|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Tujuan

Tujuan tulisan panjang lebar ini ditulis untuk menceritakan semula hal-hal penting dan melihat kekurangan dalam isi perbincangan yang perlu diperbaiki pada sesi pembentangan saya di USIM pada 29 November 2015, jam 3.30 hingga 5.30 petang yang lalu untuk sahabat-sahabat yang tidak hadir semasa kejadian.

Kisahnya begini:

1. Saya hadir jam 3.15 petang dan mendengar suara Tuan Irfan Foner di dalam bilik seminar, tapi suara dalam perut yang memulas memaksa soalan pertama saya kepada urus setia dan Tuan Saiful Amri dari Genku yang berada di luar bilik berbunyi, "Kat mana tandas?". Setelah diberikan arah, saya pun menuju tandas melepaskan hajat.

2. Ini suatu yang sangat dikesalkan. Saya tak dapat memperkenalkan diri dengan baik dan menyapa dengan sopan kepada pihak penganjur, maka saya sangat-sangat memohon kemaafan atas sebab itu.

3. Saya ada menjenguk ruang bilik seminar yang sebesar bilik tutorial saya di UM semasa zaman belajar dahulu. Tuan Saiful Amri ada menjemput saya untuk duduk di dalam, sementara menunggu sesi pembentangan saya, namun saya berfikir saya akan mengganggu fokus para peserta pada pembentangan Tuan Irfan Foner jika tiba-tiba berjalan masuk bilik tersebut kerana pintu masuk berada di hadapan bilik. Maka saya berikan alasan saya nak dapatkan akses internet di luar. Saya mohon maaf telah menipu, tapi saya memang cuba akses internet selepas itu.

4. Beberapa minit setelah itu, saya nampak Tuan Nazry muncul keluar dewan seperti sedang mencari sesuatu. Setelah menyapa dan kemudiannya berbasa basi antara saya, Tuan Nazry dan Tuan Saiful Amri, saya telah bercakap tentang pentingnya kita menggunakan nafsu dengan panduan iman dalam berusaha kemudiannya meleret ke tajuk poligami. Saya pun tak faham kenapa tiba-tiba muncul targhib tentang hal itu pula, maka saya meminta maaf pada Tuan Nazry dan Tuan Saiful Amri jika telah membebel hal di luar skop.

5. Saya kemudiannya dijemput masuk oleh Tuan Nazry dan para peserta bertepuk tangan menyambut kehadiran saya. Saya sangat menghargai kepada semua yang menerima dan meraikan kehadiran saya dengan penuh mesra, sopan dan rasa bersaudara. Cuma dapatlah juga saya menangkap wajah-wajah mengantuk, letih, masam mencuka, dan menunduk maka saya rekodkan mereka ini sebagai indikator penerimaan pembentangan saya selepas itu.

6. Saya lalu memulakan intro dengan beraksi memadam papan putih sebagai mengingatkan diri saya dengan aksi-aksi lecturer kuliah di Universiti Toyama yang selalu memulakan kuliah dengan memadam papan hijau. Sambil saya memerhati sekeliling mencari apa saja peralatan yang dapat saya gunakan semasa sesi pembentangan itu, selain laptop, projektor yang telah memaparkan slide saya, ada juga marker pen, cawan kosong dan mineral water. Kononnya untuk menarik perhatian peserta mengantuk, saya terfikir untuk adakan faktor "wow" yang tak terjangkau dek akal, dan saya ada terfikir nak lemparkan gelas kosong itu ke dinding tapi cepat-cepat membatalkan niat tersebut.

7. Kemudiannya saya pun terus membebel tentang tiga hal seperti yang diiklankan oleh Genku iaitu definisi komik dakwah, panduan melukis komik dan komik patuh syariah 100%. Ringkasnya, poin saya akan ketiga-tiga hal ini adalah apa yang menjadi pegangan saya semata-mata namun saya terbuka jika ada definisi, panduan dan maksud yang lebih tepat dari para peserta untuk saya perbetulkan pegangan saya kemudiannya. Hingga ke akhir sesi tidak ada peserta yang bangun membantah apa yang saya bentangkan.

8. Definisi komik dakwah yang saya rangkumkan subjek, tujuan, batas dan niat dengan definisi komik dakwah adalah apa saja lukisan yang memaparkan situasi untuk menyampaikan mesej menuju ketaatan kepada Allah tanpa melanggar sunnatullah, dalil aqli dan naqli semata-mata untuk meraih redha Allah.

9. Bagi panduan melukis pula bagi saya, panduan dalam hidup muslim tetap sama dalam apa jua bidang iaitu quran, hadis, ijmak dan qias. Dan sekiranya telah terdapat fatwa dan komentar ulama muktabar akan hal itu, ia juga patut dijadikan panduan. Namun dalam melukis, semua itu bergantung pada rasa taqwa dalam diri kita. Taqwa inilah yang dapat buat kita ikut atau tidak panduan yang tersedia.

10. Bagi isu komik patuh syariah 100% pula, saya merasakan tiada siapa dapat claim komik yang mereka hasilkan itu patuh syariah 100%. Kita boleh berusaha 100% melukis dengan mematuhi syariah, namun produk akhir komik tetap mempunyai peratusan ijtihad diri sendiri terhadap lukisan yang lahir dari imaginasi yang boleh jadi silap dan salah. Saya rasakan saya kurang menjelaskan bab ini dengan baik semasa pembentangan. Antara poin yang tertinggal adalah persoalan adakah komik bukan dakwah boleh menjadi komik patuh syariah? Di sini pentingnya mengetahui kaitan rapat antara syariah dan dakwah. Ringkasnya, syariah adalah semua hukum dan batas untuk kita taat kepada Allah, termasuk hukum kewajipan berdakwah. Manakala dakwah adalah mengajak manusia untuk taat kepada Allah. Jika kita kata komik kita patuh syariah tapi bukan komik dakwah, bermakna kita kata komik kita mengikut hukum untuk kita taat kepada Allah tapi komik kita tak ajak orang untuk taat kepada Allah yang merupakan hukum wajib dalam syariah. Bukankah itu kontradik?

11. Kemudiannya, saya bentangkan fatwa melukis dari Dr Yusuf al Qaradhawi dalam kitab al halal wal haram, fatwa pengharaman pokemon, komentar Dr Wahbah Az Zuhaily mengenai program animasi barat, harapan Al Qaradhawi dan Al Munajjid mengenai pentingnya wujud produksi islam dalam animasi dan halatuju komik dakwah. Di akhir pembentangan ada saya tunjukkan pelbagai bentuk karya komik dalam sejarah yang saya ekstrak daripada wikipedia, dan kemudian memulangkan persoalan apakah bentuk komik dakwah Malaysia yang patut kita wujudkan kepada para peserta. Salinan slide boleh lihat di sini: https://drive.google.com/file/d/0B4SVICzJ883gUFRJQ0habDctT28/view?usp=sharing

12. Sebelum sesi tamat, panjang lebar lagilah saya membebel apabila beberapa soalan diajukan, rata-rata saya meletakkan jawapan adalah pada taqwa kita untuk taat kepada suruhan dan hukum Allah yang terdapat dalam quran, hadis, ijmak, qias dan betapa kita sebagai muslim ini ada tanggungjawab ke atas dakwah dengan kekuatan masing-masing dengan sifat unik dalam diri, kemahiran, bakat dan sebagainya, apa yang penting kita terus berusaha, terus belajar, terus menyumbang tanpa rasa sudah cukup hinggalah kita mati.

13. Saya ada memberikan jawapan dan idea spesifik pada soalan-soalan yang spesifik, namun saya anggap itu hanya idea ringkas saya yang pasti ada kelemahan, maka perlunya para peserta berbincang dengan para alim muktabar khususnya pelajar USIM yang mempunyai tenaga pengajar berwibawa di sana dalam menggariskan panduan bidang kreatif ini. Saya rasa persoalan apa itu kreatif juga saya tertinggal untuk terangkan. Kreatif bagi saya adalah usaha menyelesaikan masalah dengan sumber yang terbatas. Hanya disebabkan wujudnya batas, maka kreatif menjadi wujud. Maka umat Islam yang dibataskan oleh Allah dalam segenap perkara adalah umat manusia yang perlu kreatif dalam segenap perkara. Malanglah mereka yang mahu melanggar batas ini apatah lagi berkata mereka mahu kreatif maka mereka melanggar batas, malang sungguh!

14. Saya terpaksa mengundurkan diri setelah sesi penyampaian cenderahati, dan tidak berkesempatan untuk sesi bergambar kerana kekangan di pihak saya khususnya saya perlu ke beberapa destinasi selepas itu dan masa sangat terhad buat saya. Saya mohon maaf atas segala kekurangan, dan saya merasakan perbincangan komik dakwah ini tak dapat dituntaskan dalam 1 jam yang diberikan kerana pemberat bagi komik dakwah adalah "dakwah" yang merupakan isu yang sangat luas dan berat.

15. Sekian saja dulu, kerana nampaknya dah panjang lebar sangat, nanti jadi thesis pula.
mfr studio
(soalan merujuk KUASA POLIIK BAHARU: APA ANAK MUDA MAHU? )

Soalan:

Salam, saudara apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan berinstitusi? Saya kurang faham.
Terima kasih.

Jawapan:

pendidikan berinstitusi bermaksud sistem sekolah dan universiti yang ada sekarang.

Saya berpandangan sistem sekolah dan universiti yang mengandungi sistem hirarki dan pengurusan tak wajar bercampur dengan pendidikan kerana falsafah pendidikan tak dapat dicapai.

Beberapa contoh masalah sistem pendidikan berinstitusi ini adalah seperti berikut:

1. Kualiti guru/pensyarah bukan pada keupayaannya dalam mendalami ilmu dan menyebar ilmu.

-guru/pensyarah menjadi sebuah profesyen makan gaji, dengan sesiapa pun yang punya kelulusan tertentu, boleh mohon jadi guru/pensyarah, dengan hanya memuntahkan segala ilmu dalam sillabus sudah cukup menjadikan tugas mereka selesai. mereka yang tak punya akhlak dan kecintaan tinggi pada ilmu juga boleh diangkat sebagai guru di sekolah atau pensyarah di universiti. Hasilnya, anak-anak kita bakal dididik oleh manusia yang tak berjiwa cinta ilmu dan punya adab dan akhlak tinggi, maka bagaimana dapat kita jamin proses pendidikan menghasilkan manusia yang berilmu dan berakhlak mulia.

- cadangan saya adalah pendidikan berinstitusi ini dihapuskan, hapuskan semua guru dan pensyarah yang tak terjamin kualiti dan hapuskan bidang perguruan sebagai profesyen makan gaji. sebagai ganti, peruntukan gaji guru itu disalurkan kepada tokoh-tokoh yang mendalami ilmu dan diperakui punya akhlak mulia sebagai tanggungan kehidupan mereka. mereka boleh meneruskan kajian-kajian mendalam tentang pelbagai ilmu tanpa ada sikit pun hati mereka mahu mengejar pangkat, gaji atau naik hirarki jadi pengetua, pegawai pendidikan dan sebagainya kerana semua itu telah dihapuskan. maka hasilnya kita akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan berakhlak mulia, malah budaya pengkajian untuk mencipta ilmu dan teknologi baru akan tercapai.

2. Peruntukan pendidikan banyak disalurkan kepada pengurusan pendidikan dan bukan kepada membangunkan kajian, ilmu dan teknologi baru.

-apabila pendidikan berinstitusi maka banyaklah keperluan-keperluan membayar hal-hal pengurusan seperti gaji kerani-kerani, gaji ketua-ketua, kontrak-kontrak penyelenggaraan sekolah/ universiti, kursus-kursus pengurusan dan banyak lagi. sehingga peruntukan yang benar-benar untuk membangunkan kajian, ilmu dan produk teknologi baru menjadi sangat kecil.

-cadangan saya apabila pendidikan berinstitusi dihapuskan, semua peruntukan boleh disalur kepada tanggungan hidup para tokoh ilmu dan kepada kajian-kajian mereka dan anak murid mereka. maka dengan peruntukan yang besar dapatlah fokus kepada pengkajian ilmu dapat dibuat lebih mendalam dan pembangunan teknologi baru dapat jadi lebih cergas dan cepat.

3. Psikologi pelajar terhadap sekolah dan universiti serta terma "belajar" adalah negatif.

- atas kerana pendidikan berinstitusi perlu menjaga reputasi dan institusi masing-masing, di samping pengurusan dan tenaga pengajar terfokus pada sekadar menyelesaikan tugasan dan mencapai perjalanan karier, maka hasilnya tekanan-tekanan diberikan kepada pelajar untuk mencapai keputusan-keputusan yang dikehendaki sekolah. Pelajar mula tertekan dengan belajar, dan lebih suka dengan cuti, sama ada ponteng sekolah, ponteng kuliah menjadi pilihan atau belajar secara hempas pulas tanpa faham apa tujuan dirinya belajar. cinta kepada ilmu pun tak dapat difahami dengan jelas. apatah lagi nak cinta Allah dalam proses belajar.

