|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
ZON

Apabila kita sudah melepasi suatu jarak dalam kehidupan sering kita mahu memandang ke belakang seketika, mengimbau saat-saat diri kita paling unggul dalam hidup. Keunggulan itu pasti subjektif bagi setiap individu. Orang lain menyatakan keunggulan kita pada satu-satu masa, tapi diri kita sendiri memikirkan keunggulan itu pada masa berbeza.

Di sini aku berhenti seketika memandang ke belakang semula. Mencari zon paling aku unggul dalam bersemangat. Hati aku kuat menjerit untuk balik ke Zon Semangat itu. Ada orang, mereka itu mencari zon itu di belakang, tentu tiada kerana diri mereka membangun secara sistematik, bertumbuh semangat berkadar dengan masa yang mendatang. Mereka paling unggul pada hari ini dan inshaAllah lebih unggul keesokannya.

Tapi aku merasakan, aku telah kecundang di titik aku berada kini. Kesilapan demi kesilapan melemahkan semangat aku. Nikmat yang aku terima banyak. Ya, makin bertambah lebih dari di zaman lampau di belakang. Tapi usaha memanfaatkan nikmat itu aku merasakan kian luput atau lekeh kekuatannya. Aku hilang semangat di Zon Selesa.

FIKIRAN

Membuat kerja-kerja gila dan menempah sengsara suatu hal dalam hidup aku. Tak membuat apa-apa kerja dan cuba melarikan diri dari kesengsaraan juga suatu hal yang sedang membelenggu. Sudah jadi apa dengan diriku? Itu yang aku ingin tanyakan. Ya, sering kita diajarkan cara menyusun semula hidup adalah mengasingkan antara masalah, peluang, matlamat, keperluan dan kehendak. Namun, berkecamuknya aku di titik ini lebih kepada kecamuknya sistem menyusun itu tadi.

Aku sering menyatakan, asalnya aku berfikir secara bercabang-cabang hingga cabang-cabang itu mengeluarkan dahan-dahan pula. Setiap cabang adalah perkara yang difikirkan, manakala dahan-dahan yang keluar darinya adalah pelan-pelan tindakan yang boleh diambil. Setiap pelan pasti ada pelan yang akan jadi pelan alternatif jika pelan yang satu itu gagal. Kemudian selepas setiap cabang dan dahan telah siap bertunas rimbun, aku akan kembali melihat keseluruhan pokok fikiran aku tersebut. Di situ aku berkecamuk. Lalu aku mengambil langkah memotong setiap cabang perkara bersama-sama dahan-dahannya yang ada beribu, beratus atau berpuluh itu, kemudian aku simpankan mereka dalam almari yang punya laci-laci. Sesudah menyusun setiap satu dalam laci-laci mengikut keutamaan, maka fikiran aku yang sebelum ini sebuah pokok menjadi sebesar-besar almari yang punya jutaan laci.

Dari situ aku akan pilih laci mana yang aku perlu buka untuk lakukan apa yang aku perlu lakukan waktu itu, sambil perkara dan masalah lain tersimpan kemas dalam laci masing-masing. Aku akan usahakan untuk menyelesaikan satu persatu laci, sehingga akhirnya setiap cabang dan dahan dapat dikurangkan dan segala perkara dapat diselesaikan, seterusnya aku boleh mati dengan penuh rasa puas. Itu bagaimana cara aku berfikir untuk hilangkan kecamuknya fikiran.

Nampaknya sistem laci tadi sudah berkecamuk. Aku membuka satu laci, sambil tangan aku yang satu lagi menjengah laci yang lain. Kemudian ada laci lain terbuka, dan aku cuba menutup yang itu, yang lain tersembul dan tersembul banyak-banyak hingga aku pengsan di lantai hidup aku menyerah kalah dan penat lelah. Di situ aku cuba bangkit. Bangkit untuk mengemas laci-laci tadi, kemudiannya bersemangat untuk menyelesaikan setiap hal dan perkara. Tapi tidak semudah itu. Jiwa dan hati yang sakit. Entah, inikah dinamakan mental disorder atau sakit jiwa?

ZAMAN

Di waktu dulu bukan sedikit orang memanggil aku gila. Sejak kecil, dengan adik beradik saja bila marah dan dimarahi, bergaduh anak-anak kecil ini, sering saja ungkapan "gila" disebut-sebut. Kalau kita buat lawak dan buat orang ketawa dan gembira pun, orang masih mengungkap kata-kata "gila" itu. Begitu juga apabila aku membuat orang menangis, "gila" juga yang disebut. Baik marah, gembira atau sedih terluka, "gila" adalah ungkapan yang ditacap dari mulut orang ke muka aku.

Kegilaan-kegilaan itu pula terserlah dengan idea gila-gila seiring dengan membesarnya aku menjadi remaja dan dewasa hari ini. Apakah aku seorang gila kini sudah diterima sebagai ahli masyarakat yang tak gila? Atau masyarakat yang masih gila menerima aku yang gila ini? Atau aku dan masyarakat tidak gila, tapi kita sering menggilai satu sama lain. Bukankah itu satu kegilaan?

Pasti, segala permasalahan zaman ini ada penyelesaiannya. Begitu juga aku dalam mengungkap diari yang penuh kata-kata tersirat puitis sastera penuh misteri yang menyusahkan untuk orang memahami bahasa blogger. Di situ lawannya arus buat diri aku sendiri, tatkala orang berpusu-pusu memenuhkan bibit dan saat hidup mereka di twitter atau facebook, aku di sini pulang ke belakang menulis di blog semula. Aku ingin balik ke Zon Semangat itu dengan cara kembali meletakkan buah fikir yang kini lebih kompleks memecah benteng kelogikan akal manusia untuk memahami dalam pembacaan hingga orang tidak lagi akan berani membaca tulisan-tulisan aku kerana tahap meletakkan suatu cerita sudah tidak normal dalam kebiasaan dan sudah mengherot ke dunia penulisan baru penuh misteri eksklusif bagi diri aku semata-mata.

bersambung..


Setiap rakyat Malaysia boleh mempunyai pendirian politik yang merangkumi halatuju-halatuju pengurusan negara dan umat selagi ia tak bertentangan dengan Perlembagaan Negara, maka pendirian itu bukan suatu jenayah, bukan satu hasutan yang buruk, dan boleh dimenang dan ditegakkan jika majoriti merasakan itulah yang sepatutnya diambil oleh Malaysia.

