|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Semangat Freemason dan Zionisme tak pernah padam untuk membawa era subbudaya mengatasi agama sebagai cara hidup. Kemelut medan Hedonisme merupakan satu medan jitu buat semua gerakan-gerakan perosak anti-akhlak dan penjaja gaya bebas yang dulunya bersifat 'underground' kini ingin ditonjol,dikomersial, untuk diraih oleh segala macam kapitalis dalam membuat untung dan mengaut kemewahan wang dan jualan produk perniagaan. Suara-suara kelompok-kelompok Liberalis, Sekularis dan Pluralis yang kononnya mahu menunjukkan kasihan akan warga sub-sub budaya yang diketepikan bakat dan kebolehan mereka,terus sahaja memujuk dan menggula puak kapitalis bahawa genre-genre hedonisme dari lembah 'underground' ada ruang untuk dikaut untung jika ditaja dan diberi bantuan kewangan serta publisiti. Nah, gerakan hedonisme tak pernah padam sejak penjajahan British hingga merdeka 50 tahun, ia bergerak seiring dunia global, seiring era globalisasi tajaan kapitalis dan puak 'so-called' demokrasi, mahupun era Hadhari dasar pandang kegemilangan tamadun Islam, ia bergerak tanpa pantauan, tanpa sekatan, kerana asas kekuatan gerakan hedonisme adalah dasar liberal dan demokrasi, serta penguasaan kapitalis dalam ekonomi!

Remaja zaman milennium punya minat tertinggi kepada produk-produk teknologi terkini, namun segala macam produk berteknologi itu berobjektifkan kelazatan untuk meraikan hedonisme. Lihat sahaja perkembangan dunia komersial telefon mudah alih, pemain CD,DVD, MP3, Ipod,kemudahan muat turun lagu, aplikasi digital ke arah pengubahsuaian lagu, komputer dan internet untuk penghasilan infomasi mengenai dunia hedonis samaada aliran indie mahupun popular, semua itu menjurus kepada satu matlamat yang tak pernah pudar samada sebelum millenium mahupun sesudahnya, mereka mahu 'enjoy', mahu 'khayal', mahu 'terbang', berdansa, suka-suka, gelak-gelak, lepas tekanan (padahal penakut hadapi dunia realiti), semuanya adalah sindrom melengkapkan fasa terakhir generasi hedonis rangkuman tertinggi dalam tamadun manusia!

Walaupun kehebatan teknologi memukau dan merancakkan orgasma mencapai impak hedonisme, bahan-bahan sampingan dari zaman lampau turut belum terkubur. Dadah dalam apa bentuk serbuk, pil, dan resapan hiduan, semua itu seakan-akan gagal ditamatkan riwayatnya, jika bekalan susah didapati, inovasi dari bahan baru seperti gam, spray ubat, mahupun ubat batuk boleh digunakan semuanya untuk melengkapkan putaran unsur hedonisme yang kedua selepas muzik, iaitu pengkhayalan. Unsur ketiga lebih menjahanamkan keseluruhan dunia hedonisme iaitu seks. Muzik dan pengkhayalan itu tidak sempurna tahap dajjalnya sehingga budaya seks dinikmati secara bebas dan inilah yang menaungi semua sub-sub budaya najis samaada hiphop,punk, atau metal. Memang ada pihak-pihak 'main stream' yang cuba mengubah gaya pandang ke arah sub budaya ini dengan wujudnya kumpulan hiphop yang memperjuangkan sastera, budaya dan dakwah dalam genre mereka, begitu juga ada pihak metal yang mengalunkan kecaman-kecaman kebobrokan sosial sebagai metod bersuara dengan lagu, namun belum pernah geng-geng 'head banging' bertamayul yahudi sebenar dari kumpulan punk atau sub budaya lain hippies, skin, satanism metal yang selalu anjurkan gig lari dari konsep hedonisme mereka. Adalah dajjal mana-mana pihak komersial yang mahu kononnya simpati dengan dunia gelap ini, mahu memartabatkan bakat, padahal kesemua bakat itu datang dari jiwa nafsu maka akan berakhir dengan nafsu.

Ya, kita tak perlu nak bising-bising dengan dunia underground yang kesyaitanan, kerana mereka mendakwa mereka hanya 'syok' ketika 'jamming' sahaja, bila malam jumaat mereka baca yasin, bila siangnya mereka jemaah solat jumaat di masjid, atau bila ramadhan mereka taraweh, namun ini semua pemikiran dan budaya tahi, kerana jika benarpun mereka tak tinggal tradisi islam, namun semua itu tak ada ertinya, kerana jiwa kasih dan cinta mereka adalah maksimum ketika jamming dan bukan solat, lalu mahu ditegakkan lagi bahawa peri budaya najis yang melanda anak-anak Islam ini wajar disubur? Mereka syok hingga mengangguk kepala dan terkinja-kinja ketika gig sepertimana ada beberapa kelompok sufi tareqat mengangguk kepala dan terkinja-kinja ketika zikir. Walaupun kumpulan tareqat ada yang melampau tidak menyedari kelazatan zikir adalah hingga beroleh ikhlas dan ihsan dalam beribadah iaitu merasakan seolah-olah Allah melihat kita , lalu ibadah menjadi tenang dan sayu, tunduk dan menghambakan diri, bukan keasyikan khayal hingga berperilaku seperti anak-anak muda ber gig itu. Maka, jika mengingat Allah itupun disaran beradab, maka apa kes anak-anak muda yang ber gig yang tentunya lupa Allah dan akhirat wajar dilemak-lemakkan lagi?

Ini budaya rosak, anti-akhlak, barah kepada pembentukan tamadun yang kita kejar-kejar untuk dibina di malaysia. Ini bukan gaya pandang ke arah kegemilangan ketamadunan Islam silam, ini gaya pandang ke arah freemason, zionisme, liberalisme, sekularisme, dan kemuncaknya adalah anarki global dengan kekuasaan berpihak pada pihak kapitalis dan seluruh jentera anak muda menjadi mati pucuk dengan azam dan cita-cita, mereka hanya hanyut untuk berkarya seni haprak mereka yang mendaulatkan genre-genre sub budaya hiphop, metal, punk yang tentunya menjahanamkan keseluruhan isi tamadun kita! Bila diajak ke masjid ramai yang rasa yang sunat ingin diwajibkan, padahal mereka ke gig atau konsert tiap minggu afdhal untuk melegakan sanubari mereka. Apa yang berlaku adalah proses menggabungkan jiwa manusia ke arah dunia kesyaitanan, dengan syaitan tersenyum lebar berdekah-dekah ketawa, dengan manusia khayal menghangguk-hangguk kepala, terkinja-kinja asyik lazat sedap tapi semuanya terhumban masuk neraka yang berapi-api seksa bersama-sama kelompok syaitan dan iblis bila sampai di akhirat kelak. Bukan lama , sekejap saja, lagi-lagi kalau ambil dadah dan seks bebas, dijangka boleh mati dalam 5 ke 10 tahun mengamalkannya secara optimum dan hadapilah seksaan neraka yang maha dahsyat azabnya. Ini gila! Tiada satu kelompok manusia mahu terjebak ke dalam azab, cuma puak najis musuh kepada keTuhanan yang menaja dan berasa mereka sudah memperjuangkan anak-anak muda bila menyuburkan keasyikan anak-anak muda dalam dunia hedonisme mereka!

Barisan aktivis sosial dan kebajikan manusia yang ikhlas di peringkat dan aliran apa pun wajar renung kembali usaha mereka untuk memartabatkan remaja dan anak-anak muda. Tolonglah faham bahawa hedonisme ini tak memberi untung sikitpun kepada generasi masa depan, malah inilah barah dan senjata memutasikan generasi muda menjadi zombi-zombi muzik yang akhirnya merekalah yang akan menghancurkan tamadun yang kita cuba bina. Tak payah kita nak umpama atau bayangkan lagi, lihat negara barat yang menaja dunia hedonisme ini, apa anda lihat mereka melahirkan tamadun bersih dan sihat? Tidak, mereka membentuk dunia liar dan ketidaktentuan lagi. Zakar mana-mana lelaki boleh tembus dalam berapa banyak faraj wanita, darah-darah tembakan, luka-luka dan mayat-mayat pembunuhan bukan suatu yang asing, manusia hidup serba ketidaktentuan, sibuk dan kerah tenaga pada suatu yang akhirnya mereka sendiri keliru apa tujuan dan kemuncak lazatnya.Pengkhianatan dan penganiayaan biasa saja berlaku pada institusi keluarga atas dua faktor besar iaitu wang atau harta dan faktor perempuan atau seks.

Anda fikir jika dunia hedonisme yang berdiri kukuh atas tiga unsur iaitu muzik, pengkhayalan, dan seks boleh bangun dengan tertib dan budaya sopan lagi? Tidak, mereka inilah yang akan masuk ke kancah jenayah rompakan kerana untuk mendapatkan modal menaja program, mereka juga jika ketagih dengan dadah,maka berniaga dadah bukan menjadi penghalang atau taboo lagi, dan jenayah rogol untuk kepuasan cepat nafsu yang telah lama bergelojak dan disemai setiap kali gig dan konsert buat seluruh warganya menjadi hedonis sempurna yang dajjal dan syaitan. Jika ada pun kelompok profesionalis dewasa yang bekerja menyumbang kepada ketamadunan menyertai dunia ini, barah-barah zombi yang akan terhasil dari kelompok muda tak dapat dikawal dan dipantau. Pasti kelompok muda perosak akan muncul juga kerana adalah mustahil anak-anak muda yang diasuh dan dididik dengan hedonisme sejak kecil di usia remaja akan tumbuh menjadi insan berguna yang tahu menghargai agama, sivik, dan nilai kemanusiaan. Mereka hanya tumpu untuk hamparkan nafsu serakah untuk dipuaskan. Ingatlah hedonisme itu datang dari nafsu dan berakhir dengan nafsu juga.

Oleh itu, jalan penyelesaian cuma membawa pihak komersial dan kapitalis sedar bahawa untung yang merosakkan anak-anak muda dengan mereka menaja program hedonisme adalah terkutuk malah perlu dianggap teroris dalam malaysia yang ingin digerakkan ke arah ketamadunan Islam. Sebarang VIP atau menteri yang sakan menyokong kelompok dan puak kapitalis yang meneruskan kerja-kerja gila ini adalah VIP dan Menteri yang patut dikelompokkan puak kiri dalam barisan kerajaan. Usaha pemutihan mesti digerakkan agar semua penyangak yang mahu memperkuatkan budaya songsang dibuang, didakwa, dijatuhkan jika tidak secara langsung boleh juga menggunakan cara halus hingga tumpas dan tewasnya semua mereka. Barisan pejuang industri halal mesti mengambilalih keseluruhan penguasaan sang kapitalis yang telah lama kita sedar menjalan dan menaja program dan projek menyubur hedonisme ini tidak kira dari segi konsert, iklan, drama, filem mahupun apa-apa produk dan pakej. Setelah semua penguasaan industri halal ke dalam penguasaan ekonomi malaysia dan tumpasnya kapitalis, penajaan program dan projek budaya dan sastera patut lebih diutamakan. Ini barulah kebudayaan yang menuju arah ketamadunan.