-cadangan saya apabila pendidikan berinstitusi dihapuskan, semua orang boleh belajar ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. apa yang mereka perlu lakukan adalah pergi pada tokoh ilmu untuk mencedok ilmu yang mereka minati dan bersama mengkaji ilmu dan membangunkan produk teknologi untuk maslahat masyarakat. Ilmu boleh disebar secara bebas, akan ada banyak perkongsian percuma di jalanan-jalanan, dialog-dialog untuk mengintegrasikan bidang ilmu, juga debat-debat untuk mematahkan ilmu sesat dan salah. masyarakat akan berlumba-lumba untuk persiapkan diri dengan pelbagai ilmu. ilmu akan dicintai. kajian akan menjadi dalam. teknologi akan dibangun dan diperbaiki. Cinta pada Allah akan dicari.

Banyak lagi yang tak dapat saya coretkan kerana akan jadi sangat panjang lebar mungkin jadi jurnal atau thesis 300-400 muka surat.

Ringkasnya konsep pendidikan yang saya cadangkan adalah seperti berikut:

1. Pendidikan Awal- Home Schooling/ Community Schooling, mengajar asas akidah, membaca al quran, bahasa, adab muslim dan manusiawi, ibadah asas, konsep dunia, nafsu, bakat diri, sejarah tamadun, senaman dan permainan.

2. Pendidikan Umum- Perkongsian Percuma Oleh Ahli Masyarakat,
mengajar ilmu-ilmu alat, usul agama, maqasid, mengira, matematik, mantik, logik, konsep asas teknologi, kreativiti, ilmu alam, geografi, asas sains dan lain-lain

3. Pengkajian Ilmu dan Pembangunan Produk- Menggali ilmu bersama tokoh yang mengkaji ilmu, untuk mendalami ilmu, adab dan akhlak guru seterusnya membangunkan produk-produk yang membawa manfaat pada tamadun dan maslahat masyarakat.

Apa yang saya harap akan tercapai dari pendidikan terbuka ini, sekurang-kurangnya kita akan berjaya meramaikan tokoh ilmuwan, membangunkan produk teknologi sendiri seterusnya memimpin dunia ke arah tamadun yang lebih islami.

Sekian.

mfr
1. Sejak saya digelar anak muda belasan tahun lagi, saya amat sensitif dengan forum-forum bicara anak muda. Paling saya sensitif, kalau ada yang mengaku "saya mewakili suara anak muda, bla bla bla". Saya akan membentak dalam hati, "siapa melantik kau mewakili anak muda?", sekurang-kurangnya, saya anak muda tak pernah mewakilkan kau mewakili suara saya. Jadi saya amat suka dengan soalan dari Tuan Sayed Munawar pada panelis dalam Siri Wacana Sinar Harian ke 36 dengan tajuk di atas, "adakah kalian benar-benar mewakili suara anak muda?"

2. Saya malas nak komentar pasal apa yang dibincangkan, kerana soalan asas moderator langsung tak jawab dengan tuntas, "Apa structural reform yang anda mahu bawa dalam politik Malaysia?". Sebab mereka semua masih mahu kekalkan status quo, paling jelas tak ada seorang berani jawab "Saya mahu PINDA PERLEMBAGAAN MALAYSIA".

3. Saya sedar Sayed Munawar suka kalau ada panelis yang bercakap benda baru yang tak pernah dibincangkan. Saya seronok kalau ada sesiapa boleh khabarkan pada Sayed Munawar, dulu ada seorang anak muda pernah bercakap tentang suatu yang ramai rakyat Malaysia tak pernah dengar, sama ada diketawakan sebagai tak realistik, kartun, tak berpijak di bumi nyata atau disampahkan saja ideanya.

4. Saya membayangkan jika saya duduk di atas platform itu, jika ditanya "Jadi apa structural reform yang kamu ingin bawa untuk Malaysia?". Begini saya jawab:

i. Structure yang paling perlu reform di Malaysia adalah PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Bab yang paling jelas perlu diubah atau diperbaiki/reform adalah memberikan PENJELASAN TUNTAS KE ATAS ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN DALAM PERLEMBAGAAN, iaitu meletakkan halatuju negara kepada APA YANG ALLAH SEBAGAI PENCIPTA MANUSIA MAHUKAN ADA DI MALAYSIA. Orang akan berhujah tentang masyarakat majmuk, perbincangannya akan panjang tapi semua akan bersetuju bahawa Apa Yang Allah Pencipta Manusia Mahukan Tentulah Sangat Baik Untuk Seluruh Manusia Majmuk.

ii. Status quo dan doktrin politik yang paling perlu dipecahkan, bukan sekadar tukar kerajaan, TAPI HAPUSKAN TERUS POLITIK BERPARTI. BIAR MARHAEN BERTANDING DENGAN IDEA MARHAEN DALAM SEMUA PILIHANRAYA DUN ATAU PARLIMEN. MARHAEN YANG BEBAS DOKTRIN PARTI SAHAJA MAMPU MEMECAHKAN KESELURUHAN STATUS QUO POLITIK MALAYSIA. Ini juga menyelesaikan masalah tradisi keluarga atau legasi politik individu dalam politik Malaysia.

iii. Aktifkan partisipasi rakyat dalam politik dengan MUSYAWARAH UMAT. Inilah kaedah paling terbaik untuk menjawab "adakah kamu mewakili anak muda?" atau soalan "adakah kamu benar-benar mewakili rakyat?". Sebab semua orang pun faham, wakil rakyat yang dicalonkan oleh parti politik adalah mengutamakan DOKTRIN, AGENDA, POLISI DAN HALATUJU PARTI POLITIK masing-masing. Beza ketara dengan idea Musyawarah Umat yang menghimpun marhaen seluruhnya tanpa apa-apa label doktrin hanya berpaksi isu masalah dan solusi tuntas, yang fokus pada permasalahan setempat dan solusi berfokus setempat bagi calon DUN dan fokus kepada membuat dasar-dasar dan polisi bidang khusus oleh kelompok khusus berteras kepakaran tertinggi yang dimiliki negara untuk calon PARLIMEN. Nak hurai lagi lanjut, kena syarah panjang lebar lagi macam mana nak wujudkan Musyawarah Umat ini.

iv. Matikan semua yang memang dah sahih merosakkan struktur masyarakat iaitu HIBURAN HEDONISME perlu ditukar kepada hiburan berasaskan permainan ilmiah dan kesukanan sihat, EKONOMI KAPITALISME kepada sistem ekonomi Islam bebas riba, berkebajikan, pro sedekah, perniagaan tanpa cukai, tanpa subsidi, sejati dari konsep pasaran terbuka dengan harga ditentukan oleh tawaran dan permintaan yang jelas, hapus BANK PERNIAGAAN dan bangunkan SISTEM PINJAMAN KELOMPOK NON PROFIT TANPA RIBA dengan konsep koperasi, sumbangan dana, zakat dan wakaf, dan hapuskan SISTEM PENDIDIKAN BERINSTITUSI dan kembangkan SISTEM PENDIDIKAN TERBUKA DAN PERCUMA yang tak lagi menyentuh urusan-urusan pentadbiran dan dasar-dasar berubah pendidikan tapi biarkan pendidikan bebas berteraskan KAJIAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK BARU TAMADUN. Amacam, jelas benda baru, nampak macam ekstrim, tapi ternyata alternatif yang patut dibahas dan dibincangkan. Saya ada jawapan jika ada yang minat nak faham.

5. Dan jika betullah forum ini mahu tahu "Apa Yang Anak Muda Mahu?", tanya anak-anak muda baik, pandai cover, retorik, matang, aktif berpolitikal dan lain-lain tentulah dapat jawapan yang sedap. Cuba tanya anak-anak muda yang bersepah di jalanan, yang memberontak, yang rakus, yang indie, yang underground, yang komen-komen di amran fans dan sewaktu dengannya. Tak mustahil jawapannya, "Anak Muda mahukan WANG, HARTA, SEKS, HIBURAN, BEBAS, ...". Yang saya peliknya, mereka ahli politik ini mahu selesaikankah NAFSU ORANG MUDA ini? Gila.

6. Kita sebagai anak muda yang tak berapa muda ini, memang banyak idea dan pendapat. Saya sendiri dah rangka structural reform untuk politik, ekonomi, sosial Malaysia sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dulu saya marah sangat dengan orang-orang tua yang kononnya memperjuangkan hak-hak bersuara anak muda, apabila saya semuda belasan tahun bagi pendapat, diejek dan dikeji sahaja. Konon nak memperjuangkan apa yang orang muda mahukan, tapi saya yang terang-terang muda waktu itu dinafikan hak sekerasnya oleh semua aktivis politik belah mana pun.

7. Tapi akhirnya apabila umur saya meningkat ke 30 tahun tahun ini, saya rasa saya patut membuat jasa dulu sebelum nak memperkatakan apa-apa. Itulah yang anak muda patut mahu. BERJASA DULU. Rasulullah s.a.w pun diangkat jadi Nabi dan Rasul setelah berjasa pada masyarakat Mekah. Gelaran al-amin itu bukan datang dengan duduk berteluku komen sana sini, pendapat sana sini, bashing sini situ, tapi setelah rasulullah s.a.w BERJASA.

8. Pengalaman seawal mula bekerja setelah graduasi ini, saya benar-benar tercabar dengan satu soalan yang pernah dilontar oleh pengurusan tertinggi (yang kini sudah bersara) kepada saya, "APA PRODUK KAMU?" atau jika saya mahu kembangkan lebih besar soalan itu "APA JASA SAYA UNTUK MALAYSIA?". Memang ada orang muda gelojoh nak jawab dah berjasa bayar cukai, dah berjasa bekerja bangunkan ekonomi, dah berjasa mengundi, dan banyak lagilah jika mahu mereka sebut tentang jasa mereka. Tapi saya tak rasa saya dah cukup untuk bangkit mengatakan SAYA SUDAH BERJASA PADA MALAYSIA.

9. Anak muda perlu ada jasa. Jasa secara langsung. Jasa yang impaknya kuat. Jasa bukan setakat Malaysia, tapi seluruh tamadun manusia. Kita anak muda boleh jadi pencipta dan pembangun ilmu, teknologi dan ketamadunan masa depan untuk dunia. Langkahnya adalah JADIKAN DIRI KITA PAKAR TENTANG APA YANG KITA BAWA.

10. Sekali lagi saya ulang, apa yang anak muda patut mahu, ADALAH BERJASA, langkahnya JADIKAN DIRI KITA PAKAR.

Sekian, mohon mencadang.

Saya MFR. Saya rakyat marhaen.

Tuntas.
Berikut saya lampirkan surat terbuka saya kepada YAB Perdana Menteri yang inshaAllah akan saya salinkan kepada mana-mana pihak agar surat ini sampai juga ke tangan Perdana Menteri.


---------------------------------------

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, Putrajaya
MALAYSIA

s.k
Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri
Ketua Audit Negara



Dato' Sri,

MENCADANGKAN SEMUA PINJAMAN SYARIKAT KERAJAAN DIAUDIT DAN DILAPORKAN DALAM LAPORAN TAHUNAN KETUA AUDIT NEGARA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Bertepatan dengan apa yang dilaporkan oleh Bernama, ( capaian http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1157521 dirujuk), Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa duit 1MDB dimiliki oleh rakyat dan tidak boleh diberi kepada parti politik. Atas kerana semua duit 1MDB dikatakan datang dari pinjaman daripada institusi kewangan diisytihar sebagai dimiliki oleh rakyat oleh jurucakap kerajaan sendiri, maka seharusnya semua pinjaman yang dibuat oleh semua syarikat-syarikat kerajaan juga tentulah dimiliki oleh rakyat (perkara 4.6.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil.12 tahun 1993 dirujuk, kerajaan menyarankan lembaga pengarah syarikat induk milik kerajaan memperolehi pinjaman daripada institusi kewangan http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp121993.pdf).

3. Sesuai dengan Perkara 5(d) Akta Audit 1957 menyebut:

akaun mana-mana badan lain, termasuk syarikat yang
didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125],
yang menerima pemberian atau pinjaman daripada
Persekutuan atau Negeri, dan termasuk juga sesuatu
syarikat yang lebih daripada separuh modal syer
berbayarnya dipegang oleh Persekutuan, sesuatu
Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam atau
dipegang sedemikian pada agregatnya oleh dua
daripada mereka atau lebih:
(http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Akta%2062.pdf)

Maka saya mencadangkan setiap pinjaman syarikat-syarikat kerajaan diperincikan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara agar setiap pinjaman syarikat tersebut yang merupakan wang rakyat, diketahui oleh rakyat berapa jumlahnya dan ke mana ia dirancang atau telah dibelanjakan dan apakah risiko dan peluang yang akan atau sudah diperolehi daripada perbelanjaan itu kepada kepentingan rakyat Malaysia umumnya.

4. Saya juga mencadangkan agar beberapa pindaan kepada takrif "wang awam" dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta berkaitan khususnya Akta Audit 1957 merujuk terus kepada makna yang jelas dan terang bahawa semua harta, aset, wang, termasuk nilai pinjaman, pelaburan dan apa saja yang bernilai dimiliki syarikat-syarikat kerajaan diisytiharkan sebagai dimilki rakyat 100% dan berhak diketahui oleh rakyat dalam bentuk laporan pengauditan yang terperinci.