Hakikatnya, setiap kebenaran yang datang dari Allah itu adalah suatu yang bukan jenayah, setiap perintah yang Allah mahu kita laksanakan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini bukan suatu jenayah, setiap yang membawa manfaat pada manusia sejagat dengan acuan Allah itu bukan suatu jenayah, dan setiap cita-cita memenangkan Islam dengan cara yang diakui sunnah Nabi s.a.w itu bukan suatu jenayah jikapun tiada termaktub dalam perlembagaan atau bertentangan dengan perlembagaan.

Berikut pendirian, perjuangan dan halatuju aku untuk Malaysia. Ia dipanggil "Malaysia Futuwwah Revolution" atau MFR.

Projek Pendidikan Pejuang

1.Menghapus semua Peperiksaan sebagai piawai penilaian
2.Meraikan kuiz sebagai teknik pengajaran
3.Sumbangan idea dan aplikasi ilmu sebagai penilaian
4.Menggilap bakat dan kecenderungan
5.Menghapus batch, tempoh belajar tanpa had
6.Menjadi pejuang dan matlamat akhirat
7. Makrifatullah permulaan pendidikan
8. Semua sekolah adalah sekolah terbuka dan percuma
9. Pelajar memilih sekolah, mencari guru, dan menetapkan jalan sendiri.
10. Semua guru menetapkan sillabus sendiri atas kepakaran diri.
11. Ilmu, buku, bahan pengajaran, nota kuliah adalah gratis.
12. Pemimpin dan masyarakat bertanggungjawab menyediakan para guru dalam satu daerah kehidupan asas untuk hidup.

Projek Revolusi Hiburan Islamik

1. Kekreatifan berbataskan syariat,zero batil dan maksiat
2. Karya membentuk masyarakat, bukan mengikut kehendak masyarakat
3. Karya percuma, non profit industry
4. Dakwah asas karya
5. Menyelamatkan maruah artis supaya keaiban tidak ditontonkan dalam karya (bab aurat, ikhtilat, tabarruj)
6. Menghapuskan kapitalis seni,penggiat liberal,penentang syariat
7. Biar karya jadi ibadah yang diterima Allah

Projek Penyatuan Ulama

1. Menyatukan ulama dalam usaha dakwah yang disepakati (da'a ilAllah).
2. Bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal-hal yang tiada titik temu.
3. Membentangkan mad'u dengan semua ulama pelbagai aliran.
4. Mengambil manfaat dari ilmu ulama pelbagai aliran.
5. Melazimi ziarah para ulama dan mengambil nasihat dengan bertemu muka.
6. Bertalaqqi dalam menuntut ilmu
7. Menghormati ahli ilmu dan mendoakan agar Allah sentiasa menunjukkan jalan lurus yang diredhai olehNya.

Projek Politik 1ummah

1. Musyawarah menggantikan pilihanraya dan kempen politik
2. Mengangkat ilmuwan bidang khusus memimpin portfolio kementerian
3. Pemimpin yang dipilih bukan yang meminta-minta jawatan
4. Tiada lagi kepartian, semua rakyat Malaysia adalah 1 parti
5. Meraikan perbezaan pendapat, idea, dan pandangan dalam 1 parti Malaysia, semua idea akan ditimbang dengan barisan ilmuwan bidang khusus mengenai idea itu.
6. Raja dan Sultan ditaati selagi taat perintah Allah dan sunnah Rasul.
7. Para ulama bertanggungjawab menasihati Raja dan Sultan jika melanggar batas agama.
8.Pemimpin bertanggungjawab memimpin rakyat untuk taat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah.
9. Sentiasa menyampaikan seruan Allah pada semua non muslim Malaysia, jika mereka enggan untuk mengakui kebenaran Islam tapi tidak menentang Islam, lindungi hak mereka dan biarkan mereka sembah apa yang mereka sembah.
10. Tiada konsep menghormati semua agama, atau meraikan semua agama dalam Malaysia (pluralisme, liberalisme).

Projek Ekonomi Umat

1. Perniagaan adalah menghasilkan produk yang membantu kehidupan umat.
2. Produk yang sia-sia, mengambil kesempatan atas nafsu pengguna untuk keuntungan adalah produk dilarang.
3. Produk atau karya yang berteraskan dakwah adalah 200% gratis kerana mahu produk tersebar-sebar.
4. Zakat perniagaan adalah wajib
5. Bank Islam adalah Baitulmal yang menyediakan dana umat untuk meminjam dan membayar hutang tanpa riba.
6. Semua pemberi pinjam yang berniat mahu membuat untung adalah syaitan riba yang perlu dihapuskan.
7. Bank adalah tempat simpan duit dan badan pengantara untuk transaksi, bukan lagi entiti perniagaan.
8. Sesiapa nak berniaga, buat cara perniagaan betul-betul, tunjuk barang yang diniaga, tidak mengurangkan timbangan,tidak menipu kualiti, tidak berlebih-lebihan mengiklan, terus terang bagitahu niat mendapatkan untung untuk apa.
9. Menghapuskan semua kapitalis.
10. Umat mestilah berusaha menghasilkan semua produk keperluan kehidupan dari bahan mentah hingga produk siap.

Jika konsep jemaah adalah berkenaan dengan kebenaran/haq dan kesalahan/bathil, maka itu bukan konsep jemaah perkumpulan manusia yang mahu melakukan kerja semata-mata tetapi konsep jemaah tauhid atau keimanan. Benarlah jika ditanya "kamu jemaah yang mana?", katalah " Aku jemaah orang islam".

http://puisi-hamba.blogspot.com/2011/03/aku-dari-jemaah-yang-mana.html

Apabila kita mahu menjadi jemaah orang Islam, syarat pertama adalah kita wajib beriman sebagaimana Allah wajibkan orang islam beriman. Menjadi mukmin bukan dengan sekali percaya. Tapi menjadi mukmin adalah sentiasa percaya dengan yakin dan bergerak bekerja atas apa yang dipercayai. Di situlah bukti nyata bahawa jemaah orang islam wajib bergerak sebagai satu pasukan.

Kata-kata seperti "kamu bergeraklah cara jemaah kamu, aku ada jemaah sendiri dengan cara sendiri" adalah bibit-bibit mula kebodohan menimpa jemaah orang islam untuk menjadi terpecah, bermusuh, dan akhirnya menjadi buah bidak musuh. Jemaah-jemaah itu dipermainkan musuh persis pasukan-pasukan bola sepak dalam liga, dan pengikut-pengikut jemaah laksana penyokong-penyokong yang bersorak dan provok antara satu sama lain dalam stadium. Padahal asalnya Rasulullah s.a.w mengharapkan umatnya yang berjuang menegakkan agama itu adalah satu pasukan bernama jemaah orang-orang islam.

