang ekonomi, politik mahupun persenjataan banyak menggalakkan pertumbuhan dan kemajuan industri hiburan dan peluasan ideologi muzik di kalangan umat manusia, tidak lain dan tidak bukan, itulah satu-satunya tapak yang paling mudah untuk SYAITAN bertapak di hati manusia. Hiburan dan muzik satu-satunya jalan yang paling mudah untuk melalaikan manusia, dan kelalaian ini bukan saja melibatkan sindrom suka berlazat-lazatan dengan erti kata lain berkuasanya nafsu, malah turut menyempitkan idea keintelektualan manusia untuk memikirkan sejauh-jauhnya sehingga menghalang manusia untuk kenal tujuan kehidupan dan hakikat Tuhan yang sebenar.

SYAITAN merupakan musuh utama dalam perjuangan manusia. Lebih-lebih lagi manusia beriman dan para pejuang kebangkitan.

Maka berjuang dalam fasa peralihan zaman ini adalah menumpukan kepada tertutupnya tapak syaitan iaitu dengan kalahnya pengaruh hedonisme dan sekularisme artis. Hedonisme secara ringkas boleh difahami sebagai fahaman mahu mengejar kelazatan semata-mata, dan sekularisme artis adalah golongan yang memisahkan seni, sastera atau hiburan dengan tujuan agama dan cara hidup islam.

sebagai contoh seorang penulis novel memisahkan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam tulisannya akan tetapi menghidangkan tulisan yang menaikkan nafsu dan kelalaian fantasi secara hodoh demi meraih untung pasaran. Atau, seorang penyanyi yang mendedahkan aurat atau menghidangkan lagu-lagu melayan nafsu yang hanya membuakkan hati dan perasaan manusia untuk memahami dunia ini sebagai medan mengejar kelazatan cinta manusia mengabaikan cinta berjuang meraih redha Allah. Atau pelakon yang berlakon sehingga menghalalkan suatu yang haram seperti bercium pipi,berpelukan atau bersentuhannya lelaki perempuan yang bukan mahram semata-mata untuk menimbulkan lakonan yang penh penghayatan.Inilah golongan yang sama ada sedar atau tidak telah menjadi perangkap dan jalan syaitan yang saya panggil sebagai sekularisme artis.

Bagi menghapuskan mereka tentunya adalah menyemarakkan pemahaman pengikut mereka supaya tidak lagi mengagungkan golongan ini, dan seterusnya mengangkat karya seni,sastera dan intelek yang lebih bermutu dan agung. Bangkitnya karya-karya dan golongan dakwah dalam arena seni,sastera dan intelek yang dapat menumbangkan pengaruh hedonis dan sekularis mestilah tidak melupakan dua idea bagi menjayakan kebangkitan tadi iaitu redha Allah centric dan kesatuan ulama ahlus sunnah wal jamaah. Apabila gelombang ini sudah mula tercetus di televisyen, surat-surat khabar, majalah, novel-novel, radio-radio, maka para pejuang sekalian harus bergerak cepat untuk terus menyertai merancakkan gelombang ini sehingga seruan-seruan dakwah berlaku secara terang-terangan dan hadap berhadapan dengan golongan hedonis dan sekularis ini.

zaman ini sebenarnya telah tiba. Apabila PM malaysia yang kelima mengumumkan islam hadhari adalah pendekatan kerajaan malaysia, maka berbondong-bondonglah warga dakwah sekalian untuk muncul secara terang-terangan di semua media dan karya dan rancakkanlah seruan dakwah secara berhadapan dengan semua hedonis dan sekularis.

Islam hadhari tidak boleh menolak redha Allah centric.

Islam hadhari tidak boleh menolak kesatuan ulama ahlus sunnah wal jamaah.

Islam hadhari tidak boleh menolak al quran dan sunnah Rasulullah.

Islam hadhari tidak boleh menolak munculnya para pendakwah.

Maka zaman fasa peralihan telah pun tiba untuk semua para pejuang merancakkan renassaince hikmah islam ini bagi memberi laluan kepada kesatuan para pejuang seterusnya mencetuskan gelombang kebangkitan islam.

Tahun 2007 merupakan tahun melawat malaysia. Para sekularisme artis dan hedonis telah bersiap sedia untuk menjuarai arena seni,sastera dan intelek yang menjadikan tahun 2007 perisai buat mereka. Maka tahun ini adalah tahun genting buat para pejuang sekalian. Jika tidak bangun dan merancakkan karya dan hasil kerja seni, sastera dan intelek islam yang bermutu untuk menumbangkan golongan sekularisme artis dan hedonis yang mahu menjuarai tahun ini,maka kita mungkin tiada masa lagi. Tahun ini penentu sama ada golongan hedonisme dan sekularisme akan terus kebal dan kukuh atau kecundang dan jatuh terjelupuk di tangan para pejuang peralihan, samada mahu bangun mencetuskan gelombang renassaince atau menunggu sambil goyang kaki dan menumpukan pada perjuangan kebangkitan yang tidak tersusun yang bergerak caca merba dalam arena senjata, politik mahupun ekonomi.
Jika para pengunjung blog saya yang tak seberapa ini meneliti beberapa tulisan saya dalam blog ini, pastinya akan menyedari saya sering mengungkapkan betapa penting bersatu dalam kesatuan ahlus sunnah wal jamaah dan mendekati serta memartabatkan golongan ulama.

Saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi perhatian pada pendirian saya ini sehingga mendorong beberapa individu mengirim emel pada saya menegur saya akan beberapa perkara.

Antara perkara itu ialah:

1)Hentikan gelaran 'wahabi' pada pejuang sunnah salafiyyah,dan tidak sewenang-wenangnya merendahkan golongan ulama salafi (contoh SS Mufti Dr Asri Zainul Abidin).

Saya memang tidak mengambil pendekatan merendah-rendahkan sesiapa, mana-mana kumpulan, gerakan, puak dan sebagainya, malah saya mengambil lebih langkah berhati-hati apabila Dr Asri telah dilantik menjadi mufti perlis.

Jika kita memahami beberapa perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya sememangnya pendekatan merendah-rendahkan, mengejek, mengutuk, mengata, mencaci, mengkeji terhadap individu atau kumpulan yang tidak memusuhi agama Allah secara terang-terangan dan jelas apatah lagi merupakan golongan saudara atau kumpulan sasaran dakwah adalah satu pendekatan yang tidak bijak langsung.

Mungkin kadang kala tulisan saya memperlihatkan saya merendah-rendahkan satu-satu kumpulan yang saya tidak senang seperti golongan 'wahabi','syiah' atau 'rufaqa' dalam beberapa siri tulisan saya sebelum ini di samping ada menyebut golongan 'sekular','liberal','neo khawarij', 'politik-centric' dalam beberapa parti politik dan menentang semua ideologi remaja underground,hedonis,dan modenis yang tidak selari dengan perjuangan ahlus sunnah wal jamaah.

Walaupun perjuangan beberapa individu dan kumpulan itu tidak saya senangi malah cenderung menentangnya, saya merasakan pendekatan merendah-rendahkan peribadi seseorang sehingga mengecop dengan gelaran yang berat seperti munafik, kafir, dajjal adalah satu perkara yang tidak hikmah bagi saya.

Bagi memudahkan memahami pendekatan yang hikmah, beberapa kes perlu direnung.

Ia bermula dengan serendah-rendah kes seperti mengejek nama ayah kawan kita.Apabila kita memulakan ejekan kepada nama ayah kawan kita, pastinya secara biasa kawan kita akan membalas mengejek nama ayah kita. Oleh itu, jika kita mengaku menyayangi dan memuliakan ayah kita maka perbuatan mengejek nama ayah orang lain adalah suatu yang tidak hikmah kerana perbuatan itu mendorong pihak lain mengejek dan merendahkan nama ayah kita yang tentu sekali hal yang amat kita benci.

