|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
hamka telah menulis:
siapa hampeh sebenarnya

aku pun bermonolog:

assalamualaikum blog.. mesti kau pelik bila aku bagi salam kat kau, bukan? ya, aku tahu kau tak boleh jawab, kerana kau bukan manusia atau makhluk bernyawa. aku tak tahu nak describe kau sebagai apa. Kau bukan buku, tapi kau macam buku. ada halaman-halaman macam buku maksud aku. tapi untuk buka halaman-halaman itu hanya perlu diklik atau discroll. Ya, aku tahu yang bina kau ini adalah blogger.com dan google.com. aku malas nak fikir lagi. Yang penting aku nak tulis (hakikatnya menaip) tentang muhasabah dakwah.

aku terasa nak tulis ni bila aku baru habis baca blog hamka kereta mayat. Ya, benar. Hamka sebut orang yang berdakwah melalui blog adalah bidaah kerana tak ikut cara nabi. Aku nak bagitahu yang banyak benda yang aku jalani sekarang ni banyak yang tak ikut cara nabi. Ok, aku terangkan dari awal aku bangun pagi.

sekarang ni musim panas, jadi aku selalu tidur tak berbaju. kadang kain atau seluar tidur aku terlondeh sedikit menampakkan pusat aku, kira macam aku tidur tak tutup auratlah.Ditambah pula perut aku memboroi sejak kebelakangan ini. Aku tahu nabi tidur tutup aurat. Namun adakah aku berdosa bila tidur sebegitu dalam rumah sewa aku yang sempit ini,yang tiada siapa tinggal melainkan diri aku? ya kadang kala kawan aku masuk ke rumah aku. Kemungkinan dia akan ternampak auratku,maka tentunya tidur sebegitu boleh mendatangkan fitnah ke atas aku dan kawan aku. Oleh itu aku selalu memasang kipas dan berselimut. Pelik,bukan? ya, nabi tak pelik macam aku.

ok, aku malas nak panjang-panjang lagi. pendeknya, aku banyak tak ikut cara nabi dalam jalani hidup aku kat jepun ni. Nabi bersugi guna kayu sugi, tapi aku guna berus gigi bersama ubat gigi. Aku tak tahu nabi bersabun macam mana, tapi aku guna shampoo dan sabun cecair mandi. Nabi mungkin pakai jubah dan serban, tapi aku selamba pakai t shirt dan seluar jin. Nabi mungkin selalu ke masjid, tapi aku tak mampu nak ke masjid sebab nak pegi masjid di sini perlu berkereta selama 20 minit.(aku pula telah diberi amaran oleh polis sejak aku ditangkap memandu tanpa lesen jepun tempoh hari). kalau naik basikal mungkin 4 jam lebih kot. Kalau jalan kaki mungkin 10 jam kot. Biasalah, negara orang kafir. Masjid mana banyak macam malaysia.

kadang kala kalau antara kuliah tu tak sempat balik rumah, aku selalu solat di celah-celah almari kat library sekolah. aku tahu nabi tak solat celah-celah almari. aku pun kadang kala beli makanan jepun atau bento, dan aku tahu nabi tak makan bento. tapi memang sini tak jual kurma kat supermarket, kecuali kat bandar besar tokyo mungkin ada pasar orang islam. Ya, kadang kala aku bershopping online, dengan menempah daging, ayam, kicap, sos, megi dan sebagainya dari website. aku tahu nabi tak membeli makanan seperti aku. berurusniaga secara maya macam aku.

aku buat kerja part time di samping belajar di universiti. aku kerja hantar surat khabar dengan menaiki motor. aku tahu nabi tak baca akhbar, apatah lagi nak kerja menghantar surat khabar. atau nak naik motor. tapi memang aku belum pernah jumpa unta di jepun ini. banyak lagi perkara yang aku buat tak sama macam nabi.

aku belajar di universiti dengan duduk atas kerusi. aku tak tahu dulu nabi dan para sahabat buat majlis ilmu ada kerusi meja atau tidak, tapi aku pasti tak sama macam aku belajar ini. Kadang kala sensei (lecturer) bagi tugasan. aku kena bukak kitab jepun, baca, selesaikan soalan yang diberi dan sebagainya. Semua itu bukan tanggungjawab yang pernah nabi berikan pada para sahabat. Nabi tak suruh selesaikan soalan-soalan fizik, dan kemudian berikan markah jika dapat menjawab dengan betul. kemudian ada peperiksaan akhir semester dan perlu kumpulkan pointer tertentu untuk lulus.