Kita sudah lihat dengan terang puak-puak liberalis membuat kerja, mereka boleh wujud dalam barisan kerajaan, pembangkang, korporat, media massa, profesionalis mahupun aktivis NGO. Jangan bersekongkol dengan mereka selagi anda tidak mampu tumpas dan jatuh terjelupukkan mereka yang jahat ini. Yang lebih utama dari itu seluruh anak-anak muda kita yang telah digomol jiwa mereka oleh sang pelesit hedonis mesti diselamatkan. Kita kekurangan hero-hero penyelamat. Oleh itu bangkitlah wahai pemuda pemudi menjadi hero-hero penyelamat generasi muda semampu daya, orang tua yang hampas jangan diharap lagi, mereka sibuk dan banyak nak fikir contohnya macam mana nak panjang dan besarkan alat kelamin, nak kawen lagi satu, nak dapat projek, dan caci maki di ceramah dan warung, begitu juga bersorak bola sepak, disamping berforum dan mengurat anak gadis melalui internet.

Kita para pemuda pemudi yang berjiwa hero lah perlu bekerja menyelamatkan manusia dan membaiki alam, gunakan segala kekuatan ilmu dan kepakaran kita yang kita peroleh dari pejuang-pejuang tua yang sejati untuk bangunkan tamadun di negara kita. Penggerak tamadun di Malaysia ialah generasi kita, jika generasi kita rosak maka hancurlah negara, generasi tua tak ke mana mereka akan pergi tidak lama saja lagi. Biarkan mereka dengan keasyikan mereka, mereka langsung tak kisah kita pun.

[takziah buat keluarga Nurin Jazlin]

Jika hari ini Syiah yang mendakwa sebagai pembela kekhilafahan Islam yang tulen dengan beriktikad kepada 12 Imam (Pemimpin) lantikan Allah dari susur galur saidina Ali hingga imam ke 12 yang dipercayai Imam Mahdi yang ghaib merupakan salah satu firqah terasing dari majoriti umat Islam yang sunni yang kekal wujud zaman berzaman hingga beroleh sebuah republik Iran yang dianggap kuat hidup berdikari,maka kisah yang sama berlaku pada Asaari Muhammad Pemimpin Al arqam ini.

Sama ada disebut kini sebagai CEO Syarikat Rufaqa, atau dikenali sebagai bekas pemimpin mursyid Al Arqam, semua itu tidak penting kerana yang dipropaganda oleh jemaah tareqat bersosio-ekonomi ini adalah jemaah mereka jemaah Aurad Muhammadiah, Guru Mursyid mereka, Asaari Muhammad adalah Pemuda Bani Tamim (kini dipanggil Putera bani Tamim pula), orang kanan Imam Mahdi di akhir zaman ini.

Setelah bangkit menubuhkan syarikat Rufaqa dengan permohonan mahu mencari rezeki setelah hilang semua harta dan aset akibat penahanan Asaari di bawah ISA dan pengharaman Darul Arqam sejak 1994/1995 , mereka tidak diam walaupun pernah mengajak semua pengikut Arqam bertaubat pada ketika pengharaman arqam, mereka masih mahu mengotakan janji Asaari pada pengikutnya bahawa kelak Asaari akan diangkat menjadi pemimpin di Malaysia seterusnya menyediakan pemerintahan Imam Mahdi.

Walaupun janji Asaari dalam sajaknya sebelum pengharaman arqam berkenaan jadual Allah di bumi Malaysia yang kononnya Allahyarham Ghafar Baba akan menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah kejatuhan Mahathir Mohamad secara hina sebelum menyerahkan kuasa pada Asaari tidak mengena, pengikut Asaari setia taat percaya dan iktikad kebenaran kata-kata Asaari yang kini mentakwilkan sajaknya sendiri bahawa Ghafar baba dikebumikan di makam pahlawan dan diziarahi ramai orang sebagai simbolik Ghafar Baba diangkat menjadi Perdana menteri.Dan Mahathir yang kini sudah hilang kuasa sebagai perdana menteri sebagai bukti Mahathir telah jatuh terhina.

Apa yang membezakan Asaari dengan Syiah dalam persoalan Imam Mahdi adalah siapakah Imam Mahdi itu.Syiah percaya imam ke 12 bernama Muhammad bin Hassan al Asykari yang dikatakan ghaib adalah Imam Mahdi. Manakala Asaari percaya Sheikh Shuhaimi atau Muhammad bin Abdullah as suhaimi iaitu guru mursyid Aurad Muhammadiah adalah Imam Mahdi.Sheikh Shuhaimi walaupun telah diakui oleh saudara maranya bahawa telah meninggal dunia dan dikebumikan, Asaari mendoktrinasikan Sheikh Shuhaimi mati dalam bentuk lahir, tapi hidup dalam keadaan ghaib dan akan kembali turun setelah Asaari mendapatkan daulah.

Asaari secara terang-terangan mendakwa bahawa jemaahnya yakni rufaqa (kononnya hasil tapisan alarqam) merupakan jemaah siddiqin Pemuda Bani Tamim yang memegang panji-panji Imam Mahdi wajib dibaiah walaupun merangkak di atas salji. Kononnya Asaari telah diakui oleh tujuh wazir di seluruh dunia yang semuanya akan diangkat menjadi pemimpin kanan Imam Mahdi dengan Asaari akan menjadi ketua wazir. Asaari mendakwa daulah semakin hampir, walaupun ayat yang sama digunakan semasa kemelut meruncing di akhir riwayat Darul Arqam.

Produk terhebat Darul Arqam selain kaset dan buku ceramah dan kuliah Asaari ialah produk nasyid mereka. The Zikr dan Nada Murni yang akhirnya membentuk Hijjaz, Rabbani dan Raihan pada hari ini mengungguli industri nasyid Malaysia, hingga walaupun wujud kumpulan-kumpulan nasyid muda saban tahun,tiga kumpulan nasyid bekas Arqam itu terus duduk di atas satu tingkat yang sukar digugat identiti dan karismatik mereka. Hijjaz yang telah berkembang bukan sekadar penaung kumpulan-kumpulan nasyid muda malah turut berjaya memperluas perniagaan dalam bidang makanan dan kesihatan, dianggap Rufaqa sebagai pencuri banyak karya Asaari.

Sebelum Asaari bebas dari ISA lagi, Asaari dengan kekuatan ahli keluarganya yang ramai telah mengorak langkah untuk menghidupkan kembali benih-benih kekuatan Darul Arqam yang dulu, salah satunya tentu sekali produk nasyid. Qatrunnada antara yang awal ditubuhkan bagi menghebahkan sajak-sajak Asaari yang diubah dalam bentuk nasyid untuk dihebahkan kepada umum secara tersirat. Akhirnya kumpulan ini tenggelam, walaupun mereka cuba menunjukkan imej era Arqam yang disegani iaitu berserban dan berjubah tetapi tak mendapat sambutan yang diharapkan. Berbeza dengan produk nasyid Rufaqa seterusnya iaitu Mawaddah. Walaupun Mawaddah adalah satu kelompok besar menghimpun anak-anak muda ahli rufaqa dan simpatis, Mawaddah yang diterajui anak-anak gadis lebih diberi sambutan malah orang awam dan korporat sampai tidak menyedari bahawa Mawaddah mengalunkan sajak-sajak Asaari seorang yang masih kental merasakan dirinya pilihan Tuhan untuk menjadi pemimpin di Malaysia.

Kehebatan gerakan sulit yang bergerak atas kesempatan melalui emosi dan perasaan manusia berjaya diaplikasi dan dimanipulasi oleh Asaari atau lebih tepat lagi digerakkan oleh orang-orang kanan Asaari termasuk isteri, anak dan menantunya. Benar, Mawaddah berjaya memasuki era perdana apabila sering dijemput dalam program kerajaan Malaysia sendiri. Samada kerajaan sedar atau tidak, Asaari dan Rufaqa sudah lama menggunakan kaedah berlembut untuk naik popular terutamanya mampopularkan imej Asaari sebagai pemimpin agung abad ini hingga dianggap mujaddid akhir zaman.Tidak hairanlah ketika Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sibuk mempopularkan Islam Hadhari ketika Pilihanraya Umum yang lalu, Rufaqa menumpang sekaki menyokong malah dengan tak segan silu memperincikan sendiri Islam Hadhari seolah-olah, Islam Hadhari lah konsep perjuangan Asaari sejak Darul Arqam lagi, hingga Astora Jabat sendiri mengakui Asaari mengangkat Islam Hadhari versi Rufaqa.

Ketika PAS menghentam Islam Hadhari Pak lah, Rufaqa mengambil peluang untuk melawan tohmahan PAS dengan cuba menerangkan apakah istilah Islam Hadhari suatu yang salah dengan Hadharah Islamiyah. Yang akhirnya Asaari muncul dengan buku Islam Hadharinya yang kemudiannya diharamkan oleh kerajaan.Walaupun diakui, perjuangan Darul Arqam banyak memperli gerakan PAS sejak dahulu lagi , majoriti orang PAS tidak langsung tahu atau setidak-tidaknya ambil peduli akan perihal hujah Darul Arqam. Dalam banyak buku-buku Asaari, Asaari sering mengingatkan perjuangan menegakkan daulah bukan perihal mengangkat Hudud dalam Politik semata-mata, akan tetapi berkonsepkan mengubah manusia untuk kenal Tuhan yang akhirnya manusia itu sendiri akan mengangkat pemimpin paling bertaqwa (merujuk dirinya sendiri) untuk dijadikan pemimpin atau perdana menteri.

Prinsip perjuangan Asaari bukan asing dalam gerakan Islam terutama di kalangan Ikhwanul Muslimin. Contohnya gerakan dakwah di Malaysia sendiri yang menjadi pendokong Ikhwan seperti ABIM, JIM dan ISMA mengangkat perjuangan dakwah mengislah masyarakat dan wujud sebagai non-partisan yang membolehkan gerakan dakwah muncul samada di tengah-tengah program kerajaan mahupun pembangkang. Namun, rata-rata pejuang gerakan dakwah sendiri sudah ada yang mengambil jalan menjadi politikal samada kemunculan mereka sebagai ahli UMNO mahupun PAS, seperti yang telah dilakukan sendiri lebih awal dari itu oleh Ikhwanul Muslimin di mesir dengan menyertai pilihanraya Mesir, dan HAMAS di Palestin, atau Anwar Ibrahim sendiri seorang tokoh gerakan ABIM menyertai UMNO dan menubuhkan Parti Keadilan.

Asaari dilihat konsisten dengan gaya elitnya sebagai non partisan , walaupun terang-terang bertaqiyah dengan mengaku secara terang-terangan pada tahun 1995 bahawa ajarannya songsang dari kehendak Islam sebenar yang dipancarkan menerusi temubual MHI di TV3 mahupun dialog bersama Pusat Islam yang dirakam dan dibukukan. Asaari sekali lagi dibawa oleh Pusat Islam sendiri ke majlis-majlis pemulihan bekas arqam dengan Asaari mengajak semua pengikutnya bertaubat dari ajaran songsangnya itu, namun kini Rufaqa berpendirian semua itu dilakukan oleh Asaari secara paksarela malah didakwa Asaari diberi dadah untuk buat pengakuan.