Oleh itu, jika kita mengejek ulama aliran yang tidak selari dengan kita, besar kemungkinan ulama aliran kita yang kita mulia dan martabatkan akan diejek dan dikeji orang atas sebab perbuatan ejekan dan merendah-rendahkan seseorang itu satu provokasi yang hakiki yang menjadi kunci buat orang lain membalasnya dengan perkara serupa.

Maka, tidak hairan jika kita umat Islam dilarang untuk menghina agama atau 'tuhan' bagi agama lain kerana besar kemungkinan pihak itu akan menghina Allah s.w.t yang satu satunya Tuhan yang kita sembah. Maka jika kita memulakan langkah menghina 'tuhan' agama lain seolah-olah kita sudah merelai Allah s.w.t dihina.

Oleh itu Allah s.w.t sudah mengatur panduan buat kita menimbang langkah mana yang hikmah apabila di dalam al quran sendiri Allah s.w.t telah menyeru agar suatu kumpulan tidak merendah-rendahkan kumpulan yang satu lagi kerana mungkin kumpulan yang direndah-rendahkan itu lebih baik dari kumpulan yang menghina.

Itulah kunci kepada langkah hikmah yang perlu diambil apabila kita tidak menyenangi beberapa individu atau kumpulan.Iaitu tidak lain dan tidak bukan, kita perlu memastikan kita sudah lebih baik daripada kumpulan yang kita tidak senangi itu, dan bukannya terus-terusan menghina dan merendah-rendahkan dan kemudian mencetuskan perbalahan dan sengketa dengan masing-masing sudah kutuk mengutuk dan akhirnya meletakkan diri kita dan kumpulan kita sama sahaja dengan kumpulan yang kita tidak senang atau mungkin kita lebih teruk lagi.

Saya masih akan menggunakan istilah wahabi, atau mungkin kadang kala saya meletakkan tambahan salafiyyah wahhabiyyah atau salafi wahabi, bagi merujuk kepada pendekatan dan pemikiran muhammad ibn abdul wahab dan pengikutnya sama ada pada zaman awal dakwahnya mahupun generasi-generasi yang mendukung pemikiran beliau.

Bagi saya istilah itu satu-satunya istilah yang boleh difahami dan dapat mengelakkan dari kekeliruan kerana golongan itu sering mendakwa mereka adalah pengikut salafus soleh dengan istilah salafi atau salafiyyah seolah-olah menafikan kesatuan ulama ahlus sunnah wal jamaah sebagai pengikut salafus soleh. Padahal kita fahami bahawa kebanyakan imam mazhab hidup dalam 3 kurun pertama pengembangan islam di dunia yang 3 kurun itu juga disebut sebagai zaman salafus soleh.

Namun jika ada tulisan saya yang memperlihatkan saya merendah-rendahkan mana-mana golongan wahabi ini dengan nada mengejek maka tegurlah saya kerana saya mengakui ejekan bukan cara saya walaupun ada rakan saya atau sesiapa yang sealiran menentang fahaman wahabi bertindak mengejek dan saya yang sering berkata mahu mencari hikmah dalam berdakwah lebih-lebih lagi perlu mengelak dari perbuatan mengejek.

Saya memahami bahawa bukan semua orang yang la mazhabi atau yang mengaku salafi di malaysia adalah termasuk dalam kelompok yang saya gelarkan wahabi ini,dan mungkin dengan kata yang lebih mudah ada beberapa kriteria yang saya gariskan sebagai kriteria golongan wahabi mengikut pemahaman saya.

antaranya ialah:

1) golongan yang cenderung untuk mengatakan tafsiran fiqh mereka yang bertentangan dengan mazhab majoriti orang awam yang diajar oleh majoriti ulama ahlus sunnah di malaysia sebagai tafsiran yang tepat dan setepatnya dan mendekati sunnah Rasulullah s.a.w dalam erti kata lain menolak adanya konsep berlapang dada dengan ijtihad yang berlainan.

2) tindakan itu mampu mencetuskan polemik dan konflik sehingga membuatkan orang awam sibuk menghabiskan masa dan tenaga bagi memahami sedalam-dalamnya isu yang timbul padahal isu-isu itu adalah termasuk dalam hal khilaf yang tidak perlu dipanjangkan dan keutamaan perlu diberikan untuk orang awam melaksanakan secara jamaah dan kesepakatan atas apa yang telah majoriti ulama ahlus sunnah sepakat dan ajarkan sehingga mana kesepakatan itu tidak mendatangkan hal-hal bertentangan dengan syarak dan ukhuwah islamiyah.

3) golongan yang menolak konsep musyawarah dalam hal-hal yang diperselisihkan dan cenderung melihat kesepakatan dan ijmak yang diraih itu lemah selagi tidak selari dengan kehendak golongan mereka.

4) golongan yang cenderung mempopularkan akidah mujassimah,musyabihah dan cenderung menentang golongan asyariah.

5) golongan yang cenderung melihat golongan yang tidak sependapat dengan mereka atau selari dengan mereka dalam sesuatu isu yang boleh dibawa berbincang,musyawarah, kerjasama dan bersepakat sebagai munafik atau kafir padahal golongan yang dituduh munafik dan kafir itu secara jelas masih beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul dan berusaha melaksanakan tuntutan islam.

6) golongan yang cenderung menganggap golongan 'ulama' adalah ulama aliran selari dengan mereka sahaja malah menganggap Ibn Taimiyyah, ibn qayyim atau muhammad ibn abd wahab adalah ulama salaf. (istilah salaf yang mengelirukan ramai pihak).Dan cenderung melihat ulama majoriti dalam kesatuan ahlus sunnah wal jamaah lemah dalam hujah dan pendapat.

6 kriteria di atas antara yang dapat saya gariskan dari pemikiran dan pendekatan Muhammad ibn abd wahab dalam pendekatan dakwahnya dalam fiqh,tauhid atau politik dan sering diperlihatkan oleh pengikutnya dan penyokongnya (muhammad ibn saud) atau orang yang sama ada sedar atau tidak sedar sudah terjun dalam situasi pemikiran yang sama dengan muhammad ibn abd wahab.Maka itulah golongan wahabi yang saya rujuk dalam banyak tulisan saya. Barangsiapa yang mengaku salafi tetapi tidak cenderung menjadi golongan berkriteria 6 di atas bukanlah wahabi yang saya rujuk. Mereka bebas dari gelaran itu.

Dalam kes SS Mufti Dr Asri ada beberapa hal dan pendapat serta tindakannya termasuk dalam 6 kriteria di atas walaupun dalam beberapa penjelasannya menafikan beliau sebagai salafi sepertimana salafi yang senang-senang mengkafirkan para ulama.Namun golongan salafiyyah yang benar-benar wahabi tidaklah mengangkat sungguh-sungguh Dr Asri sebagai tokoh atau ulama salafiyyah kerana ada beberapa individu yang lain lebih dilihat layak bergelar tokoh dan ulama salafiyyah. Cuma Dr Asri popular dan dikenali dengan lebih dekat oleh generasi baru berjinak-jinak dengan unsur-unsur wahabi dalam pemikiran islam mereka. Selepas ini mungkin saya kurang merujuk Dr Asri sebagai wahabi tetapi mungkin akan merujuk Dr Asri sebagai faktor proses pengembangan wahabi dalam pemikiran generasi muda sezaman dengan saya.

2) Hentikan merendah-rendahkan golongan ulama dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Saya tidak tahu bagaimana ada pihak memandang saya merendah-rendahkan golongan ulama PAS.

Mungkin istilah yang sering saya rujuk adalah kepimpinan PAS yang cenderung bermain politik daripada menegakkan dakwah dan ukhuwah islamiyah. Saya memperjuangkan golongan ulama ahlus sunnah wal jamaah dan ini tentu sekali merangkumi ulama dalam PAS dan UMNO atau mana-mana kumpulan lagi yang merasakan mereka adalah ulama ahlus sunnah wal jamaah.