tahun ni aku repeat semester sebab aku tak lepas satu subjek am yang menjadi prasyarat untuk naik ke tahun 3. Jadi aku sekarang ni masih di tahun 2. Ini semua bukan sunnah nabi. mana ada nabi suruh belajar kumpul pointer semua ini. Ok, banyak lagi hal yang tak sama dengan nabi.

bila aku nak berak, rumah aku menyediakan tandas duduk. aku tak tahu tandas duduk ada masa zaman nabi, dan adakah nabi membenarkan kita berak atas tandas duduk. sejak aku kecik memang aku guna tandas cangkung. Malah dulu kat kampung, ada juga lepas main-main dalam hutan bersama sepupu sepapat aku, aku terasa nak berak, lalu aku pun gali lubang. aku ingat ayah aku pernah ajar aku cara istinjak guna batu atau daun. memang aku amalkan istinjak cara itu. Tapi itu dulu, sekarang di jepun ni, memang ada tandas cangkung, tapi kat rumah aku ni guna tandas duduk. kat luar rumah memang ada beberapa pohon di bawahnya ada daun kering dan memang ada batu-batu kasar yang dijadikan perhiasan beberapa buah rumah orang jepun. Tapi aku rasa macam leceh untuk kutip daun kering dan batu untuk salatkan taik aku yang sudah menjejeh keluar. Jadi aku guna air dan timba. bila nak cepat, aku spray je shower untuk istinjak. pasal takde pili air yang boleh masuk paip untuk spray macam kat malaysia.

ok, pendek kata 1001 macam perkara dalam hidup aku ini tak ikut cara nabi. samada ketika nabi masih kecil mengembala kambing atau selepas menerima wahyu dan berdakwah kepada bangsa quraisy. Ya, maka sampailah kita kepada point berdakwah setelah aku merepek dan merapu.

Ok,blog.. kau tahu, hamka (blogger kereta mayat) kata berdakwah cara nabi adalah dengan turun jumpa masyarakat yakni berdakwah style tabligh dari rumah ke rumah itulah yang tepat setepatnya menurut kaedah nabi berdakwah yakni mengikut sunnah nabi. akibat dari iktikad itu, maka hamka percaya semua orang yang berniat untuk berdakwah, tapi melaksanakan selain dari itu maka semuanya adalah bidaah yakni golongan sesat berdakwah.

Ok, aku memang sejak kecil memang dikelilingi orang dakwah. Cuma bukan jemaah tabligh. Dulu ayah aku join abim dan kemudian join al arqam dan aktif berdakwah bersama jemaah arqam. Memang orang arqam selalu datang dari rumah ke rumah, jika tidak datang berziarah dakwah, mereka menjual akhbar atau majalah, buku-buku asaari, kaset-kaset ceramah ustaz arqam, mahupun kaset nasyid nadamurni atau risalah-risalah percuma untuk disebarkan.Asaari sendiri selalu turun ke padang, malah bermalam di rumah-rumah pengikutnya atau para simpati arqam yang dipanggil arqam batik itu. asaari juga kadang-kadang akan membawa beberapa pemimpin dan arqam batik untuk berdakwah ke thailand, filipina, china, dan sebagainya.

Ok, akhirnya ayah aku keluar arqam sebab jumpa pelbagai bentuk penyelewengan termasuk salah seorang pemimpin arqam yang menyalahguna kenderaan yang ayah aku waqafkan untuk jemaah. memang keluarga kami sendiri tak berkenderaan waktu itu, kecuali ada seketul motor honda cup mata bulat untuk ayah aku ke tempat kerja sebagai guru. ayah aku waqafkan keretanya untuk jemaah, sebab percaya jika kita mahu bersedekah, patutlah kita sedekah sesuatu yang kita paling sayangi, itu baru mujahadah. walaupun ayah aku sudah tak lagi bersama-sama jemaah arqam, tapi kami masih hidup sepertimana hidup dalam jemaah arqam dulu. ayah masih berserban ke tempat kerja, dan aku ketika itu masih botak dan selalu berjubah serban walaupun baru berumur 7 tahun.