Daulah Asaari didakwa semakin hampir walaupun kini Rufaqa sudah berhadapan nasib yang sama seperti Darul Arqam dengan telah sekali lagi difatwakan haram, terutama operasi mereka di Rawang telah diserbu oleh JAIS di bawah usaha YB Rahman Palil. Rahman Palil terus konsisten menghambat kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain selain Rufaqa yang begitu banyak beroperasi di Selangor, dan usaha Rufaqa untuk mempropagandakan buku Pemuda Bani Tamim berjaya dikesan oleh Rahman palil dan telah dilapor pada polis dan diberitakan oleh TV3. Hakikatnya propaganda itu jika pada awalnya dikeluarkan dalam bentuk buku yang dicetak terhad secara percuma, kini sudah sampai menghebah pada umum tanpa takut lagi dengan penulisan blog pula. Iklan laman blog yang berisi buku pemuda Bani tamim itu diiklankan di blog-blog pro sufi termasuklah blog saya ini Alhikmah Diari (saya telah padam laman blog itu dari shoutbox).

Bagi semua yang sudah kenal siapa Asaari tentu jelik dengan sikap Rufaqa ini, yang masih tak jemu mengangkat Asaari sebagai Orang Tuhan, sepertimana kita berasa jelik terhadap Syiah yang tak habis-habis nak bantah kekhilafahan Abu Bakar, Umar, dan Uthman yang sudah maklum diketahui sahabat agung Rasulullah s.a.w, dan betapa mereka memuja 12 Imam lebih hebat dari mereka pandang tinggi pada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w atau nabi-nabi yang sebelumnya, yang semua itu dikisahkan dalam kalamAllah dalam alQuran. Umat Islam yang sebenar lebih suka mengagungkan alQuran dan tentulah mengagungkan kisah-kisah para nabi dari kisah-kisah manusia lain.

Adapun, mengapa kebobrokan asaari dan Rufaqa tidak dipandang berat oleh sesetengah orang, adalah kerana orang tidak memahami dengan mendalam apa yang tersirat dalam perjuangan Asaari sepertimana kebobrokan Syiah tidak dipandangberat kerana kita tidak ambil kisah perjuangan tersirat Syiah. Maka, kita akan dapat lihat kadangkala suara-suara pembangkang Malaysia melindungi Rufaqa ketika Rufaqa diambil tindakan oleh Jais, sepertimana dakyah yang begitu popular mengenai pengharaman Arqam yang didakwa dibuat oleh kerajaan kerana dengki kepada kehebatan Arqam. Ini tentulah lawak bagi bekas-bekas ahli Arqam yang tahu kisah Arqam, kerana kesemua pembangkang yang melindungi dan menyokong Arqam atau Rufaqa tidak menyedari mereka semua dianggap bobrok oleh jemaah Arqam sejak dahulu lagi kerana tidak mementingkan asas perjuangan menegakkan negara adalah dengan mengubah manusia bukan mengubah kerajaan. Bukan sekadar pembangkang Malaysia tidak kenal siapa Asaari dan isi perjuangannya mahu berlagak hero kononnya Arqam dan Rufaqa adalah satu kumpulan 'innocent', malah mereka tidak tahu Asaari dan Rufaqa sudah semakin haus dan dahaga untuk dapatkan daulah yang sudah hampir menjangkau 3 dekad perjuangan hingga doktrin-doktrin mengenai Asaari kini boleh diakses dengan cepat dan doktrinnya lebih terang-terang ekstrem.

Buku isteri asaari Khatijam Aam dan buku terbaru anak Asaari Nizamuddin, jelas terpampang doktrin yang sudah keterlaluan dan terdesak yang sangat-sangat mahu Asaari dikotakan seperti janji Asaari dalam sajak bertajuk 'jadual Tuhan' untuk diangkat menjadi perdana Menteri Malaysia yang baru. Saya faham mengapa keperluan buku Pemuda Bani Tamim ini disebarkan secepat mungkin kini, selain PRU semakin hampir adalah berikutan pertembungan UMNO-PAS-PKR , tiga parti Melayu itu masing-masing punya kelemahan dan bobrok yang jelas dari kacamata Rufaqa.Ketiga-tiganya dilihat gagal mentarbiyah manusia sebagaimana sepatutnya pemimpin mentarbiyah manusia dengan baik sepertimana rasulullah berjaya mentarbiyah manusia. Ini dapat dilihat apabila kelompok penyokong pembangkang Pas dan PKR jenis tidak tahan provokasi akan bertindak ganas, suatu imej jiwa yang tak terdidik, begitujuga penyokong Umno yang jenis mengejek dan tidak berakhlak terutama dilihat dengan jelas dalam pilihanraya kecil, merupakan situasi paling cemerlang untuk Rufaqa mendabik dada, merekalah jemaah paling unggul dengan pemimpin mereka paling berkarisma kerana berjaya mendidik ahli rufaqa jenis beradab walaupun dihambat oleh Jais atas perniagaan mereka dan difatwakan haram oleh jabatan mufti.
Sedang orang mempersoalkan antara istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia mana lebih patut digunakan, bahasa Indonesia (sejenis bahasa Melayu) sudahpun merata di pelosok dunia termasuk Jepun tempat saya belajar hari ini. Di Tv Pendidikan Jepun, bahasa Indonesia antara yang disiar dan diajar selain di radio-radio Jepun. Memang benar, di Tokyo ada radio yang mengajar bahasa Malaysia ( dahulu dikenali sebagai bahasa Melayu), namun antara bahasa Malaysia (ada orang benci disebut Malaysia,nak sebut Melayu) dengan Bahasa Indonesia, Bahasa Indonesia lebih meluas dikenali dan disebarkan.

Semuanya mungkin kerana orang Indonesia lebih produktif dalam menghasilkan karya-karya dari bahasa mereka termasuklah buku-buku karangan mereka, terjemahan buku-buku negara asing, produksi filem, drama, dan pelbagai produksi sastera dan budaya Indonesia tersebar lebih luas berbanding produksi malaysia yang suam-suam sepi. Ada kemungkinan juga, bahasa Indonesia lebih popular untuk dipelajari secara akademik berbanding bahasa Malaysia adalah disebabkan wilayah Indonesia yang luas dan punya kepadatan penduduk yang tinggi masih banyak mengekalkan budaya tersendiri iaitu budaya suku kaum-suku kaum yang unik , maka kajian bahasa Indonesia dapat memudahkan pengkajian budaya suku kaum unik di Indonesia. Walaupun kita maklum, kepelbagaian suku kaum dari rumpun Melayu itu punya dialek malah bahasa tersendiri yang agak jauh dari perbendaharaan kata bahasa Indonesia mahupun bahasa Melayu.

Di Malaysia, juga hal itu dimaklumi. Pernah ada seorang kawan saya dari Selangor tidak memahami dialek Perak, walaupun dialek Perak bukan susah sangat, mungkin orang yang berdialek Perak bercakap terlalu cepat hingga susah nak ditangkap perkataan yang sudah berubah itu. Berbanding dialek pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, lebih punya ciri tersendiri dan lebih unik berbanding Perak atau Kedah yang hanya banyak mengubah bunyi sahaja tidak istilah seperti Kelantan dan terengganu.Di Selangor sendiri, kaum Melayu Jawa boleh dikatakan ramai sesudah Johor, terutama di Klang tempat saya tinggal selama 8 tahun selepas berhijrah dari Perak sewaktu kecil dulu. Salah satu sebab dialek Perak saya hilang hampir 90% adalah gara-gara bergaul dengan kawan-kawan jawa, hingga akhirnya saya memilih untuk bercakap menggunakan bahasa standard Melayu dan mengikut alunan buku.

Tiga buah negara yang menggunakan bahasa Melayu adalah Malaysia, Indonesia dan Brunei. Di Malaysia, dahulunya dipanggil Bahasa Melayu, kini bertukar Bahasa malaysia. Kebanyakan persatuan penulis dan bahasa bersetuju dengan penukaran bahasa malaysia yang dibuat kerajaan, cuma ada juga sebilangan pejuang bahasa menentang penukaran itu kerana berhujahkan dalam perlembagaan tidak disebut bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan, tetapi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada diri aku, bahasa Malaysia sesuai digunakan setelah aku sendiri pernah berhadapan dengan puak-puak chauvinis yang merendah-rendahkan bahasa melayu. Kini, jika mereka terus merendahkan bahasa melayu yang sudah bertukar bahasa Malaysia ini, mereka boleh ditakrif terang-terangan merendahkan Panji Negara Malaysia. Oleh itu, jangan nak pura-pura cakap cintakan Malaysia jika panji negara Malaysia termasuk bahasanya iaitu bahasa malaysia tidak dihargai dan dimartabatkan. Aku yakin ramai kawan-kawan Melayu sebaya dengan aku pernah berhadapan dengan orang yang tak suka bersembang menggunakan bahasa melayu. Yang peliknya, yang bersembang itu adalah kedua-duanya warganegara Malaysia. Jika mereka kedua-duanya adalah orang Cina mungkin logik jika mereka nak guna hokkien mahupun Inggeris. Namun, adalah jijik jika kedua-duanya adalah Melayu sendiri lebih enak nak berbahasa Inggeris dan bila salah seorang nak berbahasa melayu, seorang lagi mula memandang rendah.

Aku anak malaysia, dan aku akan bercakap bahasa malaysia dengan siapa saja yang aku yakin wajar bercakap bahasa malaysia atas sebab mereka adalah orang Malaysia. Mungkin kes-kes seperti orang Korea atau Jepun yang baru berkahwin dengan orang Malaysia, mungkin mereka ambil masa untuk berbahasa Malaysia, logiklah kalau kita longgar sikit dengan berbahasa Inggeris dengan mereka. Aku tak segan, walaupun orang Cina dan India malaysia berbahasa Inggeris dengan aku, aku akan sungguh-sungguh menggunakan bahasa Malaysia membalas percakapan mereka kerana aku yakin bahasa Malaysia adalah bahasa utama negara Malaysia. Mungkin jika benar-benar kita memahami mereka jahil bahasa Malaysia kerana telah tinggal di negara asing terlalu lama, ada jugalah pertimbangan untuk berbahasa Inggeris. Tidaklah kita ini langsung tak ada budibicara, namun adalah keji dan jijik jiwa seorang warganegara Malaysia yang sudah lahir dan tinggal di Malaysia 30 hingga 40 tahun, tak mahu berbahasa malaysia tapi enak berbahasa Inggeris. Itu jijik dan hina.