Namun ada beberapa perkara yang saya gariskan sebagai kriteria untuk saya anggapkan golongan ulama itu ialah golongan ulama ahlus sunnah wal jamaah yang saya perjuangkan.

1) ulama yang mengaku ahlus sunnah wal jamaah. Mengiktiraf fiqh 4 mazhab utama ahlus sunnah iaitu maliki, hanafi, syafii,hambali dan golongan asyariah atau maturidiah dalam pegangan akidah ahlus sunnah wal jamaah.Cenderung untuk meraikan mazhab majoriti di suatu tempat. (cth: malaysia sebagai bermazhab syafii)

2) ulama yang cenderung bermuzakarah dalam hal-hal mengeluarkan fatwa dan hukum hakam secara berkumpulan dengan barisan ulama ahlus sunnah wal jamaah, dan cenderung pendapatnya dengan pendapat yang disepakati. Berlapang dada dalam hal perbezaan kecil. Cenderung menyeru untuk bermusyawarah sekiranya timbul hal-hal yang diperselisihkan oleh pemimpin atau rakyat dan masyarakat.

3) mengutamakan dakwah islamiyah untuk disebarkan dan bukan pemikiran atau ideologi luar samada dari barat atau mana-mana golongan yang bukan islam dan sedaya upaya mengajak pihak bersaudara dalam islam menghayati ukhuwah islamiyah,silaturrahim, persaudaraan islam lebih utama dari persengketaan, permusuhan,perbalahan atau pergaduhan.

4) cenderung menawar diri dalam memberi kerjasama dan memandu dalam hal-hal kebajikan khususnya pembangunan islam di negara, dan tidak melepaskan peluang serta ruang untuk membawa semua pihak melaksanakan sesuatu berlandaskan islam dan tidak bertentangan dengan tuntutan dan perintah Allah s.w.t.

4 kriteria di atas adalah antara kriteria ulama yang menjadi golongan yang saya perjuangkan untuk dimartabatkan dan dimuliakan yang merupakan antara agenda perjuangan saya dalam hidup ini yang telah saya rangka dan tidak akan berubah sehingga ajal saya.

sekiranya ulama PAS cenderung kepada 4 kriteria itu maka ulama PAS itu juga termasuk dalam golongan ulama yang saya perjuang untuk dimartabat dan dimuliakan. Begitu juga jika ada ulama UMNO yang cenderung kepada kriteria itu atau mana-mana ulama dari kumpulan lain. Cuma saya cenderung melihat kriteria itu dipunyai oleh ulama-ulama yang tidak berkepntingan dalam politik atau kumpulan sebagaimana sifat para ulama agung dalam sejarah ahlus sunnah wal jamaah seperti imam-imam mazhab, imam-imam tasawwuf dan sebagainya.

3) Hentikan melabel sesat kepada gerakan rufaqa atau asaari muhammad.

Saya tidak dapat berbuat atas permintaan di atas kerana kesesatan itu sudah jelas diperlihatkan di depan mata saya sendiri, dari tulisan-tulisan asaari dalam sajaknya, tulisan ummu jah, tulisan para penyokong dan pemimpin kanan rufaqa dan tindakan-tindakan mengelak serta bermuka-muka serta kelentong yang secara jelas diperbuat oleh mereka.

Namun saya masih mengharapkan akan ada sinar hidayah buat rufaqa yang rata-rata merupakan bekas-bekas al arqam yang tentu sekali berkongsi pengalaman yang rapat dengan diri dan keluarga saya.Memahami akan hiruk pikuk situasi pengalaman mereka membuatkan saya memandang para fanatik yang setia dengan rufaqa adalah golongan tertipu dan asaari pula individu yang telah tersesat jalan yang sebenarnya masih ada peluang untuk membetulkan jalan hidupnya begitu juga para pemimpin dan ahli keluarganya yang lain.

Sesat merupakan istilah paling sesuai dapat saya gambarkan atas doktrin kepercayaan dan iktikad asaari atau rufaqanya dalam hal imam mahdi dan pemuda bani tamim.Setelah menyemak segala macam bukti dan pengalaman, sememangnya keyakinan dan iktikad itu adalah suatu tindakan melampau yang tidak berasas kukuh.

Kesimpulan.

saya masih cenderung untuk mempopularkan perjuangan memartabatkan kedudukan para ulama ahlus sunnah wal jamaah dalam rangka perjuangan dakwah islamiyah,kerana saya memahami bahawa dakwah dan ulama tidak boleh dipisahkan. Para ulama mesti dimartabat dan dimuliakan dan diberi peluang serta ruang sehingga menjadi antara barisan penggerak dalam perjalanan pembangunan negara malaysia sekiranya kita mahu melihat keperkasaan dakwah islamiyah tertegak.

Selari dengan itu, saya akan konsisten menyeru agar golongan muda bersatu dalam kesatuan ahlus sunnah wal jamaah, kerana dengan cara bersatu dalam kesatuan ini sahaja mampu memperteguhkan barisan pemuda dan pemudi bagi menggerakkan agenda kebangkitan islam yang menjadi harapan dan impian umat yang terletak penuh di bahu generasi muda untuk menggalasnya.

Maka secara logik, saya akan menentang keras golongan muda yang cenderung memeluk fahaman sekularis,pluralis, modenis baratis, kapilatis keparatis, wahabis, hedonis, undergroundis, neo khawarijis, atau mana-mana fahaman yang cenderung untuk menghancurkan kesatuan umat ahlus sunnah wal jamaah dan segala agenda perjuangan dakwah dan ukhuwah. Penentangan keras ini ditujukan kepada fahaman itu semata-mata manakala golongan muda yang berjinak-jinak dengan fahaman itu atau sudah memeluk erat fahaman berkenaan sebagai agenda perjuangan mereka cuma akan saya anggap golongan muda yang mesti disedarkan sahaja dan bukannya musuh. Saya cenderung kepada usaha seruan damai dan kerjasama kepada hal-hal yang disepakati kita. Dan saya percaya golongan muda islam samada yang berjalan atas jalan lurus atau berjalan atas jalan songsang sepakat untuk HIDUP DAN MATI DALAM KEADAAN AMAN. maka kesepakatan itu akan menemukan kita pada satu titik yang perlu kita sama-sama tanamkan iaitu cenderung untuk bertumpu segala kekuatan kita kepada kejayaan meraih redha Allah atau saya panggil redha Allah centric.

MAKA TIDAK SYAK LAGI PERJUANGAN MEMARTABATKAN ULAMA antara kunci utama bagi membantu memperkemaskan perjuangan generasi muda untuk meraih redha Allah itu. Hanya ulama mampu membimbing generasi muda agar menjadi generasi yang berjuang atas jalan yang sambung sambungan dengan perjuangan para pejuang islam terdahulu.
Saya amat tertarik dengan pelbagai perkembangan yang berlaku kepada negara saya Malaysia.

Semuanya bermula dengan kes pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 sehingga meledakkan Reformasi di Malaysia.Ramai pejuang Reformasi Anwar ketika itu mengidamkan kejayaan Reformasi yang berlaku di Indonesia dalam tempoh yang seiringan yang telah menjatuhkan Suharto dan parti Golkar. Dan ramai juga yang tidak tahu menahu terus terjun dalam gerakan Reformasi atas kehangatan isu yang memainkan banyak perasaan para penyokong Anwar Ibrahim terutamanya.Pada pihak-pihak seteru UMNO beranggapan itulah peluang keemasan yang patut digunakan sebaik mungkin bagi mengurangkan kekuatan Barisan Nasional. Tidak hairan Barisan Alternatif yang telah diwujudkan berjaya menemukan dua parti yang tidak punya dasar yang seiring iaitu DAP yang perjuangkan Malaysian Malaysia dan PAS yang perjuangkan Negara Islam Malaysia Berhudud.