Sehinggalah asaari ditangkap di bawah ISA, dan kerajaan mengharamkan pakaian seragam arqam, maka ayah mula akur tidak lagi berserban arqam ketika kerja supaya patuh sebagai kakitangan kerajaan. Ok, stop lah cerita pasal ayah aku atau family aku.

Pendeknya, aku sudah ditarbiyah mengenai dakwah sejak kecil. Tapi apa yang aku fahami, dakwah perlu ikut sasaran dakwahnya. Nabi berdakwah kepada golongan bangsawan, tidak sama dengan nabi berdakwah pada orang-orang miskin. Oleh itu untuk menyebarkan dakwah islamiyah ke seluruh pelosok golongan manusia, para ulama sanggup menuntut ilmu-ilmu dari tamadun parsi dan yunani demi kemaslahatan manusia. Para ulama yang menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu seperti para mujtahid ahlus sunnah wal jamaah yang empat juga menulis ilmu-ilmu mereka ke dalam naskah-naskah kitab fekah mereka sehingga pada hari ini kita dapat banyak manfaat kerana mempunyai sumber rujukan dan panduan. Menulis ilmu dalam kitab semestinya satu bidaah kerana nabi tak pernah menulis ilmu dalam naskah-naskah kitab. Apa yang nabi suruh para sahabat, cuma mencatatkan wahyu dan kebanyakan para sahabat menghafal wahyu-wahyu itu dan bukannya menyimpan naskah-naskah wahyu di almari-almari rumah. Sehinggalah khalifah usman memerintahkan agar wahyu alquran dikumpul dan dikitabkan. Maka terciptalah mushaf usmani yang banyak kita ahlus sunnah pakai sekarang.

Maulana ilyas juga mencatatkan ilmu-ilmunya ke dalam kitab bertajuk fadhail amal. Kemudian kitab itu sering dibaca oleh para jemaah tabligh dalam sesi taklim mahupun bayan mereka. Tentunya maulana ilyas telah menyambung bidaah menulis ilmu ke dalam kitab ini, dan para jemaah tabligh pula tak ikut cara nabi mahupun sahabat, kerana bukan saja tidak mencatatkan ilmu maulana ilyas secara talaqqi seperti mana para sahabat menuntut ilmu dengan nabi secara talaqqi, malah kebanyakan ahli jemaah tabligh tidak menghafal isi kandungan kitab fadhail amal walaupun mereka sering membacanya. Dengan kata lain, mereka tetap merujuk,dan membuka kitab. Kecuali ketika mereka ziarah dari rumah ke rumah, mereka banyak berhujah menggunakan analogi-analogi yang dikutip dari bayan. Yang itu mungkin mereka menghafalnya. Namun para sahabat dahulu bukan setakat menghafal kata-kata, perilaku rasulullah yang akhirnya dikumpul dan dikitabkan sebagai ilmu hadis, malah para sahabat menghafal alquran bukan analogi ciptaan manusia, akan tetapi kalam Allah. Maka terbidaah sekali lagi ahli jemaah yang menghafal hujah analogi manusia tetapi bukan saja tak hafal hadis rasulullah yang dapat secara talaqqi,malah kebanyakan mereka tak hafal alquran.

Memang aku ada juga keluar bersama orang tabligh samada di malaysia mahupun di jepun ini. Rata-rata orang tabligh bertaklim dan berbayan di sini lebih kepada berhujah relevannya jemaah tabligh dan betapa perlu keluar bersama-sama jemaah tabligh. maka soal solat dan iman itu memang sering disentuh sebagai antara sebab utama mengapa perlu keluar bersama jemaah tabligh, tapi rata-rata isu-isu umat islam dalam menghadapi cabaran masakini seperti peluasan teknologi barat membina senjata-senjata untuk memusnahkan negara islam, strategi barat dalam menguasai politik umat islam, agenda zionis dalam sekularisme, hedonisme, dan semua cabaran-cabaran itu tak disentuh dalam merangka benteng buat masyarakat survive dalam dunia yang menekan ini apatah lagi ada islamphobia dan terorisme dalam satu masa.

