|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Idea menentang peperiksaan sebagai penilaian pendidikan bukan suatu yang baru keluar dari diri saya. Berbekalkan idea "Pendidikan Pejuang" dan misi "Remaja Gagah" dahulu, saya melawan habis-habisan "Pendidikan berorientasikan peperiksaan" di Malaysia khususnya, dan dunia amnya.

Saya sedar diri saya tak berseorangan dalam mendesak pendidikan berorientasikan peperiksaan bertukar menjadi pendidikan mengasah bakat dan kebolehan.





Pernah seseorang bertanya pada saya apakah pengisian pendidikan bagi idea menentang "Pendidikan berorientasikan peperiksaan" itu.

Pertamanya mungkin ungkapan di bawah boleh meletakkan dasar penentangan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan itu yang berbeza dengan pendidikan pejuang yang saya perjuangkan,

"..pendidikan pejuang meraikan bakat dan kebolehan seorang manusia yang pelbagai dan pengisian pendidikan adalah memfokuskan kepada usaha mengasah dan menggilap bakat dan kebolehan itu supaya akhirnya terbentuk seorang manusia yang berjuang. Akan tetapi pendidikan berorientasikan peperiksaan menetapkan jalan-jalan piawai untuk membezakan manusia cemerlang dan kecundang dari sudut piawai peperiksaan yang dipanggil sistem markah,gred atau pointer yang akhirnya melahirkan seorang penjawab soalan peperiksaan yang cemerlang (semata-mata).."
-MFR,2007 "Himpunan Idea dan Strategi"


Keduanya, walaupun saya menentang sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan itu tidak bermakna tiada langsung sesi menjawab soalan di atas kertas peperiksaan. Cuma idea yang sesuai dengan sistem pendidikan pejuang ini, dapat saya katakan sebagai kuiz berbanding menyebutnya sebagai peperiksaan.

Dengan kata lain, saya pejuang anti-exam tetapi pro-kuiz.

Apa yang dikatakan kuiz itu? Di sini akan saya jelaskan.

Berbeza dengan peperiksaan atau ujian, yang kebanyakannya dibuat di hujung suatu tempoh pembelajaran dan dibuat tanpa boleh melihat nota atau buku teks dan rujukan, kuiz yang saya perjuangkan adalah sebaliknya.

Contohnya di dalam kuliah, pengajar akan mengajar dengan memberikan nota-nota, ulasan-ulasan, dan apa saja metod interaksi yang kreatif seperti simulasi, persembahan slide, gambar dan sebagainya sebagai bentuk input.

Input ini diproses oleh pelajar dengan menulis nota, menandakan rujukan pada buku teks, mahupun apa saja cara untuk merekod input tadi.

Kemudiannya selepas tamat kelas, kuiz akan berjalan.

Kuiz adalah soalan-soalan yang meliputi poin-poin penting yang ingin pengajar ujikan untuk mengetahui proses pencernaan input dari para pelajar. Kuiz mestilah soalan berkenaan input tadi, jika ada soalan menguji minda pun, hanyalah sebagai bonus untuk pelajar-pelajar "advance" yang inginkan cabaran.

Kemudiannya pelajar akan menjawab kuiz berdasarkan nota-nota, buku-buku teks dan segala macam bahan yang menyimpan input awal tadi, dan inilah proses output.

Selesai sahaja kuiz itu, maka, pengajar bolehlah memberikan jawapan yang sepatutnya untuk soalan kuiznya, ataupun boleh juga menimbang jawapan pelajar jika pelajar ada mencadangkan teori baru yang tidak sama dengan teori input, kerana sistem pendidikan pejuang mestilah tidak tertakluk pada jalan si pengajar menjajah daya intelektual pelajar, akan tetapi pengajar hanya memandu daya intelektual pelajar berkembang mengikut lunas yang hak supaya tak terjerumus dalam kehendak nafsu.

Habis sahaja pembelajaran itu, pelajar boleh pulang berehat untuk sesi pembelajaran hari esok pula. Jikapun pelajar yang tak mahu berhenti setakat itu, boleh saja mengadakan sesi perbincangan dengan rakan pelajar lain untuk mencerna pelajaran hari itu atau yang lepas, atau juga boleh bertemu pengajar untuk diskusi lanjut.

Soalnya tiada sistem kerja rumah atau sistem pergi kelas balik kelas tanpa input dan output seperti lazim sistem berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, pelajar tidak perlu bertungkus lumus berjaga malam untuk menghafal semua pelajaran menjelang hari peperiksaan, disebabkan peperiksaan berorientasikan hafalan tanpa ada daya rujuk dan semak.

Menghafal itu perlu, namun manusia yang faham boleh menghafal dengan lebih baik dan lama berbanding manusia yang menghafal untuk cemerlang hari menjawab peperiksaan sahaja. Impaknya, seorang graduan universiti yang cemerlang belum tentu mampu cemerlang sekali lagi dalam peperiksaan SPM jika diberi soalan sama yang dia pernah jawab lama dulu.

Ilmu yang dicerna dan dikupas kemudian diambil kefahaman kesimpulannya lebih lama diingati dan mampu pula diaplikasi berbanding ilmu yang hanya diingati untuk diluahkan sekaligus pada satu hari yang bernama hari peperiksaan itu.

Semua mahasiswa siswi pasti tahu suasana ke kuliah di universiti, yang kadangkala mengkehendaki mereka ke kelas mendengar kuliah, mereka boleh mengambil nota, ataupun boleh juga memilih untuk tidur. Nanti selesai kuliah, mereka boleh meminjam nota rakan sekuliah. Apa yang penting bukan hari-hari kuliah itu, yang penting adalah hari sebelum peperiksaan.

Seorang siswa yang datang ke kelas setiap hari mengambil nota dan tidak tidur dalam kuliah belum terjamin lulus subjek kuliah itu jika hari sebelum peperiksaan dia tidak menghafal nota-nota kuliahnya, kerana peperiksaan tidak boleh membawa nota. Namun, seorang siswa yang tidak datang ke kuliah, hanya menyuruh rakannya menanda kehadiran, menyalin nota rakannya bila menjelang peperiksaan, dan menghafal nota atau jawapan soalan-soalan lepas, masih mampu lulus cemerlang dalam peperiksaan dan akan dianugerah sebagai pelajar cemerlang oleh piawai peperiksaan.

Memang sesetengah tenaga pengajar cuba untuk memecah sistem biasa ini, dengan adanya ujian kecil setiap minggu kuliah yang mengkehendaki pelajar ulangkaji pelajaran selepas kelas, namun sistemnya masih menghafal dan membebankan pelajar dengan perasaan takut dan bimbang akan soalan ujian. Berbeza dengan sistem kuiz yang saya jelaskan tadi, pelajar akan sentiasa gembira dan seronok untuk belajar kerana pembelajaran bukan menuju ke arah beban dan tekanan untuk menghafal ditambah perasaan takut dan bimbang yang tidak baik untuk psikologi. Pelajar tidak akan gembira belajar dengan tekanan, tapi mungkin akan belajar kerana terpaksa dan penuh kebencian.

Memang ada juga sistem peperiksaan yang boleh membawa nota dan buku rujukan bersama. Namun apalah mampu soalan peperiksaan satu hari menguji pembelajaran seluruhnya, berbanding sistem sama dibuat selepas tamat kuliah yang dipanggil kuiz yang dibuat dengan cara "belajar hari ini, diuji hari ini, dibetulkan faham hari ini" yang lebih meraikan sistem penyampaian ilmu.

Dalam konteks sekolah rendah, saya lebih cenderung mendesak memansuhkan segala bentuk peperiksaan umum, ujian, malah kuiz juga. Bagi saya sekolah rendah adalah tempat mengenal Allah, diri dan dunia yang bakal dihadapi. Mengenal Allah akan bawa kepada matlamat dan kefahaman segala hikmah dalam dunia dan kehidupan. Mengenal diri akan bawa kepada diri mengenal bakat, minat dan kecenderungan dan mampu untuk merencana cita-cita dan plan perancangan dengan fantasi yang terpimpin. Mengenal dunia membawa kepada kefahaman akan cabaran-cabaran dunia, kebaikan dan kejahatan, sejarah dan masa depan.

Kesimpulannya, sekolah rendah adalah medan proses perkenalan kepada bidang-bidang dan cabang-cabangnya, sekolah menengah adalah proses memilih jalan dan berusaha menajam dan mempersiapkan diri ke arahnya. Universiti adalah tempat menggilap , mencipta, bereksperimen dan diskusi pertukaran dan perkembangan. Selepas itu maka bermulalah proses menyumbang dan bekerja.

Mungkin perbahasan mengenai sistem pejuang yang saya cadangkan lebih luas lagi. Cuma berbanding menjadi penerus sistem peperiksaan, saya memilih idea anti-peperiksaan dan pro-kuiz.

Saya harap idea ini dapat disebarkan dan ditambahbaik oleh para peminat sistem pendidikan pejuang, sistem pengasahan dan meraikan bakat serta kebolehan, sistem pencernaan ilmu, dan para pejuang-pejuang anti-exam oriented, dan juga pejuang pro-kuiz.





selembar diskusi sistem pendidikan:
Rombak penilaian sekolah rendah
Halusi dasar pendidikan bangsa
Perlukah semua rakyat Malaysia jadi doktor
Elak terlalu taksub kepada prestasi akademik
Utamakan budaya pembelajaran
Utamakan kualiti dalam pendidikan
kaji sistem peperiksaan
Keputusan mansuh UPSR, PMR belum muktamad
Cadangan mansuh UPSR umpama sabotaj PIPP
Pendidikan negara perlu reformasi segera
Dasar pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan
Orientasi peperiksaan timbulkan gejala negatif
Sistem pendidikan sudah kurang berorientasikan peperiksaan
muharram 1430H bakal tiba. adakah aku sudah hijrah kepada yang lebih baik selama ini?



HIJRAH 1427H









HIJRAH 1428H





lukisan




HIJRAH 1429H





video




HIJRAH 1430H?


[edited 21 mac 2009]





tazkirah & ceramah






.


Saya ada pendirian mengapa saya perjuangkan Bahasa Melayu dalam pengajian sains dan matematik. (di sini)


Saya sudah tandatangan. saya orang ke 294.