Saya menganggap perkembangan yang berlaku itu sangat menarik kerana tokoh bernama Anwar Ibrahim itu merupakan antara kekuatan yang dimiliki UMNO bagi menghadapi tentangan PAS yang menganggap UMNO sebagai Parti Sekular. Kehadiran Anwar dalam UMNO membawa imej ABIM dalam angkatan Pemuda UMNO menangkis sedikit sebanyak bahawa UMNO sebagai Parti Sekular kerana ABIM yang diterajui semasa zaman Anwar bukanlah gerakan sekular malah merupakan antara gerakan dakwah yang banyak melahirkan tokoh berimej Islam termasuk arwahyarham Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa pemimpin PAS sendiri. Malah suatu ketika ABIM pernah menjadi wadah buat PAS melatih barisan pelapis yang bakal menerajui kepimpinan PAS di masa depan.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO bukanlah suatu yang tidak terduga kerana ketika Anwar memimpin ABIM dan banyak mengkritik dasar kerajaan, Anwar pernah bersama-sama Mahathir Mohamad menggunakan pentas PAS untuk mengkritik pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Mahathir juga bukanlah ikon yang asing dalam era menongkah arus di Malaysia. Maka kemasukan Anwar dalam UMNO ketika Mahathir dilantik menjadi PM Malaysia boleh dilihat sebagai persediaan untuk menyatukan barisan menongkah arus.

Jalan buat Anwar memang lancar seakan-akan telah dirancang dari awal, sehingga berkali-kali Timbalan Perdana Menteri bertukar tangan di era Mahathir. Maka sampai satu tahap, Anwar menduduki tempat nombor 2 itu.

Anwar pernah diidamkan oleh PAS bagi menerajui barisan pemudanya, namun kemasukan Anwar ke dalam UMNO telah menyebabkan PAS tidak ada cara lain melainkan berseteru dengan Anwar. Maka tidak hairan beberapa penceramah popular dalam PAS tidak begitu segan untuk menggelar Anwar dengan bermacam gelaran bagi mengejek pendiriannya selama ini yang bermula dengan memimpin gerakan dakwah yang paling berpengaruh ketika zamannya itu. Anwar juga tidak segan untuk melabelkan PAS dengan bermacam nama dan gelaran sesuai dengan kecaman yang diterima padanya.

ABIM juga pernah mengkritik Anwar pada satu masa atas tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga menyokong tindakan Anwar masuk UMNO dan disusuli dengan beberapa ahli ABIM lain setia mengikut jejak langkah Anwar sebagai menyahut seruan dan misi Anwar untuk mengubah UMNO dari dalam.

Dua ikon Mahathir dan Anwar telah berjaya meletakkan UMNO sedikit perkasa dengan kemajuan pembangunan dan islam berjalan seiring. Namun, PAS masih punya ruang buat mempertahankan dakwaannya bahawa UMNO adalah parti sekular atas kerana UMNO tidak menyokong hudud PAS, tidak mengubah perlembagaan UMNO dari parti nasionalis kepada parti islam berteraskan al quran dan sunnah, dan juga imej-imej ahli UMNO sendiri sebagai contoh barisan wanita yang tidak mengikut syariat secara terang terangan dengan berpakaian tidak menutup aurat. Juga isu-isu gejala sosial yang muncul dari perubahan kemodenan Malaysia juga menjadi hujah buat PAS membuktikan pembangunan islam UMNO adalah retorik dan juga beberapa kes rasuah yang banyak terjadi di kalangan ahli UMNO.

Namun, perancangan manusia sama ada di dalam UMNO atau PAS semuanya diatasi dengan perancangan Allah s.w.t. Sama ada insiden pemecatan Anwar itu satu konspirasi atau kerana kelemahan Anwar sendiri, secara tidak langsung telah mendedahkan beberapa perkara kepada khalayak umum termasuk diri saya yang ketika itu berusia 14 tahun dalam melihat sikap dan pendirian para pejuang politik di Malaysia.

Mahathir boleh terus mempertahankan Anwar dari sebarang tuduhan dan dakwaan apatah lagi Anwar sendiri telah mengakui akan terus menyokong kepimpinan Mahathir dan Anwar sebagai ikon dunia dakwah yang kuat dapat terus digunakan bagi memperkasakan UMNO khasnya dari seterunya PAS yang berimej Islam.Memangpun Mahathir menangkis banyak tuduhan terhadap Anwar sebelum itu,namun sehinggalah tahun 1998 iaitu tahun lanjutan kepada krisis ekonomi yang melanda Asia.

Krisis ekonomi itu pernah digunakan oleh PAS juga dalam memperkatakan tentang kewibawaan Mahathir dalam menguruskan ekonomi negara, dan isu rasuah, kronisme, nepotisme memang melanda dunia politik ketika itu apatah lagi hujah yang sama digunakan oleh Amerika dalam menghentam beberapa kepimpinan di Asia termasuk Mahathir yang dianggap antara diktator di Asia oleh Amerika.Mahathir menyalahkan George Soros dan Amerika dan telah bertindak di luar tabii ekonomi semasa dengan melaksanakan pengawalan mata wang ringgit. Dan di samping itu, Anwar telah dipecat.

Pemecatan Anwar lebih kepada tindakan disiplin oleh MT UMNO perihal akhlak dan moral dan kemudian barulah disusuli dengan dakwaan tambahan iaitu Anwar yang menduduki jawatan Menteri Kewangan sebelum itu sebagai antara punca kejatuhan ekonomi Malaysia. Di pihak Anwar pula berhujah bahawa pemecatannya adalah atas konspirasi yang telah lama dirancang oleh musuhnya dalam UMNO dan Anwar menuduh Mahathir turut terlibat dalam konspirasi itu atas mahu melindungi kepentingan diri.

Yang menarik ingin saya ketengahkan ialah PAS muncul menawarkan Anwar ruang buat berjuang bagi mendapatkan keadilan. Tapi, Anwar mungkin tidak lupa siapa dirinya di mata PAS, dan tidak hairan mengapa Anwar tidak menyertai PAS malah tidak mengiktiraf pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga ahli UMNO. Mungkin Anwar masih merasakan beliau ahli UMNO maka kerana itu tidak menyertai PAS,namun mahu atau tidak Anwar terpaksa menerima bahawa UMNO tidak mahu beliau lagi. Parti Keadilan Nasional telah ditubuhkan dengan Anwar menjadi penaung dan cuba untuk menerajui gerakan Reformasi iaitu gerakan menumbangkan kerajaan yang ada dan membersihkan pemerintahan negara dari segala bentuk penyelewengan,rasuah, dan ketidakadilan sistem kehakiman.Dan PAS telah menyokong gerakan reformasi Anwar. Mahu atau tidak, walaupun Parti Keadilan cuba mendominasi gerakan reformasi tetapi hasil perjuangan reformasi lebih didominasi oleh PAS.

Pada pilihanraya umum ke 10, Barisan Nasional menemui banyak kegagalan sehingga PAS berjaya mendapatkan negeri Terengganu. Dalam perjuangan Reformasi ikon bernama Mahathir telah dijadikan sasaran utama, malah ada yang menganggap sekiranya Mahathir letak jawatan maka segala bentuk penyelewengan akan tamat. Maka tidak hairan apabila Anwar mahupun PAS telah menganggap Mahathir tidak akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri sampai bila-bila dan gelaran Mahathir sebagai Maha Firaun pun muncul.

Mahathir melepaskan jawatannya kepada Pak Lah pada tahun 2003. Ramai beranggapan proses pemindahan kuasa itu telah memberikan tamparan hebat buat barisan penceramah popular PAS yang ada sesetengahnya sanggup mengaku akan mengerat jari jika Mahathir turun takhta. Barisan penceramah popular PAS semasa era reformasi telah sedikit terlajak apabila mengangkat-angkat Anwar seakan-akan hero perubahan sehingga ada yang menganggap Anwar sebagai ketua barisan alternatif,kerana tindakan itu telah memperlihatkan pada khalayak umum seperti saya yang mengikuti perkembangan itu memahami akan asam garam politik UMNO dan PAS.