Orang berkata, " biarlah masing-masing buat kerja kepakaran masing-masing, dan jangan kacau antara satu sama lain". Tidak, sesungguhnya tidak. Pastilah akan berlaku kekacauan, kerana hakikatnya jemaah-jemaah pelbagai itu buat kerja yang sama iaitu kerja-kerja islam, tapi tetap mahu berkelompok-kelompok dan membenci kesatuan membentuk satu pasukan. Paling kurang pun, kekacauan minda berlaku pada anak muda yang termangu-mangu, jemaah manakah yang betul atau setidak-tidaknya paling betul?

Mereka pastilah tidak akan bertemu dengan satu jemaah pun paling betul. Lalu sebahagian mereka akan berkata,"tak payahlah harapkan sangat jemaah jadi betul, kerana semuanya tiada yang sempurna". Padahal mereka lupa, rencana Rasulullah s.a.w mensaudarakan umat Islam jadi satu pasukan adalah untuk menyempurnakan gerakan manusia dengan aturan yang paling sempurna iaitulah ISLAM.

Jadi ketika anak-anak muda itu mencari-cari manakah jemaah yang sempurna dan paling sempurna, jawapannya tidak lain itulah jemaah orang Islam yang dah dirancang pembentukannya oleh Rasulullah dan diusahakan oleh para sahabat. Bagaimana mahu mengadakan umat islam menjadi satu pasukan supaya jemaah orang islam tadi muncul kembali? Jawapannya tidak lain, londehkanlah jenama kumpulan yang sempit,dan pakailah baju yang besar iaitu islam. Usahakanlah supaya minda setiap umat dan pejuang merasakan mereka adalah satu pasukan yang sama. Maka akan muncullah pasukan sempurna yang tiada siapa boleh nafikan kesempurnaannya. Kerana Islam tali Allah, pegang teguh dengannya adalah pegang teguh pada suatu yang sudah disempurnakan dan satu-satunya yang diredhai Allah.

Tatkala itu akan ada yang bersuara,"susah kalau jadi satu kumpulan orang islam saja. tak ada check and balance". Sungguh mereka tak faham apa itu islam. Dalam islam itu sendiri sudah ada aturan untuk check and balance. Katalah pada mereka, "ketika kau solat jemaah, dan imam telah tersalah perbuatan, maka makmum akan check and balance dengan menegur. Apakah mereka check and balance dalam jemaah solat berlainan atau jemaah solat yang sama?". Sungguh tidak akan mereka jumpai satu kecacatan pun pada jemaah orang islam sebagai satu pasukan ini, kerana ini rencana dan harapan Rasul, dan perintah Allah s.w.t sendiri.

Kemudian ada yang berkata lagi,"setiap orang ada cara berbeza menyelesaikan masalah, kalau jadi satu pasukan, semua masalah hanya akan diselesaikan oleh satu cara sahaja". Sungguh mereka belum mengerti. Ketika pasukan umat islam berperang di medan perang pada zaman Rasulullah s.a.w, apakah semuanya hanya menggunakan pedang untuk melawan musuh? Atau kau tidak pernah mendengar ada yang menggunakan panah, menggunakan tinju, atau strategi perangkap untuk musuh? Tidakkah mereka itu satu pasukan tapi mempelbagaikan kaedah untuk melawan musuh? Hebatnya kerja sebagai satu pasukan, kaedah pelbagai tadi direncanakan bersama. Berbanding jika pasukan pedang buat rencana sendiri, dan pasukan panah buat rencana sendiri, apakah itu suatu yang teratur dan tersusun?

Kemudiannya, idea kembalikan umat Islam menjadi satu pasukan ini akan ditolak jua walau semuanya tidak dapat dinafikan lagi kesempurnaannya. Tatkala itu akan ada yang berkata, "aku mahu ketua jemaah aku jadi ketua pasukan umat islam itu, jika tidak, maka kami tak akan bersama dengan pasukan umat Islam". Tidakkah itu ketaksuban pada makhluk bergelar ketua? Atau mereka berkata,"Pasukan orang islam mestilah duduk di bawah jenama kumpulan kami",tidakkah itu pula ketaksuban jenama dan label? Maka ada juga yang berkata,"kami tak akan bersama dengan orang-orang yang kafir, munafik atau fasik di kalangan orang islam sebagai satu pasukan". Padahal ungkapan mereka itu lebih dikhuatiri menjatuhkan mereka sebagai kafir, munafik atau fasik. Sunnguh, kita doakan hidayah buat semua orang Islam, tapi janganlah khuatir, si kafir, munafik dan fasik pastilah mereka itu sangat panas dan tak selesa menghidupkan umat islam sebagai satu pasukan ini. Allah s.w.t sendiri akan keluarkan mereka dari pasukan dan jemaah orang islam ini dengan mengelaknya mereka untuk bergerak dan bekerja. Bukankah sirah telah menyebutkannya?

Maka, siapa lagi boleh mengelak untuk bersetuju bahawa umat islam seluruhnya khususnya para pejuang agama perlu bersama sebagai satu pasukan? Bagaimana mahu bermula? Mulakan dengan ijtimak perjumpaan para ilmuwan/ulama yang kalian hormati dan dengari nasihat mereka. Kemudiannya merekalah akan bersepakat mewujudkan himpunan umat islam. Boleh bermula dengan sekecil-kecil kampung menyatukan umat. Kemudian, besar sedikit dalam wilayah negara. Tidak mustahil akan berjaya untuk himpunan sedunia. Benar, ini revolusi. Kau mahukan revolusi, ini revolusi. Revolusi iman, menyatukan hati-hati para mukmin. Kau takut, nanti musuh akan gerun dan memusuhi kita umat islam? Bukankah sememangnya musuh itu dijadikan Allah untuk memusuhi kita dan kegerunan mereka pada kita, ertinya kita ini masih belum cintakan dunia dan takutkan mati? Kau risau dengan dunia enjoy kau dan takut terkorban dibunuh musuh islam? Maknanya kau bukan pejuang agamalah.

Apa yang dibuat dalam ijtimak dan himpunan? Adakah mempamerkan amarah pada musuh supaya musuh gerun? Tidak. Kegerunan musuh adalah apabila himpunan tadi menghimpunkan hati-hati kita untuk musyawarah. Benar, percayalah musyawarahlah yang akan menyatukan hati kita. Musyawarahlah akan jadi titik mula munculnya satu pasukan umat islam. Musuh menjadi gerun tatkala kita bertenang, bersatu dan tersusun bergerak. Percayalah.