Adalah stupid seorang Melayu yang malu nak berbahasa Malaysia, padahal bahasa Malaysia adalah bahasa kaum mereka sendiri, iaitu bahasa Melayu. Seorang Melayu yang malu nak berbahasa Malaysia bukan setakat memijak panji negara Malaysia, malah membontoti kerabat dan sanak saudara mereka sendiri sebagai perumpamaan dan erti tindakan stupid itu. Jika hari ini orang yang baru belajar bahasa Inggeris sanggup bersusah payah berbahasa Inggeris jenis broken, namun jarang melihat orang Malaysia yang jahil bahasa malaysia sanggup bersusah payah berbahasa melayu walaupun terdapat salah di mana-mana. Saya akui, bukan semua orang melayu kuasai bahasa tertib penuh tatabahasa yang tulen dari bahasa melayu itu, hatta penulisan saya di blog ini juga tak menjamin tidak ada kesalahan malah saya akui salah banyak dari segi hukum hakam bahasa. Contohnya, saya kadangkala menggunakan 'saya' dan kadangkala 'aku' dalam satu artikel yang sama, melanggar keseragaman penulisan, atau tidak 'italict'kan tulisan atau istilah asing dalam artikel ini juga suatu kesalahan tatabahasa.

Memang blog ini akan setaraf bahasa e-mel atau sms, bergantung pada tujuan dan matlamat tulisan blog itu. Blog aku diberi tajuk 'alhikmah diari' itu sendiri bersalahan dari tatabahasa melayu kerana meletakkan adjektif di depan subjek. Namun, berapa ramai orang menulis diari dengan mengarang dan mengeja menggunakan bahasa bertatabahasa tulen? jawapannya majoriti menulis diari dengan bahasa yang menepati jiwa, perasaan dan idea mereka secara spontan yang tentunya banyak kesalahan tatabahasa apatah lagi tidak langsung menitikberat pada kekemasan tulisan pun. Alhamdulillah, blog aku bukan popular, walaupun adalah manusia-manusia di alam maya yang meletakkan link blog aku, yang aku tak galakkan. Selepas ini, bolehlah buang link blog aku dari website atau blog kalian jika kalian memahami bahawa blog aku ini perosak minda dan tatabahasa melayu. Aku menulis blog sebenarnya lebih kepada merekodkan pemikiran, untuk dibaca oleh diri aku di masa depan, dan kadangkala aku gunakan blog untuk mendedahkan siapa aku jika aku berikan komen atau pendapat di website , blog mahupun forum di mana-mana. Sekurang-kurangnya orang tidak akan menuduh aku tanpa mengenal aku dahulu, seperti lazimnya puak-puak kaki carut marut- tua-tua kutuk yang begitu mudah lempar tuduhan mengkafir, memunafik, mengkomunis mahupun mengajaransesatkan aku. Jika langkah yang aku ambil dengan meletakkan address blog ini di laman yang aku tinggalkan pendapat dan komen begitu mudah juga mengejek, menuduh bukan-bukan, kepada diri aku, aku akan klasifikasi dengan mudah juga mereka sebagai puak kaki carut marut yang rakus lagi tak bersolat dan sabar.

kebanyakan tulisan aku di blog ditulis secara spontan dan tentunya bahasa malaysia yang aku gunakan juga adalah spontan. Jika aku rajin, kadangkala aku membetulkan kembali ayat di blog, tetapi selalunya aku pemalas, maka selalulah blog ini dihiasi dengan bahasa malaysia yang cacat. Menulis bahasa malaysia yang cacat ada dua situasi perlu diambil kira. Pertama, sengaja mencacatkan kerana bangga dengan bahasa yang cacat dan tak ada niat untuk memperbaiki. Kelompok ini adalah pemijak panji negara malaysia serupa saja dengan puak-puak yang malu nak berbahasa malaysia itu. Kedua, cacat disebabkan mereka itu memang cacat kerana mungkin tak berapa kenal tatabahasa sangat, tak begitu ada peluang untuk mengasah dan memperbaiki bahasa mereka, atau situasi yang menghalang mereka dari memperbaiki seperti terpaksa menaip dengan laju kerana peruntukan masa yang terhad atau tidak punya rujukan bahasa yang baik. Kelompok kedua adalah kelompok yang patut dibantu dan bukannya dikeji. Itulah pentingnya ada orang yang menziarahi kita, supaya mana-mana perihal kita yang tidak disedari kita dapat ditegur dan dibetulkan oleh orang yang lebih tahu. Adapun, blog spontan seperti blog saya ini, dibuka saja untuk siapa saja menegur, walaupun hakikat pengunjung hanya 5 unique visitor sahaja, dan tolak seorang kawan saya yang masuk setakat nak tambah visitor blog saya, maka hakikatnya hanya 4 visitor sahaja. kahkahkah. Tak apa, menjadi popular adalah plastik, menjadi sepi dan rendah diri adalah besi yang duduk terpendam dalam perut bumi , tapi punya manfaat tidak terhingga. Bak disebut imam al ghazali yang aku pernah baca, seorang yang bila dia hadir atau tak hadir, tidak diendah dan disebut-sebut oleh hadirin majlis.

Ada orang tidak bersetuju dengan penukaran bahasa melayu kepada bahasa malaysia adalah disebabkan bahasa itu tak patut mengikut negara, tetapi mengikut rumpun bangsa. Namun hakikatnya bahasa Indonesia yang lebih popular dari bahasa melayu(malaysia), dikenali di seluruh dunia sebagai bahasa Indonesia dan bukannya bahasa melayu walaupun hakikatnya bahasa indonesia itu adalah bahasa melayu. Dan tentulah kalimah 'indonesia' itu adalah negara dan bukannya bangsa. Walaupun jika ditinjau agenda republik indonesia adalah mewujudkan bangsa indonesia lalu memanglah difahami mengapa mereka menyebarkan nama bahasa melayu di negara mereka sebagai bahasa indonesia. Orang memberikan contoh negara brunei yang bahasa mereka tidak dikenali sebagai bahasa brunei tetapi dikenali sebagai bahasa melayu. Tak apalah jika orang yang memberi contoh dan hujah itu langsung tak mahu ambilkira faktor negara dan bangsa yang duduk dalam brunei, mungkin mereka gemar beri contoh mudah dan jarang untuk fikir faedah, manfaat dan keperluan.

Negara brunei tak perlu nak meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa brunei kerana brunei ditadbir oleh kesultanan brunei, tiada pilihanraya kepartian untuk memilih pucuk pimpinan negara sepertimana diamalkan di indonesia dan malaysia. Kesultanan brunei sudah dimaklumi adalah satu-satunya kesultanan melayu yang masih berkuasa penuh mentadbir negara, maka sudah tentunya brunei tak ada menghadapi masalah puak-puak chauvinis yang nak angkat liberalis, sekularis atau agenda memandang barat di brunei. Berbeza di Indonesia dan malaysia, yang terdapat puak-puak chauvinis yang mahu identiti kaum masing-masing melebihi had perpaduan dan kenegaraan yang tentunya tak dapat menyelesaikan masalah perpaduan. Indonesia mengambil pendekatan ekstrim ke arah perpaduan bangsa mereka hingga akhirnya meletakkan sekularisme dan pluralisme menjadi teras untuk mendamaikan kepelbagaian agama, dan menetapkan piawaian nama dan bahasa menurut bangsa indonesia. Kita fahami mengapa suatu yang ekstrim diambil di indonesia kerana memang wujud teori bahawa suatu yang ekstrim perlu ditangani dengan kaedah ekstrim juga. Maka memang di indonesia kepalbagaian kaumnya adalah suatu yang ekstrim (walaupun rumpunnya melayu) dengan beratus buah pulau yang mempunyai beratus-ratus budaya yang aneh dan unik untuk disatukan di bawah satu semangat cintakan negara.

Berbeza dengan kisah di Indonesia, malaysia hanya punya kaum melayu sebanyak 55% sahaja. Bukan majoriti sepenuhnya yang kuat, apatah lagi tidak seperti di brunei, kesultanan melayu di malaysia terikat dengan sistem demokrasi berparlimen, dengan kerajaan yang memerintah dan memacu negara adalah di kalangan rakyat yang diwakili oleh parti-parti politik yang menang menerusi pilihanraya. Maka, kita bolehlah faham jika suatu hari nanti kaum yang 30 atau 4 % juga mampu memenuhi parlimen sebanyak 50 hingga 60% menerusi pilihnaraya. Walaupun begitu, sewaktu merdeka dahulu ada suatu syarat yang boleh dimanfaatkan untuk mengatur sistem perpaduan malaysia ke arah yang lebih harmoni dalam masa yang sama memelihara martabat melayu,dengan keadaan sosio budaya berbeza dengan indonesia dan brunei, iaitu islam sebagai agama persekutuan dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Istilah bahasa malaysia paling tepat untuk menyanggah puak-puak chauvinis dan liberalis yang menghentam bahasa melayu sebagai bahasa tak komersial atau bahasa yang bodoh, kerana meletakkan nama negara di atas satu unsur mampu mengangkat unsur itu laksana sebuah panji negara. menghina panji negara adalah umpama pengkhianat negara. menjadi pengkhianat negara seumpama mengisytihar diri menjadi musuh negara. menjadi musuh negara wajiblah diperangi oleh seluruh rakyat. Maka, bukan sewenang-wenang lagi puak chauvinis dan liberalis mahu menghina bahasa melayu yang sudah kembali dipanggil bahasa malaysia kini, mereka akan diperangi sebagai musuh negara.

Apa pentingnya panji? Panji-panji negara bukan sekadar bendera, malah turut boleh diangkat sebagai panji adalah bahasa dan budaya itu sendiri. Kita tentu masih ingat bagaimana panji-panji Islam diutamakan sewaktu perang menentang kaum kufar. Ada seorang liberalis muslim yang mempersoalkan apa pentingnya bendera atau panji, samada ia dibakar atau dipijak bukan bererti negara kita tewas.Benar, panji atau bendera hanya sehelai kain, namun manjatuhkan atau membakar panji atau bendera sudah disepakati sebagai suatu simbolik penentangan dan penghinaan, sepertimana orang Cina marah jika papan tanda nama kedai dijatuh atau dirosakkan yang sering terpapar dalam filem kungfu, atau orang melayu yang marah jika kitab-kitab dipijak, atau orang india marah jika patung berhala mereka dikotori. Papantanda kedai hanya sekeping papan, kitab-kitab hanya kertas-kertas, patung berhala hanya batu, namun ia juga mewakili simbol seperti papantanda kedai simbol maruah pengusaha kedai, kitab-kitab simbol ilmu, manakala patung-patung berhala india diyakini simbol pengantaraan dewa-dewi mereka walaupun mereka sendiri tak kata batu adalah tuhan. Maka panji atau bendera adalah simbol kedaulatan, jika simbol kedaulatan boleh dipijak,dibakar atau diselet najis, maka tidaklah lagi dipanggil daulat. Semua ini telah disepakati oleh setiap manusia di dunia kecuali puak liberalis yang menjaja kehidupan anarki tanpa batasan.