5. Perhatian Dato' Sri ke atas cadangan ini amat dihargai. Sekiranya pemahaman saya sebagai rakyat Malaysia ke atas isu-isu yang dicadangkan ini mengelirukan, mohon pihak Dato' Sri membuat penjelasan agar saya dan seluruh rakyat Malaysia lebih memahami ruang lingkup peraturan pengurusan wang awam atau wang rakyat oleh kerajaan Malaysia seperti yang diamalkan dalam segala urusan pada masa kini di bawah pimpinan Dato' Sri.

6. Surat cadangan ini dibuat secara terbuka dan mohon sekiranya pihak Dato' Sri perlu memberi maklumbalas ke atas surat ini juga dibuat secara terbuka.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Muhammad Fakhrul Razi
Rakyat Marhaen Malaysia

http://alhikmah-diari.blogspot.com
http://mfrstudio.blogspot.com
Bismillah.

Saya tertarik dengan 5 fakta pelik yang dikemukakan oleh Pengarang Kanan Ismaweb.net, Tuan Razali Zakaria yang menulis pendapat peribadi yang bukan pendirian rasmi Isma seperti di:http://www.ismaweb.net/2015/07/cerita-pelik-lima-pengumuman-serentak-hari-ini/

1. Rombakan Kabinet (Pemecatan Muhyiddin dan isu 1MDB)
Tuan Razali menulis: "Kita yakin sebagai TPM, bukannya Muhyiddin tidak mengetahui mengenai isu dan masalah yang menimpa 1MDB sebelum ini, namun demi menjaga Najib sebagai boss dan rakan, beliau dipercayai lebih banyak mendiamkan diri."

Kalau betul Tuan Razali yakin Muhyiddin mengetahui masalah menimpa 1MDB dan yakin Muhyiddin berdiam diri untuk menjaga Najib sebagai boss dan rakan, maka Muhyiddin memang patut diberhentikan. Kita tak mahu pemimpin yang menjaga bos dan rakan, tapi kita mahu pemimpin yang menjaga RAKYAT!

Maka saya bersyukur Muhyiddin diberhentikan supaya tidak lagi mengulang tindakannya yang bersubahat menyembunyikan masalah 1MDB. Cuma Muhyiddin ketika bersuara secara terbuka TELAH MENGAKU BELIAU TAK TAHU TENTANG 1MDB DAN TERPAKSA BACA THE EDGE UNTUK FAHAM AKAN MASALAH 1MDB!

Maka Muhyiddin yang diyakini oleh Tuan Razali sebagai MENGETAHUI MASALAH 1MDB TELAH MENIPU MENGATAKAN BELIAU TAK TAHU MENAHU MASALAH 1MDB!

Maka saya bersyukur sekali lagi Muhyiddin diberhentikan kerana kita tak suka pemimpin YANG TAHU MASALAH TAPI MENIPU TAK TAHU MASALAH! KITA TAK MAHU PEMIMPIN PENIPU!

2. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)

Tuan Razali menulis: "Alasan yang diberi ialah kerana Gani menghadapi masalah kesihatan. Tidak dinafikan Gani mempunyai masalah kesihatan"
Tuan Razali sendiri mengaku Gani mempunyai masalah kesihatan. Saya bersyukur Siasatan terhadap 1MDB tak diketuai oleh PEGUAM NEGARA YANG TIDAK SIHAT!

Ayat Tuan Razali seterusnya:"namun rata-rata orang ramai melihat tindakan itu ada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas 1MDB, yang dipercayai memperoleh banyak maklumat mengelirukan mengenai berbilion-bilion wang yang dipinjam daripada bank tempatan dan luar."

Tuan Razali sendiri tak pasti apa yang dilihat oleh orang ramai itu fakta atau persepsi. Maka kita ambil fakta sajalah, iaitu Gani TAK SIHAT DAN SIASATAN ISU YANG SERIUS INI TAK PATUT DIANGGOTAI OLEH PEGUAM NEGARA YANG TAK SIHAT!

3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)

Tuan Razali menulis:"Namun, kita hairan kenapa pertubuhan yang mempunyai minda prihatin itu tidak membuat aduan terhadap Najib selepas dakwaan mengatakan RM2.4 bilion wang 1MDB yang juga wang rakyat masuk ke akaun peribadi Najib."

Saya amat bersyukur jika skandal kegagalan 1BestariNet yang dilulus oleh Muhyiddin DAPAT DISIASAT BUKAN SAJA OLEH SPRM MALAH DISIASAT SAMA SEPERTI SKANDAL 1MDB OLEH PAC DAN AUDIT NEGARA!
Kita rakyat MAHU semua skandal yang dituduh DISIASAT! MAKA SYUKUR PMSP MEMBUAT ADUAN TERSEBUT!

4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)

Tuan Razali menulis:"HARI INI, pastinya siasatan PAC terhadap 1MDB tergendala apabila Nur Jazlan berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC selepas dilantik sebagai timbalan menteri. Siapa yang akan meneruskan siasatan apabila ‘kepala’ PAC dan Pasukan Penyiasat Khas (Gani) tiada?"

Kita mendengar Najib menolak PEMIMPIN YANG TIDAK BERSETUJU DEGAN BELIAU DALAM ROMBAKAN KABINET INI, DAN NUR JAZLAN ADALAH ORANG YANG MENERIMA PELANTIKAN MAKA BELIAU TENTUNYA ORANG YANG BERSETUJU DENGAN NAJIB! Syukur sebab PAC TAK DIKETUAI OLEH ORANG YANG BERSETUJU DENGAN NAJIB!
Biarlah siasatan 1MDB diuruskan oleh anggota dan KETUA PAC YANG TIDAK DIDAKWA SEBAGAI "PENJILAT NAJIB" SEPERTI YANG DIDAKWA KEPADA SEMUA ANGGOTA KABINET YANG BARU TERMASUK NUR JAZLAN!

5. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Tuan Razali mnulis:"Namun, mungkinkah hanya kebetulan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baharu yang akan memulakan tugas rasminya esok, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara?"

Saya bersyukur Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang bersara SUDAH ADA PENGGANTI! Bagaimana jika Cawangan Khas Bukit Aman tidak diketuai oleh mana-mana PENGARAH apabila MANTAN PENGARAHNYA SUDAH BERSARA?

Tiada fakta yang ada dalam tulisan tuan berkenaan hal ini hanya soalan sangka-sangkaan sahaja.

5 CERITA DI ATAS DENGAN FAKTA YANG DIBERI LANGSUNG TAK PELIK MALAH BUAT KITA LEBIH BERSYUKUR!

Tapi saya lebih berminat dengan 1 fakta yang dikemukakan oleh Tuan Razali sebagaimana yang tuan menulis: "Mungkin, Suud tidak mengetahui bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB adalah wang rakyat dan jumlahnya lebih besar daripada RM663 juta."

BOLEHKAH TUAN BERIKAN BUKTI BAHAWA RM42 BILION YANG DIPINJAM OLEH 1MDB ADALAH WANG RAKYAT?

Saya rasa bukti yang ada pada tuan amat berguna untuk dikemukakan pada rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Kerjasama tuan amat dihargai.

-----------------------------------------------------------

KEMASKINI 31 JULAI 2015

Bismillah.

Terima kasih kerana menuduh saya “menjilat” dan “cybertrooper” dan sebagainya.

Berikut saya sediakan komen TERSIRAT pula bagi setiap komen tersurat saya di atas untuk perhatian tuan/puan pemberi komen.

1. Rombakan Kabinet (Pemecatan Muhyiddin dan isu 1MDB)

Saya menulis:”Maka saya bersyukur sekali lagi Muhyiddin diberhentikan kerana kita tak suka pemimpin YANG TAHU MASALAH TAPI MENIPU TAK TAHU MASALAH! KITA TAK MAHU PEMIMPIN PENIPU!”

Tersirat level 1: JIKA NAJIB JUGA TERBUKTI PENIPU, MAKA KITA JUGA TAK MAHU NAJIB MENJADI PEMIMPIN!

Tersirat level 2: PENIPU BUKANLAH SIFAT PEMIMPIN MUSLIM YANG BERWIBAWA, OLEH ITU PARA PENGUNDI HARUS BERINGAT, SELEPAS INI HANYA YANG TERBUKTI SEBAGAI MUSLIM BERWIBAWA SAJA PATUT DIUNDI! UNDILAH MUSLIM BERWIBAWA YANG KEWIBAWAANNYA DIIKTIRAF OLEH BUKTI AMALNYA DISAKSI PARA MUKMIN DAN ORANG-ORANG SOLEH!

2. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)

Saya menulis:” Maka kita ambil fakta sajalah, iaitu Gani TAK SIHAT DAN SIASATAN ISU YANG SERIUS INI TAK PATUT DIANGGOTAI OLEH PEGUAM NEGARA YANG TAK SIHAT!”

Tersirat level 1: KITA TAK MAHU ORANG YANG DISAHKAN TAK SIHAT MENGETUAI SUATU TUGAS YANG SERIUS DAN BERAT TANGGUNGJAWABNYA.

Tersirat level 2: MUSLIM BERWIBAWA ITU WAJIB MEMILIKI KESIHATAN YANG DISAHKAN UNTUK MEMBERI KOMITMEN KEPADA TUGAS BERAT MEMIMPIN RAKYAT DAN NEGARA!

3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)

Saya menulis:” Kita rakyat (mahu) semua skandal yang dituduh DISIASAT! MAKA SYUKUR PMSP MEMBUAT ADUAN TERSEBUT!

Tersirat level 1: SEMUA TUDUHAN WAJIB DISIASAT TANPA MENGECUALIKAN SESIAPA PUN YANG MENUDUH ATAU YANG DITUDUH, SEBELUM KESIMPULAN DAN HUKUMAN DAPAT DIBUAT.

Tersirat level 2: PEMIMPIN DARI KALANGAN MUSLIM BERWIBAWA MAMPU DILANTIK DENGAN MUDAH SEKIRANYA RAKYAT TERDIRI DARI MUSLIM BERWIBAWA, DAN SIFAT MUSLIM BERWIBAWA, MEREKA TABAYYUN (MENYIASAT DENGAN TELITI UNTUK PENGESAHAN) SEBELUM MEMBUAT KESIMPULAN DAN HUKUMAN.

4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)

Saya menulis:”Biarlah siasatan 1MDB diuruskan oleh anggota dan KETUA PAC YANG TIDAK DIDAKWA SEBAGAI “PENJILAT NAJIB” SEPERTI YANG DIDAKWA KEPADA SEMUA ANGGOTA KABINET YANG BARU TERMASUK NUR JAZLAN!”

Tersirat level 1: WAJAR YANG MENYIASAT SUATU TUDUHAN ITU DIBUAT OLEH ORANG YANG ADIL DAN TIDAK PUNYA APA-APA KEPENTINGAN UNTUK BERSIKAP BERPIHAK.

Tersirat level 2: MUSLIM BERWIBAWA SEPATUTNYA TIDAK MEMILIH UNTUK BERPIHAK PADA MANA-MANA PIHAK JIKA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENYIASAT DAN HAKIM. KEBENARAN MOTIF UTAMA SEORANG MUSLIM BERWIBAWA.

5. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Saya menulis:”Tiada fakta yang ada dalam tulisan tuan berkenaan hal ini hanya soalan sangka-sangkaan sahaja.”

Tersirat level 1: TUAN RAZALI ZAKARIA BUKANLAH MUSLIM BERWIBAWA DENGAN SIFAT MENULIS MENURUT ANDAIAN DAN SANGKA-SANGKAAN.

Tersirat level 2:” ISMA YANG SAYA SANGKA MEMPERJUANGKAN USAHA TARBIYAH AHLI UNTUK JADI MUSLIM BERWIBAWA HINGGA SAYA TAK SEGAN SILU MEMPROMOSI CALON ISMA UNTUK DIUNDI SEBAGAI MUSLIM BERWIBAWA RUPANYA MELESET SAMA SEKALI!”

Tersirat level 3: JIKA TUAN RAZALI ZAKARIA MASIH ADA PERASAAN UNTUK JADI MUSLIM BERWIBAWA, TOLONGLAH KEMUKAKAN BUKTI BAHAWA RM42 BILLION YANG DIPINJAM OLEH 1MDB DATANG DARI WANG RAKYAT. SAYA RASA BUKTI INI AMAT MEMBANTU PENYIASATAN KES 1MDB SETERUSNYA NAJIB RAZAK DIBUKTI BERBOHONG KERANA TELAH MENGGUNAKAN WANG RAKYAT SEBANYAK RM42 BILLION UNTUK DIBERI KEPADA 1MDB SEBAGAI MODAL PERNIAGAAN, DAPAT DIDAKWA, DITURUNKAN DARI KERUSI PM, SUPAYA PEMIMPIN ZALIM DAN PENIPU TIDAK LAGI DIANGKAT JADI PM!

Nasihat saya sejak tahun 2012 pada semua ahli politik boleh dibaca di sini: https://plus.google.com/photos/+mfribnmukhtar/albums/5748319840322228865

Sekian.

Yang dituduh penjilat,
mfr studio

-----------------------------------------------------

KEMASKINI 2 OGOS 2015

Baiklah jika Tuan Razali menganggap “ADALAH WANG RAKYAT” dan “DATANG DARI WANG RAKYAT” adalah suatu yang berbeza.