Serangan kepada Mahathir masih terus dijalankan walaupun Mahathir telah bertukar menjadi warganegara Malaysia yang biasa,dengan PAS mendakwa Pak Lah adalah boneka Mahathir. Pas mencanang-canangkan banyak tindakan Pak Lah yang meneruskan segala macam dasar dan projek Mahathir sebagai bukti Mahathir masih menjadi mastermind segala macam tindakan kerajaan dan dakwaan Pas bahawa Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya sampai bila-bila terus mengukuh.

Pak Lah kemudiannya telah membatalkan projek jambatan bengkok di Johor. Mahathir mula bangkit mengkritik keputusan Pak Lah itu, dan perkembangan ini membuahkan satu situasi buat khalayak umum menjadi lebih memahami.

Kritikan Mahathir telah ditentang hebat oleh kepimpinan UMNO, dan perkembangan itu telah membuahkan satu lagi tindakan PAS yang sebenarnya boleh diagak oleh sesiapa jua yang sudah memahami asam garam politik, iaitu PAS menawarkan ruang buat Mahathir. Malah ada yang menawarkan Mahathir jawatan ketua pembangkang, sebagai mengiktiraf kritikan Mahathir yang dianggap bernas. Anwar muncul memberikan nasihat buat barisan pembangkang agar tidak terpesona dengan perkembangan Pak Lah-Mahathir itu dan menampakkan Anwar ingin menyatakan perkembangan Pak Lah-Mahathir itu adalah suatu drama yang direka-reka sahaja.

Apabila Mahathir menolak untuk menerima tawaran PAS maka dapatlah kita baca apakah pandangan orang-orang UMNO yang hilang kuasa terhadap parti islam itu selama ini. Sebelum Anwar, Tengku Razaleigh Hamzah pernah keluar UMNO dan menubuhkan Semangat 46 juga tidak berminat untuk menyertai PAS. Malah selepas gagal menyerlah dengan pakatan dengan PAS, Semangat 46 kembali kepada pangkuan UMNO.

Tawaran PAS kepada Mahathir itu sebagai tambahan kepada perkembangan PAS yang berkecamuk pada masa kini. Dalam PAS, pejuang-pejuang era reformasi yang dulunya ahli UMNO dan telah bertukar menjadi ahli PAS masih mengekalkan corak perjuangan mereka dengan mengangkat ikon bernama Anwar sebagai ikon teragung yang mengemudi gerakan menumbangkan kerajaan BN. Namun, segelintir ahli PAS yang membaca politik negara di bawah pemerintahan Pak Lah menemui peluang lebih besar jika ikon bernama Mahathir dijadikan teras perjuangan PAS era ini.

Walaupun apabila Mahathir menolak tawaran PAS, ada ahli PAS yang membalas bahawa tawaran itu bukannya suatu yang bersungguh-sungguh dari PAS,tetapi cuma sindiran buat Mahathir, namun apabila Presiden Pas Haji Hadi sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mahathir boleh dimaafkan maka, tertamparlah barisan penceramah popular yang selama ini telah mengerjakan brainwash ke atas ahli sehingga ke peringkat tadika supaya membenci Mahathir dan tidak memaafkan Mahathir sampai bila-bila.

Tidak hairan perkembangan Mahathir-Pak Lah yang semakin hangat ketika itu telah membuatkan pemerhati politik dalam PAS merencanakan gerakan untuk mengadakan hubungan dengan Mahathir mestilah bersungguh-sungguh. Ini telah memberikan tamparan buat ahli yang ingin menyindir Mahathir,dan akhirnya gerakan untuk menjalinkan hubungan telah digerakkan dan Pas sanggup menyediakan pentas dan poster juga promosi untuk Mahathir meneruskan agenda menghentam Pak Lah dan kerajaan. Ikon Mahathir akhirnya dimilki oleh PAS ketika itu dan Pas berasa amat senang menyokong segala kritikan Mahathir dan perkembangan dalam UMNO yang menentang Mahathir sehingga ada yang sanggup menyuruh Mahathir menyertai pembangkang telah mencerahkan segala-galanya.

Tapi saya tidak pasti para perencana dan pemain politik tempatan benar-benarkah memahami ikon bernama Mahathir dan ikon bernama Anwar ini? Mahathir terus mengkritik kerajaan dalam masa yang sama terus menyatakan rasa sayang dan khidmat bakti beliau pada UMNO. Perkara ini bukan suatu yang asing kerana Mahathir ketika dipecat oleh UMNO suatu ketika dulu pun masih sanggup menyertai semula UMNO (atau menubuhkan UMNO BARU) dan tidak terlintas mahu menyertai pembangkang atau PAS.Sehingga perkembangan ini direda apabila Mahathir diserang serangan jantung, dan kritikan ke atas kerajaan menjadi sunyi.

Pas terus merencanakan kritikan Mahathir membuktikan mereka menyokong kritikan Mahathir, maka PAS mesti mengambil dasar menyokong projek mahathir iaitu jambatan bengkok, Pas mesti mengambil dasar mempercayai bahawa Pak Lah, Khairy, dan Kamaluddin berkomplot dalam mencuri harta negara. Dalam masa yang sama ikon bernama Anwar mesti terus muncul untuk membawa barisan pembangkang termasuk PAS dalam lanjutan agenda reformasi beliau iaitu menubuhkan Malaysia Baru.

Apa yang menarik dalam kisah UMNO-PAS dan dua ikon Mahathir-Anwar ini,ikon bernama Pak lah ini juga pastinya membawa pengaruh kepada perkembangan Malaysia seterusnya.

Pak Lah pada awalnya dituduh boneka mahathir. Kemudian, beliau didakwa pembawa ajaran sesat Islam Hadhari. Islam Hadhari dikatakan sesat oleh barisan PAS khasnya atas sebab istilahnya yang bersalahan dan perkembangan negara yang meningkat gejala sosial serta jenayah dijadikan hujah bahawa pendekatan Islam hadhari adalah topeng Islam Liberal atau dengan kata lain sekular. Walaupun tuduhan sekular telah diadakan kepada kerajaan sebelum Anwar masuk UMNO, selepas masuk UMNO,dan setelah tiada lagi dalam UMNO, namun ikon bernama Pak Lah ini telah membawa tuduhan lebih berat mungkin dari sekular, kafir, munafik, atau sesat atas kapasiti pendekatan Islam hadhari kerajaan dilihat sebagai agen pemusnah agama Islam, dengan kata lain musuh Islam.

Pak Lah yang dikatakan pemusnah agama Islam dengan dakwaan terbaru iaitu boneka khairy, juga pelbagai cemuhan dan ejekan seperti kuat tidur, kuat nafsu (kerana pegang bahu artis), lembik dan lemah, penakut dan pengecut, dan lain-lain adalah bukti penting asam garam politik tanah air yang dapat dibaca oleh sesiapa sahaja yang memerhati khasnya khalayak umum seperti saya yang membesar dari umur 14 tahun pada era reformasi hingga sudah menjangkau usia 22 tahun pada tahun ini iaitu era berkecamuk dan pendedahan jelas dunia politik tanah air.