Oleh itu, saya sangat menyarankan bahasa melayu yang kini dipanggil bahasa malaysia wajar dilihat sebagai salah satu panji negara bersama-sama kedaulatan bendera mahupun budaya kita. Keperluannya mendesak kerana puak chauvinis dan liberalis bukan sedikit lagi yang mahu bahasa melayu diremehkan saja, dan hanya menjadi simbol mati dalam perlembagaan. pejuang-pejuang bahasa yang khilaf dalam bab ini, boleh saja teruskan perjuangan anda jika anda fahami bahasa melayu wajar terus dikenali sebagai bahasa melayu, kerana mungkin anda tak berhadapan dengan puak chauvinis yang menyebut,"jika melayu ada budaya melayu boleh toleransi dengan cina yang ada budaya cina, mengapa melayu mahu minta bahasa mereka bahasa melayu dimartabatkan oleh kami, padahal patut toleransi membiarkan kami martabatkan bahasa ibunda kami". Saya ingin sebut pada puak chauvinis dan liberal, bahawa "bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan=bahasa malaysia =panji negara", menghina bahasa melayu sama juga menghina bahasa kebangsaan=menghina panji negara=pengkhianat negara.

Chauvinisme adalah gelaran yang diberikan kepada fahaman taksub kumpulan dan bersifat bermusuh dengan kumpulan atau fahaman yang bertentangannya secara radikal dan membuta tuli. Walaupun seangkatan dengan chauvinisme ini ada ungkapan biasa yang didengari kaum melayu seperti 'taksub jemaah','taqlid buta','jemaah centric' yang dikumandangkan sepanjang pertembungan khilaf dalam tafsiran islam , hukum hakam, dan perjuangan.

Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'ultra melayu' yang digelar buat menggambarkan betapa Dr Mahathir begitu taksub dengan bangsanya, hingga seolah-olah perjuangan mempertahankan bangsa adalah segala-galanya hingga menafikan hak-hak bangsa lain untuk hidup di bumi Malaya. Dr Mahathir pernah kalah pilihanraya yang diakui sendiri oleh Dr Mahathir kerana orang-orang Cina beralih undi untuk tonjolkan protes. Jika benarlah dakwaan ini, maka difahami orang bukan melayu tidak senang dengan unsur-unsur 'Ultra Melayu', oleh itu jika ada orang melayu tidak senang dengan 'Chauvinis Cina', ia adalah fitrah.

Fitrah manusia tidak sukakan ketaksuban dan permusuhan. Hanya manusia yang tidak kembali kepada fitrah sahaja yang menengking-nengking kita tatkala kita mengajak kepada perdamaian dan kasih mengasihi secara harmoni. Mereka yang anti-fitrah sukakan ketaksuban, sukakan permusuhan, suka melihat ada yang menang, dan ada yang jatuh kalah terhina (tentunya musuh mereka).

Baru-baru ini Osama Bin Laden muncul dengan video memberi kata dua untuk rakyat Amerika, mereka tidak akan diserang dan dibunuh jika mereka menganut Islam. Soalnya, Osama bukan menujukan kata-kata kepada pemerintah Amerika semata-mata, akan tetapi kepada rakyat Amerika! Ini berbeza dengan tawaran dakwah pejuang-pejuang Islam dahulu. Rakyat sesebuah negara kafir tak pernah diancam bunuh samada sebelum mahupun sesudah Islam berjaya menakluk negara tersebut. Pejuang Islam menawarkan dua kaedah kepada pemerintah di zaman itu samada berdiplomasi dengan membenarkan pejuang-pejuang Islam menyebarkan dakwah di negara mereka, ataupun beradu tenaga di medan peperangan yang difahami akan diakhiri dengan si pemenang perang akan menjadi pemerintah.

Soalnya pejuang Islam bukan mengutamakan kekuasaan politik, bukan ingin jadi pemerintah yang jadi matlamat. Pejuang Islam mengutamakan DAKWAH. Dakwah Islam adalah matlamat pejuang-pejuang Islam dulu, kini dan selamanya. Cuma untuk menyebarkan dakwah itu ada dua cara ditawarkan. Satu, orang kafir terbuka untuk membenarkan orang Islam menyebarkan dakwah dengan aman di negeri mereka. Dua, jika orang kafir tidak bersetuju, maka bolehlah beradu tenaga di medan perang untuk memperlihatkan kekuatan pemerintah kafir itu sehingga angkuh tidak mahu mendengar dakwah kebenaran.

Soalnya, kini umat Islam di Amerika dan di eropah semakin bertambah saban tahun. Dakwah tersebar dengan baik, walaupun sedikit payah. Dan ketahuilah kepayahan itu salah satu sebabnya adalah atas kerana fahaman taksub jihad membuta tuli yang beriktikad membunuh orang-orang kafir tanpa mengira adab dan etika, yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Jikalaupun Osama Bin Laden mahu menyebarkan dakwah dengan peraduan tenaga militan, maka ancaman ke atas rakyat Amerika adalah suatu yang melampau dan memberikan kesan buruk ke atas ajaran Islam. Osama jika benar-benar ingin mencabar kerajaan Amerika, sepatutnya menawarkan medan peperangan untuk beradu tenaga. Namun, melihatkan sifat Amerika berperang adalah memusnahkan alam, maka adalah suatu yang keji jika alQaeda juga bersiap berperang dengan senjata memusnahkan alam.

Peperangan pada zaman kini, adalah jenayah. Berbeza dengan senjata pedang, tombak mahupun panah di zaman dahulu yang hanya beradu sesama manusia tidak melibatkan alam dan bumi. Pada zaman kini, perang adalah dengan senjata letupan dan bakar, yang bukan setakat memberi kesan pada struktur bumi dengan gegaran dan letupan bom melampau, malah bahan-bahan kimia yang tersebar membawa kesan ke atas kualiti udara dan suhu bumi. Malah medan perang juga melibatkan bandar-bandar awam tatkala orang awam terbunuh hanya akan diberi alasan tersilap tembak dan permohonan maaf. Berbeza dengan pejuang-pejuang Islam dahulu, berperang tidak melibatkan orang awam, malah tempat-tempat beribadat juga tak dihapuskan walaupun agama selain islam. Perang selalunya diadakan di tanah lapang atau kawasan-kawasan yang tidak berpenduduk. Ini makna perang yang patut difahami.

Begitulah ketaksuban tidak pernah selari dengan fitrah manusia. Jika direnung kes babi di Melaka, jika ada pejuang-pejuang hak asasi manusia dan haiwan dari kalangan DAP dan PKR yang mendakwa penternak-penternak babi yang menjalankan operasi secara haram dan melanggar peruntukan undang-undang patut dilindung hak perniagaan mereka, perlulah fikir tentang keharmonian antara manusia dan alam itu terlebih dahulu. Orang-orang Melayu yang tertindas dengan lambakan menggila babi di Melaka bukan cakap kosong, memang tusukan bau dan najis babi merata ke muara sungai merebak ke kampung-kampung, parit-parit yang berlingkar, hingga tembus ke pusat pengajian tinggi mahupun sekolah rendah dan terus ke laut dan terlingkupnya perniagaan perlancongan tepi pantai adalah suatu kezaliman tahap tertinggi.

Orang Melayu tak bencikan babi. Orang Melayu Islam kasihkan haiwan dan memang tidak dibenar untuk menganiaya haiwan. Namun jika ada anjing gila menggigit orang, patutlah ditangkap anjing itu, jika ada burung dan ayam yang terjangkit selsema burung perlulah dihapus semua ayam dan burung itu, jika ada kupu-kupu yang bulunya mengakibatkan penyakit kulit perlulah dimusnahkan kupu-kupu itu, begitu jugalah jika banyaknya babi di melaka mengakibatkan najis-najis berulat dan berbakteria tahap tertinggi tersebar mengalir ke sungai dan laut, menyebabkan manusia-manusia lain terganggu adalah logik untuk dimusnahkan semua babi itu atau dipindahkan.

Cuma pendirian orang melayu Islam dalam kes babi di Melaka dengan pendirian orang Islam di Amerika yang sedang melawan islamphobia barat dengan dakwah islam dalam kes ancaman Osama ke atas semua rakyat Amerika, selalu terganggu apabila muncul kelompok-kelompok chauvinis merosakkan segala-galanya. Di Amerika puak-puak chauvinis menggerakkan islamphobia dan anti-islam sedaya upaya, dan direspon pula oleh puak chauvinis pro alqaeda, pro taliban dan seangkatan dengannya yang mahu membalas dendam dengan letupan-letupan underground ala-ala JI di indonesia. Begitu juga apabila puak chauvinis cina yang mendakwa orang melayu cuba menindas cina dengan tidak benarkan cina makan babi, atau belajar di universiti awam, atau dipaksa belajar Bahasa Malaysia yang tak ada nilai komersial, samada dari saluran suara politik mahupun protes menerusi negarakuku, atau negarakuku versi baru tentulah semakin kalut apabila puak chauvinis melayu membalas nak membunuh cina dengan bertopengkan jihad.

Samalah juga jika kita lihat chauvinis salafi (dasar pandang ke saudi atau pakistan) yang muncul di kalangan orang muda yang baru nak faham agama ditentang dengan chauvinis sufi (dasar pandang ke turki atau india) dengan antara satu sama lain melampau dengan masing-masing menyebut terkeluarnya masing-masing dari Islam dan ahlus sunnah wal jamaah merupakan tindakan melampau yang tidak meraikan fitrah tetapi nafsu serakah semata-mata.

Pendek kata puak-puak pelampau yang menjual idea taksub dan bermusuh, tatkala ada ruang untuk harmoni dan berdamai adalah suatu yang menjelikkan semua manusia yang benar-benar manusia.

Kita pejuang Islam ahlus sunnah meraikan kaedah mengikut situasi, memang benar kita disarankan berkasih sayang sesama Islam dan tegas keras terhadap orang kafir, dan janganlah dilupai pesanan Rasulullah untuk kita melindungi manusia dan kafir dzimmi yakni yang tidak memusuhi kita. Adakah rakyat Amerika semuanya memusuhi kita atau mereka menjadi keliru atas perbuatan kita sendiri yang tidak berdakwah tetapi hanya mengancam dan taksub chauvinis? Adakah kita memusuhi orang Cina kerana ternak babi dan makan babi, padahal restoran cina terus berkembang dan maju di malaysia menjual babi panggang, atau orang cina bertindak defensif atas kerana ada di anatara kita orang melayu yang sungguh-sungguh membenci babi dan orang cina? Kita tak tahu pendirian fitrah sebaliknya berpegang untuk turut serta dalam kempen-kempen permainan politikus semata-mata.

Sebab itu e-ma berjasa dalam membuktikan kepada chauvinis cina bahawa babi bukan binatang yang dibenci dan diwajibkan untuk dibunuh dalam Islam. Ia cuma binatang yang diharamkan dimakan berserta dengan bangkai, darah, harimau, kera, gajah, katak, ular, platipus, penyu, kura-kura dan buaya. Di samping itu, sifat babi yang pengotor perlulah diambil kira dalam pengurusannya di alam raya ini sebagaimana kita mengawal populasi tikus, lipas, cicak, lalat, nyamuk dan sebagainya. Hanya pejuang Islam yang faham pendirian fitrah dan berusaha kembali kepada fitrah manusia yang sukakan harmoni, kasih sayang, damai dan tenteram dari ketaksuban, permusuhan, pencemaran, peperangan jenayah, kerosakan atas muka bumi dan sebagainya, akan punya pendirian yang jelas dan bernas. Oleh itu, bulan ramadhan yang bakal tiba satu-satunya tarbiyah terunggul dalam Islam membuktikan Islam mengajar penganutnya berusaha membaiki diri dan sentiasa kembali berada dalam fitrah manusia setiap tahun. Selepas ramadhan kita target kembali kepada fitrah (aidil fitri), namun ada sekelompok kita dah mula bersiap menyambut aidil fitri sebelum ramadhan dengan kembali jahiliyyah.