Apa-apa pun implikasi kepada mengisytiharkan wang pinjaman 1MDB ADALAH WANG RAKYAT bermakna segala transaksi wajib diaudit oleh Ketua Audit Negara dan wajib dikeluarkan laporan bersama laporan-laporan audit negara yang biasa dikeluarkan setiap tahun berkaitan WANG RAKYAT yang dibelanjakan oleh kementerian-kementerian kerajaan. Itulah implikasi yang saya fahami.

Maka jika kita semua di sini sudah berpegang bahawa semuapinjaman wang syarikat berkaitan kerajaan ADALAH WANG RAKYAT maka, saya harap kita MENDESAK SUPAYA LAPORAN AUDIT NEGARA MENCAKUPI AKAUN SYARIKAT-SYARIKAT INI JUGA KERANA ITU ADALAH WANG RAKYAT, RAKYAT BERHAK TAHU KE MANA DIBELANJAKAN WANG RAKYAT.

Adalah satu kesalahan Jabatan Audit Negara mengabaikan bahagian WANG RAKYAT yang dibelanjakan oleh setiap pinjaman yang dibuat SEMUA syarikat berkaitan kerajaan.

Saya dengan ini memohon maaf dan bersedia untuk MENGUBAH IKTIKAD SAYA BAHAWA SEMUA WANG PINJAMAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN ADALAH WANG RAKYAT dengan taklid kepada Tuan Razali Zakaria yang saya anggap Muslim Berwibawa yang sudah diiktiraf oleh Ismaweb.net. Isnin ini saya akan kemukakan surat rasmi kepada jabatan audit negara supaya jangan culas untuk mengaudit WANG RAKYAT yang digunakan oleh setiap syarikat berkaitan kerajaan atas IKTIKAD saya bertaklid kepada pegangan Tuan Razali Zakaria berserta semua yang mengiktiraf pegangan itu di sini yang saya IKTIKAD semua adalah Muslim Berwibawa.

Saya akan lampirkan salinan surat terbuka saya itu di sini inshaAllah.

Sekian, terima kasih.

mfr
Sila baca tulisan dan ruang komen di sini, untuk faham susur galur perguruan ilmu makrifat yang sampai ke lepat : http://ulama.blogspot.com/2005/03/sheikh-fadhil-banten.html

Beberapa keratan komen yang menjelaskan susur galur perguruan dari Abu Darsan dapat saya kutip dalam beberapa komen seperti di bawah (klik atas gambar untuk saiz besar):










Kalau ikut artikel dan komen tersebut, ringkasnya susur galurnya adalah:

tariqat qadiriyah+tariqat naqsyabandiyah--->
sheikh fadhil banten (wirid khaujakan/ mufti peribadi sultan ibrahim johor)--->
kiyai salleh/ panglima selempang merah ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Salleh_bin_Abdul_Karim ) ---->
Abu Darsan / Pak Abu (difatwa sesat oleh JAKIM pada 1988 http://masjid.melaka.gov.my/muatturun/122014/PENYELEWENGAN_AJARAN_SESAT_2.ppt ) --->
Ariffin bin Ali/ Ayah pin/ Ayah Lepat --->
Lepat


Salah seorang teman seperguruan Ayah Lepat yang dipanggil Ibrahim Awang/ Ayah Chik/ Bang Chik/ Guru Yahu mengaku anak murid Abu Darsan yang telah disahkan sesat oleh JAKIM, telah dipanggil oleh JAIP kerana didakwa mengajar anak muridnya tak solat dan tak puasa, tapi dia tak mengaku malah sudi untuk berhenti mengajar dan pergi ke masjid beribadah (nampak tak modus operandinya sama dengan apa yang diterangkan Lepat, supaya tak membawa "susah" pada teman sepengajian).

Rujuk:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Bagi anak-anak murid ayah Lepat, ayah Lepat adalah pengganti Abu Darsan dan bukannya Bang Chik. Ini diceritakan sendiri oleh Lepat, Pak Abu berkata pada ayahnya, Allah dan Rasul sendiri yang nak lantik ayah lepat jadi guru. Mengaku dapat mesej langsung dari Allah dan Rasul? Nampak tak kesesatannya sekarang?

Rujuk: https://www.facebook.com/video.php?v=805603059496228&pnref=story

Dan hasil kajian JAKIM ajaran Abu Darsan ada persamaan dengan ajaran Hasan Anak Rimau yang difatwa sesat pada 1971, dan ajaran Hasan Anak Rimau pula ada persamaan dengan ajaran sesat terawal, Ajaran Taslim yang dikesan pada 1870-an di Kg Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang.

Mungkin Ayah Pin, ayah Lepat berbeza dengan Ayah Pin Kerajaan Langit Terengganu, tapi Ayah Pin, ayah Lepat berguru dengan pak Abu Darsan yang dah difatwa sesat pada 1988 yang ajarannya hampir sama dengan ajaran Hassan Anak Rimau yang difatwa sesat 1971 yang menjadi guru kepada Ayah Pin Kerajaan Langit Terengganu.

Kenali lanjut konsep ajarannya, dan anda akan dengar hampir serupa dengan apa yang diajar oleh Lepat dalam video-videonya: http://www.abuanasmadani.com/kenali-jauhi-ajaran-sesat-di-malaysia/

Jadi, masih ada lagi orang yang tak setuju Lepat membawa ajaran sesat?
Melainkan orang-orang yang menganggap JAKIM, JAIP dan segala jabatan agama di Malaysia yang membawa ajaran sesat.

Sekian.
mfr studio

Sudah lama sebahagian orang memanggil ilmu syariat itu ilmu hukum hakam, lalu mendakwa ahli syariat adalah ustaz-ustaz fiqh yang belajar fekah hukum halal haram makruh harus saja. Lalu dikatakan untuk beragama rasa diri berTuhan itu perlu jalan tariqat agar boleh capai ilmu kesempurnaan kepada syariat tadi iaitu ilmu hakikat dan makrifat.
Ada orang keliru ulama-ulama fiqh dan hadis hanya berbicara soal fiqh hukum hakam dan mengabaikan pentingnya hakikat dan makrifat, hingga akhirnya para pengikut fiqh ini tidak faham makna iman sebenar, penyucian jiwa, dan tidak membuahkan akhlak yang cantik dalam agama.

Sebenarnya, syariat itu bukan hukum fiqh semata-mata. SYARIAT secara umum terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu AKIDAH, AKHLAK dan HUKUM HAKAM (FIQH). Istilah FIQH itu sendiri tidak khusus kepada hukum hakam amal, seperti Imam Abu Hanifah mujtahid ilmu fiqh, menulis perihal TAUHID/AKIDAH dengan tajuk kitabnya, al-Fiqh al Akbar. Dan banyak sekali ulama Hadis seperti Imam Bukhari bukan sekadar menulis dan meriwayatkan hadis, tetapi juga ada memfokuskan berkaitan ADAB/AKHLAK seperti dalam kitab beliau, Adab al-Mufrad.

Sebahagian ulama mengkelaskan ilmu berkaitan HATI (IMAN) yang mengukuhkan AKIDAH dan AKHLAK lalu teguh taat menjaga HUKUM HAKAM (FIQH IBADAT, MUAMALAT, MUNAKAHAT, JENAYAH),sebagai ILMU TASAWUF. ILMU TASAWUF ini tak lain tak bukan, bersumber kepada ILMU AL QURAN dan HADIS juga.

Soal tawadhuk, zuhud, qanaah, akhlak yang baik, hati yang sentiasa bertaubat, sabar, hikmah, mujahadah, uzlah, ahli zikir, amal soleh, ikhlas, ihsan sehingga mencapai pertolongan Allah (maqam wali Allah) dan lain-lain dalam ILMU TASAWUF semuanya bagi memenuhi kesempurnaan AKIDAH, AKHLAK dan HUKUM HAKAM AMAL dan itulah keseluruhan SYARIAT ISLAM.

Para ulama mengkelas-kelaskan ilmu ini dengan nama-nama kerana mahu menyusun ilmu ini secara sistematik agar mudah dipelajari dan mendatangkan FAHAM dan FAQIH di kalangan umat yang menuntut ilmu. Jika HAKIKAT dan MAKRIFAT itu juga suatu ilmu Islam, maka sewajarnya HAKIKAT dan MAKRIFAT itu terkandung dalam TASAWUF, dan TASAWUF itu terkandung dalam SYARIAT. Dan semuanya itu asasnya AL QURAN dan HADIS.

NAK JADI AHLI SUFI, AHLI FIQH, MESTI JADI AHLI QURAN DAN AHLI HADIS.

Islam tak dipelajari dengan rasa-rasa, common sense ikut paradigma dogma dunia teras falsafah-falsafah kemanusiaan yang tak kehambaan, rasa macam baik, rasa macam kool, rasa indie, rasa aktivis, rasa cukup bagus, rasa macam lawan kezaliman, rasa reformis atau rasa revolusioner, rasa-rasa yang tak teras pada ilmu Quran dan Hadis, rasa-rasa yang buat diri lebih melulu membantah, marah-marah, takut hidup susah, takut mati, cinta dunia, tamak dan rasa nak berebut, tak puas hati sana sini, tak ada usaha bangun idea, tak ada usaha nak berbantu-bantu, hari-hari bising sebab perut belum cukup diisi buncit, rumah belum dibina megah, kenderaan belum cukup laju dan handal, nafsu belum puas-puas, saban waktu rasa tak cukup-cukup nak rakus-rakusan. Bukan begitu.

Oleh itu sebahagian ulama mewajibkan ILMU TASAWUF yang bercerita soal tawadhuk, zuhud, qanaah, akhlak yang baik, hati yang sentiasa bertaubat, sabar, hikmah, mujahadah, uzlah, ahli zikir, amal soleh, ikhlas, ihsan sehingga mencapai pertolongan Allah (maqam wali Allah) dan lain-lain, kerana semua itu MEMATIKAN NAFSU UNTUK RASA-RASA tadi.
Semua kerana kita mahu jadi orang Islam. Dan sesungguhnya jadi orang Islam yang faham SYARIAT adalah jadi orang yang baik.

Sebelum dapat kemahuan untuk jadi orang baik, kita semak diri adakah kita menangisi dosa-dosa kita hingga timbul penyesalan, timbul sebak di dada, mengalir berderai-derai air mata saat kita hadap diri pada Allah tiap kali SOLAT. Atau kita hanya mahu terus jadi umat islam yang begini, solat lapan, solat dua puluh, tetap pesta berbazar-bazar dosa?

mfr
Setelah khatam semua ceramah, tulisan, analisa akhbar, komen-komen, tulisan-tulisan, maka saya simpulkan persoalan 1MDB sebagai berikut:

1. Jika forensik audit telah dijalankan dan didapati ada salah laku, perlu ada pendakwaan, dan yang bersalah perlu dihukum. Jika tiada salah laku,maka penyebar fitnah perlu dihukum sekurang-kurangnya mengaku telah bersalah dan memohon maaf kerana menyebarkan fitnah dan menawarkan diri menjalani khidmat sosial. Sekurang-kurangnya 2 dakwaan perlu disahkan iaitu RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB telah lesap masuk poket kroni, dan sekurang-kurangnya RM2.3 bilion wang pinjaman 1MDB masuk ke poket Jho Low tanpa ada apa-apa pulangan keuntungan kepada 1MDB.

2. Jika 1MDB ditutup pada akhir nanti tanpa mampu menjana keuntungan, maka sahih seluruh pihak yang terlibat dalam mengurus 1MDB perlu didakwa dan dihukum. Jika 1MDB pada akhir nanti ditutup tetapi setelah menjana keuntungan, maka sahih, orang-orang yang dengan yakinnya mendakwa 1MDB akan gagal, perlu dimasukkan dalam senarai orang yang tidak tsiqah (yang tak boleh dipercayai), mereka tak boleh dilantik sebagai saksi apatahlagi menjadi pemimpin.

3. Jika tanah TRX dan Bandar Malaysia gagal dibangunkan, maka 1MDB telah gagal. Jika tanah TRX dan Bandar Malaysia berjaya dibangunkan, maka 1MDB berjaya.

4. Jika semua aset 1MDB dijual tetapi masih tak mampu melangsaikan hutang bersama faedahnya, maka 1MDB gagal. Jika semua aset 1MDB dijual dan hutang berjaya dilangsaikan tetapi 1MDB tidak bawa apa-apa untung, maka 1MDB masih juga gagal. Hanya jika semua aset 1MDB dijual, hutangnya langsai dengan ditambah pulangan keuntungan kepada kerajaan/rakyat, maka barulah 1MDB berjaya.

5. Jika 1MDB gagal membangunkan kem-kem tentera dan memindahkan aset tentera yang diamanahkan, maka 1MDB gagal. Jika semua pembangunan kem tentera dan aset tentera yang perlu dipindahkan berjaya dipindahkan, maka 1MDB berjaya.

6. Jika ada dana awam yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB, maka 1MDB gagal. Jika tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB dan hutang dibayar oleh pendapatan 1MDB sendiri, maka 1MDB berjaya.

7. Jika 1MDB gagal, kita rakyat wajib berterima kasih pada YB Rafizi, YB Tony Pua, Tun Mahathir dan lain-lain pihak yang menentang dan mahu 1MDB segera ditutup. Jika 1MDB berjaya, kita rakyat wajib berterima kasih pada PM Najib Razak dan semua pihak yang terlibat menguruskan 1MDB.