Pola yang dapat saya baca ialah, setiap kali pemimpin naik akan ada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa (merujuk kepada kes Mahathir, Anwar, Pak Lah). Setiap kali pemimpin kalah dan tersisih pasti pembangkang menawarkan ruang dan pentas yang mulia walaupun pemimpin itu ikon yang dikutuk oleh pembangkang sebelumnya (merujuk kes Mahathir, Tengku razaleigh, Anwar). Setiap pemimpin yang ada di puncak kuasa mesti mendapat gelaran dan cemuhan buruk dari parti pembangkang.(merujuk kes Mahathir, Anwar, pak Lah). Setiap kali pemimpin yang tersisih dari kerajaan yang gagal menduduki puncak kuasa pasti tidak akan menyertai parti pembangkang yang sedia ada tapi menubuhkan parti baru (merujuk kes semangat 46 dan parti keadilan). dan seribu macam lagi pola tikam menikam, pura-pura, taktik dan strategi yang digunakan oleh kedua-dua barisan kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang.

Di sudut yang lain yang menambah berkecamuknya kerajaan bernama UMNO dan pembangkang bernama PAS adalah perkembangan dunia dakwah.

Ikon bernama Anwar telah mengkecamukkan dunia dakwah apabila beliau terjun ke bidang politik dan memilih UMNO padahal PAS telah membuka seluas-luasnya tempat untuk beliau naik menjadi pemimpin PAS.

Ikon dakwah seterusnya walaupun tidak begitu sengit dalam dunia politik ialah Asaari Muhammad pengasas Al Arqam. Mahu atau tidak mengakuinya beberapa fenomena dakwah di Malaysia turut melibatkan Asaari. Asaari pernah berada di dalam ABIM sebagaimana Anwar dan Haji Hadi.Asaari juga pernah menyertai PAS lalu keluar menggerakkan dengan serius gerakan Al Arqam. Anwar pernah menyokong Al Arqam dan bergandinganlah ABIM dan Al Arqam dalam sesetengah sudut. Malah gerakan Al Arqam juga turut disertai oleh warga ABIM pada zaman awalnya sedikit demi sedikit, dan kemudiannya didekati oleh orang awam yang mencari jalan mendekatkan diri dengan agama, jalan mengubah diri yang telah hanyut dan bernoda, sehinggalah didekati juga oleh para pemimpin politik di kalangan UMNO.

Apa yang menarik PAS bukan menjadi wadah yang menarik buat Asaari. Walaupun dahulu beberapa ahli Arqam menyokong PAS kerana menganggap UMNO sebuah parti sekular, namun selepas Asaari membayangkan PAS juga tidak ubah seperti UMNO,maka ahli Arqam bertindak yakin dengan gerakan Arqam semata-mata.

Asaari berjaya memukau beberapa kelompok masyarakat dengan pendekatan, falsafah dan gaya peribadinya sehingga sampai satu tahap Asaari berjaya mengatasi populariti Mahathir juga Anwar Ibrahim.Cuma di Kelantan, pengaruh Nik Aziz kurang berjaya dihakis oleh Asaari, maka tidak hairan gerakan Arqam lebih kuat di sebelah pantai Barat semenanjung seperti Kedah, Perak,Negeri Sembilan,Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Arqam diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, dan sesetengah warga masyarakat yang tidak tahu kisah atau sering dipanggil sebagai simpati Arqam atau Arqam batik melihat langkah kerajaan itu hanya berlandaskan politik kerana bimbang dengan pengaruh Al Arqam. Jika benar dakwaan ini, maka PAS adalah parti yang ketinggalan dalam menghadapi fenomena Al Arqam.

Baru-baru ini apabila diminta mengulas akan Rufaqa atau bekas Al Arqam, Tuan Guru Nik Aziz satu lagi ikon dakwah dan politik telah mengulas rufaqa dan Arqam secara sambil lalu dan lebih memfokuskan hujahnya kepada UMNO.

Rufaqa yang merupakan wadah baru Asaari dan orang kanannya selepas pembubaran Arqam, meletakkan sokongan kepada kerajaan Pak Lah dan Islam Hadharinya dengan Asaari cuba membawa Islam Hadhari versinya sendiri untuk diterapkan dalam Islam Hadhari kerajaan. Perkembangan ini membuktikan bahawa turunnya Mahathir telah menaikkan dua ikon dakwah yang lama iaitu Anwar dan Asaari. Cumanya Anwar lebih menumpukan kepada soal-soal kejujuran kerajaan sekarang atas sebab beberapa isu yang dijadikan senjata parti keadilan pada era reformasi telahpun digerakkan oleh pemerintahan Pak Lah.

Pada era reformasi Anwar menuntut kebebasan suara yang juga merangkumi teguran ke atas kerajaan, kebebasan penghakiman di mahkamah, dan pandangan berbeza yang diraikan di parlimen. Namun, semua itu telah pun terjadi di era Pak Lah apabila beberapa suruhanjaya kira-kira ditubuhkan yang dianggotai oleh pemimpin pembangkang juga untuk menilai perbelanjaan dan guna wang oleh kerajaan turut bertindak menegur dan mengkritik, ditambah dengan suara-suara para wakil rakyat dari kalangan warga kerajaan sendiri sudah mula bangkit dengan isu dan suara menongkah arus yang jarang dilihat di era Mahathir, dan juga pembebasan Anwar sendiri dari tuduhan liwat di mahkamah.Namun Anwar dan parti keadilan terus mengemukakan rencana untuk mendapatkan kuasa dengan membangkitkan kejujuran beberapa langkah kerajaan dan skandal rasuah yang masih membelunggu kerajaan. Ulsan mengeai perkembangan terbaru yang dibawa oleh ikon bernama Pak lah ini yang memenuhi kehendak era reformasi dielak untuk diulas oleh parti keadilan dan isu-isu membabitkan tuduhan salah laku dan rasuah Pak lah sendiri terus dijadikan senjata.

PKR jenama baru parti keadilan dengan kebanjiran ahli parti rakyat yang berfahaman sosialis terus berjuang menegakkan agenda Malaysia Baru. DAP mungkin masih setia dengan Malaysian Malaysia. Dan tidak ada ragu PAS juga akan terus dengan agenda Negara Islam Malaysia Berhudud.

Rufaqa telah diminta diharamkan oleh Pak Lah, maka ini mengakibatkan ikon bernama Asaari mengigit jari,dan kini muncul kembali dengan dakwaan bahawa pengharaman Rufaqa berunsur politik dan sifat dengki kerajaan pimpinan UMNO. Yang menggelikan hati fenomena rufaqa berjaya mengelirukan sesetengah ahli pembangkang yang dahaga isu turut menyokong bahawa pengharaman rufaqa malah pengharaman al arqam adalah berunsur politik, dan menghujahkan bahawa UMNO sanggup bermain isu agama atas sebab mahu mengelakkan isu yang lain.

Dalam masa yang sama, sesetengah ahli UMNO yang sekular dan liberal yang memusuhi PAS lebih menyenangi Rufaqa atau Asaari kerana dasar berlembut yang ditunjukkan secara zahir dan atas sokongan Rufaqa yang berimejkan dakwah dan islam menyokong Islam hadhari sebagai perisai buat menangkis dakwaan sekular atas kerajaan.

Apabila Rufaqa diharamkan, maka pastinya puak yang mahu membelai Rufaqa tidak bersetuju, namun Pak Lah secara jelas telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rufaqa haram.

Ikon dakwah yang meneruskan berkecamuknya barisan UMNO dan PAS ialah Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin @ Dr MAZA. Ikon Dr Asri disokong kuat oleh pergerakan wahabiyyah kerana dasar Dr Asri dalam dakwahnya banyak menyokong hujah fiqh mereka. Mungkin dalam berbicara dunia dakwah selain ABIM yang melalui jalan malap selepas ketiadaan Anwar, adalah wujudnya JIM yang dikatakan tidak selari dengan ABIM. Unsur-unsur wahabiyyah memang menular dalam JIM dan JIM kini sedang berkubu di dalam PAS dan sedikit dalam PKR.

Jangan hairan apabila sebenarnya ahli JIM juga ada di dalam UMNO.

Nik Aziz menaungi pertubuhan JIM dengan Husam Musa adalah antara hasil tarbiyyah dari benih yang sama dengan JIM iaitu gerakan IRC.