aku tak tahu sudah berapa kali jemaah tabligh malaysia berdakwah pada ahli-ahli parlimen malaysia atau pada perdana menteri paklah sendiri. aku tak tahu sudah berapa kali orang tabligh pergi berdakwah pada golongan artis mahupun muda mudi yang berdisko dan berpeleseran. aku tak tahu dah berapa kali orang tabligh pergi berdakwah pada kanak-kanak peminat komik dan kartun. aku tak tahu sudah berapa kali orang tabligh berdakwah pada ulat-ulat buku yang suka membeli buku dan majalah. aku tak tahu sudah berapa kali orang tabligh berdakwah pada pendengar-pendengar radio. aku tak tahu sudah berapa kali orang tabligh berdakwah kepada blogger-blogger, pelayar-pelayar internet yang semakin bertambah dewasa ini.

aku tak tahu sudah berapa kali orang tabligh sudah berdakwah di hospital-hospital. berdakwah di pasar-pasar seperti jemaah ikhwanul muslimin zaman hassan al banna dulu.

Jika semua golongan manusia yang bukan sekadar orang yang ada di rumah, kerana orang tabligh percaya dakwah mereka dari rumah ke rumah semata-mata, bagaimana pula super-supermarket yang lebih ramai manusia. Adakah mereka bukan mad'u untuk orang tabligh dakwahkan? bukan mad'u untuk diajak solat jemaah ke masjid? bagaimana kanak-kanak dan remaja yang suka melepak di tangga-tangga mahupun di jalan-jalan raya seumpama mat-mat rempit. adakah mereka itu bukan mad'u untuk orang tabligh panggil dan seru ke jalan Allah? adakah dakwah nabi hanya mengetuk pintu-pintu rumah? bagaimana golongan bangsawan malaysia? sudah orang-orang tabligh ke istana-istana untuk berdakwah pada sultan,permaisuri, raja muda, raja dihilir dan sekalian pembesar-pembesar istana untuk ke masjid berjemaah solat? Adakah dakwah nabi menyebut solat,iman,dan khuruj semata-mata? bagaimana pesanan-pesanan rasulullah tentang hubungan orang islam dengan bukan islam, bagaimana pesanan-pesanan rasulullah tentang kaedah pentadbiran negeri yang adil dan saksama yang disebut sebagai negeri yang baik yang mendapat keredhaan Allah itu? adakah sudah orang tabligh menyampaikan dakwah-dakwah pentadbiran kepada wakil-wakil rakyat di parlimen tentang keadilan dan amanah? sudah syumulkah dakwah tabligh atau ajak iktikaf di masjid, ketuk daun-daun pintu rumah, ajak solat jemaah, dan kemudian menunggu keajaiban dari Allah untuk membunuh keseluruhan tentera zionis yang melapah rakyat palestin, menghilangkan keganasan dan diskriminasi atas islamphobia, melawan dan mematahkan hujah-hujah orientalis, menutupkan aurat dan menudungkan pembaca-pembaca berita, menginsafkan pendengar-pendengar radio, menambah ilmu dan kefahaman kepada pelajar-pelajar luar negara yang telah disibukkan oleh amanah untuk belajar engineering tanpa ada peluang untuk belajar agama, dan dapat tambahan ilmu rohani kerana di jepun ini bukan senang nak jumpa ulama.

internet banyak membantu kami di luar negara ini. tambah pula, ada di kalangan kami yang tak pernah ada peluang untuk ke sekolah agama, untuk belajar bahasa arab tinggi, untuk baca bahan-bahan tulisan ulama terdahulu, untuk dapatkan ilmu dan huraian hukum hakam dalam islam, untuk mengikuti strategi umat islam dalam menghadapi musuh-musuh islam seperti langkah-langkah boikot yang ada yang di antara kami baru tahu barang yang selalu dibelinya adalah dibuat oleh yahudi dan gerakan zionis. Kami juga di jepun ini jarang ada majlis-majlis zikir munajat, dengan adanya internet, dapatlah kami mendonlod zikir-zikir yang telah diupload oleh mana-mana pihak. kami juga bukan selalu didatangi oleh ustaz-ustaz mahupun jemaah tabligh, jika dapat mengisi kekosongan waktu kami dengan menonton ceramah-ceramah di youtube atau blog, dapat juga kami tambahan ilmu dan keinsafan. Adakah dakwah cuma terhad kepada waktu-waktu jemaah tabligh datang mengetuk daun pintu rumah kami semata-mata?