8. Sama ada 1MDB gagal atau berjaya, kita umat Islam tetap masih gagal mengangkat kewangan Islam sebagai sumber pendapatan negara dan masih bermuamalat dan hidup atas asas riba dalam sistem kapitalisme sebagai teras ekonomi negara. Allah tidak akan redha negara kita selagi kita tidak berstrategi dan berusaha ke arah menukar asas ekonomi negara daripada riba kepada kewangan islam patuh syariah.

Saya harap idea TRX benar-benar akan berjaya dan menukar teras kewangan negara kepada kewangan islam patuh syariah.Jika ekonomi dan undang-undang negara boleh bawa tuju ke arah syariah, saya cukup yakin politik Malaysia juga akan bergerak ke arah syariah inshaAllah.

Sekian.
mfr

Semua yang terjadi di dunia ini datang dari Allah S.W.T, Pencipta kita semua dan alam seluruhnya. Semuanya mempunyai hikmah yang sama iaitu UJIAN dan PERINGATAN agar manusia KEMBALI TAAT KEPADA ALLAH S.W.T. Begitu jugalah apabila terjadinya bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami, kemarau, dan lain-lain.

1. Pada mereka yang berdosa, bencana alam adalah sebagai UJIAN dan PERINGATAN agar mereka segera bertaubat, sedar bahawa yang menguasai alam ini bukan manusia tetapi ALLAH, maka TAATLAH PADA ALLAH.

2. Pada mereka yang sudah beriman dan beramal soleh, bencana alam adalah sebagai UJIAN dan PERINGATAN, bahawa keimanan mereka perlu diuji dan bukan sekadar hanya berkata "kami sudah beriman".Maka mereka perlu buktikan keimanan mereka pada ALLAH dengan bersabar pada ujian, memohon ampun dan petunjuk agar memperbaiki lagi iman mereka, menambah lagi amal soleh terutama berbuat kebajikan kepada mangsa bencana, dan tetap TAAT KEPADA ALLAH.

3. Pada mereka yang terkorban atas bencana ini, ia sebagai UJIAN dan PERINGATAN buat yang masih hidup, bahawa kita semua akan kembali jua kepada Allah. Apabila kita kembali kepada Allah, sama ada kerana bencana atau mati di atas katil pun, apa yang kita bawa adalah bekal iman dan amal soleh kita di saat nyawa kita diambil itu semata-mata, dan bukannya rupa, harta, pangkat, nama, kemasyhuran, sejarah dan apa saja yang bakal luput di dunia ini. Dengan bekal iman dan amal soleh itulah, kita akan tagih redha Allah di akhirat. Maka bagi yang telah pergi, tamatlah sudah peluang untuk berusaha mengumpul bekalan, jika baik bekalan, maka beruntunglah mereka berbangga meraih redha Allah, jika buruk bekalan, maka rugilah mereka serugi-ruginya.

Bagi kita yang masih diberi kesempatan ini, peluang kita baiki bekalan kita masih ada, walaupun hayat kita hanya berbaki beberapa minit, sungguh, berimanlah sungguh-sungguh, dan taubatlah dengan sebenar-benar taubat untuk TAAT PADA ALLAH SEMATA-MATA tanpa ada sikitpun kebesaran makhluk ada di hati kita, dunia hanya permainan, kurnia dan nikmat hanya pinjaman.Moga apabila kita dicabut nyawa, bekalan iman kita putih sinar, amal soleh kita walaupun kecil, tapi dibuat ikhlas dengan sungguh-sungguh menjauhi dosa dan kelalaian, ia jadi besar dan agung di sisi Allah. Moga Allah perkenan.

Tulusly,
mfr
HASIL INTERVIEW KEDAI MAMAK 30 APRIL 2015 AREA MENTAKAB-TEMERLOH DARI JAM 1.00-2.00 PETANG

Disediakan oleh: mfr

LOKASI 1: RESTORAN SHEIKH, MENTAKAB

Pekedai: Saya tak pandai cakap melayu, tunggu bos mari pukul 3.30 petang, boleh interview

Customer 1: Tak boleh interview, saya tak cukup masa

Customer 2: (geleng2, tak mahu interview)

Customer 3: (lambai tangan tak mahu interview)

LOKASI 2: RESTORAN AR ROBAH, MENTAKAB

Pekedai: Nasi+Ayam Goreng+ Sayur, RM5.50. Sebelum GST pun RM5.50.
(disebabkan dia tak naik harga lepas GST, maka saya tak tanya kos)

Customer 1: Restoran Ar Robah harga sama, saya biasa lepak sini. Kalau nak interview, pegi restoran sheikh, sana harga tinggi.

Customer 2: Makan kedai kecik, tak terasa kalau ada naik harga pun. Kalau makan kat paparich sana, itu betul naik harga.

Customer 3: Memanglah pekedai kata tak naik harga, 3 bulan sebelum GST sudah naik harga.

Customer 4: Kalau mahu tahu impak GST pada saya punya bisnes, kena interview lepas satu tahunlah.

Nota: semua pekedai dan customer tak nak direkod video.

LOKASI 3: RESTORAN OLD TOWN JALAN BAHAGIA TEMERLOH

Pekedai: Nasi+Ayam Goreng+ Sayur RM5.50. Sebelum GST harga RM5.00. Ayam goreng naik 50 sen. Supplier ayam naikkan harga. Tak kenal siapa supplier, kena tanya bos. Bos petang baru ada tapi tak tahu pukul berapa.

Nota: pekedai tak nak direkod video.

LOKASI 4: RESTORAN OLD TOWN JALAN DATO BAHAMAN TEMERLOH

Pekedai: Nasi+Ayam Goreng+Sayur RM5.00. Kalau tambah lauk lebih sikit, baru harga tambah sikit. Sebelum GST pun sama RM5.00. Bos bagitau, semua makanan kira sama harga sebelum GST atau selepas GST. Air minuman letak ais baru ada naik harga 10 sen. Sebab harga ais naik kena GST. Supplier ais kena tanya bos. Bos sudah balik.

Customer 1: Saya makan sini ada rasa bajet harian naik sikit, 20 sen-30 sen.

Customer 2: Kalau tanya makan atau minum saja memang tak terasa naik. Kena tanya kos semua hidup baru boleh kata terasa atau tak terasa.

Customer 3: Baru first time makan sini, tak tahu naik atau tak.

Nota: semua pekedai dan customer tak nak direkod video.

Sekian saja laporan interview untuk kali ini. Saya mohon maaf sebab tak dapat rekod video kerana semua orang tak mahu direkod.
Bismillah.

YB Rafizi yang menjadi harapan untuk memberikan idea dan ulasan cemerlang mengenai GST akhirnya telah mengeluarkan video-video penjelasan dari dirinya.

Ini video pertama:

https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/955475367820304

Ini ulasan saya:

1. YB Rafizi kata semua barang dikenakan GST. Apa yang disembunyikan oleh YB Rafizi? ADA BERATUS BARANG DIKECUALIKAN GST TAK DISEBUT OLEH YB RAFIZI. Mengapa?

2. YB Rafizi memberi contoh Pekedai menjual RM180 + RM10.80 (gst) dan Pengguna kena bayar RM190.80 harga lebih mahal dari SST. Apa yang YB Rafizi sembunyikan? HANYA JIKA RANTAIAN ITU BERAKHIR DENGAN PEKEDAI BESAR YANG PUNYA JUALAN TAHUNAN RM500K YANG BERDAFTAR DENGAN KASTAM SAJA BOLEH CAJ GST PADA PENGGUNA, TAPI JIKA PEKEDAI ITU TAK ADA JUALAN TAHUNAN RM500K DAN TAK BERDAFTAR, MAKA TIADA CAJ GST DAN HARGA BARANG YANG DIBELI PENGGUNA ADALAH RM187.80 (kerana Pekedai tak dapat claim GST 6%) DAN TETAP LEBIH MURAH DARI SST! DAN YB RAFIZI JUGA TELAH MEMBUKTIKAN PADA SETIAP PERINGKAT APABILA CLAIM GST BOLEH DIBUAT, KOS BARANG BOLEH TURUN!!

3.YB Rafizi menetapkan Pemborong mendapat untung RM30 untuk setiap jam yang dijualnya baik sebelum SST mahupun GST. Dan YB Rafizi juga menetapkan Pekedai mendapat untung RM50 untuk setiap jam yang dijualnya. Ini kiraan untung YANG SALAH!

Untung adalah peratusan lebihan hasil jualan dari kos yang dikeluarkan. Jika sebelum ini Pemborong ambil RM30 dari kos RM110, maka peratus keuntungannya adalah 27.3%. Maka untuk mengekalkan keuntungan 27.3% dari jualan, maka sepatutnya untung yang diraih Pemborong dari kos lepas GST, hanya RM27.30 sudah cukup mengekalkan peratus keuntungan dari modal yang dikeluarkan RM100, bukannya RM30. Dan Pekedai pula sebelumnya mengambil untung RM50 dari modal RM140 menjadikan peratus keuntungannya 35.7%. Maka Pekedai sepatutnya mengekalkan peratus keuntungan 35.7% itu dari kos RM127.30, cukup dengan keuntungan RM45.45 bukan RM50!!

Apa yang YB Rafizi sembunyikan? YB Rafizi buat BUKAN mengekalkan peratus keuntungan dari modal yang dikeluarkan tapi MENINGKATKAN peratus keuntungan selepas GST!! Contoh Pemborong dan Pekedai yang digunakan YB Rafizi jenis peniaga TAMAK kerana meningkatkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST!!

MAKA JIKA SAYA PERBETULKAN CONTOH YB RAFIZI:

Pengilang menjual RM106 kepada Pemborong. RM100 adalah kos Pemborong dan RM6 GST yang boleh tuntut semula. Pemborong menjual dengan keuntungan 27.3% maka harga jualan menjadi RM127.30+ RM7.64(GST). Maka kos Pekedai adalah RM127.30. Keuntungan jualan Pekedai adalah 35.7%, maka harga jualan menjadi RM172.75 + RM10.40 (GST). Maka Pembeli membeli dengan jumlah RM183.15, tetap lebih murah dari SST!!

ATAU UNTUK LEBIH JELAS:

Pemborong

Semasa SST
Kos: RM110 , Untung: RM30 , Harga jam: RM140, Peratusan untung: 27.3%
Semasa GST kiraan YB Rafizi
Kos: RM100, Untung: RM30, Harga jam: RM130, Peratusan untung: 30%

Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM100, Untung: RM27.30, Harga jam: RM127.30, Peratusan untung: 27.3%

Jika Pemborong ada modal RM1000,
semasa SST dia boleh beli 9.1 jam berharga RM110, dia jana untung (RM30x9.1)=RM273

semasa GST dengan kiraan YB Rafizi, dengan modal RM1000 dia boleh beli 10 jam berharga RM100, dia jana untung (RM30x10)=RM300 (untung dia lebih dari semasa SST maka nanti akan hasilkan harga jualan lagi tinggi pada Pekedai)

sepatutnya semasa GST ambil untung RM27.30 saja supaya kekalkan peratus untung 27.3%

maka, dengan modal RM1000 dia beli 10 jam berharga RM100, dia jana untung (RM27.30x10)=RM273 (dengan ini untungnya hampir sama dan tak berkurang pun dengan semasa SST dan bolehlah harga dijual pada Pekedai menjadi lebih murah)

Pekedai

Semasa SST
Kos: RM140 , Untung: RM50 , Harga jam: RM190, Peratusan untung: 35.7%
Semasa GST kiraan YB Rafizi
Kos: RM130, Untung: RM50, Harga jam: RM180+RM10.80: RM190.80, Peratusan untung: 38.5%

Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM127.30, Untung: RM45.45, Harga jam: RM172.75+RM10.40: RM183.15, Peratusan untung: 35.7%
Harga Pembeli bayar: RM183.15 (murah RM6.85 dari harga SST RM90)RM90)

Jika Pekedai ada modal RM1000,
semasa SST dia boleh beli 7.1 jam berharga RM140, dia jana untung (RM50x7.1)=RM355

semasa GST dengan kiraan YB Rafizi, dengan modal RM1000 dia boleh beli 7.7 jam berharga RM130, dia jana untung (RM50x7.7)=RM385 (untung dia lebih dari semasa SST maka nanti akan hasilkan harga jualan lagi tinggi pada Pengguna)

sepatutnya semasa GST ambil untung RM45.45 saja supaya kekalkan peratus untung 35.7%

maka, dengan modal RM1000 dia beli 7.9 jam berharga RM127.30 dari pemborong, dia jana untung (RM45.45x7.9)=RM359 (dengan ini untungnya hampir sama dan tak berkurang pun dengan semasa SST dan bolehlah harga dijual pada Pengguna menjadi lebih murah, dan dia tak kurang untung pun)

Ini membuktikan YB Rafizi mendapat harga jualan yang lebih tinggi dari semasa SST dalam kiraannya kerana beliau telah menaikkan peratus keuntungan kedua-dua pemborong dan pekedai dalam contohnya itu dan bukan kerana caj GST, oleh itu video ini GAGAL mencapai motifnya.

Soalan saya kepada YB Rafizi:

1. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan bahawa ada beratus barang dikecualikan GST?

2. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan result harga jika Pekedai adalah tak berdaftar GST, buktinya harga lebih rendah dari SST.

3. Mengapa YB Rafizi menggunakan contoh Pemborong dan Pekedai yang tamak yang menaikkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST, padahal jika YB kekalkan peratus keuntungannya, result harga akan lebih rendah dari SST.
3 soalan untuk YB jawab dengan jujur dalam video pertama. Saya tunggu video seterusnya, harap lebih kukuh hujahnya tanpa penyembunyian fakta.

Selamat maju jaya YB, jadilah jujur, jgn cuba mainkan intelektual rakyat marhaen!
--------TAMAT KOMEN FOKUS VIDEO---------

***Nota untuk pembaca selain YB Rafizi:*****

Saya ulas video di atas yang berhujah guna teori matematik, dan saya buktikan kiraan sebenar tak menaikkan harga. YB Rafizi wajar faham jika teori matematik tak mampu menegakkan hujah realiti harga barang naik, maka jangan berhujah guna teori matematik. Jangan berhujah menyembunyikan fakta.

Kalau mahu memaparkan realiti, tunjukkan realiti interview bersama peniaga-peniaga yang ada di realiti. Biar mereka tunjukkan akaun mereka pada rakyat. Biar mereka jelaskan kos dan untung yang mereka jalankan. Kita akan nilai benarkah GST yang menyebabkan mereka naikkan harga atau mereka sendiri tamak untuk naikkan harga.

Saya tak pernah kata realiti harga barang turun. Harga barang memang banyak naik sebab saya sendiri tahu realitinya dunia perniagaan Malaysia dikuasai oleh kapitalis-kapitalis yang langsung tak ada kesedaran sosial, mereka tamakkan keuntungan, langsung tak fikir dosa pahala dalam timbangan barang dan menjual, langsung tak kisah pasal hukum gharar dan sebagainya. Mereka ini memulakan domino effect pada harga pasaran. Hanya segelintir peniaga yang beriman dan faham hukum, tahu tanggungjawab sosial ke atas permainan harga. Kita support peniaga baik, kita bankrapkan peniaga jahat. Gunakan kuasa pengguna sebelum PRU, masa PRU gunalah sepuas hati kuasa pengundi pula. Apa nak jadi pada Malaysia ini bergantung pada kebijaksanaan kita rakyat marhaen.

Bab kiraan matematik YB Rafizi dalam video salah tetap salah. Beliau nak buktikan harga barang naik kerana GST tapi semasa mengira matematik naikkan margin keuntungan peniaga, dah sah harga naik. Nak adil mengira, kekalkan peratus keuntungan, lepas tu baru tengok result kiraan GST akan naikkan harga barang atau tidak. Saya fokus pada video, saya bukan fokus pada situasi permasalahan realiti. Saya ada pendirian tersendiri mengenai permasalahan cukai. Saya harap Malaysia hapuskan semua cukai (total free tax bussiness) dan qanaah serta infak dijadikan cara hidup pemimpin hingga rakyat bagi memenuhkan perbendaharaan negara. Tapi nak berbicara idea baru sebegini, mungkin di lain pentas. Di sini saya harap kita bangunkan hujah yang betul-betul konkrit dalam mencari root cause masalah harga barang naik. Guna teori kiraan matematik seperti YB Rafizi jelas tak membantu menegakkan hujah bahawa caj GST semata-mata menaikkan harga jualan barangan.

----TAMBAHAN: komen mengenai realiti pula----
Saya sedar orang akan tanya jadi kenapa harga barang naik secara realiti jika caj GST ke atas produk sepatutnya tak menaikkan harga jualan? Ini menunjukkan caj GST SEMATA-MATA ke atas produk tidak menaikkan harga jualan produk itu TETAPI, YB Rafizi sendiri membuktikan bahawa harga jualan HANYA boleh jadi tinggi dalam contohnya JIKA PERATUS KEUNTUNGAN DINAIKKAN.

Saya sedar, akan ada nanti orang tanya, bagaimana dengan peniaga yang terpaksa menaikkan peratus keuntungan untuk menampung kos-kos lain seperti bil, pekerja, mesin sistem GST dalam pelaksanaan GST dan lain-lain supaya setelah tolak kos tersebut mereka boleh dapat untung yang sama dengan semasa SST? Maka penyataan ini sudah membuktikan,PERATUS KEUNTUNGAN DARI JUALAN YANG TERPAKSA DINAIKKAN OLEH PENIAGA TERSEBUT, BAGI MENAMPUNG KOS-KOS TAMBAHAN PELAKSANAAN GST YANG MENYEBABKAN HARGA BARANG NAIK.

Ya, kalau kerajaan tak wartakan GST semua ini takkan terjadi. Saya secara peribadi setuju bukan saja GST wajar dimansuhkan malah semua cukai wajar dimansuhkan supaya ekonomi benar-benar berjalan secara bebas dengan teori penawaran dan permintaanlah akan tentukan harga pasaran.

TETAPI untuk bergerak ke arah pemansuhan, perlu tunggu majoriti ahli parlimen baru yang menyetujui untuk mansuhkan semua cukai itu dilantik dahulu. Mereka hanya akan dilantik jika majoriti rakyat pilih mereka semasa PRU.

Maka, bagaimana nak mengekang harga barang naik SEBELUM PRU (kerana kerajaan takkan mansuhkan GST sehingga kerajaan lain ambil alih)?

PENIAGA boleh membantu dengan cara mereka TIDAK MENAIKKAN HARGA BARANG WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN. Antara caranya adalah dengan mengecilkan margin keuntungan dan berusaha mengoptimum kapasiti sedia ada supaya kos-kos tambahan dapat ditampung tanpa perlu menaikkan harga barang. KENAPA PENTING PENIAGA BERSIKAP BEGINI? supaya, domino effect tak terjadi yang menyebabkan jika dia menaikkan harga barang, maka barang-barang berkaitannya juga akan TERPAKSA DINAIKKAN, yang akhirnya peniaga itu sendiri susah untuk beli barang keperluan kerana semua terkesan.

Saya sedar, 99.9% PENIAGA tak kan setuju dengan perkara ini. Maka, harga barang naik akan berlaku. DAN SAYA AMAT SEDAR 99.9% dari peniaga yang menaikkan harga barang AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENAMBAH UNTUNG LEBIH DARI SEMASA SST dengan cara antara lainnya campur terus harga semasa SST dengan GST hingga harga barang NAIK BERKALI GANDA. INILAH YANG SAYA SEBUT KAPITALIS TAMAK DI MALAYSIA. Mereka ini menguasai dan mendominasi perniagaan di Malaysia. Mereka ini yang memburukkan lagi keadaan.

Maka, yang tinggal adalah KUASA PENGGUNA SAJA. Jika peniaga tak nak berkorban sikit dalam menstabilkan pasaran, dan ditambah buruk dengan kehadiran peniaga kapitalis tamak yang mendominasi perniagaan Malaysia, maka PENGGUNA TERPAKSA BERUSAHA MELAHIRKAN PENIAGA-PENIAGA BAIK YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH BERSAMA PENGGUNA DENGAN BOIKOT PENIAGA JAHAT, KAYAKAN PENIAGA BAIK.

Teruskan hal ini sehingga akhirnya perniagaan di Malaysia dipenuhi peniaga-peniaga baik dan semua kapitalis tamak menjadi bankrap.

SEHINGGA PRU TIBA, lantiklah pemimpin yang bawa aspirasi rakyat. Jika saya, saya akan undi pemimpin yang akan berjuang menghapuskan cukai di Malaysia dan akan berusaha adakan program hingga rakyat dan seluruh pemimpin hidup secara qanaah dan berinfak harta pada perbendaharaan negara untuk membangunkan Malaysia.

Saya yakin jika kita mencapai kehidupan qanaah yang diredhai Allah, infak-infak kita akan diberkati dan Allah pelihara kita dengan memandu pemimpin-pemimpin qanaah yang kita lantik untuk urus harta negara ke arah paling bersih, optimum dan bebas rasuah.

Dengan ini moga Allah kurniakan ketaqwaan pada seluruh rakyat, dan kita yakin rezeki orang-orang bertaqwa akan dipelihara Allah. Biar qanaah, biar sikit, inshaAllah cukup dan diberkati. Dan dapatlah kita dihisab dengan mudah di akhirat kelak.

Tulusly,
muhammad fakhrul razi
(grad jepun yang tak ada CGPA)
SOMBONG

Bukan main sombong manusia hari ini. Berlagak konon imannya tidak rapuh.

"Ingat kalau kami tengok salib, kami terus tukar jadi Kristian? Iman kami tak rapuhlah!"

"Ingat kalau kami masuk gereja, kami terus tukar jadi Kristian? Iman kami tak rapuhlah!"

"Ingat kalau kami ucap Merry Chrismas, kami terus tukar jadi Kristian? Iman kami tak rapuhlah!"

"Ingat anak aku tengok Pokemon, tukar jadi Yahudi? Iman kami tak rapuhlah!"

"Ingat anak aku tengok Doraemon, terus syirik pada Allah? Iman kami tak rapuhlah!"

"Aku tengok Ultraman sejak kecik, aku masih Islam sampai hari ini! Iman kami tak rapuhlah!"

Betul, kamu masih Islam, kamu tak tukar jadi Kristian, kamu tak tukar jadi Yahudi, kamu mungkin tak syirik pada Allah, tapi betulkah iman kamu tak rapuh?

IMAN YANG RAPUH

Dewasa ini, apabila banyak pemuka-pemuka kesombongan iman tak rapuh ini berinteraksi dengan non muslim, mereka cukup payah untuk merasakan risau dalam hati pada sahabat-sahabat non muslim mereka yang belum kenal kebenaran Islam, malah mereka langsung tidak pernah berasa takut tidak menerangkan Islam pada sahabat-sahabat mereka, apatah lagi menangis teresak-esak ketika tahajjud mendoakan hidayah buat teman dan sahabat mereka yang non muslim. Mereka tahu atau tidak, setiap non muslim yang kita kenal dan punya peluang untuk disampaikan Islam akan menuntut jawapan di akhirat kelak, mengapa kita sembunyikan kebenaran islam dari diterangkan pada mereka sedangkan kita mampu?

Mereka kata mereka sayang sahabat non muslim mereka, tapi sayangnya bukan seperti Nabi sayangkan umat baginda dengan menyeru umat baginda kepada tauhid, tapi sayang mereka berasa selesa melihat non muslim yang juga umat Nabi terus dengan keadaan tidak kenal Islam. Malah mereka ketawa gembira melihat teman dan sahabat non muslim terus menerus merayakan kekufurannya, diucapkan tahniah pula lagi. Bahkan mereka juga tak berapa amalkan Islam dalam kehidupan dengan perasaan bahawa tak berapa amalkan Islam itu adalah satu bentuk kesederhanaan Islam. Mereka percaya Islam menganjurkan bersikap sederhana dengan cara tidak berapa amalkan Islam dalam kehidupan? Itulah iman yang rapuh! Checkmate!

Membawa contoh peminat anime, game dan manga selain contoh Pokemon, Doraemon, dan Ultraman di atas pun sudah cukup bagus untuk mengukur iman rapuh atau tidak. Ketika rancangan dan aktiviti berkaitan anime, game dan manga yang diminati mereka ditayangkan, masing-masing cuba pandang pada hati, berbunga-bunga girang hati lain macam. Sekarang, ambil Quran dan baca pula, ada rasa girang yang lebih dari anime, game dan manga? Ambil hadis dan baca, girang lebih dari anime, game dan manga? Sebutkan zikir-zikir kepada Allah, ada rasa girang dan berbunga-bunga? Tonton dan dengar pengisian ilmu, ada rasa girang berbunga-bunga? Bagi semua peminat-peminat anime, game, dan manga ini yang sombong kata iman tak rapuh tapi rupanya dalam hati anime, game dan manga itulah mendapat tempat kesukaan tertinggi lebih dari rasa nak tadabbur Quran, selami Hadis, dan perbanyak zikir, maka itulah imannya rapuh!

Ada ibu bapa tak kisah lihat anak minat itu ini lebih daripada Quran, hadis, zikir dan solat, kerana menganggap anaknya masih beragama islam maka kesimpulan yang dibuat iman anaknya tidak rapuh. Padahal didikan anak semasa kecil apabila diabaikan untuk tanam rasa cinta pada agama lebih dari segalanya, maka itulah tandanya bukan saja iman anak kita bakal rapuh malah mungkin tidak kenal langsung apa maksud iman, apatah lagi nak rasa halwatul iman, kemanisan iman! Lebih menakutkan, Allah langsung tiada tempat di hati anaknya kerana sudah dipenuhkan dengan cinta dan kesukaan pada selain Allah, nauzubillah!