Lain-lain doktrin dan fahaman ala-ala salafiyyah wahabiyyah juga memang sudah lama kelihatan ada dalam PAS sejak kemasukan Nik Aziz dan Haji Hadi. Tidak hairan jika dulu ada amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO telah menimbulkan kegoncangan ukhuwah islamiyyah di kalangan rakyat jelata umat Islam. Tarbiyyah Haji Hadi menyusun pemikiran siasah ala-ala salafiyyah wahabiyyah dalam sesetengah sudut akhirnya membuatkan perkembangan fahaman ini pada generasi pelapis PAS dan kemunculan ikon bernama Dr Asri yang naik mendadak dianggap sebagai imam yang memberikan panduan kepada warga PAS yang memilih fahaman ini.

Namun ikon Dr Asri ini telah menyerang PAS dengan tuduhan bahawa parti itu diselebungi fahaman syiah, telah membuatkan sesetengah ahli PAS tidak suka kepada Dr Asri seterusnya menentang fahaman salafiyyah wahabiyyah.

Ini diperkuatkan lagi apabila Dr Asri memilih menerima tawaran Shahidan Kasim menteri besar Perlis untuk menjadi mufti perlis telah membayangkan pada pengikut PAS bahawa Dr Asri mesti dianggap seteru kerana dibayangkan sebagai tali barut UMNO. Ikon Dr Asri mengimbaukan saya kembali kepada suasana PAS ketika menghadapi berita kemasukan Anwar dalam UMNO. Ahli ABIM yang telah ditarbiyyah oleh Anwar dan kemudian terjun dalam PAs terpinga-pinga apabila imam mereka telah masuk UMNO. Kini anak didik yang mengkagumi Dr Asri terpinga-pinga pula apabila Dr Asri menyelar PAS dan bekerjasama dengan UMNO.

Di sudut yang lain para penyokong Dr Asri masih menaruh harapan agar Dr Asri menjadi penentang kerajaan. Berbekalkan teguran Dr Asri terhadap Islam Hadhari dan tentangan kepada Islam Liberal telah menyediakan impian buat para penyokong Dr Asri untuk menangkis sesetengah dakwaan PAS bahawa Dr Asri sudah gila kuasa dan dihanyut dengan tawaran kebendaan.Malah yang tidak suka kepada Anwar dahulu juga menyamakan Dr Asri dengan Anwar yang cuba mengubah UMNO dan kerajaan dari dalam pasti menemui kegagalan katanya.

Terbaru, Mahathir muncul kembali dengan isu permohonan agar saman Anwar ke atasnya dibatalkan. Kemunculan Mahathir untuk menimbukan episod baru dalam arena politik ini akan menemukan dua ikon yang tidak lagi punya harapan cerah dalam politik untuk kembali menyinar memainkan perasaan dan fikiran rakyat.Ikon Mahathir meneruskan episodnya dengan ikon-ikon yang sedia ada, kalau dulu dengan Pak lah kini Mahathir menuntut ikon Anwar melayannya. Ikon Anwar mungkin ikon yang sedikit menyedari hakikat permainan episod yang boleh merugikan dirinya.Sudahlah dahulu ikon Mahathir nyaris diambil menjadi ketua pembangkang dan menyisihkan pengaruhnya di barisan pembangkang, dan pernah juga mencuri tumpuan rakyat ke atas ikon mahathir dan pak lah dan terus melupai ikon bernama anwar. ikon bernama nik aziz pula muncul dengan isu terbaru perlaksanaan kod etika pakaian di bandaraya islam kota bharu. ikon haji hadi mungkin sedang berusaha mengembalikan keyakinan rakyat terengganu padanya. ada juga kadang kala muncul ikon salahuddin ayyub dan ikon khairy jamaluddin yang mewakili generasi baru UMNO-PAS yang menyambung tradisi tikam menikam dalam arena politik melayu. ikon asaari mungkin akan lenyap dalam sedikit masa lagi apabila ada bekas arqam yang sudah menganut fahaman salafiyyah menentang dengan keras akan kesesatannya. dan warga JIM dan ABIM terus mencari rentak dalam arena politik memperlihatkan JIM sedang mula naik.ikon Dr Asri mengecamukkan barisan salafiyyah dalam PAS sama ada menyokongnya atau tidak.Ikon bernama Pak Lah terus menghadapi tohmahan dan cemuhan menggantikan tempat Mahathir dahulu yang dicemuh dan ditohmah.

MAHU ATAU TIDAK, JIKA KITA BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T MESTILAH MENGAKUI APA YANG TELAH BERLAKU DAN BAKAL BERLAKU SEMUANYA ADALAH PERANCANGAN ALLAH S.W.T SEMATA-MATA. manusia boleh merancang , berkomplot, berkonspirasi, berpakatan, tapi PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK.

Tugas kita sebagai khalayak umum adalah mengkaji dan menyelidiki segala petunjuk-petunjuk Allah yang terdapat dalam kitab suci Al Quran dan juga realiti yang ada di depan mata kita supaya kita tidak terjerat dan terperangkap dalam permainan orang-orang berkepentingan.




sambungan dari bahagian 1:PERANG SERIGALA TERAKHIR

Dalam bahagian pertama penulis telah mencadangkan strategi penyatuan dan pergabungan umat Islam berbangsa Melayu yang terpecah samada dari segi aliran politik, aliran jamaah, aliran gerakan dakwah, aliran perjuangan, aliran tareqat, aliran manhaj dan sebagainya mengangkat REDHA ALLAH CENTRIC dalam setiap MUSYAWARAH dan DASAR PERJUANGAN.

Namun langkah pertama itu memang akan gagal berikutan ketidakfahaman umat Islam yang berjuang pada hari ini mengenai konteks tujuan dan matlamat perjuangan mereka sendiri.

Ada sekelompok berkata mereka memperjuangkan islam yang moden, islam yang progresif, islam yang bawa kemajuan. Memang indah slogan dan niat serta tujuan mereka berjuang itu. Namun, keindahan slogan yang meletakkan tujuan dan matlamat yang TIDAK BERPENGHUJUNG SECARA HAKIKI merupakan satu perjuangan yang tidak akan selesai.

Islam bukan satu cara hidup yang menghidangkan satu perjuangan yang tidak akan selesai. Islam meletakkan umatnya berjuang hingga selesai dan kefahaman REDHA ALLAH CENTRIC akan membawa perjuangan umat yang selesai dan berpenghujung secara hakiki.

Di dunia sememangnya perjuangan mempertahan dan memperkembangkan akidah Islam dilaksanakan secara bersambung-sambungan dan kesatuan majoriti yang melaksanakan perjuangan bersambung-sambungan islam ialah jamaah umat terbesar dan berpadu teguh dengan akidah sahih iaitu perjuangan dan kesatuan umat ahlus sunnah wal jamaah.

Namun bagi setiap individu, hakikatnya perjuangan di dunia ini cuma adalah tanah buat menabur benih amalan yang akan dituai apabila telah bertemu ajal maka bekal amalan di dunialah yang akan menjadi penyelamat hisab di akhirat. Dan sesungguhnya KEJAYAAN DI HUJUNG PERJUANGAN itu ialah meraih REDHA ALLAH!

Inilah hakikat kefahaman Redha Allah Centric yang sememangnya tidak ada syak dan tidak ada ragu lagi, jika dijadikan pedoman dan asas setiap perjuangan individu mahupun kumpulan pasti akan menyatukan! Sebab apa? Sebab ALLAH ITU MAHA ESA,MAKA BERKEJAR DAN MENUMPUKAN MATLAMAT AKHIR PERJUANGAN UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH MAKA AKAN MEMPERSATUKAN MATLAMAT DAN IMPIAN SETIAP UMAT ISLAM.

JELAS! Bahawa apabila matlamat dan impian telah dibersamakan maka tidak syak lagi akan mempersatukan perjuangan dan barisan umat!