Bolehkah wujud Malaysia tanpa parti politik? Semua masalah diselesaikan dengan musyawarah dan keputusan dibuat oleh mereka yang mahir buat keputusan dalam satu satu isu atau bidang. Adakah mempunyai cita-cita ini merupakan suatu jenayah dan boleh ditahan dalam ISA? Tidak ada klausa dlm perlembagaan atau undang2 tentang wajibnya Malaysia mempunyai parti politik, apatah lagi klausa dlm alQuran dan alHadis.

satu hakikat yang menjadi ketakutan pemimpin2 parti politik dan politikus kepartian. kalau pilihanraya pun, nenek tanpa parti boleh bertanding, maka bukanlah suatu jenayah jika semua calon pilihanraya umum adalah calon-calon recommend darirakyat melalui musyawarah.

maka nanti pemimpin yang terpilih adalah hasil musyawarah rakyat setempat itu.bukan lagi calon2 yang ditawarkan oleh parti politik, yang rakyat pun tak pernah jumpa berbakti dan menolong org susah sebelum join politik atau sebelum jd calon.

mahu revolusi aman dari rakyat untuk rakyat? nah, ambik revolusi mencalonkan calon pilihanraya melalui musyawarah setempat. confirm lepas ni malaysia ditadbir oleh rakyat bukan lagi ahli politik!

saya tawarkan diri untuk berdebat cadangan ini bersama anwar ibrahim dan najib razak, dengan masing2 termasuk saya kemukakan hujah2 bahawa calon siapa benar-benar datang dari rakyat.

lepas ini jangan risau lagi, anda tak kenal siapa yb kawasan anda. atau situasi tak pernah nampak yb melawat kawasan.mahupun tak tau apa yang yb telah sumbangkan sepanjang jd yb. kali ini yb adalah org yg rakyat setempat kenal, rakyat setempat telah bulat hati yakin, dan yang penting calon itu tak minta-minta jadi calon, tapi dicadangkan sebulat suara oleh rakyat setempat.

parti politik yang benar-benar suka untuk suara rakyat diterima dalam dewan parlimen yang mana tak mahu calon-calon yang dicadangkan oleh musyawarah rakyat setempat? maka parti politik itu tak sukakan suara rakyatlah. jadi cepat-cepatlah semua politikus menyokong cadangan supaya calon pilihanraya dicadangkan dari musyawarah rakyat setempat dan bukannya ditawarkan oleh parti politik lagi. mahu revolusi? ini revolusi.

jadi apa guna lagi adanya parti politik, kalau tak boleh tawar calon pilihanraya? memanglah tak ada guna lagi! dari dulu lagi memang tak berguna. asyik menyusahkan orang saja. rakyat terpaksa jadi ahli parti, kemudian terpaksa gaduh2 politik, kemudian terpaksa main politik kotor. rosak rakyat. sekarang dah tak ada parti. nak kutuk parti pun dah tak boleh, sebab semua dah jadi 1 masyarakat, 1 warganegara, 1 rakyat jelata. kalau nak gaduh, gaduh individu sajalah, tak payah nak ajak satu negara bergaduh sebab krisis individu politikus.malaysia jadi aman. suara rakyat bergema di parlimen. tak ada lagi lompat parti, rasuah politik, aib mengaib, dan segala kekotoran politik. politik jadi sihat dan segar.

kita tak perlu parti politik, dan kita tak perlu jemaah? (satu badan yang tersusun untuk mengurus, dan menentukan hala tuju)

kalau kita tak perlu jemaah, maka buat apa nak ada musyawarah? buat apa pergi solat jemaah? buat apa kita jadi rakyat jelata, jadilah anarkis, semua hidup berkerajaan sendiri, dia adalah tuan, dia adalah raja, dia adalah rakyat.

kalau tak perlu badan tersusun , tak perlu pula imamah, buat apa ada musyawarah, buat apa cadangkan calon pilihanraya susah2, buat apa ada suara di parlimen? kalau tak perlu jemaah, tak perlulah jadi orang islam. sebab orang islam ini satu jemaah, satu binaan, satu bangunan. siapa yang kata orang islam bukan satu jemaah, bukan satu bangunan, dia penentang rasul, sebab rasululullah yang kata kita ni umpama satu binaan.

siapa yang bersungguh-sungguh sibuk nak buat binaan lain sebab dia rasa binaan atau jemaah dia paling betul, berbanding binaan yang nabi dah bina bernama islam ini, maka dia penentang rasul.nabi sungguh2 promosi islam sebagai sebuah jemaah dengan ikatan keahliannya adalah kalimah lailahaillallah.nabi sungguh2 nak satukan manusia dalam satu barisan, bukan nabi suruh hangpa buatlah barisan masing2 mana rasa cukup hebat rasa dia boleh susun pi buat susun pandai sendiri2. kita islam satu susunan, maka kita orang islam dah tak boleh sangkal dah semua orang islam dalam kepala tak ada jemaah lain, melainkan nak berjemaah dengan semua orang islam yang bersaudara.

macam mana kita nak susun barisan? susun dengan musyawarah. macam mana nak musyawarah? belajarlah dari nabi, bagaimana nak bermusyawarah. semua hal kehidupan kita tak rugi bermusyawarah. musyawarah bukannya semata-mata mcm mesyuarat biasa. musyawarah bawa sunnah macam nabi musyawarah.musyawarah kita angkat Islam jadi cara dan tujuan.

kata-kata saidina Ali, tiada islam tanpa jemaah dan tiada jemaah tanpa imamah(kepimpinan), jadi bagaimana?

siapa yang kata tak perlu imamah, tak perlulah solat jemaah. sebab macam mana solat jemaah nak ada kalau tak ada imam. imam kena lantik hatta 2 orang bermusafir saja.kalau ada 2 orang pun kena lantik imam, takkanlah rakyat malaysia berjuta orang tak perlu imam. kalau imam wajib dilantik, maka takkanlah orang islam sedunia berbilion orang ini yang merupakan satu binaan ini tak perlu lantik imam? habis mana usaha kita nak lantik imam untuk orang islam yang berbilion di dunia ini? ada pernah kita usaha? sebab itu ambillah islam ini keseluruhannya, maka kita akan mahu berjemaah dengan semua mukmin sebagai satu jemaah, kita mahu lantik imam dari 2 orang yang bermusafir hingga imam untuk semua orang islam satu dunia. sebab kita nak ambil islam keseluruhannya, kita bukan nak islam separuh2, sikit ambil islam, sikit ambil cara politik orang kafir berparti-parti, berkempen-kempen cara kafir demokrasi. untuk apa? nak islam ka, nak apa ni?

tapi jemaah mana yang perlu kita masuk atau kita kene buat jemaah baru?