BUKTI BERIMAN

Apabila sekumpulan kaum Arab Badwi menyatakan mereka telah beriman, Allah s.w.t menegur dengan firmanNya:

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(al hujurat ayat 14)

Bukti iman bukan sekadar mengucap "telah beriman", "iman tak rapuh", ia terbukti apabila kita diuji oleh Allah s.w.t, waktu itu baru kita tahu di mana tahap iman kita:

"Alif laaf miim,. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,. Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari (azab) Kami ? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu,. Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang.Dan Dia-lah yang Maha Mendegar lagi Maha Mengetahui,. Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta,. Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan,"(al ankabut ayat 1-7)

Selagi cinta kita pada Allah dan Rasul tak melebihi dari segalanya seperti disebut dalam hadis halwatul iman, selagi itulah iman kita masih perlu diusahakan. Apatah lagi jika dalam hati kita telah disedari dan diakui diletakkan tempat yang tinggi adalah unsur-unsur makhluk seperti wanita yang ingin kita kahwini, minat-minat kita pada keseronokan dunia, harta-harta yang banyak atau kuasa dan pangkat yang kita kejar dan gilakan, maka itu saja sudah menjadi bukti betapa rapuhnya iman kita. Belum lagi melihat di mana usaha kita memperbanyakkan amal ibadat dan amal soleh, solat jemaah di masjid, solat malam kita, zikir harian, hafal dan amal ayat alQuran dan hadis serta istiqamah dalam amalkan sunnah baginda Nabi Muhammad s.a.w.Semua itu refleksi rapuh atau tidak iman kita.

BENCI KEMUNGKARAN

Mungkin bukan kerana melihat salib, masuk gereja, ucap Merry Chrismas, tengok pokemon, doraemon, ultraman, yang buat iman kita tak rapuh tapi apakah perasaan iman kita apabila melihat salib lambang kesyirikan pada Allah, masuk gereja tempat Allah disyirikkan sehingga Allah terlalu murka pada penganut Nasrani dan Kristian, tergamaknya kita ucap Merry Chrismas syiar ucapan perayaan yang kufur pada tauhid, tengok segala babak pokemon, doraemon dan ultraman yang menyanggah bab akidah dan tauhid pada Allah Yang Maha Agung? Jika kita menjawab, iman saya tak rasa apa-apa, tahu benda itu mungkar dan lambang dan syiar yang bertentangan agama, tapi tetap rasa rileks, maka bacalah apa jenis tahap selemah-lemah iman seorang Muslim dalam hadis popular berikut:

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman" (riwayat Muslim)

Adakah kita benci mungkar atau tidak? Entah-entah selemah-lemah iman pun kita belum ada.Entah-entah kita bergelumang dan berlazat-lazat dengan mungkar saban waktu. Itulah rapuhnya iman kita.

USAHA ATAS IMAN

Benar, untuk usaha atas iman bukan dengan cara cabut salib-salib di gereja, bunuh teman dan sahabat non muslim, bom negara jepun yang mengeluarkan anime, game dan manga. Tapi kita juga tak boleh nafi, banyak usaha atas iman yang kita perlu buat tapi kita tak buat pun termasuk usaha menanam rasa cinta umat kepada ilmu alQuran, hadis, zikir, solat lebih dari segala keseronokan duniawi, dakwah dan tabligh ke atas non muslim, dialog dan debat untuk tegas menyatakan kebenaran islam kepada musuh islam yang menuduh dan memfitnah islam apatah lagi yang sengaja mahu melebarkan pengaruh dan menghalang tertegaknya syariat di bumi Malaysia. Iman kita banyak yang rapuh, kita semua mesti usaha atas iman.

22/4/2015
oleh: mfr

Beberapa bulan sebelum aku graduasi, hujung tahun 2009, berita mengenai misi NASA untuk menghantar teleskop ke angkasa untuk mengkaji bintang telah heboh diperkatakan di laman-laman sains. Hanya selepas tahun 2010, baru aku faham apa yang NASA cuba kaji dengan Misi Kepler bukan bintang-bintang, tapi lebih untuk mencari planet yang boleh didiami seperti bumi.

Apabila diterima masuk ke Agensi Remote Sensing Malaysia pada tahun 2010, dan didedahkan dengan pengetahuan satelit dan antena serta bagaimana teknologi remote sensing yang mencerap imej bumi berkembang di abad ini, aku mula obses untuk tahu cabang remote sensing di sebelah sana iaitu mencerap angkasa berkembang, maka aku tak habis-habis membaca perkembangan Misi Kepler.

Pada tahun 2011 ketika berkursus induksi di MOSTI, aku bangun bertanya pada pembentang modul, adakah cerapan angkasa dilaksanakan di Malaysia? Walaupun tak mendapat jawapan jelas dari pembentang modul, seorang peserta kursus dari Agensi Angkasa Negara merapati aku ketika senggang rehat dan menjawab bahawa di Malaysia bawah Agensi Angkasa Negara terdapat Observatari Negara di Langkawi khusus untuk mencerap langit dan bintang. Ya, Malaysia sudah ada infrastruktur untuk kajian bintang.

Pada Mei 2013, kapal pembawa teleskop Kepler mengalami masalah pointing dan pada November 2013, Misi K2 dihantar untuk menyambung Misi Kepler dengan memanfaatkan baki peralatan kapal Kepler yang masih boleh berfungsi dan mengumpul data. Sehingga hari ini misi K2 masih berjalan dan dijangka mati pada tahun 2017. Berpuluh planet telah diklasifikasi sebagai berpotensi besar boleh didiami dengan mempunyai unsur air dan batu dari berpuluh ribu planet dikaji mengelilingi beribu-ribu bintang.

Aku yakin kajian planet-planet dan bintang-bintang di langit menjadi sangat-sangat mencabar dan misteri buat saintis NASA. Apatah lagi jika tokoh saintis seperti Stephen Hawking yang pernah membangkitkan sejak beberapa dekad lalu soal hidupan lain atau alien mungkin mendiami planet di angkasa dan teori akan tiba masanya matahari dan bumi akan hancur atau mati, maka kumpulan saintis NASA berasa bertanggungjawab untuk segera mencari solusi jika nanti manusia perlu lari dari "kiamat dunia" untuk memulakan semula hidup manusia di planet lain.

Misteri itu akan terus misteri jika para saintis mengkaji alam tanpa letak apa-apa kepercayaan melainkan alam ini patuh pada hukum sains (fizik, kimia, biologi) semata-mata. Bagaimana hukum ini mampu menjadi konsisten baik di bumi atau angkasa jika tiada penetapan dibuat oleh sesiapa? Siapa yang mencipta aturan supaya di bumi ini berkembang biak hidupan dengan segala hukum, dan bintang dan planet di angkasa pula hidup dan mati dalam aturan mengikut hukum konsisten jua. Siapa yang menjalurkan segala hukum-hukum ini yang walaupun dikaji secara berasingan oleh sesetengah ahli sains dengan bidang fizik, kimia dan biologi, boleh meletakkan alam ini dalam satu aturan kompleks universal yang diungkap oleh Hawking sebagai The Theory of Everything itu? Siapa pencipta teori universal tersebut?

Maka sesiapa yang membaca surah Al Mulk setiap malam pasti sampai kepada ayat 3 yang berbunyi:
"Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"

Kemudian Allah s.w.t berfirman lagi dalam ayat 4:
"Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)"

Sungguh! Jika saintis yang telah berulang-ulang mencerap bintang itu membaca ayat ini seakan-akan langsung kalamAllah ini menuju pada diri mereka! Apatah lagi sepanjang saintis ini mengkaji planet-planet yang mengelilingi bintang itu sebenarnya mereka menggunakan teori jumlah cahaya bintang yang dikumpul oleh teleskop itu akan memberikan polar perubahan jumlah cahaya yang konsisten setiap kali planet melintasi hadapan bintang yang dicerap. Polar konsisten inilah yang membantu mereka mengagak wujud atau tidak, planet mengelilingi bintang tersebut. Dan polar yang konsisten ini menunjukkan betapa kiraan pusingan itu sangat seimbang dan sempurna!

Sungguh jika para saintis NASA faham apa yang saya cuba sampaikan, nescaya mereka akan beriman dengan Al Quran lalu misteri kejadian bintang ini akan terjawab pada firman Allah s.w.t pada ayat seterusnya, ayat 5 surah Al Mulk:

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang."

Langit yang mengandungi bintang-bintang itu benar-benar hiasan untuk kita. Bukan tempat untuk kita tuju dan bina hidup selepas kiamat. Dan Allah s.w.t dah janji kiamat akan berlaku di dunia bumi ini tanpa ada seorang manusia pun tertinggal. Lagi pula fungsi bintang itu pun telah dijelaskan oleh Allah s.w.t bahawa ia punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan. Maka planet-planet yang mengelilinginya jua pasti dan pasti tiada satu pun yang sesuai untuk mengambilalih fungsi bumi.

Semua ini dijelaskan dalam banyak ayat mengenai kiamat dalam alQuran. Dan jika para saintis berasa janji Allah mengenai kiamat yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w itu palsu dan dusta dan betapa manusia mampu berusaha untuk lari dari kiamat, maka bacalah surah alMulk itu dari ayat 6 hingga tamat: http://www.surah.my/67

Betapa firman Allah s.w.t seterusnya adalah berkaitan manusia-manusia yang mengingkari kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, apa yang akan terjadi pada mereka, apa yang akan mereka katakan setelah dihukum, dan betapa manusia-manusia yang beriman dan takut untuk melanggar hukum Allah benar-benar selamat di akhirat nanti, dan Allah khabarkan betapa Allah Maha Berkuasa menghukum manusia yang ingkar dan sudah pernah pun hukum beberapa umat manusia sebelum umat Nabi Muhammad, seterusnya Allah tanyakan pada kita tentang siapa yang lebih tahu, kita atau Allah dan betapa semua yang ada di bumi ini Allah kuasai.

Benar-benar saya pasti akan mengalir air mata para saintis yang mengkaji bintang apabila membaca semua ini. Segala kajian bumi, air, hidupan, bintang dan kiamat (kemusnahan bumi) yang mereka telah bincangkan disebut secara langsung dan tak langsung dalam ayat ini.

Jika tak keberatan, saya syorkan juga, sesudah baca Al Mulk, bacalah jua apa yang Allah ingin khabarkan pada kita dalam Surah Bintang (An Najm): http://www.surah.my/53

Betapa surah ini dimulakan dengan sumpah Allah ke atas bintang, dan sekali lagi Allah isi surah ini dengan firman-firmanNya berkisar tentang manusia yang tak percaya pada apa yang Nabi Muhammad s.a.w telah sampaikan dan hanya percaya pada hawa nafsu, menyembah selain dari Allah, hukuman-hukuman ke atas kaum terdahulu yang ingkar dan 4 ayat terakhirNya benar-benar menyusuk ke jiwa:

"Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid)." (Surah An Najm ayat 59-62)

Tiga soalan bertubi-tubi dan dijawab dengan jawapan tuntas yang pasti buat semua saintis akhirnya faham segala misteri bintang-bintang itu untuk kita semua manusia ini sujud pada Allah dan beribadat padaNya dengan sepenuh tauhid.

Menitis air mataku.

22/4/2015

Bismillah.

Aku memilih pandangan bahawa cukai itu hanya harus dikutip bagi yang mampu membayarnya. Dan aku memilih pandangan bahawa cukai itu haram dikutip dan dipaksa dari mereka yang tak mampu membayarnya. Aku berlapang dada dengan pandangan yang berpegang kepada dharuriyat atau hajiyat seperti yang diulas oleh muzakarah fatwa atau yang diulas terperinci oleh sheikh zulkifli albakri mufti wilayah.

Dalam konteks GST, aku tak nampak ada unsur pemaksaan mengutip cukai kepada mereka yang tak mampu membayarnya. Sebab dalam senarai barang GST, barang-barang keperluan asas dikecualikan GST dan barang-barang lain dikenakan GST dengan nilai kurang dari cukai sebelumnya iaitu SST. Ada peniaga jahat ambil kesempatan, itu kita bincang bagaimana strategi penguatkuasaan undang-undang anti pencatutan supaya peniaga jahat dapat dihukum. Ada pemimpin yang boros dan tiris, itu kita boleh bincang penguatkuasaan undang-undang rasuah dan integriti ke atas pemimpin. Ada ahli parlimen sokong ahli parlimen naik gaji, itu kita boleh bincang bagaimana cara supaya ahli parlimen yang sokong ini dapat kita jatuhkan waktu pilihanraya.

Aku tetap sokong cadangan inspirasi dari kisah imam nawawi tadi agar para pemimpin guna duit sendiri untuk bangunkan negara termasuk infrstruktur. Pemimpin paling banyak tabungan di negara kita adalah para sultan. Para sultan perlu dididik oleh ahli ilmuwan agama untuk berinfak demi pembangunan negara dan hidup secara qanaah. Tabung perbendaharaan negara perlu mengambil konsep baitulmal di zaman Rasulullah dan para sahabat. Rakyat jelata yang kaya raya juga perlu mengikut contoh teladan para sultan untuk sentiasa berinfak pada negara. Para pemimpin dari kalangan rakyat perlu diangkat dari kalangan mereka yang hidup qanaah, bekerja dengan gaji cukup makan dengan gaji diberi dari baitulmal. Jika para pemimpin tak tahan hidup qanaah, boleh berhenti dari menerima amanah memimpin, boleh jadi peniaga. Tapi apabila telah banyak harta, sama juga, disarankan berinfak juga pada negara. Infak dan qanaah adalah kata kunci kepada masalah percukaian.