Komik Ayat-Ayat Cintan
download SINI
Ia menyentuh mengenai Politik Ia menyentuh mengenai Cinta Ia menyentuh mengenai Lelaki Ia menyentuh mengenai Perkahwinan Ia menyentuh mengenai Pengorbanan Ia menyentuh mengenai Penyatuan Ia menyentuh mengenai Persahabatan Ia menyentuh mengenai Tuhan. dengan hanya melukis menggunakan pensel dan pembaris tanpa pemadam. dengan hanya lukisan paling teruk di abad ini. ia karya paling aku banggakan setakat ini selepas Cinta Kambing Gurun. PENGHARGAAN di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sukarela mempromosi komik yang tak cantik ini di dalam blog atau web mereka. sebagai penghargaan buat anda yang mempromosinya, saya letakkan link anda di sini: Mukhtar93 (private blog) suara-ummah Catatan Marhaenis Muzaji Tawel sensei Dan penghargaan juga kepada forum dan web yang sudi untuk saya letakkan komik buruk ini di sana: PcMansurah forum Friendster.com Mfrstudio Forum Tranungkite Al-Fikrah.net *saya akan tambah lagi mana-mana link yang mempromosi komik ini jika saya dapat kesan.


nota ralat versi asal 2008: terdapat ralat pada mukasurat 31 ketika siti menerima pensel dari roi dengan menyatakan "sabda nabi itu". sebetulnya "lan tanalul birra hatta tunfiqu mimma tuhibbun" yang bermaksud "kamu takkan dapat kebaikan itu sehinggalah kamu korbankan apa yang kamu sukai" itu adalah surah ali imran ayat 92. saya mohon maaf atas kekhilafan ini.

Versi baru 2012 ini masih dalam perancangan.InshaAllah segala ralat dan kelemahan versi asal akan diperbaiki. Jika saya mati esok, anggap je lah ini hanya iklan semata-mata.


Saya orang yang paling gembira jika UMNO & PAS dibubarkan dan semua umat islam Malaysia samada Melayu UMNO, Melayu PAS, India Muslim KIMMA, Cina Islam MACMA, NGO Islam, Jamaah dakwah, persatuan-persatuan budaya melayu, cendikiawan-cendikiawan Islam Malaysia, ulama-ulama madrasah, ulama-ulama pondok, dermawan-dermawan korporat Islam,dan semua lapisan umat akan disatukan di bawah HIMPUNAN UMAT untuk menubuhkan parti baru yang tak boleh lagi dipecah atau berpisah dengan menamakannya Parti Mardhatillah, dengan usul cadangan berikut:

1) IKHWAN

persaudaraan islam dijadikan sebab mengapa semua umat perlu duduk bawah satu bumbung dan tidak akan memisahkan diri antara satu sama lain selagi masing-masing mengaku sebagai mukmin,dengan menghayati hadis berikut:

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Kedudukan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah bagaikan satu binaan, dia saling kuat menguatkan di antara satu sama lain.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Dan firman Allah s.w.t berikut:
“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)

2) TABLIGH

meyakini bahawa tanggungjawab menyeru kepada makruf dan mencegah pada mungkar adalah tugas wajib umat, perlu disokong oleh seluruh umat, perlu diangkat menjadi gerak kerja jamaah dengan tugas menyeru itu menghayati adab-adab menyeru, sebagai firman Allah berikut:

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dengan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik" (QS. An-Nahl [16] : 125)

nasehat Rasulullah shalallhu'alaihi wasallam:
"Setiap muslim itu saudara bagi muslim yang lain. Dia tidak akan menzhaliminya, menghinakannya, dan tidak pula meremehkannya. Keburukan seseorang itu diukur dari sejauh mana dia meremehkan saudaranya” (HR.Muslim dan lainnya)

Dalam hadist lain juga ditegaskan
“Mencela seorang muslim itu perbuatan fasiq sedangkan memeranginya adalah perbuatan kufur” (HR.Bukhari dan Muslim)

Dan juga hendaknya kita ingat bahwa setiap perkataan, tulisan kita akan dicatat dan dimintai pertanggung-jawaban
“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS. Qaff : 18)

Menyeru bukan nak membesarkan diri, bukan nak mengagungkan parti, bukan nak meraih undi atau kemenangan pilihanraya, tapi perbanyakkan seruan-seruan untuk membesarkan Allah dan melaksanakan perintahNya.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt?” (Al Fushilat : 33)

Menyerahkan kepada Allah tugas memberi hidayah atau kejayaan seruan.

"Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka" (QS Ar Ra'du: 40)

3) KHILAFAH

mengutamakan musyawarah dalam mencari keputusan termasuk perlantikan ketua-ketua mahupun amir dalam parti di kalangan umat.

"Maka disebabkan rahmat dan Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkaniah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (QS. Ali Imran: 159)

Taat pada amir yang disepakati dan berserah kepada Allah dan RasulNya (kembali pada petunjuk alQuran dan Hadis)

“Hai orang- orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nabi) dan Ulul Amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatum, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur’an dan Rasul (sunnahnya)), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(QS. An Nisa : 59).

Dan berdasarkan sabda Rasulullah saw;

“Barangsiapa mentaatiku maka ia telah mentaati Allah, dan barangsiapa yang durhaka kepadaku maka ia telah durhaka kepada Allah. Barangsiapa yang mentaati pemimpin maka ia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang durhaka kepada pemimpin maka ia telah durhaka kepadaku.” Hadith Riwayat alBukhari, Muslim, Ibnu Majah dan an Nasai

Sabda Nabi,

“Dengar dan patuhilah, meskipun seorang budak Habasyi yang kepalanya seakan-akan buih diangkat sebagai pemimpin kalian.” – Hadith Riwayat AlBukhari.

Sabda Baginda saw,

“Engkau mendengar dan mentaati pemimpin, meskipun punggungmu dan hartamu dirampas; maka dengarkan dan patuhlah.” – Hadith Riwayat Muslim

Sabda Baginda saw lagi;

“Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu dari pemimpinnya maka hendaklah ia bersabar terhadapnya. Sebab, tidaklah seorang manusia keluar dari penguasa lalu ia mati di atasnya, melainkan ia mati dengan kematian Jahiliyyah.” – Hadith Riwayat Muslim.

Para pemimpin pula perlulah merenung amanah yang ditanggung mereka berat dan jangan terjerumus dalam kezaliman.

Rasulullah SAW bersabda:

Manusia yang paling dahsyat siksaan di Hari Qiamat ialah pemimpin yang zalim. (Riwayat Ath Thabrani)

4)SOLAT

menjadikan solat sebagai amal yang utama dalam gerak kerja parti, bukannya acara-acara konsert atau majlis-majlis hiburan lagha lain sebagai majlis sambutan.

ini sebagai menghayati firman Allah s.w.t

“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah), akibat (yang baik itu adalah) bagi (orang-orang yang bersifat dengan) taqwa.” (Toha: 132)

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Di saat-saat kewafatan Rasulullah s.a.w pun, Baginda tetap berpesan lagi kepada umatnya dengan sabda yang bermaksud,
"Peliharakanlah solat! Peliharakanlah solat! Dan peliharakanlah hamba-hamba sahaya kamu!” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Dan keyakinan bahawa solat adalah jalan orang-orang beriman yang akan diberikan kejayaan.

Firman Allah Taala:
maksudnya:beroleh kejayaanlah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusu’ dalam solatnya. (al-Mukminun:1-2)

Dan keyakinan bahawa meninggalkan solat akan mendapat kehinaan.

"Kemudian mereka digantikan oleh satu angkatan, yang meninggalkan solat dan menurut keinginan nafsu, sebab itu mereka menemui kehinaan."

(Al-Maryam: 59)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam solat". serta "Apabila kamu solat anggaplah solat ini solat perpisahan".

5) ZAKAT, INFAK, SADAQAH

berusaha untuk menjadi parti yang sering berinfak, berzakat, bersedekah dan bukan parti yang hanya meminta-minta derma. Dengan kata lain mengusahakan ekonomi Islam secara praktikal supaya dapat menghapuskan riba dan memecah monopoli kapitalis dalam ekonomi umat.

ini bagi menghayati firman Allah s.w.t berikut:

"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Dan barang siapa yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (QS. Al-Baqarah : 275).

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (QS. Al-Baqarah : 276).

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (QS. Al-Baqarah : 279).

Rasulullah shallahu 'alahi wasallam juga bersabda, "Jauhilah tujuh dosa besar yang membawa kepada kehancuran," lalu beliau sebutkan salah satunya adalah memakan riba. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Nabi shallahu 'alahi wasallam mengancam pelaku riba dengan lebih tegas, beliau bersabda, "Dosa riba memiliki 72 pintu, dan yang paling ringan adalah seperti seseorang berzina dengan ibu kandungnya sendiri." (Shahih, Silsilah Shahihah no. 1871).

Rasulullah shallahu 'alahi wasallam bersabda, "Allah melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba), mereka sama saja." (HR. Muslim dan Ahmad).

Strategi banteras riba dengan senjata zakat, infak dan sadaqah.

"Kalian sekali-kali tidak sampai pada kebajikan (yang sempurna) sebelum kalian menafkahkan sebagian harta yang kalian cintai. Apa saja yang kalian nafkahkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya." (QS Ali Imran [3]: 92).

Berikanlah kepada keluarga-keluarga dekat haknya, juga kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan, dan janganlah kalian menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. (QS al-Isra’ [17]: 26).

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (Q.S. Al-Baqarah 2:195)

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (at-Taubah: 103).

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (ali imran 134)

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (al anfal 3-4)

6) MARDHATILLAH

menjadikan keredhaan Allah cita-cita dan matlamat seluruh ahli parti dan umat dalam setiap dasar, tindak tanduk, dan gerak kerja.

Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah". (al furqan 57)

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;(al furqan 63)

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (al furqan 64)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.(al furqan 67)

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.(al furqan 72)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.(al furqan 73)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.(al furqan 74)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.Riwayat Muslim

HARAPAN

Maka dengan 6 usul di atas, umat Islam Malaysia tidak akan terbelenggu dan bergelumang dengan perpecahan, pergaduhan dan perbalahan mahupun permusuhan lagi. Mereka semuanya sudah duduk bawah satu bumbung, jika berlaku perselisihan sudah ada saluran musyawarah yang disepakati. Malah gerak kerja dan tingkah laku ahli lebih membuahkan akhlak samada dalam usaha nasihat sesama Islam mahupun dakwah buat bukan Islam.Soal ekonomi umat Islam yang terkebelakang (kemiskinan dan keciciran) yang menjadi isu perjuangan parti politik yang mendakwa diri masing-masing membela umat sejak merdeka lagi akan berubah wajah untuk tidak memandang dunia ekonomi riba kapitalis sebagai penanda aras, akan tetapi mengorak langkah dengan berani mencetuskan dunia ekonomi umat berasaskan kepada dana, pemprosesan, pengeluaran dan pembelian semuanya dari kalangan umat jua timbangan yang adil dan zakat, infak, sadaqah bagi mengurus dan menyeimbangkan ekonomi umat sebagai solusi kepada isu-isu kemiskinan dan keciciran ekonomi.