Umno hanya boleh kukuh dan kuat jika berdiri atas paksi idealisme Islam semata-mata. Ini bukan kebohongan atau andaian, tapi hakikat yang telah tercatat dalam alquran akan umat Nabi Muhammad. Umno pasti jatuh malah tenggelam, terjelupuk, terbalik, karam, musnah meletup jika mengambil jalan-jalan idealisme lain yang akhirnya pertubuhan itu akan ranap dengan penuh kehinaan dan dicaci zaman berzaman. Imam Hassan al banna dalam membina pengukuhan dakwah Ikhwanul Muslimin memang benar tidak menolak sebarang ideologi manusia samada nilai-nilai universalisme, nasionalisme, arabisme, atau ketimuran tidak ada masalah untuk dirai ikhwan, namun paksi dakwah ikhwan iaitu dakwah islamiyah membawa ahli ikhwan memimpin semua nilai itu ke arah jalan yang hakiki di bawah pimpinan dakwah.

Seruan Imam Hassan al Banna dalam risalah dakwahnya bertajuk "Da'watuna fi tawrin jadid" atau "Dakwah KIta Dalam Taraf Baru" mengukirkan setiap pimpinan dakwah islamiyah dalam merai unsur-unsur itu.

Perjuangan asasi ikhwanul muslimin adalah menuju Allah,seperti yang disebut Hassan al Banna,
"Kami warga Ikhwan dengan sepenuh hati berseru Allah lah arah tujuan kami", lalu meletakkan konsep "ar Rabbaniyah al-A'lamiyah",dan mengukirkan petikan surah an-nisa ayat 1,
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

Dalam meraikan unsur Nasionalisme (Mesir), Hassan al Banna nukilkan,
"Kami merasa bangga bahwa kami ikhlas berjuang untuk tanah air tercinta ini, bekerja untuknya, berjuang di jalan kebaikannya dan kami akan terus demikian selagi hayat masih di kandung badan dengan penuh keyakinan bahwa hal ini merupakan bagian dari tanah air Arab seluruhnya dan kami sewaktu berjuang untuk Mesir bererti berjuang untuk Arab,dunia Timur,dan Islam"

Dalam meraikan unsur Arabisme, Hassan al Banna nukilkan pula,
"Kebangsaan Arab atau persatuan Arab dalam dakwah ini mempunyai kedudukan penting dan andil yang begitu banyak.Bangsa Arab merupakan umat Islam yang pertama dan warganya yang terpilih sebagai kebenaran. Sabda Nabi s.a.w :apabila bangsa Arab hina maka hinalah pula Islam"

Dalam meraikan Ketimuran, Hassan al Banna nukilkan,
"...Timur merasa terpisah dari umat Barat dan menamakan atau membagi dunia ini menjadi Barat dan Timur, bahkan mempropagandakan pembagian tersebut, sehingga salah seorang penyairnya yang terkenal berkata:Timur adalah Timur, Barat adalah Barat, tidak mungkin akan bersatu...
Arti yang insidental inilah yang menjadikan bangsa Timur menganggap dirinya sebagai suatu barisan yang berhadap-hadapan dengan barisan Barat.Tetapi kalau negara Barat kembali kepada keinsafannya dan mahu meninggalkan permusuhannya dan perlakuan tidak adilnya, maka akan segera hilanglah rasa fanatik yang insidental ini dan akan digantikan oleh satu ide yang timbul berupa ide atau pikiran gotong royong di antara seluruh bangsa yang akan membawa kebahagiaan serta ketinggian bangsa tersebut."

Dan dalam meraikan unsur Universalisme atau Humanisme, Hassan al Banna menukilkan,
"Kedudukan 'alamiyah dan perikemanusiaan adalah merupakan sarana utama kami,tujuan terbesar kami dan merupakan titik point (akhir) dari mata rantai perbaikan kami, di mana dunia ini pasti menuju ke arah itu. Jadi ikatan seluruh umat, kelompok semua jenis dan bangsa, isi mengisi di antara kaum yang lemah agar bekerja dengan semangat itu, dan tergabungnya kelompok-kelompok agar timbul faedahnya persatuan. Semuanya itu merupakan ayunan yang menghantarkan ide yang bersifat internasional (universal), dapat menguasai dan menempati tempatnya ide-ide yang bersifat kebangsaan (nasional) yang telah menetap pada diri manusia. Memang manusia harus percaya atau meresapi adanya rasa kebangsaan ini agar sel-sel asli dapat tergabung dengan eratnya. tetapi kemanusiaan manusia harus merasa tergugah dari rasa itu untuk menyusun persatuan yang lebih besar dan agar terwujudlah kesatuan yang terakhir. Kesatuan yang pasti akan tercipta sekalipun peredaran masa menghantamnya. Dalam menciptakan kesatuan ini cukuplah kita untuk menjadikannya sebagai tujuan, sebagai titik point pandangan kita. Dan di dalam bangunan kesatuan umat manusia ini kita pasang batu batanya, di mana tidak menjadi keharusan kita untuk menyelesaikan bangunan itu, dikarenakan masing-masing kita ini mempunyai batas-batas yang telah ditentukan.

"Kalau di dunia ini terdapat berbagai macam seruan dan beraneka ragam organisasi yang kebanyakan mendasarkan atas fanatik kebangsaan yang dapat menarik hati seluruh bangsa dan dapat menggerakkan perasaannya maka sesungguhnya dari pelajaran-pelajaran yang keras dan kejam yang diterima oleh dunia dari bekas kekuatan kezaliman ini adalah merupakan jaminan untuk mengajak manusia kembali kepada petunjuk yang benar dan kembali bergotong royong atau persaudaraan"

"Tuhan manusia itu satu, sumber agama satu, semua nabi disucikan dan diagungkan, kitab-kitab yang diturunkan dari langit semua dari Allah, sedangkan tujuan yang dicari adalah dapat bersatunya hati (seluruh umat). Firman Allah dalam surah asy syura ayat 13:
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat)."

Dan lebih awal dari itu Hassan al Banna menjelaskan mengapa perlu merai nilai-nilai baik dari pelbagai pendapat, mazhab mahupun ideologi, beliau menulis,
"Berulang kali para daie dan manusia meneriakkan banyak perkataan, yang bererti adanya beberapa pendapat atau mazhab, maka di manakah kedudukan perkataan-perkataan ini di dalam dakwah kita. Masing-masing mazhab dari pelbagai pendapat dan mazhab tersebut mempunyai kedudukan (arti) di dalam dakwah kita. Hal ini bukan bererti bahwa kita berbuat hanya sekadar untuk memberi kepuasan semua orang atau basa-basi dengan pendirian dan menimbang-nimbangnya, tetapi memang tabiat dakwah kita ini demikian halnya,iaitu bersifat universal dan menyeluruh."

Hakikatnya Hassan al Banna bukan saja berjaya membuktikan dakwah islamiyah itu syumul dan merangkumi semua nilai-nilai baik dari setiap pandangan, falsafah mahupun hasrat harapan manusia dalam apa bentuk ideologi sekalipun, malah beliau membuktikan idealisme Islam adalah yang paling unggul di akhir zaman, lalu untuk apa lagi umat Melayu yang mendabik dada di Malaysia sebagai Muslim dengan ahli UMNO sendiri sering menyebut, "untuk apa pisahkan melayu dan Islam, padahal semua melayu itu Islam, berjuang untuk Melayu bermakna berjuang untuk Islam".

Tidak ada jalan lain jika setiap ahli UMNO yang menjerit-jerit terlolong ingin perkasakan Melayu bersama-sama keris menjulang-julang melainkan perkasakan Melayu itu dengan Islam. Untuk perkasakan Islam di kalangan bangsa melayu maka perlunya perkasakan dakwah. Dan mahu tidak mahu seperti yang sering dibangga-banggakan ahli Umno akan keratan dasar parti itu antara lainnya adalah mempertahan dan mengembangkan Islam, lalu untuk apa lagi melengahkan keperkasaan dakwah?!

Adalah suatu yang bingung, tak logik, hairan, dan kebodohan, andai keperkasaan dakwah mengetepikan peranan ulama dan epistemologi keilmuan arus perdana umat Islam sedunia iaitu dari manhaj ahlus sunnah wal jamaah yang telah pun hidup beratus tahun di Nusantara berasimilasi dengan budaya dan rumpun bangsa, maka untuk apa lagi ditolak idealisme Islam bangkit menjulang tertinggi dalam parti majoriti Melayu itu? Dalam perlembagaan sendiri menyebut Melayu itu yang beragama Islam, berbahasa Melayu, dan mengamalkan budaya dan adat melayu, lalu apa kejadah timbulnya kelompok elit Melayu yang perlekehkan ajaran syumul Islam dan mengangkat falsafah barat berlebihan, tidak fasih berbahasa melayu malah rasa stupid bila berbahasa melayu, malah jauh cara hidup dan pergaulannya mengikut budaya melayu yang sopan dan tertib, berlapik dan anggun hatta nak makan sambil bersimpuh pun tak pandai bagi perempuan elit melayu yang bobrok ini, yang tertonjol menguasai hala tuju parti Umno? UMNO sepatutnya tidak memerlukan kelompok elit itu yang menjual gaya fikir liberalis dan sekularis kononnya jika Umno bersendikan liberalisme dan sekularisme maka Umno nampak lebih moden dan maju, itu bobrok!

Rata-rata kelompok Melayu mana-mana negeri pun faham, tanpa Islam melayu jadi bangsa yang hilang jatidiri, bukti terdedah memperlihatkan bagaimana melayu yang hidup gaya british langsung tak berpihak kepada aspirasi memperteguhkan jiwa bangsa dan langsung tidak memainkan peranan dalam melindungi maruah bangsa dengan agama, budaya dan bahasanya. Oleh itu tatkala Umno disokong majoriti melayu di zaman awalnya kerana pengharapan keperkasaan identiti melayu yang pastinya berteraskan Islam diletakkan di bahu para ahli Umno. Adalah bodoh jika ahli-ahli tua mahupun muda Umno tercari-cari arah untuk berpegang kepada dasar dan hala tuju yang bagaimana, padahal sudah terdedah dalam kehidupan orang Melayu betapa Islam itu teras idealisme teruggul sebagaimana yang telah dibuktikan oleh tulisan Hassan al Banna dan dakwah ikhwan, betapa jika ingin mencari kecintaan tanah air, Islam menyemainya, jika mencari perlindungan bangsa, islam memartabatnya, jika mencari kesopanan ketimuran, Islam perkasanya, jika mencari syumul bersatu padu tanpa kira bangsa dan agama, Islam sudah buktikannya mampu menyatu umat manusia.