Antara GST dan cukai tanah, aku lebih cenderung melihat keharaman cukai tanah. Cukai tanah dikenakan pada semua yang ada tanah, tanpa melihat tanah itu mengeluarkan hasil atau hanya ada lalang dan tempat berteduh saja. Orang miskin terpaksa bayar cukai tanah kerana dia mewarisi tanah dari keluarganya, padahal dia miskin, dia nak berkebun pun tanah tak subur tak ada hasil tak ada wang, tapi dia masih dikenakan cukai tanah secara paksa! Dia tak ada pilihan. Berbeza dengan GST, dia boleh pilih untuk beli keperluan asas yang zero GST, dia masih boleh makan dan hidup, GST tak memaksa dia beli barang yang ada GST dan dipaksa bayar GST. Dia masih ada pilihan.

Aku berlapang dada kalau ada orang yang memilih pendapat cukai itu haram mutlak dari segi agama. Tapi apabila dia berkata, orang yang mengharuskan cukai menempah ke neraka, aku berlepas diri dengan orang seperti ini. Dia tentunya tak baca pendapat Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi dan Ibn Khaldun yang mengharuskan cukai dan menerakakan para ulama dengan mudah tentunya timbul dari kejahilan diri yang tak mahu membaca.

Tuntas.

Wallahua'lam.

Muhammad Fakhrul Razi
21/4/2015

Jemput baca juga karya komik lamaku yang menyentuh bab infak dan qanaah:
1. Pendidikan Percuma: http://mfrstudio.blogspot.com/search/label/pp
2. Nasihat Buat Orang Politik Tahun 2012: https://plus.google.com/photos/+mfribnmukhtar/albums/5748319840322228865
Bismillah.

Saya cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Soalan:

Menurut tuan, haram undi non muslim sbb diorg x terima syariat kita..
klu tmpat lain x de calon muslim nk buat mcm mane ye?

Jawapan:

Saya mengharamkan diri saya sendiri sambil berlapang dada dengan hujah para ulama yang mengharuskan undi non muslim dengan syarat-syarat tertentu.

Saya mengharamkan diri saya kerana undi saya merupakan syahadah atau kesaksian bahawa amanah sebagai pemimpin/adun/ahli parlimen itu layak pada seseorang calon itu. Padahal pada saya, amanah seorang pemimpin/adun/ahli parlimen itu adalah mengurus hal ehwal umat.

Mengurus hal ehwal umat wajib dengan neraca hukum Allah. Tanpa merujuk kepada neraca hukum Allah maka kezaliman akan berlaku. Apatah lagi salah satu urusan umat adalah tugas amar makruf nahi mungkar. Dengan pendirian tersebut, saya bersaksi dengan undi saya bahawa seorang non muslim tidak layak memikul tugas mengurus hal ehwal umat menurut neraca hukum Allah, kerana non muslim itu tidak beriman kepada neraca hukum Allah. Apatah lagi mahu memikul tugas amar makruf nahi mungkar tak mungkin disempurnakan oleh seorang non muslim yang tak beriman kepada Allah.

Terlebih lagi saya mengharamkan diri saya mengundi atau bersaksi bahawa non muslim adalah calon terbaik memikul amanah mengurus hal ehwal umat, apabila terdapat calon muslim berwibawa yang wujud di kalangan masyarakat. Wajib mengangkat calon yang paling layak quwwah dan amanah dalam jawatan mengurus hal ehwal umat. Quwwah dan amanah seorang pemimpin yang mengurus hal ehwal umat khususnya tugas amar makruf nahi mungkar, mestilah seorang beriman. non muslim bukan seorang beriman.

Saya berlapang dada dengan hujah ulama yang mengharuskan melantik non muslim dengan syarat-syarat tertentu, kerana mereka menganggap jawatan pemimpin/ahli parlimen/adun bukan jawatan pemimpin tapi hanya jawatan pekerja.

Saya menganggap mereka ahli parlimen/adun adalah pemimpin, kerana mereka bertanggungjawab membuat keputusan dalam hal ehwal umat, khususnya ahli parlimen mereka mempunyai suara undi dalam setiap usul dasar di parlimen, samada undi menyokong atau membantah. Saya mengharamkan diri saya bersaksi seorang non muslim yang tak beriman pada Allah dan hukum islam, untuk mewakili saya dalam parlimen dalam mengundi usul dasar negara.

Contohnya apabila usul meminda perlembagaan negara untuk disesuaikan dengan syariat dicadangkan dalam parlimen, saya tak mahu seorang non muslim mewakili saya dalam mengundi usul tersebut, kerana sebagai muslim saya mahu ahli parlimen itu menyokong usul tersebut. Tapi jika non muslim yang mewakili saya di parlimen, saya tak tahu apakah mereka akan menyokong atau membantah. Jika dia membantah dalam parlimen usul tersebut, maka dia yang menang atas undi saya pastilah dia mewakili saya, pastilah saya bersubahat dalam membantah usul tersebut, padahal usul tersebut wajib disokong oleh semua muslim. Saya mengharamkan diri saya bersaksi untuk seorang non muslim mewakili undi saya dalam menyokong atau membantah usul dalam parlimen.

Ringkasnya, saya menganggap jawatan pemimpin/adun/ahli parlimen memikul tugas dan amanah mengurus hal ehwal umat mengikut neraca hukum Allah, amanah amar makruf nahi mungkar yang diperintahkan Allah, dan mewakili suara rakyat yang mengundi dalam membuat keputusan, menyokong atau membantah usul dalam dun atau parlimen.

Saya berlapang dada dengan para ulama yang berbeza pandangan akan tugas seorang pemimpin/adun/ahli parlimen, kerana mereka meneliti dan menimbang dari sudut yang lain dari apa yang saya teliti dan timbang.

Dalam fiqh awlawiyyat, kita mesti memilih yang boleh beri banyak manfaat pada islam berbanding yang beri mudarat pada islam. Saya memilih seorang muslim berwibawa yang memberi manfaat pada islam berbanding non muslim yang memberi mudarat pada islam dan pada perjuangan menegakkan syariat islam di Malaysia.

Apabila tiada calon muslim, maka menjadi kewajipan semua orang islam mendatangkan calon muslim berwibawa. Jika tiada parti politik meletakkannya, maka parti politik semua memilih untuk berdosa tak menjalankan kewajipan. Maka menjadi kewajipan semua rakyat menasihatkan parti politik tak melakukan dosa dan menjalankan kewajipan. Jika parti politik tetap juga memilih tak mahu letak atas kerana ketidakmampuan, maka menjadi kewajipan rakyat yang mampu mendatangkan calon muslim berwibawa.

Jika semua rakyat juga lemah dan tak mampu mendatangkan calon muslim berwibawa, maka wajib rakyat mengajak non muslim itu memeluk islam. Jika non muslim itu tak mahu memeluk islam, maka wajib rakyat mengajak non muslim itu menyokong perjuangan syariat. Jika non muslim itu menolak untuk menyokong perjuangan islam, wajib rakyat berdoa pada Allah moga diberikan hidayah pada non muslim itu, berdoa moga diberikan hidayah pada parti politik hingga mampu mendatangkan calon muslim berwibawa, berdoa moga rakyat diberi hidayah hingga mampu mendatangkan calon muslim berwibawa.

Jika Allah tak bagi juga hidayah, bermakna parti politik tetap tak mampu letak, rakyat tak mampu letak, non muslim tak mahu jadi muslim berwibawa, maka wajib muslim berwibawa dalam masyarakat tampil menyelamatkan keadaan. Jika seorang muslim berwibawa pun tak wujud di kalangan masyarakat, semua muslim dalam masyarakat adalah muslim korup, maka wajib semua muslim tersebut bertaubat. Maka wajib seorang muslim berwibawa di tempat lain berdakwah dalam masyarakat korup di situ supaya lahir seorang muslim berwibawa.

Jika muslim berwibawa di tempat lain tak mahu datang berdakwah, dan dibiarkan saja tempat itu berterusan ada muslim korup, maka berdosalah semua muslim berwibawa tempat lain kerana tak jalankan kewajipan. Wajib muslim berwibawa di tempat lain bertaubat. Jika muslim berwibawa di tempat lain itu tak mahu bertaubat,maka automatik dia bukan lagi muslim berwibawa melainkan muslim korup juga.

Maka koruplah semua muslim, dan itulah waktunya kiamat akan tiba. Hanya waktu itu saja, muslim korup tadi terpaksa memilih non muslim sebagai pemimpin kerana seorang muslim korup (bersifat nifaq, tak mahu bertaubat, tak mahu jadi muslim berwibawa,tak mahu dakwah, tak mahu ajak non muslim kepada islam, tak mahu memimpin non muslim, tak mahu memimpin semua manusia kepada Allah) layaklah dia berpemimpinkan seorang non muslim yang tak beriman pada Allah kerana iman muslim korup juga sudah luntur kerana meninggalkan makna iman sebenar dan tak mahu laksanakan kewajipan memimpin dunia ini.

Antara dalil yang menyatakan pemimpin mengurus hal ehwal umat mesti neraca hukum Allah:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu akan kitab (al Quran) dengan membawa kebenaran supaya kamu berhukum (mengendalikan urusan) manusia dengan apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang orang-orang yang tidak bersalah untuk menjadi pembela kepada orang-orang khianat" (an nisa: 105)

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya. (Muhammad Fuad Abdul Baqi, Al-Lu’lu Wal Marjan, (Semarang: Al-Ridha, 1993), Hal. 562-563)

Hadits ma’qil bin Yasar, dari hasan bahwasanya Ubaidillah bin yazid mengunjungi Ma’qil bertanya kepadanya: bahwasanya saya akan ceritakan kepadamu suatu hadits yang saya dengar dari Rasulullah saw saya mendengar nabi saw bersabda: “tidak ada seorang hamba yang diberi tugas oleh Allah untuk memelihara segolongan rakyat, lalu ia tidak melakukan sesuai dengan petunjuk, melainkan ia tidak memperoleh bau saya” (Muhammad Fuad Abdul Baqi, Al-Lu’lu Wal Marjan, (Semarang: Al-Ridha, 1993), Hal. 263-264

Dalil perintah amar makruf nahi mungkar:

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran: 104)

Telah dilaknati orang-orang kafir dan bani Israel dengan lisan Nabi Daud dan Isa Ibn Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampui batas.Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.”
 (Al-Maidah: 78)

dalil supaya tak bersubahat berikan ketaatan atau mengangkat pemimpin kufur perintah Allah:

hadis Ubadah bin Somit ra berkenaan mencabut ketaatan apabila melihat kufur bawahah yang berlaku kepada pemerintah, hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

Maksudnya : “Nabi salallahualaihiwasalam telah memanggil kami, lalu kami berbaiah dengannya. Baginda berkata ketika berbaiah, supaya kami dengar dan taat, samada ketika kami dalam keadaan cergas (senang), atau dalam keadaan benci, keadaan susah atau dalam keadaan mudah, Dan kami dipesan agar tidak menanggalkan urusan kepada ahlinya (mencabut ketaatan kami kepadanya) melainkan setelah kamu melihat kekufuran yang nyata disisi kamu daripada Allah yang menjadi bukti (keterangan).” (Hadis sahih riwayat Bukhari ms. 13 Jilid 8 di dalam Fathul Bari, Muslim dan Tirmidzi)

Khatabi berkata yang dimaksudkan “Bawahh” itu ialah kekufuran yang jelas yang dizahirkan. (Lihat : Fathul Bari Jilid 13 ms. 8.)

Imam An-Nawawi pula berkata : “Yang dimaksudkan dengan kufur di sini ialah maksiat, makna hadis ini ialah tidak menarik ketaatan di dalam urusan pemerintahan mereka sehingga kamu melihat kemungkaran yang tersangat jelas yang pasti dilakukan oleh mereka daripada kaedah Islam.” (Lihat : Sahih Muslim dengan Syarah oleh Imam Nawawi Jilid 12,ms. 229)

Imam Al-Kasymiri menyatakan : “Menjadi dalil dari hadis ini juga, harus mengkafirkan ahli kiblat, walaupun mereka tidak keluar dari Kiblat seperti masih lagi solat mengadap Kiblat. Ini adalah kerana boleh jadi mereka melakukan kekufuran dengan tidak iltizam (tidak tetap) dan tidak pula mereka menukar Millah oleh kerana itu sebelum mengkafirkan mereka diperlukan bukti keterangan kerana orang yang keluar dari Millah atau Kiblat tidak perlu lagi bukti keterangan kerana telah jelas benar kekufuran mereka.” (Ikfar Al-Mulhidin dengan ayat penulis ms. 22)

Imam Al-Qurtubi telah menyebut :

Maksudnya : “Tiada khilaf dikalangan ulama bahawa sesungguhnya tidak harus diserahkan kepimpinan kepada orang yang fasiq.” (Jami Ahkam Al-Quran Jilid 1 ms. 270)

Jika ahli kiblat (muslim) yang menunjukkan kekafiran atau fasiq pun disuruh mencabut ketaatan (menolak untuk diangkat menjadi pemimpin) apatah lagi yang sudah sedia tidak beriman (non muslim).

Dan banyak lagi dalil-dalil umum mahupun khusus yang menyokong hujah untuk tidak bersubahat menyokong/memberi kesaksiah/mengangkat/taat pada pemimpin kufur, fasiq, zalim dan sebagainya.

Sekian dahulu jawapan saya.

Moga terjawab.

Sekian.

Terima kasih.

mfr