Saya berharap Parti Mardhatillah ini akan menjadi realiti dan berdoa semoga manusia-manusia politik yang mengganggu keharmoniaan umat selama ini dengan agenda dan isu-isu peribadi, dendam kesumat politiking, serta nostalgia-nostalgia sesama politikus yang cuba dibebani bersama umat, padahal masalah mereka picisan dan keji yang patut diselesaikan sesama mereka saja, dan tak patut melibatkan umat.Saya mencadangkan semua manusia politik dari pimpinan hingga penyokong-penyokong najis mereka yang mahu bergaduh, mencaci, menikam sesama sendiri, bertumbuk, merusuh, mencarut, memfitnah, berkonspirasi dan sebagainya patut diberikan mana-mana pulau kosong dan rakamkan aksi-aksi bodoh mereka semua itu ke dalam sebuah program realiti seperti Rancangan Survival, supaya segala tindak tanduk bodoh mereka hanya berkisar dan beredar di pulau-pulau itu saja dan menjadi tontonan rakyat jelata di hari minggu untuk mengisi cuti dan menonton aksi mereka seperti menonton aksi Mr Bean, dan sekalian umat lain dapat hidup bahagia dengan bekerja keras memakmurkan Malaysia dan alam jagat tanpa diganggu lagi dengan isu-isu bodoh ciptaan mereka.

Wallahua'lam.
Tidur di Masjid Sultan Muzaffar yang dikunci tengah malam

Kes cerai yang meragukan

Pasangan itu sudah bercerai. Ini diketahui penduduk kawasan perumahan tersebut arakian si isteri dan si suami sudah tidak bersama bertahun lamanya, juga diketahui mereka sudah ke mahkamah dan pejabat agama untuk proses penceraian.

Namun malam itu,penduduk terlihat kelibat suami muncul kembali di rumah si isteri. Si suami juga dikenali sebagai bekas penagih terus tinggal di rumah tersebut hingga lewat malam, maka penduduk kawasan tersebut mensyaki pasangan yang sudah bercerai itu kembali bersekedudukan. Mungkin mereka melaporkan pada pihak polis terlebih dahulu, kemudiannya pihak polis merujuk Ustaz Kamaruddin sebagai pegawai agama yang bertanggungjawab mengendalikan kes penceraian di pejabat agama Sungai Petani dan juga merangkap pencegah maksiat yang bertauliah.

Kami sampai ke kawasan perumahan tersebut, dan kelihatan beberapa orang penduduk yang bermotosikal sudah berkumpul menunggu Ustaz Kamaruddin. Mereka memandu Ustaz ke rumah yang disyaki pasangan sudah bercerai bersekedudukan itu. Rumah itu gelap seakan tiada yang tinggal. Kami bertiga masuk ke pekarangan rumah, sambil penduduk kampung berkumpul di luar rumah dengan bunyi penuh sunyi.

Ustaz memberi salam, dan kedengaran bunyi melangkah dari bilik mengendap dari tingkap, dan tidak lama selepas itu si isteri muncul membuka pintu tanpa bertudung. Kelihatan kurus kering badannya dengan muka penuh cengkung. Ustaz memperkenalkan diri dan meminta izin memeriksa rumah kerana dilaporkan ada bekas suaminya bertandang di rumah itu. Si isteri mengiyakan dan kami masuk ke rumah dan kembali menutup pintu.

Si suami keluar tanpa berbaju, rambut kerinting sedikit kusut, berbadan tegap dan berkulit gelap, sambil tersenyum bersalam dengan kami bertiga, Ustaz, saya dan Dee.

Perbualan bersama si suami

Si suami membenarkan segala maklumat yang dibacakan Ustaz kamaruddin berkenaan dengan situasi mereka sebagai pasangan suami-isteri. Memang mereka pernah memohon perceraian namun, proses perceraian itu masih belum selesai dan ditangguh dengan sesi-sesi kaunseling oleh pejabat agama. Kemudiannya si suami menghilangkan diri dan proses perceraian itu tak dapat dimuktamadkan. Si suami kembali semula selepas 3 tahun, menjenguk si isteri dan anak kecilnya dan mendapati mereka hidup serba kekurangan hanya punya selapis tilam toto untuk tidur anak beranak dengan bekalan dapur yang sudah habis licin. Si suami membeli barangan dapur dan kembali tinggal di rumah itu bersama si isteri.

Ustaz kehairanan, apakah masih belum jatuh talak. Si suami menegaskan dia tak pernah ceraikan isterinya dengan melafazkan talak. Si isteri mengangguk setuju. Namun tempoh 3 tahun tidak bersama, itu boleh jatuh talak jika si isteri memohon fasakh. Si suami tersenyum, dan berkata isterinya tidak memohon fasakh. Ustaz kehairanan sekali lagi, apakah maksud permohonan perceraian sebelum ini, adakah mereka memohon bukan atas kerelaan sendiri. Bukankah memohon perceraian bermaksud, kedua-dua mereka sudah buat keputusan untuk tidak bersama lagi. Si suami mula buka cerita di sebalik permohonan itu.

Dia seorang nelayan, dan selalu mengambil ganja dan menjadi penagih. Pernah dia masuk ke pusat serenti dan bila ditanya ke mana dia 3 tahun sebelum ini, dia mengaku dia di pusat serenti. Keluarga si perempuan juga tidak suka akan si suami ini. Maka si suami mendakwa, keluarga si perempuanlah yang menghasut isterinya untuk tinggalkan dia dan memohon perceraian. Dia bercerita tentang betapa isteri perlu taatkan suami, bukan taatkan ibu ayah lagi. Dia tak pernah benarkan isterinya keluar rumah dan lari ke rumah keluarga isterinya, namun dia kata dia terima dengan sabar ketika isterinya lari kerana sedar dirinya yang kadangkala kasar pada si isteri.

Saya mula cuba membaca wajah si isteri, apakah dia takut pada suaminya hingga benarkan si suami tinggal di situ walaupun sedang dalam proses perceraian, atau dia memang tidak mahu bercerai dan masih sayangkan suaminya. Saya bertanya pada si suami, "jadi saudara mahu terus bersama dengan isteri atau mahu menceraikannya". Suami itu pun menjawab," saya sayangkan isteri dan anak saya. Itu anak saya masih kecil 4 tahun sedang tidur dalam bilik. Saya tak pernah lafaz cerai.saya tengok depa hidup miskin tanpa saya, siapa yang sampai hati. Saya datang sini pun nak bincang dengan isteri untuk timbang pasal perceraian itu semula" . Ustaz terus bertanya pada si isteri,"jadi hang nak terima dia balik atau nak teruskan proses perceraian". Si isteri pun jawab sambil menunduk, "saya nak terima dia kalau dia berubah".

Nah, saya nampak sebenarnya ada sifat suami yang isteri masih khuatir. Ustaz kembali menjelaskan pada si suami situasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat setempat dan fitnah," masalahnya hangpa 3 tahun dulu dah mohon perceraian, sekarang hang muncul dan tinggal bersama dengan isteri, tapi orang ramai nampak hang dengan isteri sudah bercerai, sebab hangpa pernah mohon perceraian, dan hang tak bagi nafkah 3 tahun lamanya". Si suami pun menegaskan,"masalahnya ustaz, saya tak pernah lafaz cerai, dan proses perceraian itu pun belum selesai. jadi dia ni masih isteri saya. saya tak bayar nafkah itu memang salah saya. Tapi duduk dengan isteri yang masih sah isteri tak salahkan ustaz? Kalau betul dia bukan isteri saya lagi, di mana surat perceraian kami?" saya mula faham mengapa si suami tak takut ketika kami muncul.

Ustaz pun berkata," ya lah, tapi orang ramai tak faham. sebab itu depa hubungi kami untuk menyiasat. memang surat permohonan perceraian ada di pejabat saya. La ni, hangpa nak bercerai atau tak?" . Si suami ketawa kecil mendengar soalan itu, "Saya memang tak lafaz cerai lagi, tanya dia lah nak teruskan atau tak". Ustaz sekali lagi bertanya pada si isteri,"hang nak teruskan atau tak?" Si Isteri menggeleng. Ertinya dia perlukan suaminya. Saya pun lihat dia kurus kering tentunya tak cukup makan. Nak besarkan anak lagi, memang dia masih perlukan suaminya. Melihat si isteri sudah menggeleng, si suami pun lega dan tersenyum, kami semua mengucapkan alhamdulillah.

Suami dia ada kesedaran agama

Si suami pun mula menegaskan kembali dan nak menunjukkan sikap penduduk situ menghubungi ustaz satu sangka buruk yang melukakan dirinya, "saya walaupun macam ni (seorang penagih) tapi saya bukan tak faham hukum. Selagi saya tak lafaz cerai, selagi itu isteri saya sah untuk saya. Orang ramai bukan penentu status perkahwinan saya, saya yang pegang kuasa nak cerai atau tidak." Ustaz mula kelihatan bimbang akan ayat si suami. Dia seakan-akan lupa bahawa dia tak bayar nafkah, menghilangkan diri 3 tahun boleh jatuh talak oleh mahkamah. Namun betul juga hujah dia, kerana isterinya tak pernah mohon fasakh.

"Masalahnya, hang kena berubah macam isteri hang nak. jangan ambil lagi (ganja)." Ustaz memberikan peringatan. "Ganja pun satu isu juga. Kalau betul ganja haram, mana ayat Quran sebut ganja haram. Ayat quran ada sebut arak, khinzir haram tapi ganja tak ada. Ganja ini pun tengok macam mana orang itu ambil, kalau macam saya ini ambil hanya untuk kuat tangkap ikan saja. Haramkah?" si suami berhujah. Saya mula berkerut dahi untuk berfikir rasional pemikiran si suami itu.

Saya yang duduk paling hampir dengan si suami memegang lututnya, lalu berkata, "haram dan halal bukan semata-mata perlu diumum dalam Quran secara spesifik. Jika sesuatu yang banyak mudarat dari baik, maka haramlah ia. Walaupun diambil sedikit". Ustaz pula mencelah," ayat Quran itu bukan sebut arak, tapi sebut khamar. khamar ini suatu yang memabukkan, dadah juga suatu yang memabukkan. Arak yang memabukkan itu walaupun diambil dengan kuantiti kecil dan tak memabukkan si peminum juga jatuh haram. Ambil sikit ka, banyak ka, suatu yang memabukkan yang haram itu kekal haram jika diambil."

Si suami masih tak puas hati," saya hairan kenapa orang hisap ganja kena tangkap, tapi orang minum arak tak kena tangkap. Tangkap sama lah orang minum arak" Ustaz pun menjawab,"itu masalah manusia yang menjalankan kuatkuasa hukum di dunia, tapi sebagai seorang islam, kita kena yakin Allah sudah letak hukum begitu dan kena menjauhinya. Mungkin yang buat benda haram di dunia terlepas hukuman dunia, tapi hukuman akhirat itu lebih pedih".