Nah, pilihan buat seluruh ahli UMNO khususnya pemuda pemudinya yang menjadi pelapis perjaungan parti itu, untuk apa malu mengambil teras idealisme Islam, malah menjadi pemimpin yang beridealisme Islam dan keperkasaan dakwah itu mampu buat Umno diyakini seluruh bangsa melayu , malah mampu bersatunya dua parti PAS-UMNO yang secara tradisi membezakan masing-masing dengan Umno memilikkan perjuangan bangsa pada dirinya, sedang Pas memilikkan perjuangan agama pada dirinya. Hanya orang muda dapat mengubah malah memperkuatkan perjuangan yang gagal dibuat oleh orang-orang tua kita kerana mereka segan dan terkongkong dalam dimensi mereka, lalu orang muda Umno sudah terbuka untuk memilih idealisme Islam sebagai teras perjuangan Umno dan tentunya mengangkat alquran dan sunnah dalam parti itu. Untuk apa malu?
forum Negarakuku anjuran PKR
[part 1][part 2][part 3][part 4]

Rata-rata pejuang demokrasi juga adalah seorang liberalis dan sekularis. Samada mereka menjadi pejuang mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan individu yang disebut sebagai unsur individualisme, atau memperjuangkan hak kolektif satu kumpulan yang dipilih untuk memimpin atas sokongan majoriti menerusi pilihanraya. Dan kita tahu salah satu unsur di dalam ajaran Islam dan kebanyakan agama adalah menetapkan batas-batas. Dalam demokrasi, perjuangannya meruntuhkan batas dan ia menuju sebuah fahaman bebas ala-ala kesyaitanan.

Memang hari ini, tiada piawai yang menetapkan peratusan suatu negara itu sudah demokratik atau tidak, melainkan agensi-agensi pro amerika dan alat-alat zionis yang mencanang-canangkan kayu ukur-kayu ukur berdasarkan ideologi kebebasan yang mereka tuntut. Yang nyata dua negara yang cukup tidak demokratik dalam dunia secara hakiki dan realiti langsung tidak pernah disentuh oleh piawai dan kayu ukur-kayu ukur mereka, iaitu Amerika dan Zionis Israel.

Amerika punya ratusan kes menceroboh hak kedaulatan negara-negara di Timur dalam menentukan prinsip dan pendirian. Mereka sering gunakan jalan-jalan penguasaan ekonomi dalam menetapkan syarat-syarat dalam perjanjian untuk membaham sedikit demi sedikit kedaulatan ataupun menggunakan ugutan ketenteraan. Kita maklum bagaimana tidak lama dahulu Musharraf presiden Pakistan pernah membongkarkan akan keputusan menyokong agenda antiteroris dalam menjatuhkan taliban di afghanistan adalah atas desakan dan ugutan Amerika dan dibuatnya untuk mempertahankan kedaulatan Pakistan. Bahkan kuasa veto Amerika di PBB sering digunakan untuk menafikan suara majoriti negara-negara anggota dalam membuat keputusan. Ini termasuklah pencerobohan Iraq yang tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa boleh dibangsat sesukahati oleh Amerika. Tun Dr Mahathir pernah menyanggah jalan unilateral Amerika ini. Amerika yang mencanangkan dirinya sebagai pejuang demokrasi dunia merupakan penjenayah yang langsung tak demokratik.

Zionis Israel sekutu kuat Amerika, kadang kala menjadi bapa yang mengawal tindak tanduk anaknya si Amerika yang boleh memerintah dan menguasai, atau kadang kala menjadi anak yang dibelai dan dimanja oleh Amerika dan sentiasa mendiamkan ke'nakal'an zionis dalam mempermainkan demokrasi sendiri. Siapa tidak tahu bagaimana penjajahan Zionis ke atas Palestin adalah satu-satunya kuasa kolonial yang masih berlangsung tanpa sedikitpun kemampuan negara-negara seluruh dunia untuk menyanggah zionis, walaupun zionis dikelilingi negara umat Islam yang lebih besar tanahnya dari tanah zionis sendiri.

Sebab itu Tun Dr Mahathir pernah mengkritik ideologi demokrasi itu sendiri yang bukan penyelesaian pentadbiran untuk semua kawasan dan negara. Hal ini banyak diakui oleh pemerhati-pemerhati krisis Iraq yang meruncing pada hari ini, yang diakui lebih teruk menjahanamkan Iraq berbanding semasa era diktator Saddam. Demokrasi sering diolah menurut sosio budaya masyarakat setempat. Sebab itu demokrasi punya banyak versi dari satu negara ke satu negara. Oleh itu adalah logik jika hari ini bukan setakat Malaysia mengolah demokrasi menurut versi Malaysia, malah negara-negara di eropah dan asia timur sendiri ada cara untuk menterjemahkan demokrasi menurut kacamata budaya mereka.

Jepun misalnya tidak lagi dikenali sebagai kuasa tentera, walaupun sejarah ketenteraannya yang dinaungi institusi Maharaja bermula di era Meiji membuka Jepun hingga kekalahan mereka pada tahun 1945 dalam Perang Dunia Kedua belum pun capai 1 abad. Jepun kalah teruk lewat dari Empayar Islam yang tumbang lebih awal pada tahun 1924, walaupun begitu Jepun lebih awal bangkit dengan strategi menerima demokrasi sebagai asas pemerintahan negaranya dan menumpukan kepada pembangunan ekonomi secara kapitalis dan industri teknologi tinggi. Jepun tidak meruntuhkan institusi maharajanya dalam menerima pemerintahan demokrasi dantidak pernah berhasrat membentuk republik sepertimana Iran membentuk republiknya dan menghadkan kuasa presiden Iran yang dipilih secara demokrasi.

Bagi pejuang-pejuang liberalis dan sekularis, institusi raja seperti di England, atau sultan di malaysia, atau Maharaja di Jepun, hakikatnya tidak demokratik kerana mereka tidak pernah melalui sistem undian rakyat. Walaubagaimanapun signifikan wujudnya institusi melampaui kuasa pentadbiran demokrasi boleh difahami mengapa perlu wujud apabila kita renung situasi di Thailand misalnya apabila kerajaan yang menang pilihanraya pimpinan Thaksin setelah dilihat wujud kepincangan dan terhadnya siasatan yang disekat Thaksin ke atas tuduhan rasuahnya boleh digulingkan apabila direstui raja Thai dengan bantuan kuasa tentera. Pergulingan kuasa dengan corak rampasan kuasa itu sendiri suatu yang tidak demokratik, namun semua pihak berasa keperluannya mendesak untuk mengembalikan maruah negara Thailand dan kesejahteraan penduduknya.

Maka benar, konsep demokrasi perlu dilanggar malah diketepikan terus untuk menghasilkan suatu pemulihan atau pemurnian. Oleh itu, tidak hairan, walaupun kerajaan Amerika mencanangkan dirinya sebagai pejuang demokrasi liberal, namun apabila dia ingin bertindak, dia sendiri melanggar demokrasi dengan prinsip dan aturannya. Jika begitu, fitrah untuk memimpin dalam menyelesaikan masalah dalam pentadbiran patut merujuk kepada prinsip-prinsip yang bagaimana?

Jawapannya sudah terletak pada Islam dengan Maqasid Syariah nya. Pejuang-pejuang Islam sangat memahami yang dituntut bagi mereka laksanakan bukan aturan-aturan ideologi yang tercipta kononnya ideal namun langsung tak menjamin keutuhan malah membuka lebih banyak fitnah dan bencana kepada sistem pemerintahan. Berbeza dengan demokrasi, aturan dalam Maqasid Syariah memberikan keutamaan-keutamaan dalam menilai suatu perkara.Agama, akal, nyawa,harta dan keturunan memperlihatkan unsur-unsur yang dititikberatkan untuk dijaga dan dibangunkan.

Pejuang-pejuang Islam yang lebih mahu dikenali sebagai pejuang demokrasi kental atau liberalis kental yang kononnya berpaksikan kepada kebersamaan hasrat dan harapan (pluralisme), lalu tak segan silu mempertahankan ekspresi diri hodoh, lucah dan gaya tidak berilmu dalam menghina agama dan kaum serta membangga kaum sendiri saja atau ideologi sendiri yang merendahkan kelompok tuan tanah kononnya mahu jadi terbuka dan memahami adalah perosak maqasid syariah.Segelintir anak muda bukan setakat Namewee dengan Negarakuku nya malah ribuan lagi anak-anak muda underground terlibat dalam ekspresi diri hodoh begini, adakah kemahuan jiwa memberontak mereka boleh dihalalkan mengabaikan prinsip-prinsip adab? Kita lihat saja kumpulan-kumpulan hip hop, skinhead mahupun metal underground mengekspresi jiwa ghairah akan seks, akan kebebasan dari dibelenggu ajaran agama hingga ada kumpulan sanggup minum darah kambing dan memijak quran untuk bersatu dengan syaitan dan membebaskan diri dari kelompok agama. Selain itu kelompok ini biasa bergelumang dengan arak, vandalisme, dan pergaduhan yang merosak ketenteraman awam.

Jika seorang hip hop menyembur cat ke dinding bangunan parlimen dengan ucapan, "pergi mampus semua menteri" adakah boleh dianggap ekspresi yang perlu dikaji dan diterima dengan hati terbuka, malah dianggap seorang patriotik kerana merdeka untuk mengekspresi dirinya hingga tak memikirkan undang-undang adab dan tingkah laku? Ini kerja tolol hujah-hujah kelompok liberalis yang tidak ketentuan arah tuju hidupnya. Mereka ghairah memperjuangkan satu idea yang kononnya ideal yang sangat diimpi seluruh manusia iaitu idea bebas dan terbuka yang mereka terjemah dalam memperjuangkan demokrasi. Namun, tatkala mereka naik nanti memimpin akhirnya mereka sendiri akan mengambil langkah menyekat suatu yang tidak mengikut arus seperti kencing dalam pinggan nasi mereka ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari, bolehkah diterima?

Puak-puak awal pejuang demokrasi di eropah misalnya memang tidak melalui proses demokrasi itu sendiri seperti pilihanraya yang adil, media yang bebas, atau demonstrasi jalanan, akan tetapi mereka juga persis puak komunis atau nazi yang mengambil jalan revolusi, perang dan pertumpahan darah. Selepas itu, demokrasi dihujah lumat hingga evolusi demokrasi menghasilkan kelompok-kelompok liberalis dan sekularis pada hari ini. Asasnya mereka tak suka batasan samada batasan kuasa gereja semasa zaman feudal atau kuasa diktator atau raja yang meraih kuasa dengan keturunan. Namun, keganasan dan perilaku tak sopan juga akhirnya diterima sebagai unsur keterbukaan, oleh itu tidak hairan jika pejuang demokrasi berdemonstrasi memecah dan menjahanamkan harta awam , atau melakukan huru hara tanpa peduli padahal menafikan hak awam untuk mengecapi ketenteraman adalah perlanggaran unsur demokrasi di satu sudut yang lain.