Namun, memang para pejuang tua dan muda yang sudah mati akal yang telah terjebak dengan keterujaan hampagas akan mendapati diri mereka, kumpulan mereka, kelompok mereka, parti mereka, jamaah mereka tidak akan bersatu sama lain sampai bila-bila sehingga terpacul di mulut mereka secara biasa kalimah "hampir mustahil".Inilah hakikat peringkat akhir keterujaan hampagas yang menggagalkan misi REDHA ALLAH CENTRIC berteraskan DAKWAH, UKHUWAH, DAN MUSYAWARAH.

Maka penulis mengemukakan strategi sambungan bagi memperlengkapkan misi PENYATUAN DAN PERGABUNGAN ini iaitu BANGKITNYA GENERASI BARU YANG SEDAR!

Generasi Baru yang sedar ini penulis sasarkan kepada generasi remaja zaman kini yang menjadi kelompok terbesar dan bakal lahir sebagai penggerak utama perjuangan di masa depan yang sudah tidak lama lagi akan muncul.Penulis letakkan strategi ini sebagai misi REMAJA GAGAH.

Namun, sejak akhir-akhir ini setelah mendapati sedikit demi sedikit remaja yang ada yang sedang bertumbuh menjadi pejuang-pejuang dewasa juga semakin terjebak dengan keterujaan hampagas,maka penulis tidak jadi untuk memperincikan misi remaja gagah ini.

MAKA tidak syak lagi tulisan penulis bagi misi strategi semasa perihal PENYATUAN DAN PERGABUNGAN ini ditujukan kepada bayi-bayi dan sperma juga ovum yang ada pada zaman kini. Maka manusia pejuang tua dan muda yang sudah terjebak dengan keterujaan hampagas tidak perlu meneruskan bacaan ini dan pergilah balik tidur dan tengok bola sepak di kaca televisyen masing-masing. Dan kemudian jika sudah tamat menonton, bolehlah sertai demonstrasi kenaikan tol, dan melolong di ceramah politik,atau berjoget dan bersukaria di program-program hiburan kesukaan kalian. Berjuanglah dengan keterujaan hampagas kalian itu sungguh-sungguh hingga kalian mati dan menjadi mayat dan termangu-mangu di alam akhirat dan kemudian baru mula bertanya diri sendiri, "untuk apa aku berjuang di dunia sebenarnya".

wahai bayi-bayi Islam, sperma, ovum dan benih-benih Islam sekalian,

penulis mengarangkan tulisan ini kerana inilah saja strategi semasa penyatuan dan pergabungan yang mampu menjadi harapan umat dan kesatuan majoriti ahlus sunnah wal jamaah.

apabila kalian lahir ke dunia, kalian akan lihat begitu banyak sengketa,dan dalam sengketa itu ada penindasan dari pihak musuh secara melampau dan kalian akan mendapati kalian ramai tapi tidak kuat menghadapi musuh.

generasi sebelum kalian ada yang telah terkena dengan penyakit wahan cinta dunia dan takut mati. Itulah keterujaan yang bahlol lagi bengong.Dan ada juga yang berjuang tapi bercerai berai. Ada yang bersaudara tapi tak hayati persaudaraan. Ada yang punya kekuatan lengkap melengkapi tapi tak mahu bekerjasama tapi lebih suka menunjuk kuasa masing-masing tengok siapa yang terer (baca:teror).

Kalianlah harapan umat buat kali terakhir. Jangan sampai umat ini perlu merangka harapan baru lagi dengan mengharapkan bayi-bayi, sperma, ovum, dan benih-benih kalian pula untuk berjuang sedang kalian menjadi penerus kebodohan umat terdahulu sahaja.

Jangan. Jangan begitu.

Strategi pertama adalah menetapkan dan memahami serta menghayati tujuan dan matlamat hidup kalian di hujungnya tiada lain melainkan mengharap redha Allah terhadap kalian agar kalian terselamat dari menjadi bangsa yang dilaknat dan dimurka Allah, dan jadilah kalian bnagsa dan umat yang ditempatkan di kelompok yang dikasihi oleh Allah di kalangan hamba-hambaNya.

Strategi kedua ialah MEMBAIKI DENGAN BANGKITLAH KALIAN BERSAMA-SAMA MASUK KE DALAM KESATUAN UMAT YANG PADU DAN TEGUH IAITU KESATUAN UMAT AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.

Bangkitlah kalian sebagai satu generasi yang gagah berteraskan DAKWAH, UKHUWAH DAN MUSYAWARAH. Belajarlah dari pengalaman sejarah. Jangan ulangi dosa dan salah para pejuang yang keterujaan hampagas yang amat dahsyat melanda umat zaman kini.

Muliakan para ulama di kalangan kalian, tuntutlah ilmu dari mereka dengan sifat tawadhuk dan sambung sambunganlah perjuangan kalian dengan perjuangan para ulama kerana dalam kesatuan umat ahlus sunnah wal jamaah ini perjuangan kita sambung-sambungan kepada ulama khalaf yang menuntut dari ulama salaf ( ulama salaf bukan Ibn taimiyyah, Ibn Qayyim, apatah lagi Muhammad ibn abd wahab tapi ulama salaf ialah ulama yang hidup di zaman awal islam iaitu dalam tempoh 3 kurun pertama pengembangan ajaran Islam di kalangan imam mazhab, para tabiin, para sahabat) hingga bertemu dengan perjuangan Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan bersambung-sambungan lah perjuangan nabi itu dengan nabi-nabi sebelumnya hingga setiap suatu kebenaran perjuangan ini datangnya dari Maha Pencipta jua Allah s.w.t.

Jika kalian lahir sebagai anak-anak orang UMNO,maka jadilah kalian orang UMNO yang berada dalam kesatuan ahlus sunnah wal jamaah, jika kalian lahir sebagai anak-anak orang PAS ,maka jadilah kalian orang-orang PAS yang berada dalam kesatuan umat ahlus sunnah wal jamaah, begitu juga jika kalian lahir sebagai anak-anak kepada pejuang-pejuang kelompok lain, maka bawalah semuanya kepada kesatuan umat ahlus sunnah wal jamaah.

Jika kalian nampak datuk-datuk, pakcik-pakcik,makcik-makcik,bapa-bapa, ibu-ibu kalian masih meneruskan tradisi kebodohan berpecahan dan meninggal persaudaraan juga meraikan persengketaan maka janganlah kalian menyambung tradisi perjuangan itu kerana itu bukan perjuangan ahlus sunnah wal jamaah.Perjuangan kita bersambungan dengan ilmu para ulama dan berteraskan kepada dakwah (amar makruf nahi mungkar) yang berada di jalan hikmah,(ada yang kata hikmah itu bukan semata-mata berlembut tapi berkasar juga hikmah, jika kalian menjadi tegas pendirian itu tidak mengapa, dan janganlah teruja dengan kekasaran kerana adakah kamu fikir mereka akan mendekati dakwahmu jika kamu berkasar? sebutkan satu bangsa manusia yang suka mendekati orang yang berkasar ke atas mereka.), menyebarkan dan memperatkan ukhuwah kerana ukhuwah saja mampu mengekalkan kita berada di jalan dan tali yang sama dan tidak bercerai berai, juga bermusyawarah lah kita setiap kali kita mahu putuskan sesuatu yang diperselisihkan kita.Inilah jalan kita yang sambung sambungan dalam kesatuan umat ahlus sunnah wal jamaah.

bermuhasabah diri selalu, semoga kalian menjadi strategi terhebat umat di akhir zaman ini.

REDHA ALLAH CENTRIC. REMAJA GAGAH. DAKWAH. HIKMAH. UKHUWAH. MUSYAWARAH. AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.

sudut jalan-jalan:baca KETERUJAAN HAMPAGAS

baca juga: CERPEN PERANG SERIGALA TERAKHIR