Dia masih tak puas hati bila dirinya sebagai penagih dilihat hina. "saya walaupun tak belajar agama tinggi, tapi bila orang ajar agama, saya ingat. Saya pernah sertai tabligh. saya ingat dan belajar apa yang dapat dari tabligh. Allah bukan menilai dari luaran, tapi dari hati kita. Hati saya ni masih ingat kat Allah," si suami menjelaskan. Saya pun menambah,"tapi saudara, hati saja tak cukup saudara. Saya pun sertai tabligh, walaupun Allah tak menilai luaran, tapi iman yang Allah nak lihat adalah iman yang menghasilkan amal. Saudara yang sedar agama ini, perlu tunjukkan amalan baik pada Allah, termasuk meninggalkan ganja itu dan berbuat baik pada isteri".

"Tapi ganja tak disebut haram dalam Quran" dia pusing kembali hujahnya.

Kami mengakhiri pertemuan itu

Maka, melihatkan si suami masih tak mahu menerima bahawa ganja itu haram untuk diambil, maka Ustaz kembali merumuskan situasi semasa mengenai isu perceraian mereka. Mereka akhirnya muktamad tidak bercerai dan masih mahu bersama pada malam itu. Seorang wakil penduduk masuk ke rumah dan difahamkan ustaz akan situasi mereka. Saya menyentuh si suami yang tak berbaju itu lalu berkata, " saya lihat saudara ada kemahuan agama, belajarlah agama lagi dan tingkatkan amalan. jagalah isteri saudara baik-baik, kelak Allah akan tanya saudara di akhirat, apakah hak seorang isteri telah saudara tunaikan". Dia menjawab sambil tersenyum berkaca-kaca mata,"saya masih sedar tentang itu, dan akan perbaiki semula hidup kami anak beranak".

Dia mengiringi kami keluar rumah dan mula bertemu penduduk yang berkumpul di luar pagar sambil berkata, "saya harap saudara-saudara semua faham saya masih suami pada isteri saya. Saya harap tak ada salah faham lagi. Dan jangan cepat menilai kami. ". Saya pun menambah sedikit, "harap kalian selalu-selalulah amalkan ziarah menziarahi supaya tiada syak wasangka dan salah faham." Kemudian ustaz menerangkan kembali pada beberapa orang penduduk yang masih samar-samar situasi sebenar. Si suami juga mula bersalam-salam dengan beberapa pemuda dan menerangkan keadaan dirinya.

Saya dan Dee menuju ke kereta sambil menunggu Ustaz menghabiskan urusan tadi. Dee pun berkata," isteri dia tu tak tahan dah tu. Dapat pula suami hisap ganja, makin kuatlah suami dia boleh 'main'. Tu sebab dia sayang lagi suami dia. Aku dengar dari orang kat luar tadi". Ah, ke situ pula hipotesisnya!

Ustaz pula dalam kereta sambil bawa kami pulang berkata, " memang begitulah orang yang ambil ganja ini, cakap berpusing-pusing. Dia baru lepas 'kena' agaknya".

Kami pun pulang ke rumah ustaz dan tidur dengan lena. Saya cukup bersyukur hari itu bukan saja saya mendapat gambaran masalah remaja, malah saya juga diberi gambaran mengenai masalah dewasa yang sudah bernikah. Saya berdoa, moga Allah terus mendidik saya dalam pengembaraan yang masih panjang untuk ditempuh itu.

----------------------------------------------
bahagian 7 nanti saya kisahkan pengalaman saya dan Dee berdua di sungai petani pada hari esoknya.


.



Masjid Sultan Muzaffar Sungai Petani yang menggunakan sistem kunci masjid di waktu malam

Adegan yang tidak dirakam

Memang banyak adegan yang tidak dirakam, tapi amat menarik untuk dikongsikan sepanjang dokumentasi Dakwah Lapangan Ustaz Kamaruddin.

Salah satunya adalah perbualan saya dan Dee bersama dengan 'amy' si gadis malang yang mendatangi Ustaz Kamaruddin yang boleh dilihat dalam bahagian 2 rakaman yang saya upload ke Youtube tersebut.

Dalam rakaman yang diupload tersebut, selepas babak Ustaz Kamaruddin bergambar dengan anak-anak muda yang tersasar itu, Ustaz Kamaruddin telah mengajak si 'amy' untuk makan tengahhari bersama dan si 'amy' bersetuju kerana dia pun belum makan, hanya minum saja iaitu meneguk arak di belakang bangunan.

Kami berjalan bersama Ustaz dan amy ke salah sebuah gerai makanan di Stesen Bas Sungai Petani. Sambil kami masing-masing memesan minuman jus, amy memesan nasi goreng sambil malu-malu melihat saya dan Dee yang merenung dirinya.

Dia gadis yang comel, senyumannya manis, cuma air mukanya kelam dan tidak bercahaya. Benarlah, dia sedang terjerumus dalam dunia gelap, tanpa ada sesiapa yang memimpinnya untuk keluar dari dunia itu. Saya hampir menitiskan air mata sambil merenung wajahnya. Jika saya yang konon bertekad mahu menjadi pembela agama dan penyelamat umat, namun tidak berdaya menawarkan apa-apa buat amy.

Mahu saja saya melamar dia, berkahwin dan membawa dia tinggal di Jepun menemani saya. Apatah lagi saya merancang untuk tinggal di Musolla yang akan diwujudkan selepas saya pulang ke Jepun pada April. Tentu dia akan tiada kesempatan untuk kembali ke dunia gelap itu, apatah lagi untuk kembali dipengaruhi rakan-rakan lamanya yang menjeratnya ke dunia itu.

Dia pasti akan berubah sedikit demi sedikit, tinggal di Musolla di Jepun, ada sawah padi di tepi Musolla, muhasabah diri selalu sambil menikmati keindahan alam di Gofuku Toyama ini, solat di awal waktu, mendengar azan, bertahajjjud bersama saya, oh alangkah besar kecintaan Allah pada saya jika saya berbudi dan berjaya memimpin seorang hambaNya yang sesat kembali ke pangkal jalan. Tapi, saya tak sampai hati melamarnya, kerana hidup saya tiada masa untuk membelai seorang isteri malah bermasalah pula menanggung nafkah zahir batinnya.

Perbualan bersama Amy

Saya bertanya berapa umurnya, amy menjawab 17 tahun sambil tersenyum. Dia sebaya dengan adik lelaki kedua saya yang baru tamat SPM. Ustaz Kamaruddin duduk sebelah amy sambil bertanya hal keluarganya.

Benar, keluarganya bukan keluarga orang senang. Dari tutur ceritanya, amy membayangkan rumahnya tidak aman buatnya. Dia sering dimarahi mak dan ayah. Namun ketika bercerita mengenai adik-beradiknya, amy bercerita kakaknya sedang menuntut di Mesir. Saya tak nampak bagaimana perasaan kakaknya jika tahu mengenai nasib adiknya sudah begini hanyut.

Ketika saya bertanya apakah yang amy minat untuk lakukan jika diberi peluang oleh Jabatan Agama untuk dipulihkan, amy menjawab dia minat berkebun dan menjahit. Alangkah pedih dan pilu hati saya mendengar jawapan itu. Amy rupa-rupanya masih mampu dipulihkan kerana dia masih ada minat dan tidak keliru akan hidup. Saya segera tanyakan Ustaz, apakah ada program menjahit dan berkebun yang boleh diusahakan kerajaan Kedah? Ustaz menggeleng, tiada peruntukan yang cukup kata ustaz.

Masa itu saya berasa ingin saja menjerit, "Hei politikus! Keparat kalian bising nak membela rakyat! Rupa-rupanya peruntukan untuk program menjahit dan berkebun tidak mencukupi untuk anak-anak muda yang hanyut begini", tapi suara itu menjerit di dalam saja. Saya bertanya kepada ustaz, apakah langkah susulan selepas kita dakwah mereka? Ustaz pilu untuk menjawab, kita berdoa saja, kita hanya mampu menasihati dan memberi sokongan mana yang perlu saja, kata ustaz. Ertinya selepas sesi dakwah itu, amy akan dibiar semula memilih jalannya sendiri. Ustaz mencadangkan amy untuk kembali bekerja di tempat lama amy bekerja. Juga Ustaz mencadangkan amy kembali ke Perlis kampungnya, kembali bersama keluarga.

Harapan yang samar

Mungkin amy seorang mampu ustaz cadang dan beri saranan, namun anak muda yang hanyut seperti amy bukan seorang dua. Mereka hampir berpuluh, malah mungkin beratus di Sungai Petani saja. Peruntukan besar memang diperlukan untuk memprogram kembali hidup mereka menjadi insan berguna. Kerana kebanyakan mereka dari keluarga miskin.Hidup yang sempit, buat hati tak pernah tenang. Namun, Dakwah Lapangan Ustaz Kamaruddin berseorang diri menjenguk mereka tak mampu nak berikan harapan sebegitu. Ustaz Kamaruddin bukan saja perlu dibantu oleh unit bergerak seakan team dakwah yang ramai anggota, malah perlu disokong dengan program susulan, yang pastinya semua itu memerlukan peruntukan besar.

Namun semua itu dipandang enteng oleh ramai pihak, termasuklah para ustaz dan pejuang parti dan jamaah islami. Mereka hanya memerlukan Ustaz Kamaruddin untuk dapatkan info berapa ramai remaja rosak, kemudian info dijaja dalam ceramah dan pentas politik, namun sedikit sekali mereka yang mahu bersama Ustaz menjenguk anak muda yang hanyut dan rosak itu, sama-sama memimpin dan membawa kesemua generasi muda untuk ke jalan benar dan jalan bahagia. Ustaz Kamaruddin kekal bergerak atas inisiatif sendiri, yang kadangkala dilawati juga anak-anak muda pejuang yang simpati dan mahu mempelajari dakwah dengannya. Namun bilangan tidak ramai. Sudah belajar, tidak juga menghulur sebarang bantuan dan sokongan. Sudah ada ilmu dakwah, dakwah masih tak jalan, anak muda semakin hari semakin ramai yang hanyut dan disesatkan.

Namun saya benar-benar terharu, selepas beberapa ketika saya,Ustaz dan Dee menasihati dan mengingatkan agar amy kuat untuk kembali ke jalan Allah redha, amy akhirnya seakan bercahaya dan menyebut pada saya,"Jika abang balik dari Jepun dan datang ke Sungai Petani semula, abang akan lihat amy sudah bertudung dan berbaju kurung". Kalaulah dia adik perempuan saya, mahu saja saya memeluknya ketika itu jua. Saya pun menjawab,"amy kena ingat apa yang amy janjikan ini. InsyaAllah abang akan datang semula ke Sungai Petani untuk lihat amy sudah bertudung dan berbaju kurung". Amy tersenyum sambil sambung makan nasi goreng.

Namun selepas kami beredar, dan menyambung rakaman Dakwah lapangan di sekitar stesen, saya nampak amy berpimpin tangan dengan rakan perempuannya entah ke mana. Ada saya zoomkan adegan itu dalam bahagian akhir rakaman di Youtube.