tak, jemaah adalah islam. jangan ada terlintas langsung di kepala kita melainkan nak berjemaah satu jemaah dengan semua orang yang mengaku beriman pada Allah. hanya dengan cara ini seorang imam di kalangan jemaah orang-orang islam bersaudara boleh dilantik dalam musyawarah. kita serius nak jadi umat islam yang nabi harap kita jadi. kita dah tak nak ikut rentak musuh-musuh islam dah. jangan ada langsung orang islam yang rasa dia nak buat jemaah sendiri dan letakkan jenama lagi dan lagi.

kalau tak setuju cara ini, maka ok. buatlah jemaah lain yang hanya jadikan islam slogan perjuangan. kita sendiri boleh lihat apa kesan jenama kepartian ini, adakah semua orang islam rasa bersaudara nanti? adakah sekarang ini ikhwan, tabligh, pas, umno, hizbut tahrir, ada rasa bersaudara dan nak lantik satu imam di kalangan mereka? buatlah berpanjang-panjangan gaya dan cara berjenama jenama ini. kalau tak letak jenama pun, jenama akan tertera apabila terlintas di hati orang islam yang bergerak berkumpulan merasakan mereka adalah barisan berbeza dengan orang islam lain. pasti akan timbul jenama seperti kes jemaah X sebuah kumpulan usrah di IPT malaysia sekarang. tak letak jenama pun akan timbul jenama selagi kita rasa nak "create" jemaah baru.

bagaimana nak hapus perkara ini? hanya dengan kita set kan otak kita, jangan ada terlintas rasa nak "create" jemaah, tapi kita nak berjemaah dengan semua orang yang mengaku beriman sebagai satu jemaah. jika semua orang islam berfikir begini, hanya dengan cara itu kita boleh bermusyawarah sekecil-kecil kampung, hingga sebesar-besar dunia untuk melantik imam. jika kita wajib ada imamah dalam perkampungan kita, negeri kita, negara kita, maka adakah kewajipan itu gugur untuk kita ada seorang imamah bagi kita umat islam sedunia?

nak lantik seorang imam sedunia hanya akan terjadi, apabila kita orang islam rasa bersaudara dan mahu bermusyawarah bersama. perkara itu hanya berlaku apabila kita buang semua cop jenama dan hanya mahu berjemaah satu jemaah bersama semua orang islam yang mengaku beriman pada Allah. inilah perkara haq. tak boleh sangkal dah, inilah yang nabi mahu kita buat.

tapi bagaimana kita nak perjuangkan idea ini? bagaimana nak sampai kepada semua hati orang-orang islam yang seramai 1-2billion di dunia ini?

idea ini akan automatik diperjuangkan apabila kita bacakan dan ajarkan apa yang alQuran dan hadis sebut tentang jemaah. adakah orang islam kena susun barisan bermakna buat barisan berjenama-jenama sendiri, atau kita buang semua jenama, dan kita susun barisan sebagai satu jemaah orang islam bersaudara.

idea ini adalah idea yang akan tersebar selagi kita sebarkan ajaran islam yang ikut alquran dan hadis. kalau kita ajar, ajaran rasul melayu yang tak ikut quran dan hadis, maka idea ini tak boleh diperjuangkan.

semua orang islam satu dunia apabila diajar apa yang nabi ajar dari alquran dan hadis, maka idea ini telah tersebar dalam semua hati orang islam. kecuali orang islam yang tak mahu alquran dan hadis, dia nak ajaran sheikh dia, dia nak taksub jenama persatuan dia, dia nak jenama yang dia bangga dan bukannya nama jemaah yang nabi bagi untuk semua orang islam yang mengaku beriman.

kalau tak percaya cuba buat undian suara pada siapa-siapa orang islam yang dah belajar alquran dan hadis. betul atau tidak semua orang islam yang mengaku beriman adalah satu jemaah tanpa cop dan jenama lain. betul atau tidak semua orang islam bersaudara yang mengaku beriman adalah satu barisan dan wajib duduk dalam satu barisan. betul atau tidak untuk menyusun barisan orang islam mestilah bermusyawarah bersama. betul atau tidak wajib untuk orang islam ada imam sekecil kampung (1 kariah masjid) hingga sebesar satu dunia. cuba buat undian dan tanya setiap orang islam soalan ini. jika semua orang islam yang sudah belajar alquran dan hadis jawab "ya" untuk semua soalan, maka idea ini sudah tersebar lama dah, sejak nabi ajar islam pada para sahabah dulu.

bagaimana pula nak di implementasikan ke dalam sistem pemerintahan malaysia khususnya, dan sistem islam globalnya?

kat malaysia dah establish undang2. maka suatu perkara haq adalah kita mengikut undang2 yang dah establish selagi tak bertentangan dengan syarak. bughah adalah bathil. maka kita tak bughah. jadi aku dah cadangkan idea di atas. semua orang islam kena memimpin masyarakat setempat.

1. semua orang islam londehkan jenama dan cop, ambil islam sebagai satu jemaah. setkan dalam kepala otak, wajib berjemaah dengan semua orang islam yang mengaku beriman.
2. susun barisan masyarakat setempat dengan musyawarah. pertama semua orang islam yang dah londehkan cop dan jenama boleh start musyawarah dan susun barisan. dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar isu dalam masyarakat setempat dimusyawarah dan disusunkan.
3. memanggil semua bukan islam, dan ajarkan ajaran islam ini pada mereka. jika mereka enggan terima cara ini, maka mereka kafir. biar mereka sembah apa yang mereka mahu sembah. biar mereka tak mahu dipimpin orang islam. mereka kafir, biarkan mereka. tapi setiap hari kena ajar mereka, jelaskan mereka tentang kaedah musyawraah ini dan ke mana hala tujunya. ajarkan dengan terus terang dan tak berselindung lagi. ini bukan zaman sorok sorok lagi. ini zaman dakwah terang terangan.
4. musyawarahlah dan cadangkanlah calon untuk pilihanraya (yakni kita lantik pemimpin ikut undang2 yang establish sebab tak nak bughah).
5. kemudian semua orang yang sudah diamanahkan, bermusyawarah pula dalam parlimen. bawa sunnah dalam musyawarah parlimen dengan order-order yang dah establish.
6. kemudian pinda dan pinda segala peraturan, undang2, perlembagaan, dengan kaedah yang sudah establish untuk bawa pada apa yang nabi ajarkan kita susun dan manage dalam bernegara.
7. lantik wakil2 ke negara luar pula untuk ajarkan apa yang nabi ajar ini, termasuk pada amerika dan israel. nak tulis surat seperti nabi tulis surat pada penguasa kafir pun boleh.
8. inshaAllah jika semua orang islam dapat hidayah semua akan menyokong idea dan sistem ini, kemudiannya, setiap wakil wilayah atau negara musyawarah pula untuk lantik imamah untuk semua umat islam sedunia yang bernama khalifah.