dan buat blog, kau tahukah apakah tujuan seseorang itu menulis di blog, adakah mahu orang lain membacanya sangat? aku ingin tanya, antara orang yang menulis blog itu dengan visitornya, siapakah yang paling rajin membaca isi kandungan blognya, dan paling faham mesej yang ingin disampaikan dalam blognya? jawapannya adalah tukang tulis blog itu! Ertinya berdakwah dalam blog, adalah berdakwah untuk dirinya sendiri. kalau ada pun sedikit manfaat yang dinikmati oleh orang lain, maka itu bonus untuknya. Tetapi jelas, tulisan di blog adalah cermin kepada kefahaman, jiwa, naluri, sikap,perasaan, dan semangat si blogger atau si tukang tulis blog itu sahaja. Sebab itu, aku suka taip panjang-panjang, dan kadang kala ada juga aku berikan link artikel yang aku tulis dalam blog kepada orang lain, namun, siapakah yang paling faham artikel itu melainkan si blogger itu sendiri? aku tak peduli orang yang baca artikel aku ni faham atau tidak, tapi aku faham mesej yang aku nak sampaikan ini. aku boleh baca bila-bila aku free atau bila aku rasa terkilan mahupun terluka bila mana-mana orang tabligh dok ngata aku buat bidaah, ejek aku hampeh atau apa saja. samada aku menulis, aku melukis, aku bersajak, aku berpuisi, itu adalah dakwah bagi aku. mungkin bukan orang lain, tapi untuk diri aku sendiri! sebab aku suka baca artikel,aku suka baca sajak, aku suka baca komik. dari aku baca artikel yang mengejek aku bidaah, dari aku baca sajak-sajak yang berbelit yang aku tak faham, dari aku baca komik-komik tahyul bleach, naruto mahupun one piece lebih baik aku tulis artikel aku sendiri, baca sajak aku sendiri, dan baca komik aku sendiri. kalau ada yang suka juga baca hasil kerja aku, maka itu bonus. tapi yang betul-betul dapat manfaat dari hasil kerja aku itu adalah diri aku sendiri. bukan saja aku memperbaiki diri menjadi lebih baik dari semalam, malah inilah dakwah paling sesuai dengan psikologi dan pemikiran aku untuk aku MUHASABAH DIRI.

Sesungguhnya ramai orang suka berdakwah dan marah mahupun kecewa bila dakwahnya tak diterima orang lain. Tetapi sedikit sekali orang yang setiap saat berdakwah, menyeru dirinya agar ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah dan laksanakan smeua perintahnya yang syumul serta bermuhasabah diri. Sebab apalah erti hidup ini jika kita menjadi MAYAT YANG PERASAN SUDAH BANYAK PERBAIKI DIRI DAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN BERTAUBAT,BANYAK SOLAT JEMAAH, BANYAK KHURUJ,BANYAK BERDAKWAH, BANYAK IKUT SUNNAH NABI, AKAN TETAPI HAKIKATNYA KITA LAH PALING SEDIKIT MANFAAT PADA ORANG LAIN,PALING KURANG JASA DALAM MEMBENTENG UMMAH DARI MUSUH ISLAM, DAN PALING KURANG MEMANFAATKAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA. NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI YANG KAU MAHU DUSTAKAN?

terima kasih blog kerana sudi menjadi tempat aku membuang semua bisikan-bisikan yang terpendam dalam hati aku. Dan sepatutnya mukmin mengadu segala masalah kepada Allah dan bukan kepada blog.Astaghfirullah al adzim.

aku akan berikan artikel ini pada hamka, kalau dia faham isinya, maka itu bonus, jika dia buat satu lagi artikel untuk menjawab semuanya ini, maka itu bonus untuk dirinya kerana dia sekali lagi berdakwah dalam blog untuk muhasabah dirinya, dan beri bonus pula pada pengunjung blognya, dan pengunjung blognya pula menjawab dalam blog mereka, maka semua orang akhirnya mendapat bonus kerana berjaya berFIKIR dan berMUHASABAH.

ok, aku nak khuruj ke library untuk study dan dapatkan pointer bidaah bagi melayakkan diri naik ke tahun 3 suatu sistem bidaah dalam pendidikan.