Panggilan kecemasan selepas Isyak

Kami menamatkan program petang itu sekitar jam 6 petang. Ustaz menjemput kami bermalam saja di rumahnya pada hari itu. Kami pun bersetuju. Ustaz, isteri dan anak-anaknya melayan kami seperti saudara mereka sendiri. Kenyang kami dijamu nasi dan kuih muih oleh isteri ustaz. Mereka keluarga sederhana, setiap kali menjamah makanan mereka, saya berdoa semoga ustaz diberikan rezeki yang banyak agar usaha dakwahnya terus kuat.

Sekitar selepas solat isyak bersama Ustaz, Ustaz keluar rumah entah ke mana. Namun kembali saja ke rumah, Ustaz tergesa-gesa mencari-cari sesuatu di rak buku. Kemudian Ustaz mengajak saya dan Dee menemaninya segera ke satu lokasi.

Saya hanya dapat menangkap perkataan "polis" dan "khalwat" sahaja. Dee termangu-mangu tidak tahu apa yang terjadi. Seketika selepas itu kami terus menaiki kereta ustaz, sambil ustaz menceritakan beliau baru sahaja menerima panggilan kecemasan dari polis untuk beliau periksa sebuah rumah yang disyaki pasangan yang sudah bercerai kembali duduk bersama.

Malam itu, saya merasai pengalaman menjadi pembantu pegawai agama mencegah maksiat.

------------------------------------------------------------------
bahagian 6 nanti saya ceritakan pengalaman menarik itu.
semasa proses rakaman dokumentasi "dakwah lapangan"

Misi Menjelajah Dengan Bas

Sebelum mengubah perancangan bercuti bersama Dee dengan Misi Jelajah Wawancara Tokoh,saya dan Dee telah bersepakat untuk mengembara dengan kancil buruk ayahnya. Namun Dee berkira-kira untuk meminjam wang dari saya untuk menservis kereta itu dan membeli radio untuk mengelak mengantuk ketika memandu nanti. Saya memiliki lesen, cuma saya jarang memandu maka kemungkinan besar Dee seorang akan memandu.

Oleh itu, atas kerana menghargai kesudian Dee menemani saya dan untuk mengurangkan kesulitan jika memandu (iaitu berkait dengan keletihan memandu dan kesulitan mencari jalan ke lokasi-lokasi pertemuan dengan tokoh), maka saya telah buat keputusan untuk menaiki bas ekspres sepanjang misi. Lagipun di Jepun, budaya bergerak dengan pengangkutan awam tidak menjadi kesulitan. Keluar bersama tabligh dengan bas dan keretapi suatu yang lumrah.

Namun tidak bagi Dee. Dia tak selesa berjalan jauh dengan bas. Saya seawal duduk dalam bas, sudah mencari mood untuk tidur bagi menjana tenaga untuk berjalan kaki selepas turun nanti. Namun Dee tidak mampu untuk tidur kerana katanya tengkuk terasa sakit. Jadi, dia bercakap seorang diri tanpa sedar saya sudah pun lena.

Sampai di Sg Petani

Sampai sahaja di Sungai Petani, sudah pun jam 3.30 pagi. Saya seperti biasa mula menggunakan instinct untuk mengesan lokasi masjid. Selalunya Allah membantu saya dengan menggerakkan hati untuk mengesan lokasi masjid di mana. Tapi bila hati saya tak mampu nak kesan, saya mula rasa hati ini ada penyakit dah bertimpa. Anak muda yang mencintai masjid amat dikasihi Allah s.w.t. Jika kita berjalan menuju Allah, Allah berlari menuju kita.

Misi ini bajetnya kecil. Ia bagus untuk anak muda bermujahadah. Saya telah merancang bergerak ke mana-mana dengan pengangkutan awam atau berjalan kaki, menimbang mana lebih wajar dan murah. Kemudian tempat tidur dan berehat, saya memilih masjid-masjid utama di setiap lokasi. Di samping melepaskan penat, ia boleh dimanfaatkan dengan menjadikan rehat dan tidur itu suatu ibadah iaitulah dengan niat iktikaf di masjid. Ini berkat apa yang saya amalkan sejak di sekolah asrama dulu, semasa belajar di UM, dan juga semasa khuruj bersama tabligh. Iktikaf di masjid Malaysia memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Ini kerana saya amat memahami sistem mengunci masjid yang memang sistem bahlol orang-orang tak tahu malu yang malas mengimarah masjid.

Bahlol terkena pada saya juga kerana tidak mampu mengimarah masjid di malaysia kerana belajar di Jepun.

Turun saja dari bas, saya gagal untuk merasakan 'aura' masjid datang dari arah mana. Maka saya pun bertanya kepada pemandu teksi yang berdiri berseorang diri dalam kegelapan pagi buta itu. Dia berkata, hanya perlu terus saja belah kiri. Saya dan Dee berjalan sambil kedua kami mengendong beg berat penuh peralatan. Beg saya berat dengan pakaian,buku-buku dan peralatan rakaman. Beg Dee berat kerana berisi pakaian dan sterika. Ya, sterika itu demi menjaga profesionalisme dalam berimej. Ya lah, kita mesti memuliakan tokoh-tokoh besar yang bakal kami ketemu.

Makan di Restoran Pelita

Berjalan punya berjalan, depan kami ada restoran nasi kandar 24 jam masih beroperasi. Saya mencadangkan supaya kami berehat untuk mengisi perut dahulu sambil menjana tenaga. Dee bersetuju saja dengan suara lemah mungkin mengantuk kerana berjaga sepanjang dalam bas.

Sesudah menyantap nasi berkari ikan dan ayam masing-masing, Dee bertanyakan pada si mamak, di manakah masjid sungai petani. Dia minta kami terus, belok kiri dan terus lagi. Lalu kami pun berjalan dengan penuh kesyukuran. Ertinya masjid itu tak jauh dari restoran nasi kandar itu.

Kami berpusing di sekitar dataran jam besar namun tak juga kelihatan masjidnya. Lalu saya pergi masuk ke restoran McD berhadapan dengan dataran sungai petani itu bertanyakan pada pekerja perempuannya, di manakah masjid. Dia yang pada awalnya ingatkan saya ingin memesan makanan terus memanggil pengurusnya. Pengurusnya pun kata, masjid itu di simpang empat terus lagi belah kanan.

Saya pun entah macam mana, terus rasa dah faham. Mengajak Dee berpusing ke arah belakang dataran di lorong medan selera yang sedang tutup dan terus menuju simpang empat dan nah, itu dia Masjid Sultan Muzaffar tersergam kelam di atas bukit. Sampai saja di masjid, pintu-pintu masjid sudah pun siap-siap untuk dibuka untuk menyambut tetamu subuh. Kami berjalan tenang menuju satu sudut lalu meletak barang, mengambil wuduk dan solat tahiyatul masjid dan mula niat iktikaf dan tidur.

Kami bangun semula ketika hampir azan subuh. Mandi-manda seketika dan bersolat subuh lalu bersama mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ustaz itu bercerita tentang sifat adil pemimpin.

Bertemu Ustaz Kamaruddin

Dalam pukul 10.30 pagi, saya menghubungi Ustaz Kamaruddin memaklumkan yang kami telah tiba di Sungai Petani. Ustaz Kamaruddin meminta kami menunggu di masjid itu, dan seketika kemudian beliau tiba dengan penuh ceria. Kemesraan Ustaz Kamaruddin dapat dirasakan kami berdua. Lalu kami dijemput ke rumahnya di Taman Nilam seterusnya bersiap solat jumaat bersama di sana.

Sebelum solat Jumaat, Ustaz Kamaruddin kelihatan tidak duduk diam. Beliau memanfaatkan setiap masa dan ruang dengan berisi. Sambil beliau bertaaruf bersama kami, sempat juga beliau memeriksa info-info di internet di komputer peribadinya dan seterusnya mencari bahan untuk tazkirah sebelum khutbah. Beliau juga bersiap-siap jika perlu menjadi khatib kerana kemungkinan besar rakannya tidak sempat sampai untuk menjadi khatib.Sebenarnya Ustaz Kamaruddin juga baru pulang dari Kuala Lumpur kerana ada program dakwah di sana. Disamping TERAS, Ustaz Kamaruddin memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa NGO lain, selain mempunyai tauliah sebagai pegawai agama di Kedah.

Kami sempat menjamah kuih dan teh di rumah Ustaz sebelum ke masjid berdekatan untuk bersolat jumaat. Dan saya tanpa segan silu memohon keizinan Ustaz Kamaruddin untuk merakam sesi solat jumaat hari itu. Memasang kamera video bersama tiangnya di satu sudut, sambil Ustaz Kamaruddin memberikan tazkirah tentang solat dan seperti biasa mempromosikan tentang betapa penting 'dakwah lapangan' menjenguk anak remaja untuk memimpin kembali mereka ke trek jalan hidup yang bahagia. Sesi khutbah jumaat hari itu juga saya rakam, dan saya teringat pernah merakam khutbah hari raya tahun lepas di Jepun, perasaannya hampir sama.

Mula dokumentasi Dakwah Lapangan

Petang itu sesudah solat jumaat dan dihidang makan tengahari yang enak-enak oleh isteri Ustaz Kamaruddin sambil ditemani anak lelakinya, kami pun mula bersiap-siap untuk program dokumentasi Dakwah Lapangan. Sebenarnya itu bukan pelan saya. Saya cuma berhasrat untuk bertemubual dengan Ustaz semacam wawancara TV, namun Ustaz merasakan adalah lebih baik merakam aksi dakwah dari merakam beliau menjawab soalan tentang dakwah.

Kami bergerak ke Stesen Bas Sungai Petani. Walaupun ia berlaku secara spontan, rakaman dokumentasi itu amat berjaya! Audio kamera video saya bermasalah ketika rakaman, namun saya telah berusaha mengurangkan gangguan audio dengan mengeditnya setelah sampai ke Jepun pada April. Bagi menutup 'noise' yang timbul, saya meletak muzik latar yang diambil secara spontan dari satu video 'response filem Fitna' di youtube. Rakaman yang telah diedit itu boleh disaksikan di link berikut:

Part 1: http://www.youtube.com/watch?v=owHd8MQFigg
Part 2: http://www.youtube.com/watch?v=yn2TMJ0npC0
Part 3: http://www.youtube.com/watch?v=ewVeNB8HIW4
Part 4: http://www.youtube.com/watch?v=SvsgpDlsqiM

Memang video yang diedit punya masalah kerana kedaifan peralatan rakaman saya. Lebih teruk, kamera video yang saya gunakan itu pernah dipinjam untuk merakam pengembaraan kawan saya di Jepun dengan konvoi motosikal kuasa besar beberapa temannya ke Hokkaido tahun lepas. Bunyi motosikal mereka yang kuat sepanjang rakaman konvoi telah berjaya menjejaskan kamera video saya.