buat masa sekarang kita nak undi belah mana untuk segala matlamat ini tercapai?

kita serius dengan apa yang kita kata. semua benda ni tak kan stop, kalau kita terus layan situasi yang sedia ada. aku nak revolusi bukan evolusi. semua orang patutnya stop layan parti politik, dan bergerak untuk londehkan jenama dan masuk islam keseluruhannya. serius dan bertindak. kalau revolusi ni bergerak awal, maka awallah ada musyawarah seluruh masyarakat setempat, maka awallah kita sepakat cadangkan calon pada semua kawasan. maka undilah calon yang telah dimusyawarahkan, dan jangan layan parti politik yang masih taksub pada jenama dan parti, serta menolak untuk londeh jenama dan menolak untuk sertai jemaah orang2 islam bersaudara yang mengaku beriman semua.

aku rasa idea ini boleh je diterima oleh orang2 beriman. takkanlah majoriti orang islam di malaysia tak ada iman. memang revolusi ni boleh bergerak seawal pagi ini, kalau semua orang beriman berani gunakan iman yang ada. hari revolusi itu kita namakan Hari Kebangkitan Iman (Day of Iman). Revolusi hebat rakyat malaysia beriman.

Sekian


Pertanyaan mengenai Hukum Melukis Makhluk Bernyawa dalam Komik Dakwah

(e-mel ini telah dihantar 2 kali kepada 4 tokoh berikut, tapi mungkin gagal mencapai mereka. mungkin dengan medium surat terbuka di blog ini boleh para sahabat memanjangkan kepada mereka agar kita dapat manfaat jawapannya)


From:

muhammad fakhrulrazi



To: webmaster[at]zaharuddindotnet; moasriza[at]yahoodotcom; hasrizalabduljamil[at]gmaildotcom; asmadi[at]uumdotedudotmy; asmadinaim[at]gmaildotcom
Cc: mfakhrulrazi[at]gmaildotcom


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Kepada:
Ustaz Zaharuddin, Dr. Asri, Ustaz Hasrizal, Dr. Asmadi,

Tuan-tuan yang dimuliakan Allah s.w.t,

E-mel ini ulangan pada e-mel yang saya pernah hantar pada tuan-tuan pada 25 Disember lepas. Mungkin tuan-tuan terlepas pandang, atau tidak punya kelapangan untuk menjawab, atau e-mel ini terhantar ke folder spam tuan-tuan. Saya berharap kali ini tuan-tuan sedar akan wujudnya e-mel ini, kerana saya amat berharap mendapat jawapan pandangan tuan-tuan atas soalan yang saya tanyakan.

Merujuk kepada tajuk e-mel ini: Pertanyaan mengenai Hukum Melukis Makhluk Bernyawa dalam Komik Dakwah, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan yang yang dihormati dan masyhur sebagai ilmuwan dan pakar dalam ilmu Islam dan sering sudi berkongsi pandangan akan hukum hakam berkenaan dakwah dan kehidupan realiti muslim dalam webblog tuan-tuan, apakah pandangan tuan-tuan terhadap hukum melukis makhluk bernyawa dalam komik dakwah?

Untuk latar belakang soalan, nama saya Muhammad Fakhrul Razi bin Mohamed Mokhtar. Saya ada mengusahakan lukisan-lukisan berbentuk komik yang saya niatkan sebagai bahan dakwah atau komik dakwah untuk menyampaikan mesej-mesej islam dan nasihat dari diri saya sendiri sekadar mampu buat sesiapa sahaja yang boleh memanfaatkannya. Saya tidak memperniagakannya, saya tidak membuat untung akannya, saya menyebarkannya percuma di web,blog, mahupun dicetak.

Sebenarnya 4 tahun yang lalu, saya ada berhenti melukis kerana menemui fatwa akan larangan melukis makhluk bernyawa kecuali pokok atau tumbuh-tumbuhan. Kemudiannya, saya bertemu pula dengan satu lagi fatwa yang mengatakan larangan melukis makhluk bernyawa hanya jika membawa kepada syirik, iaitu sama ada membesar-besar dan mengagungkan lukisan tersebut, atau diri sendiri berbangga-bangga kerana dapat menghasilkan lukisan tersebut. Selagi tidak membawa kepada syirik, malah jika diniatkan untuk pendidikan dan dakwah yakni menyampaikan mesej-mesej yang baik dengan tidak melukis suatu yang lucah atau tak senonoh, melukis makhluk bernyawa dibenarkan.

Untuk rujukan tuan-tuan sekalian, berikut contoh-contoh komik dakwah yang saya maksudkan mengandungi lukisan makhluk bernyawa:
http://www.scribd.com/doc/16346916/SIRI-KOMIK-ADAB-0109
http://contengmfr.blogspot.com/2010/02/ar-risalah.html

Bagi rujukan lebih luas, terdapat beratus lagi komik yang diusahakan individu lain yang saya kumpulkan juga mengandungi lukisan makhluk bernyawa seperti berikut:

http://komikdakwah.blogspot.com/

Untuk rujukan fatwa yang ditemui oleh saya adalah seperti berikut:

1. Larangan melukis makhluk bernyawa walaupun untuk pendidikan



Pertanyaan :
Di beberapa sekolah, sebagian pelajar diminta untuk menggambar makhluk bernyawa, atau diberi gambar yang belum lengkap, kemudian mereka disuruh melengkapi gambar tersebut. Kadang-kadang mereka diminta untuk menggunting gambar untuk ditempelkan di atas kertas, dan terkadang pula mereka diberi gambar dan di minta agar mewarnai gambar tersebut. Apa pendapat anda dalam hal ini ? Semoga Allah menjaga dan memeliharamu .