Sebab itu demokrasi juga salah satu jenis sekularisme, kerana akhirnya pejuang-pejuang yang mementingkan matlamat demokrasi melebihi maqasid syariah akan tersenyum melihat keruntuhan akhlak, jika menyanyi dengan bahasa kutukan dan lucah boleh dianggap patriotik, tidak mustahil jika seorang anak muda berbogel di atas pentas dengan niat menarik perhatian orang ramai untuk ekspresi hujah peribadinya juga akan disorak dan ditepuk oleh kelompok liberalis ini, lalu berkata,"tahniah, anda paling berani kerana tak malu menunjuk kemaluan".



Revolusi Iran yang tercetus hingga membentuk Republik Islam Iran pada tahun 1979 pernah memberikan inspirasi buat seluruh gerakan Islam sedunia. Sejak kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 yang sebelumnya menaungi negara-negara Islam kecil lain selepas sistem khalifah dihapuskan oleh Kamal Attartuk, umat Islam mula bertatih semula membentuk gerakan-gerakan dakwah untuk persiapkan generasi baru Islam yang lebih kuat menghadapi musuh yang sudah mula menoda negara-negara Islam yang berpecah membentuk negara bangsa.

Gerakan dakwah ini termasuklah Jemaah Ikhwanul Muslimin pimpinan Hassan al Banna di Mesir,dan Jamaat e Islami pimpinan Abul Ala Maududi di Pakistan pada era 1940-an yang telah menarik ramai pengikut dan memberi inspirasi buat seluruh pemuda pemudi Islam di seluruh dunia untuk mengaktifkan dakwah sebagai asas kepada pembentukan generasi Islam baru. Hinggalah kemenangan puak revolusi Iran yang membentuk Republik Islam pada tahun 1979 itu membuktikan Islam tetap masih kuat dan menggerunkan musuh-musuh yang berniat jahat ke atas tanah, maruah dan diri umat Islam.

Hakikatnya Revolusi Iran yang berlaku selepas lebih kurang 30 tahun pada era kemaraan dakwah gelombang Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Jamaat Islami di Pakistan , tentunya dilihat tiada kaitan dengan ahlus sunnah atas sebab gelombang itu digerakkan oleh pendokong-pendokong Syiah. Namun di era muslim sedang dihimpit, kebanyakan pejuang-pejuang Islam tidak mempedulikan jenama-jenama firqah lalu masing-masing di antara mereka meniupkan sokongan dan semangat di antara satu sama lain. Walaupun diketahui umum akan perselisihan pendekatan antara Ikhwanul Muslimin, Jamaat islami, mahupun Revolusioner Syiah, namun perselisihan itu tak membuahkan permusuhan hingga meragut nyawa dan menumpah darah seperti senario pada zaman millenia ini. Mereka malah menjadikan pembentukan Republik Islam Iran sebagai inspirasi.

Hakikatnya perjuangan Revolusi Iran bukan sekadar digerakkan oleh pejuang-pejuang Syiah, malah turut sepakat menumbangkan Shah Iran ketika itu adalah seluruh jentera pembangkang Iran di kalangan Liberalis,Marxist,mahupun Komunis. Malah Amerika yang dirayu-rayu pertolongan oleh Shah Iran juga mencadangkan Shah Iran turun takhta dan menukarkan muka baru sebagai shah untuk meredakan gelombang revolusi( strategi biasa Amerika dalam agenda melahirkan bonekanya di negara islam).Cuma setelah Shah Iran diguling,pengaruh Khomeini tidak mudah digoyah apatah lagi apabila Khomeini membentuk majlis ulama syiah di kalangan mullah yang menyokongnya, menaikkan dirinya sendiri sebagai pemimpin agung Iran yang melampaui kuasa seorang presiden Iran sendiri. Akhirnya puak-puak ideologi lain yang bersekutu dengannya ketika revolusi tenggelam hingga perlembagaan republik islam iran mengukuhkan kedudukan para mullah dalam pentadbiran kerajaan.

Angin gelombang kemenangan syiah membentuk republik di Iran turut bertiup hingga ke Nusantara khususnya di Malaysia. Jika sewaktu kemaraan pengaruh Ikhwanul Muslimin dan Jamaat Islami melebar ke Malaysia, gerakan-gerakan dakwah cuba perkasakan dakwah dan sebarannya secara ilmu, namun apabila Revolusi Iran membuahkan inspirasi, kelompok mahasiswa Islam mula menerimapakai unsur-unsur revolusi sebagai ikhtiar suara dakwah hingga membuatkan mereka mula membanjiri jalan-jalan raya serta naiknya pemimpin dakwah muda seperti Anwar Ibrahim yang lantang bersuara dan berpidato menyemarakkan gelombang islamisasi ke seluruh negara. Zaman itu orang menganggapnya sebagai 'student power' dan Anwar berjaya mengukuh pembentukan idealismenya hingga ada yang memanggilnya sebagai fenomena Anwarisme.

PAS sebagai satu-satunya jemaah islam haraki yang bertanding dalam pilihanraya memperjuangkan negara Islam turut sama menerima tempias inspirasi Revolusi Iran. Para penceramah Pas begitu bersemarak mengagungkan kejayaan Khomeini dalam mengangkat para ulama dalam pentadbiran republik itu. Walaupun Pas ketika itu dipenuhi para pejuang kelahiran tarbiyah dari jaringan ikhwanul muslimin mahupun jamaat islami, namun inspirasi Revolusi Iran lebih memainkan peranan pada era 80-an Pas hingga PAS mengangkat "Kepimpinan Ulama" dalam jemaahnya dengan perlantikan mursyidul am nya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Inspirasi Revolusi Iran tidak pernah malap dalam PAS, kerana itu beberapa unsur tindak-tanduk revolusi masih kekal sebagai metod perjuangan Pas, contohnya demonstrasi membanjiri jalan-jalanraya, dan pembentukan persepakatan seluruh isi pembangkang seperti yang pernah diraih ketika PRU tahun 1999 sehingga DAP,parti sosialis liberal yang bertentangan dengan cita-cita daulah Islam PAS turut sama dijemput dalam Barisan Alternatif mengingatkan kita bagaimana Khomeini mampu menyatukan seluruh pembangkang di era revolusi hingga komunis dan liberalis mampu bersekutu,kemudiannya ditenggelamkan selepas kejayaan revolusi. Perjuangan PAS juga punya idea yang lebih kurang sama, kerana pakatan dengan parti ideologi seperti DAP akan ditenggelamkan untuk menjayakan pembentukan perlembagaan baru mengikut daulah Islam.

Kemenangan AKP Turki dan kejayaan Abdullah Gul yang punya sejarah sebagai Islamis di Turki punya kisah inspirasi berbeza dewasa ini. Abdullah Gul naik dan menang secara demokrasi, tiada pergulingan kuasa seperti yang dicetuskan oleh Revolusi Iran 3 dekad lalu namun imejnya mula diperkatakan orang termasuk parti-parti Islam di Nusantara khususnya PAS di Malaysia.

Suara-suara puji-pujian mula diukir oleh para penyokong-penyokong PAS terhadap Abdullah Gul terutama apabila isterinya berhijab dan dibandingkanlah dengan isteri para menteri di Malaysia termasuk Perdana Menteri Malaysia Paklah hari ini yang beristeri tidak berhijab. Lalu semangat untuk meraih kejayaan dengan proses demokrasi yang terbuka seperti di Turki begitu didahagakan para penyokong-penyokong PAS ini, malah sebelum ini juga atas teraju Anwar Ibrahim kembali ke gelanggang politik tanahair ,suara-suara menuntut demokrasi begitu menjulang hingga ucapan Presiden Hadi awang sendiri dalam muktamar Pas bertemakan demokrasi.

Anwar Ibrahim dengan nada dan suara yang hampir tidak lagi dikenali jika diingatkan kembali kisah tahun 70-80 an dulu ketika semaraknya inspirasi revolusi, kini menjadi presiden Yayasan Masa Depan sebuah badan untuk promosikan demokrasi ke seluruh dunia disokong oleh Amerika, walaupun dinafikan Anwar mendapat bantuan kewangan dari negara besar dunia itu. Boleh dikatakan perkembangan Anwar sebagai suara demokrasi liberal di pihak pembangkang, dan inspirasi kemenangan Abdullah Gul di Turki yang meresahkan penerus legasi sekularis Kamal Attarturk, seakan-akan mengubah dunia gerakan islam dalam arena politik melihat demokrasi dan inspirasinya suatu yang indah dan bersemangat untuk menjayakan politik islam. Mula suara-suara keagungan revolusi Iran dahulu sedikit tenggelam, walaupun kelibat presiden Iran Ahmednejad pernah mencuri tumpuan suatu ketika dahulu. Namun naiknya Ahmednejad juga dari arena demokrasi malah dilihat suara reformis pasca revolusi yang mula timbul keresahan di kalangan majlis ulama iran yang berkrisis dengan para reformis.

Namun tanpa sedar, sokongan kepada gerakan demokrasi adalah tuntutan dan impian para zionis dan freemason dunia, kerana demokrasi bukan sekadar kisah kuasa rakyat suara majoriti, juga perlu diingat pengaruh iklim ekonomi medan kapitalis sentiasa mencari peluang di celah kalut haru biru iklim politik sesebuah negara. Indonesia sebagai contoh terbaik kes pemurnian demokrasi yang menggulingkan era suharto memperlihatkan pasca era itu membuakpula suatu pelebaran fenomena rasuah di peringkat pegawai bawahan yang lebih ramai jumlahnya.Situasi sama dilihat di Thailand yang baru saja menggulingkan thaksin tetap sukar untuk kecapi nilai kestabilan dan memerlukan kesepakatan politik yang ketara. Pakistan yang pernah menggulingkan nawar sharif dan naiknya kuasa tentera era Musharraf juga menjerut arena politiknya hingga kini Musharraf sudah tidak popular dan berada di hujung tanduk.

Era Turki hari ini nampak lebih sihat berbanding pemurnian demokrasi di Indonesia, thailand dan pakistan, namun sokongan penyokong-penyokong PAS kepada ikon Abdullah Gul membawa padah tersendiri terhadap semangat 'kepimpinan ulama' hasil inspirasi revolusi dulu yang selalu menekankan agungnya alquran dan sunnah dijadikan perlembagaan, dan kafirnya sistem selain itu hingga terhukumnya kafir seluruh jentera kerajaan Malaysia hari ini yang disepakati ulama PAs sepertimana yang sering disuarakan oleh mursyidul amnya, apabila Abdullah Gul sendiri membuat kenyataan beliau akan terus mempertahankan sekularisme sebagai dasar pentadbirannya. Ikon Anwar Ibrahim sendiri kini jelas menyuarakan akan terus mempertahankan kedaulatan perlembagaan Malaysia yang tidak pernah disetujui oleh para pejuang pas terutama di kalangan ulamanya. Kini PAS tersepit antara meneruskan perjuangan hasil inspirasi revolusi untuk menubuhkan daulah islam (tapi amat hairan bertanding kurang 2/3), atau terus bersekutu dengan sebuah parti yang ingin mempertahankan perlembagaan kafir takrifannya iaitu PKR, dengan semaraknya pujian penyokong PAS memandang hebat parti AKP walaupun jelas AKP menyuarakan akan mempertahankan sekularisme.