Hati saya bersedih sepanjang rakaman

Mereka yang terjebak dalam gejala sosial yang ditemui kami semasa berdakwah itu adalah anak-anak muda bawah umur, sekitar 16 hingga 17 tahun. Mereka hidup bagai serangga. Duduk terhuyung hayang di celah-celah sudut kehidupan pekan Sungai Petani. Saya yang merasakan sungguh berat untuk menerima nasib anak-anak muda yang seusia seperti adik-adik saya sendiri, apatah lagi perasaan Ustaz Kamaruddin yang bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berpuluh kali turun menjenguk mereka, tentunya hati Ustaz pedih dan pilu lebih dari saya.

Senyuman ustaz ketika berbicara dengan mereka adalah senyuman pedih seorang ayah. Salah satu kata-kata ustaz yang sempat saya rakam, ustaz berkata, "saya seru para ustaz dan alim ulama untuk turun ke lapangan, melihat anak-anak muda kita, memimpin mereka ke jalan yang benar". Hari ini, Malaysia semakin ramai ustaz, namun anak-anak muda malah terlalu muda juga semakin ramai hanyut dan tiada yang peduli akan mereka. Sebab itu saya amat sinis pada kaum ustaz yang berpoyo-poyo gah berkata mengenai memimpin anak-anak muda, tapi mereka hanya berani berhadapan dengan anak muda yang menjemput mereka sendiri untuk berceramah. Tidak kisahlah di Ireland kah, di Jogkajarta kah, di Dubai kah, tapi amat malu lah, mereka tak jenguk sedikit pun anak-anak yang dekat di Malaysia sendiri yang benar-benar memerlukan pimpinan rohani.

Adakah dakwah hanya tunggu jemputan? celaka sungguh. Itupun menunggu jemputan juga, masih merasakan tol dan minyak adalah ongkos yang tak termasuk dalam senarai korban dalam berdakwah. Itu ongkos yang perlu dipulang balik.Ya lah, "aku bukan kerja bagi dakwah, aku ada kerja lain, aku ada anak isteri nak bagi makan, aku nak sambung master". Entah, aneh sungguh semangat dakwah para daie hari ini. Sungguh hampir pasti, mereka akan berasa aneh pada jamaat tabligh jika mengetahui para karkun berhabis separuh harta mereka untuk dakwah. Sungguh hampir pasti, mereka akan berasa aneh para karkun tabligh merasakan beban dakwah untuk mendatangi umat amat dituntut, hatta sanggup dimaki dan dihambur dengan sumpah seranah ketika mengetuk pintu rumah orang, hanya untuk berbicara mengenai kebesaran Allah dalam satu minit saja. "Dakwah juga bersifat mendatangi" kata Cikgu Sidek Baba pada saya ketika bertemu beliau itu amat menterjemahkan sifat dakwah Ustaz Kamaruddin.

Dokumentasi itu akan menjadi bahan sejarah

Kepentingan setiap rakaman dalam misi saya ini adalah bahan sejarah untuk tatapan pejuang islam akan datang (termasuk diri saya jika belum mati lagi saya yang sudah semakin lanjut usia ini). Sewaktu itu mereka harus melihat suasana sekitar dan usaha mereka, adakah berubah atau semakin parah? Jika parah walaupun usaha telah bertambah, itu masih boleh diterima. Tapi jika parah kerana usaha semakin mengarah pada dakwah untuk budak-budak usrah semata-mata, gathering sana sini, ukhuwwah fillah, cinta anta anti, aku terima nikahnya, tapi anak-anak muda belia yang minum arak, seks bebas, ganja dan sebagainya terus dikesampingkan dari pimpinan rohani, memang celakalah.

Bahan rakaman saya juga akan dilampirkan oleh Ustaz kamaruddin dalam kertas cadangan beliau kepada exco kerajaan Kedah, untuk menubuhkan unit dakwah kariah masjid untuk sama-sama turun ke lapangan menyelamatkan anak-anak muda yang telah terkesamping dari perhatian umat ini.

Saya tak nampak benda paling bodoh tentang kepimpinan mana-mana kumpulan atau parti yang sekonyong-konyong mendakwa diri adalah 'wakil rakyat', 'pemimpin berjiwa rakyat', 'pemimpin unggul mengubah nasib rakyat' jika erti 'rakyat dan negara' langsung tak difahami. Ada sesetengah mereka, tak ramailah, hanya mikro 2% saja yang tak fikir pasal nasib anak muda, iaitu hanya 'berkhidmat untuk rakyat' itu merujuk pada 'berkhidmat pada para pengundi'. Ya lah, bagi pimpinan pada rakyat dengan memimpin tangan untuk buang undi. Penting tu.Hampir 500 juta% pemimpin lagi adalah yang turun ke lapangan, berdakwah dan memimpin semula anak muda ke jalan benar. Celaka sungguh.

Mereka lupa anak-anak muda yang berumur 16, 17 tahun ini hanya muda kurang 5, 4 tahun saja untuk mengundi. Dan tak payah fikir pasal undilah sayang, memang pemimpin itu adalah orang yang merasa paling bertanggungjawab menjaga harta dan aset ummah, dan ketahuilah aset ummah paling berharga adalah generasi muda. Pemimpin yang perasan diri mereka pemimpin adalah yang banyak cakap tapi akhirnya berakhir di restoran untuk menjamah selera, memotong reben merasmikan itu ini, dan tidur lena di atas katil empuk king size.

Rakaman misi ini juga akan menjadi bahan sejarah untuk generasi akan datang, bahawa pada zaman ini, ada anak muda yang tidak dipeduli nasib mereka oleh umat, dan bilangan mereka bertambah dari sehari ke sehari.

-----------------------------------------

bahagian 5 saya akan kisahkan pengalaman lain bersama Ustaz kamaruddin.



pemandangan di luar rumah teman Pasir Mas

Bertolak dari Stesen Putra

Saya membeli tiket bas ekspres ke Paisr Mas pada 16 Mac, dan pada 17 Mac saya , abi dan adik perempuan saya bertolak pada pukul 7.30 pagi ke Kuala Lumpur. Dari Nilai jalan agak tenang, sehinggalah apabila memasuki lebuhraya. Kesesakan lalu lintas menuju ke KL suatu yang lumrah pada pagi Isnin. Abi sempat berbicara dengan saya mengenai misi jelajah itu. Saya tak cerita banyak, kerana beberapa orang tokoh belum beri kata putus tarikh yang sesuai untuk bertemu. Saya bimbang jika tarikh cadangan saya ditolak mahupun bertimpa temujanji itu dengan tokoh lain. Jika itu berlaku maka misi saya adalah gagal.

17 Mac hingga 20 Mac adalah hari persiapan saya. Misi hanya bermula 21 mac iaitu bersama tokoh pertama dalam senarai iaitu Ustaz Kamaruddin di Sungai Petani. Ustaz Kamaruddin sudah memberikan kesudian untuk bertemu dengan saya sejak saya di Jepun lagi. Oleh itu misi di Kedah tidak membimbangkan saya. Cuma misi yang lain saja, saya khuatir gagal.

Saya bertolak dari Stesen Putra pada jam 9.45 pagi,sambil abi dan adik perempuan saya melambai-lambai saya ketika saya memasuki bas. Hati saya sebak, kerana kepulangan saya ke Malaysia hanya memperuntukkan 2 minggu saja bersama keluarga. 2 minggu lagi untuk misi yang dirancang saya. Tapi ini baru misi kecil yang tidak sehebat mana. Berpuluh misi lagi tersimpan kemas dalam diari peribadi saya sejak lepas PMR.

Ini jalan perjuangan yang telah saya ikrar pada Allah bersungguh hati selepas setiap kali solat hajat memohon kejayaan PMR dahulu. Ia seakan nazar. Allah telah makbul doa saya ketika umur 15tahun dulu, saya merasai pertolongan Allah itu. Memang susah untuk kita bicara soal ini. Tapi ia seakan lampu suluh buat iman saya, bahawa janji Allah itu pasti, maka kita saja perlu menuju ke arahNya semampu daya. Ini suatu yang serius. Orang lain boleh main-main, kerana mereka tak dapat apa yang kita dapat. Kita sudah dapat signal, kita main-main juga, memang celaka sungguh. Kadang saya jatuh terjelupuk, tapi Allah tetap selamatkan saya selepas tersasar, kembali ke trek yang betul.

Ketika berada dalam bas, saya memohon sungguh-sungguh, biarlah misi yang diidamkan dan dipendam selama 8 tahun ini berjaya untuk iman saya meningkat, agar misi lain juga terlaksana. Misi-misi inilah harapan saya untuk duduk menumpang meraih rahmat bersekali dengan barisan pejuang agamaNya yang diredhaiNya. Ini bukan halatuju hidupku, tapi lebih penting ia hala tuju kematianku.

Sampai Pasir Mas

Setelah hampir 8 jam berada dalam bas ekspres, saya sampai ke Pasir Mas.Jam pukul 5.30 petang. Teman saya yang bernama Dee sudah pun menunggu di luar stesen dengan wajah selamba senyum bermalas-malas.

Setelah bersalam ringkas, dan senyum malu-maluan, saya pun menaiki Kancil Dee menuju ke bangunan 3 tingkat yang saya ceritakan dulu. Memang bangunan itu kelihatan bagai tak siap.

Kelisa ayah Dee menyimbahkan lampu ke bangunan 3 tingkat (20 Mac)

Dari maya ke realiti

Izinkan saya menceritakan sedikit kisah persahabatan kami ini. Perkenalan kami sebenarnya secara tak sengaja bermula di forum alwancomics. Dia juga pencinta komik islami, tapi dengan gaya yang lebih lembut sentuhan lukisannya. Jika lukisan perempuan saya itu, nampak kasar saja, tidak bagi Dee, lukisannya penuh jiwa yang berbunga-bunga. Bagai rama-rama terbang keluar dari lubang hidung melihatnya. Tidak hairan Dee ramai peminat anak-anak gadis maya yang berebut-rebut lukisannya. Apatah lagi Dee itu handsome lagi kacak. Bakal al-hafiz pula.

lukisan Dee cuplik dari novelnya
"skooterku?..nurkasihmu?"

Kami bersahabat hampir 2 tahun lebih. Sudah banyak pengalaman yang kami kongsi bersama walaupun masing-masing berada depan kaca monitor komputer saja. Pengalaman yang tak dapat dilupakan tentu saja semasa menyiapkan video pembukaan dan penutup sebuah acara di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Hebat mahasiswa sekarang, mengupah orang luar universiti buat kerja mereka. Import dari Pasir Mas dan Jepun pula tu.

Dekat 3 malam kami tidur tak menentu, menghadap flash untuk berikan yang terbaik. Itulah, demi untuk merealisasikan "di sini semuanya percuma" dan "semangat berkorban", akhirnya video yang dibuat free of charge itu mendapat pujian hadirin termasuk menteri yang dijemput merasmikan itu. Kami berdua pula masing-masing menyesal kerana menyatakan kesudian membantu untuk menghasilkan video. Acara itu langsung tak islami, walaupun ada sub acara melibatkan kursus kahwin dan pertandingan nasyid. Pada satu malam, sebuah dewan kolej universiti itu terbakar. Banyak lagi pengalaman kami, termasuk menyiapkan komik bersama, berperang dalam
forum dengan serangan gerila, dan menghack website orang biadap. Sepanjang pengalaman kami, saya banyak menimba ilmu beberapa software dan programming dari Dee.