Jawaban :

Saya berpendapat bahwa perbuatan demikian hukumnya haram dan wajib untuk melarangnya. Para penanggung jawab masalah pendidikan hendaklah menunaikan kewajiban mereka dalam hal ini dengan melarang para pendidiknya berbuat demikian. Jika mereka bermaksud hendak menguji dan mengasah kecerdasan para peserta didik, sedapat mungkin mereka memerintahkan anak didiknya untuk membuat gambar yang tidak bernyawa seperti mobil, pohon, atau benda-benda lainnya yang sesuai dengan tingkat pengetahuan dan kemampuan mereka, karena menguji kemampuan dengan menyuruh anak didik untuk menggambar makhluk bernyawa merupakan sarana bagi setan untuk menyesatkan manusia. Jika tidak demikian, maka tidak ada perbedaan antara membuat gambar pohon, mobil, benteng dengan membuat gambar manusia atau makhluk bernyawa lainnya.
Maka saya berpendapat bahwa wajib bagi para penanggung jawab pendidikan untuk melarang para pendidik (guru) menguji dan mengasah kemampuan murid-muridnya dengan menggambar makhluk bernyawa. Jika mereka diharuskan menguji dan mengasah kemampuan anak didik dengan gambar makhluk bernyawa, maka hendaklah mereka menyuruh anak didiknya untuk menggambar hewan atau makhluk bernyawa tanpa kepala (yang tidak sempurna wujud dan bentuknya.) ( Syaikh Ibn Utsaimin, Fatawa al-Aqidah, hal.686-687 )

Sumber : Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.96-97 cet, Darul Haq, Jakarta. Diposting oleh Yusuf Al-Lomboky




http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihatfatwa&id=1296

2. Kebenaran melukis makhluk bernyawa

Is it haram to draw portraits or beings? What is the Islamic view on drawing?

Dear questioner, thank you very much for having confidence in us, and we hope our efforts, which are purely for Allah's Sake, meet your expectations.
We’d like first to state that there is nothing wrong in drawing as long as the images do not depict nudity or other indecent representations. Also, the picture or image should not be revered or glorified. The detested pictures and images are only those, which are worshiped and revered.

Within these restrictions drawing humans, animals, natural scenes, etc. is permitted. What is prohibited is making a statue or a sculpture of a living being that has shade (depth or three dimensional).

Here, we’d like to cite for you the following Fatwa:

"One may draw pictures of people, animals, etc. as long as they don’t depict anything against Islamic guidelines. It is important to understand that Muslims don't replicate 'images' because they believe that on the Day of Judgment, they will be asked to put a soul in the 'images' they made, challenging Allah’s creation. Also, they don't replicate 'images' believing that the Angels will not enter their houses. This is based on several authentic Hadiths of Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him.

However, in the Arabic Language, what we callSourahor commonly translated as 'image' can mean several things, and in the context of the prohibition, it means a statute or a sculpture of a living being that has shade (depth or three dimensional) and not a photographic picture.

Therefore, while statutes are prohibited, pictures in magazines, televisions, newspapers, books, computers, drawings, etc. are allowed. Such pictures can however be prohibited if they depict nudity or other indecent representations. But even being allowed, they should be done when necessary and not to pass time."

The above Fatwa is excerpted with slight modifications from www.islamicity.com
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=Islamonline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE&cid=1119503546054



3. Larangan melukis makhluk bernyawa, kecuali untuk kanak-kanak dan tujuan pendidikan tanpa menjual lukisan. (Dr Zakir Naik)
http://www.youtube.com/watch?v=8JBBG-h5rrk


Saya mengharapkan pandangan dan jawapan tuan-tuan Ustaz dan Dr. yang saya hormati sekalian agar saya boleh memuktamadkan sama ada meneruskan menghasilkan komik dakwah percuma yang sudah tersebar dan digunakan oleh pelbagai individu, kumpulan dan institusi, atau saya menghentikan semua ini serta merta demi mentaati Allah s.w.t.

Sekian terima kasih.

wassalam.

Muhammad Fakhrul Razi bin. Mohamed Mokhtar @ mfr studio

saya revolutioner. tapi saya tak pernah gembira dengan revolusi yang dibuat atas demonstrasi amarah. Islam tidak bangkit dengan rasa marah dan benci. Tapi islam bangkit dengan rasa risau, sayang, dan tegas untuk mempertahankan yang haq.

amarah berstrategi adalah hasil strategi syaitan yang bermain dgn nafsu manusia.saidina ali boleh penggal kepala musuh yang meludah ke mukanya di medan perang. tapi dia tak penggal sebab takut penggal kerana rasa marah diludah. dia nak penggal kerana Allah yg suruh penggal. sama juga dengan kita. kena tanya diri kita, adakah kita cetuskan revolusi sebab rasa marah, atau sebab nak ikut perintah Allah?

Bagaimana anda boleh menamakan hari revolusi anda sebagai Hari Kemarahan? Tidakkah itu melambangkan niat anda berrevolusi nanti?

ahli politik yang ada cita-cita nak buat revolusi kena semak semula apa yang mereka cetuskan di kalangan rakyat.adakah mereka cetuskan rasa marah dan benci untuk bangkit? atau mereka cetuskan kesedaran dan keinsafan untuk tidak lagi berdiam diri? hasilnya kita boleh lihat dari imej-imej kempen revolusi.

perjuangan ini boleh disertai oleh sesiapa. kita tak mampu filter manusia dengan ketaqwaan dia.tapi kelak kemenangan perjuangan ini hanya milik mereka yang bermula dengan niat yang betul dan istiqamah dgn niat itu. masa zaman nabi, ramai org keluar berjihad. tapi ada yang syahid masuk syurga, ada juga yang mati masuk neraka. padahal mereka berperang dalam barisan islam.

orang islam kena sepakat akan apa itu haq dan apa itu bathil. menjadi penguasa yang sekular, menindas dan menzalimi adalah bathil, kita akan kata bathil. melakukan rusuhan yang mengakibatkan ketenteraman awam tergugat adalah bathil, kita akan katakan bathil. berdiam diri dan tidak mempeduli hal umat adalah bathil, kita akan katakan bathil. semua yang salah kita akan katakan salah. jika disoal, apakah salah untuk kita melakukan bathil atas kebathilan? jawapannya bathil. hebatnya islam sebab ada garis panduan akan setiap perkara.pemisah bathil dan haq itu jelas.

dlm fb aljoofrey sebentar tadi pun saya terbaca,"Ikhwanul Muslimin tak banyak keluarkan kenyataan berkenaan krisis yg sedang berlaku ini. Malah Ikhwan mengatakan kalau ada yg merosakkan muzium, hospital dan bangunan2 penting lain, tentu ia kerja pihak yg jahat dan bukan yg benar2 ingin perubahan yg baik di Mesir"

bagusnya jadi pejuang islam apabila kita bertindak atas sebab iman dan ilmu wahyu yang Allah suruh tegakkan di muka bumi ini. kita tak bertindak dengan meniru gaya anarkis demokrasi ciptaan barat. kita jadi pejuang islam sebab kita nak bawa islam dan islam itu ada cara perjuangan yang jelas dan nyata. hebat islam ini, kita boleh nampak perjuangannya dan akan tahu ini adalah rupa islam. bukannya kita tengok perjuangan sehingga apa yang kita nampak adalah aksi-aksi ajaran kafir. membangkitkan amarah adalah cara syaitan. hanya syaitan yang suka melihat orang marah bertambah marah. memang jelas sangat apa yang diajar oleh rasulullah dan apa yang diajar oleh syaitan. memang kita tak boleh nak sangkal dah.