Petang itu, Dee belanja saya makan nasi bungkus. Saya belanja minum air soya strawberi. Kami makan dan minum di bangunan 3 tingkat tadi sambil bercerita serba sikit khabar masing-masing. Kami agak kekok berbual walaupun sudah bersahabat selama 2 tahun lebih, tapi inilah kali pertama kami bertemu face to face.

Menghubungi tokoh

Saya mengambil masa beberapa hari itu untuk menghubungi tokoh-tokoh setelah 2 minggu nota-nota misi tersimpan dalam beg sejak pulang ke Malaysia. Mufti Perak bersetuju bertemu dengan kesudian itu diberi melalui wakilnya. Selesai sudah kebimbangan misi di Perak. Cikgu Sidek Baba lebih lagi mengejutkan saya. Tarikh yang dicadangkan oleh saya walaupun jatuh pada hari sabtu, hari cuti beliau, namun beliau nampak mesra dan sangat menyokong apa yang saya ingin lakukan. Cuma ketika dihubungi, beliau sedang bersiap untuk ke Jakarta. Dan hanya pulang ke Malaysia sehari sebelum bertemu saya.

Mufti perlis pula ketika dihubungi telah menolak jemputan saya. Hal itu telah saya kisahkan pada bahagian yang lalu. Manakala Ustaz Rasul Dahri belum boleh beri kata putus. Ustaz Zamihan tiada masalah kerana sudah awal-awal lagi masukkan pertemuan dengan saya dalam diarinya sejak saya di Jepun lagi.

Selesai mengemaskini pelan, saya bersiap mencari serban dan baju melayu di pekan Pasir Mas. Itu adalah impian saya sejak lepas PMR dulu. Misi pertama saya mestilah berserban dan berbaju melayu. Ia seakan-akan program merealisasikan impian anda, nah, betapa gembira jika begitu.

Menziarahi Allahyarham Tuan Guru Haji Lah Lubuk Tapah

Berita pemergian Tuan Guru Haji Lah sempat saya baca di ruangan cbox blog Ustaz Zamihan pada pagi itu. Dan ketika menghubungi Ustaz Fadzli KIAS atas cadangan Dee, berita itu sekali lagi dimaklumkan. Saya dengan itu menyatakan hasrat pada Dee untuk bersama beliau menziarahi Allahyarham Tuan Guru.

Walaupun diri saya adalah orang luar, bukan saja bukan orang Kelantan, malah bukan juga orang pondok, namun kelibat saya disambut seperti sebahagian dari Pondok Lubuk Tapah. Kami masing-masing bersedih dengan pemergian seorang ulama besar di Kelantan. Sultan Kelantan dikhabarkan menziarahi dua kali hari itu.

Sempat saya mencium dahi dan pipi Tuan Guru, sambil berdoa moga roh beliau diletakkan sebaris hamba-hambaNya yang dikasihi Allah. Saya juga berdoa jikapun saya tak mampu jadi sebaris ulama sepertinya, biarlah saya menjadi sebaris syuhada.

Bertolak pada malam 20 Mac

Dee sebenarnya boleh menemani saya seminggu saja kerana cuti semesternya hanya berbaki seminggu. Lalu dia menulis surat untuk memohon cuti seminggu lagi dengan alasan mahu menyiapkan kajian individu. Dee yakin permohonannya akan diluluskan, kerana jika ada permohonan untuk bercuti kerana menyertai ceramah PAS, pasti kolej meluluskan. Ditambah, Dee sendiri sudah banyak menabur khidmat pada jemaah termasuk menjadi driver mengangkut pengundi-pengundi untuk mengundi PAS di Pasir Mas (walaupun Ibrahim Ali bukan calon parti PAS).

Hari terakhir saya di Pasir Mas, saya berhajat untuk mengadakan jamuan buat ahli keluarga Dee. Ya lah, saya meminjam anak mereka untuk tujuan misi saya, jika tak digembirakan hati kedua ibubapanya beserta 10 adik beradiknya yang majoriti perempuan itu, saya akan rasa bersalah. Ketika saya bertanyakan pada adik lelaki Dee yang kecil, "apa yang paling sedap untuk dijadikan jamuan?", dia menjawab,"Sate!"

Oh, suka benar sate. Ibu Dee menyambut saya dengan mesra. Melihatkan diri saya yang tak cekap kecek kelate, ibu Dee berusaha bercakap luar namun tidak susah kerana dia seorang guru. Ayah Dee juga mesra dengan saya. Selesai berjemaah maghrib berimamkan ayahnya, kami semua menyantap sate-sate yang telah dibeli saya dan Dee. Oh, sate itu berskala kecil. Adik-adik perempuan Dee juga menyantap dengan lazatnya, walaupun tersipu-sipu malu melihat saya sebagai orang luar bersantap bersama keluarga mereka. Tapi mereka semua tetap manis-manis.

Selesai solat Isyak berimamkan ayah Dee sekali lagi, kami pun bersiap untuk bertolak. Ketika Dee bersalam dan berpeluk cium dengan ibu dan adik-adiknya yang ramai itu, ibu Dee terperasankan saya tersenyum-senyum kambing memandang mereka. "marilah bersalam dengan makcik, kesian pula" kata ibu Dee sambil melapik tangannya dengan tudung. Saya pun dengan penuh terharu bersalam dengan ibu Dee. Ayah Dee menghantar kami ke perhentian bas. Dee berkata, "jarang-jarang family aku mesra dengan orang luar". Saya memanjatkan syukur.

Kami bertolak ke Sungai Petani pada jam hampir 10 malam.

---------------------------------------------------------------

bahagian 4 nanti, saya ceritakan misi di Sungai Petani bersama Ustaz Kamaruddin Kassim.
perang poster di menara jam pekan Parit Perak

1 Mac dari Kansai ke KLIA

Ini kali ketiga saya pulang ke Malaysia sejak melanjutkan pelajaran ke Jepun. Kali pertama pada Ogos 2005, kali kedua pada Februari 2006 dan ini kali ketiga Mac 2008. 2 Kali saya pulang melalui Nagoya Airport. Namun tahun ini, dikhabarkan tiada lagi penerbangan MAS dari Nagoya. Maka saya pulang melalui Kansai Airport.

Atas sebab perbelanjaan kali ini melibatkan juga pengembaraan Misi Jelajah, saya telah cuba berjimat cermat wang biasiswa sejak beberapa bulan demi menampung tiket pulang Malaysia (pergi balik) , hadiah-hadiah untuk keluarga (sebab 2 tahun tak balik),dan perbelanjaan sepanjang misi. Disebabkan kesudian teman saya dari Pasir Mas untuk menemani saya sepanjang misi, maka saya telah berjanji untuk menampung segala perbelanjaan kami membelah 6 negeri itu (Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Johor).

Sebagai manusia yang sudah bertekad untuk mengorbankan keseluruhan hidup pada dakwah, maka sejak 2007 lagi saya sudah mengurangkan aktiviti lagha bersama teman-teman. Memang ada yang kata saya kera sumbang, anti sosial dan sebagainya, namun ini semua tak dapat dielakkan kerana usaha dakwah memerlukan juga pengorbanan harta. Maka berkurangnya aktiviti lagha, dapatlah saya mengurangkan perbelanjaan wang di jalan lagha, dan dapatlah wang itu semua dilaburkan di jalan dakwah dan beberapa misi yang saya rancangkan.

Apa saya buat sebelum misi?

Saya mahu menghubungi beberapa orang tokoh yang belum memberikan kata putus berkenaan dengan permohonan temujanji saya. Namun memandangkan suasana Malaysia sejak 1 Mac itu dalam suasana pilihanraya, saya fikirkan tentu saja tokoh-tokoh yang saya ingin ketemu jua berada dalam keadaan sibuk.

Oleh itu, saya meninggalkan semua nota-nota perancangan, peta-peta lokasi, dan segala kelengkapan rakaman dalam beg tersusun rapi dari 1 Mac hingga 17 Mac. Saya peruntukkan keseluruhan tempoh 2 minggu lebih itu untuk bersama keluarga semata-mata. Saya fikirkan 17 Mac mungkin tarikh sesuai memulakan misi, kerana beranggapan suasana pilihanraya mungkin sudah reda pada waktu itu, iaitu 9 hari selepas hari pengundian.

Saya membelah 4 negeri sebelum misi

Hasrat saya untuk menjelajah bertemu tokoh telah saya khabarkan pada umi (ibu saya) sejak sebulan sebelum pulang. Pada abi (ayah saya), baru saya khabarkan beberapa hari selepas pulang. Abi saya agak berlapang dada selepas pencen. Dia merestui misi saya walaupun dia tidak memahami apa misi itu, tujuannya, faedahnya dan sebagainya. Kalau dulu semasa zaman persekolahan, abi saya sering syak wasangka pada saya jika melibatkan diri dengan aktiviti persatuan atau gerak kerja luar. Dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dengan gejala tak bermoral atau terpesong. Malah dulu, semasa sekolah di Taiping saya pulang balik bermalam dengan imej yang sedikit aneh, menyimpan janggut, membaca quran lama-lama, solat sunat banyak-banyak, semua itu disyaki abi saya dengan anggapan saya telah menyertai al-Qaeda.

Sejak kecil, memang beberapa pendirian saya agak berbeza dengan abi. Lagi-lagi ketika tamat motivasi dengan Motivasi Alihan Pelajar yang dikendalikan oleh Tengku Asmadi yang mengutamakan "matlamat hidup" telah buatkan saya bernekad untuk berhempas pulas menuju "matlamat" saya yang saya fikirkan patut menjadi "matlamat" setiap pejuang islam, dakwah-daulah-rahmah-redha Allah. Benar, Tengku Asmadi mengajar matlamat seorang pelajar biasa seperti menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan, mencapai cita-cita kerjaya yang diidamkan, menjadi anak soleh dan sebagainya. Namun hasil didikan Tengku Asmadi itu, saya merasakan "matlamat" yang lebih baik dari itu semua adalah "matlamat kembali pada Allah sebagai pejuang agamaNya".

Abi saya yang hantarkan saya bersama adik ke MAP pada tahun 1999. Terima kasih pada abi dan Tengku Asmadi kerana berkat didikan mereka, saya berjaya dalam PMR. Namun, mata saya telah terbuka waktu itu bahawa pendidikan berorientasikan peperiksaan adalah pendidikan tipu-tipuan semata-mata. Maka motivasi saya bukan lagi ke arah berjaya dalam peperiksaan, namun berjaya mencapai syahid iaitu mati yang diiktiraf sebagai mati di jalan Allah. Bagaimana menuntut ilmu boleh membawa syahid? ya, menuntut ilmu untuk diperalatkan ilmu itu nanti demi misi memperjuangkan agama Allah bila segala kekuatan telah siap dibina pada usia pelajar lagi.

Abi saya membawa saya bertemu ahli keluarga termasuk nenek di Perak, kakak dan adik di Johor, kakak di Selangor, dan abi sendiri sudah menetap di Nilai negeri Sembilan. Maka banyak juga tempat saya kunjungi sepanjang menantikan 17 Mac untuk memulakan misi. Bolehlah disebut sebagai membelah 4 negeri (Negeri Sembilan, Perak, Selangor,Johor).

PRU 12

Seminggu selepas 1 mac, maka tibalah hari pengundian pilihanraya umum ke 12 iaitu pada 8 Mac. Abi mengundi di Klang, Selangor. Umi pula mengundi di Parit, Perak. Umi mendaftar buat pertama kalinya ketika kami menetap di Parit sekitar tahun 1993-1995. Namun, inilah kali pertama Umi membuang undi iaitu pada tahun 2008. Nama umi masih belum dipindahkan ke Klang ketika kami sekeluarga berhijrah ke Selangor pada tahun 1995.

Saya sempat merakam suasana pengundian di Parit dan Klang. Di Parit, walaupun ada pasukan FRU di depan pagar, namun suasana tenang. Begitu juga di Klang. Namun di Klang, kami tiba lewat hampir 15 minit sebelum waktu mengundi ditutup.

Saya tidak mengundi. Dengan alasan saya tidak daftar mengundi. Memang saya sengaja tidak mendaftar, supaya orang tak boleh paksa saya mengundi apa-apa parti. Saya menjadi non partisan yang neutral. Yang ada pendirian tersendiri dalam banyak hal politik. Benar, buruk pendirian saya, hanya buruk saya seorang. Tiada parti akan merasa malu dengan saya. Tapi buruk pendirian, tingkah laku, dan perangai ahli-ahli mana-mana parti, ketahuilah bahawa saya memandang anda dan parti anda buruk.

Pendirian asas politik saya

Benar, banyak hujah ahli parti mana-mana suruh rujuk dasar parti jangan rujuk ahli parti. Menyokong parti kerana kita menyokong dasar parti, walaupun kita tak setuju dengan pendirian dan perangai sesetengah ahli, kata mereka. Pandai mereka cakap. Tapi tahukah anda, banyak gosip politik untuk meraih undi dan menyemai sengketa dan kebencian pada pihak lawan adalah berteraskan hujah "lihat si anu" merujuk pendirian dan perangai ahli parti, bukan dasarnya! Inilah budaya berpolitik yang entah apa-apa, murahan, dan tak membawa rahmah ke seluruh alam.

Jangan sebut nak mencontohi Rasulullah s.a.w dalam berpolitik, jika perkara asas dalam menguruskan hati dan gerak kerja pun tak sama dengan apa yang patut diteladani dari Rasulullah s.a.w. Kisah percubaan Rasulullah s.a.w berdakwah di Taif sangat signifikan pada konteks perjuangan dakwah yang tidak diterima orang, dicemuh dan dikerasi. Lihat apa yang Rasululullah doa. Rasulullah s.a.w walaupun ditawar oleh Jibril a.s untuk memohon bala pada penduduk Taif telah menolaknya. Dan kepada Allah s.w.t tidak pula diadukan perbuatan buruk penduduk Taif , tapi baginda memohon agar diampunkan Allah akan kelemahan diri baginda dalam menyampaikan dakwah dan memohon Allah memberikan kekuatan kepada baginda lagi. Apa iktibarnya? Iktibarnya adalah mengoreksi diri dan memperbaiki kualiti diri lebih banyak untuk diterima orang, dari kita berhempas pulas bersengketa dan memburuk-buruk pihak lawan supaya sebab pihak lawan buruk, maka orang perlu pilih kita.

Ini asas yang sangat asas. Kalau ada pertandingan memilih ketua kelas, calon-calon akan dipilih kerana apa yang baik yang ada pada calon. Calon ketua kelas tak perlu nak buruk-burukkan antara satu sama lain, supaya orang memilih siapa yang kurang buruk antara calon itu. Celaka sungguh. Kalau ada calon-calon isteri atau suami pun, kita pilih mana yang baik, bukannya mana yang kurang buruk. Celaka sungguh jika antara calon-calon isteri yang datang pada kita memburuk-burukkan calon lain, supaya kita pilih dia. Itu perangai yang buruk dan terdesak!

Sebab itu dalam perjuangan islam, kita pegang pada asas "buat saja kerja, umat akan melihat, Allah akan menilai". Sebab itu dalam dakwah islam, kita promosi apa yang baik dalam islam, kita tak perlu nak promosi apa yang buruk dalam Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Kita tak perlu nak dedahkan sami itu ini, atau paderi itu ini buruk perlakuannya demi untuk menaikkan saham para ulama kita. Kita juga tak perlu nak hina-hinakan tuhan agama lain untuk menaikkan saham Allah sebagai Tuhan kita semua Yang Esa. Sebab nanti terpalitlah pada muka kita bila ada ustaz-ustaz kita berzina atau berperilaku buruk. Dan marahlah kita jika atas sebab perbuatan kita menghina tuhan agama lain, Allah pula dihina atas sebab kebangangan tindakan kita. Hal itu dah pun berlaku dalam sengketa parti-parti politik. Hari ini kamu hina parti A, esok terpalit hal sama pada parti kamu, parti A pula menghina balik. ini kebudak-budakan. Politik tadika kemas.

Keputusan PRU yang mengkadukkan

Bila Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif+DAP) memenangi 5 negeri, saya sangat teruja untuk mendapatkan maklum balas dari penyokong-penyokong mereka. Sudah saya jangkakan. Memang ada kaduk-kaduk yang meloncat gembira ketika ayam mereka yang menang itu dah bukan milik mereka. Benar, saya tak suka DAP. Dan saya memang hairan ada pejuang Islam ucapkan syukur kerana DAP berjaya mengalahkan UMNO. Tak, DAP juga berjaya kalahkan PAS.

Saya malas nak ulas situasi negeri lain, sudah saya katakan pada rakan-rakan saya yang bersembang politik dengan saya, setiap pertembungan politik tidak sama neracanya di semua negeri. Jangan bawakan semangat pertembungan PAS-UMNO di Kelantan ke Perak. Situasinya berbeza sungguh. Kalau di Kelantan itu ekonominya alhamdulillah muslim masih pegang. Tapi di Perak, adakah begitu? Jangan nak buat-buat bodoh dengan kata sejarah Cina Perak sama dengan sejarah Cina Kelantan. Lain. Kemajuan perlombongan bijih timah di Perak pada era 20-an telah membawa pada penghijrahan Kaum Cina ke Perak. Termasuk yang masuk adalah ahli-ahli kongsi gelap Cina hingga mereka berperang sesama sendiri. Semangat perjuangan kepuakan, chauvinis, komunis dan sosialis banyak tersebar di kalangan orang Cina Perak langsung memberi efek pada kaum Melayu sama. Tahukah anda, hero-hero nasionalis Melayu kebanyakannya mendapat dan membina pengaruh di Perak.

Sebagaimana Melayu Perak berbeza dengan Melayu negeri lain dalam catatan sejarah pun,

"di zaman dulu dato maharajalela pandak lam dan dato sagor juga antara yang terkenal kerana yang pertama melawan british secara nekad dengan membunuh residen british pertama di tanah melayu, walaupun raja peraklah sendiri yang pertama menjemput british sebagai orang tengah dalam konflik politik perak sewaktu itu sehingga british mendapat tempat istimewa hingga boleh menasihat sultan.

kalau ikut sejarah umno perak, nama datuk panglima bukit gantang tak boleh dilupakan.beli aulah anak pembesar melayu pertama yang melanjut pelajaran ke england. beliau juga walaupun pengerusi umno negeri, adalah yang pertama berani menubuhkan parti berstatus negeri dengan nama parti kebangsaan perak walaupun beliau adalah menteri besar perak. akhirnya parti itu pro IMP di bawah pimpinan dato onn.

parti-parti lain di dalam sejarah perjuangan bangsa melayu seperti PKMM pun ditubuhkan di Ipoh, dan nama seperti Ahmad Boestamam sebagai tokoh pemimpin PKMM juga tak boleh dipisahkan, dan beliau berasal dari Perak.

begitu juga dengan sejarah PAS yang dikaitkan dengan parti Hizbul Muslimin yang diasas oleh Ustaz Abu Bakar al baqir yang juga memimpin institusi pondok cemerlang di negeri Perak sewaktu itu di Gunung Semanggol adalah dilahirkan di Gunung Semanggol di negeri Perak juga."

Itu tulisan saya dalam forum komuniti anak Perak : Silverian.Org
http://silverian.org/forum2/index.php?topic=2638.0

Saya bukan nasionalis Melayu. Jangan bimbang. Jika saya anti-bukan melayu, maka orang Jepun lah manusia yang akan saya sembelih dulu, atas kerana pendudukan Jepun di tanah Melayu, apatah lagi saya sudah menduduki Jepun pada hari ini.

Namun, penyatuan muslim adalah agenda saya.Begitu juga pengislaman kaum bukan Melayu menjadi harapan saya. Aneh, bukan? Kaum bukan Melayu di Malaysia paling perlahan memeluk Islam, sebab mengapa? Dan ada kaum Melayu yang berusaha keluar dari Islam, sebab mengapa? Begitu juga mualaf bukan Melayu ramai bermohon keluar islam, sebab mengapa? Islam asas matlamat, pendirian dan cita-cita saya.

Matlamat untuk mengislamkan seluruh Melayu belum tercapai lagi atas kerana ada titik pemisah zaman antara usaha penyebaran Islam dalam komuniti Melayu dulu dengan usaha dakwah pada hari ini. Namun, kesudian majoriti Melayu untuk mengaku muslim adalah sangat baik. Tapi majoriti yang berpecah kepada minoriti kepuakan membuatkan bukan saja usaha memelihara keislaman Melayu tercabar, malah imej Islam pada kaca mata bukan islam juga terjejas. Kepuakan melayu dalam unit minoriti membuatkan generasi muda mudah dibaham oleh kumpulan-kumpulan ideologi bebas merujuk pada geng-geng underground muzik dan pelbagai sub budaya yang menjadi trend dan cara hidup. Anda tak percaya ramai anak melayu terlibat dalam aktiviti sebegini? Pergi turun ke lapangan. Silakan. Terutama anak-anak Perak, sangat membimbangkan saya.

Oleh itu jangan nak disamakan anak-anak melayu Kelantan yang belajar pondok dengan anak-anak Perak yang ramai tersasar oleh tokeh-tokeh arak di Perak.

-------------------------------------------------------------------

bahagian 3 nanti akan saya ceritakan jelajah pertama saya ke Pasir Mas.