biar saya beritahu satu rahsia yang bukan rahsia.dalam islam ini ada adab-adab berperang. mengapa perlu beradab-adab pula nak berperang? tak bolehkah kita perang saja orang-orang jahat yang memang patut dihapuskan di muka bumi ini? hebat islam ini. nak perang pun ada adab.antaranya tak boleh rosakkan bangunan, tak boleh rosakkan tanaman, tak boleh bunuh haiwan, tak boleh mencemari air. padahal kalau kita fikirkan perang zaman moden ini, ber bom sana sini, letup sana sini, mana mungkin mengelak dari terjadinya perkara-perkara itu. ini disebabkan kita dah teracun dengan gaya aksi kafir. siapa yang ajar berbom-bom meletupkan dan merosakkan muka bumi Allah dengan tangan-tangan kita ini? puak kafir yang ajar. islam tak ajar perang macam tu sebab itu islam ada adab dalam perang.

begitu juga bila kita sebut demonstrasi, rusuhan, tukar kerajaan, apa yang terlintas dalam kepala kita? adakah itu yang kita gambarkan setelah belajar apa yang diajar oleh al quran dan hadis-hadis rasulullah. adakah kita membayangkan semua inilah yang diharapkan rasulullah untuk kita perbuat? sebabnya kita tak berani untuk ambil islam semuanya. kita nak ambil islam sebagai slogan, tapi aksi-aksi nanti, kita nak tiru apa yang diajar oleh kafirun. sebab kita nampak hebat begitu. kita tak kisah sangat apa yang rasulullah harapkan kita perbuat.

semua orang berteori bahawa manusia dan rakyat yang kerdil yang tertindas tak mampu buat apa-apa melainkan merusuh sahaja. sebab demonstrasi yang mereka gambarkan hanyalah merusuh. ditakdirkan oleh Allah, lahir satu manusia yang tak beriman pun pada Allah berdemonstrasi dengan cara yang orang islam waktu itu pun tak terfikir. revolusi garam.ya, gandhi telah berjaya tunjuk bukan ada satu demonstrasi sahaja boleh mengancam penguasa yang zalim. dengan menghasilkan garam dari laut pun, kerajaan british tergugat dengan gandhi. itu contoh sahaja. betapa rupa-rupanya ada banyak cara rupanya nak berperang sambil beradab. hebat Allah jadikan kita manusia ini ada akal, ada iman pula jadi lebih hebat. tinggal kita nak susunkan idea sahaja.

mari kita selalu serapkan sirah rasulullah dan para sahabat, moga-moga kita diberikan Allah idea untuk berjuang. islam memerintahkan kita berperang. jadi siapa yang mengharamkan pedang-pedang untuk berperang kononnya mahu semua berdiam diridan berleka-leka dengan keduniaan adalah syaitan.begitu juga kita mahu berperang dengan adab-adab yang digariskan rasulullah s.a.w. siapa yang menyuruh kita melangkaui batas itu, dengan alasan matlamat menghalalkan cara, itu adalah syaitan. hebat islam ini, semuanya ada garis panduan, ada cara dan kaedah, tersusun dan sistematik.

malah Allah dan rasulullah memuji barisan yang tersusun dan kemas ini daripada berjuang tanpa arah hanya berteraskan amarah, desakan, dan kacau bilau. orang bertanya, bagaimana nak tahu demonstrasi kita berteraskan iman atau nafsu? kita lihat apa yang kita seru, lihat apa yang kita pamerkan, dan lihat apa yang kita bangkitkan. jika kita seru manusia pada Allah, kita pamerkan akhlak, dan kita bangkitkan iman, maka itulah demonstrasi yang islam tuntut. demonstrasi islam adalah dakwah terang-terangan. sebarang penindasan dalam usaha dakwah itu, adalah ujian untuk kita dapatkan syahid.

hebat jadi orang islam ini, kita akan berusaha untuk taat islam sehingga berjaya cipta pelbagai rekacipta sains untuk kemakmuran manusia. hari ini tamadun manusia diuji dengan saintis dan penguasa syaitan dengan senjata pemusnah. orang islam yang terikut-ikut nak berlumba cipta senjata pemusnah yang lebih hebat adalah hanya teracun dengan gaya orang kafir. hebatnya islam ketika orang kafir mencipta senjata-senjata pemusnah, orang islam berusaha mencipta senjata pemakan kemusnahan. memanglah orang logik fizik gelakkan kita orang islam sebab bagi idea kartun. tapi kita orang islam tak mentertawakan idea sebegini. sebab kita memang bertanggungjawab menjaga bumi Allah dari dirosakkan oleh manusia-manusia durjana.

kita cipta senjata yang boleh mematikan fungsi kemusnahan pada senjata pemusnah musuh. akhirnya orang akan pandang mujahidin kita penyelamat dunia, dan baru semua sedar siapa teroris sebenar. hari ini pun kita sudah ada skuad pemati bom. baru kita terfikir, rupanya bom boleh dimatikan. cuma sekarang bagaimana nak matikan letupan bom pula? apa itu letupan? boleh atau tidak suatu letupan tidak meletup, seperti api yang membakar tak jadi membakar sebab kehilangan unsurnya. kena fikirlah. sebab tu kerja orang islam ini banyak.

tapi sekarang, kita teracun dan asyik ikut gaya logik fizik kafir, maka semua pun kita akan guna alasan "berpijak di dunia nyata". padahal dunia nyata itu hanya fantasi orang kafir racunkan kita. dunia sebenar sangat luas dan terbuka pelbagai idea yang Allah tunjukkan. hebatnya jadi pejuang islam, kita ada banyak idea dan membina tamadun manusia. kita berusaha untuk reka dunia baru (create a new world) dengan menegakkan apa yang Allah mahu dan redha. Itu revolusi kita. terasnya kita kena tahu dunia apa yang kita perlu wujudkan. dan kemudian kita mesti ada idea untuk menterbalikkan semua perkara yang menjadi rentak kafir untuk kuasai dunia.

biar orang kafir fikir buat bom nak letupkan muka bumi. ana akan fikir senjata untuk matikan segala letupan bom agar muka bumi tidak rosak. biar orang kafir langgar adab perang. tapi ana nak ikut adab perang islam. biar orang kafir rosakkan dunia ini. ana nak selamatkan dunia ini.biar orang kafir jadi kafir. ana nak jadi islam dan ajak orang kafir jadi islam juga.